Manfaat Daun Kucai Untuk Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu


Mempunyai bau yang agak kuat seakan daun bawang, daun kucai sesuai sebagai penyeri bagi pelbagai hidangan seperti cucur, telur dadar, kuey teow goreng dan macam-macam lagi.
Sesetengah orang juga wajib letak daun kucai ketika menghidangkan juadah tertentu untuk membangkitkan lagi aroma masakan.
Ada kalanya, ia juga dijadikan sebagai pengganti daun bawang.
Selain menjadi ramuan sampingan dalam masakan, sebenarnya daun ini mempunyai pelbagai manfaat pada kesihatan yang ramai tak tahu.
Ayuh kita semak kebaikannya bersama-sama.
Khasiat Daun Kucai Untuk Tubuh 1. Tinggi Vitamin C Mungkin sukar untuk anda percaya yang sebenarnya 100 gram daun kucai boleh membekalkan vitamin C bersamaan 2 kilo buah epal!
Seperti yang kita tahu, vitamin C adalah khasiat yang penting untuk melindungi sel dalam tubuh serta menguatkan daya tahan tubuh bagi melawan penyakit.
2. Berpotensi Mencegah Kanser Beberapa kajian mencadangkan bahawa tumbuhan daripada keluarga bawang termasuk kucai mempunyai potensi untuk melawan kanser dalam tubuh.
Kompaun tertentu dalam daun ini termasuk sulfur didapati boleh menghalang kanser untuk merebak.
3. Menguatkan Memori Kucai merupakan sumber yang baik bagi choline dan folate, iaitu komponen yang memainkan peranan penting dalam keupayaan fungsi memori.
Kajian juga mendapati orang yang mengambil lebih makanan dengan kandungan choline mempunyai prestasi yang lebih cemerlang dalam ujian kognitif.
Sementara itu, individu dengan kadar choline yang rendah lebih berisiko untuk alami Alzheimer.
Folate pula mempunyai fungsi penting untuk kebolehan kognitif serta kawalan mood seseorang.
Di samping, baik untuk menghalang dementia, folate juga memainkan peranan untuk mencegah beberapa masalah kesihatan seperti depression, kanser dan masalah jantung.
ini membuatkan kucai penting sebagai salah satu sumber makanan yang penting bagi mengelakkan masalah lemah upaya ingatan seperti Alzheimer atau dementia.  
 Mengurangkan Keradangan Kucai juga diperkaya dengan pelbagai kompaun yang dapat membantu mengurangkan keradangan.
Sebuah kajian menunjukkan bahawa daun ini dapat mengurangkan stres oksidatif dan mampu berfungsi sebagai anti radang.
Untuk Menghalang Osteoporosis Bukan sahaja kaya dengan vitamin C, malah daun ini juga padat dengan vitamin K, sebuah komponen yang cukup penting dalam membina ketumpatan tulang.
Vitamin K juga sering disarankan pada bayi dan kanak-kanak untuk menjamin ketumpatan tulang yang lebih baik sepanjang hayat.
Beza Kucai Dengan Daun Bawang Mungkin ada di antara kita yang keliru untuk membezakan daun kucai dengan daun bawang. Memang tak dinafikan kedua-duanya mempunyai rupa yang agak sama.
Sebenarnya terdapat beberapa ciri-ciri yang boleh anda kenalpasti untuk membezakannya.
Daun bawang mempunyai ukuran yang lebih besar, bulat dan panjang. Selain itu, ia juga lebih lembut serta rapuh dan mempunyai bentuk seperti penyedut minuman yang berlubang di tengah.
Daun kucai pula lebih nipis dan mempunyai rupa yang hampir sama dengan rumput.
Satu lagi ciri penting yang anda boleh perhatikan ialah daun bawang yang berwarna hijau lembut dan mempunyai warna putih di bahagian pangkalnya.
Daun kucai pula mempunyai warna hijau yang setara hingga ke pangkal.
Padat dengan kebaikan seperti vitamin C, vitamin K dan folate, tak sangka rupanya daun kucai ada pelbagai manfaat untuk kesihatan.
Selepas ini, anda bolehlah lebihkan sedikit daun kucai sebagai penyeri masakan!
Sumber : Medical News Today, WebMD, Dr Axe, Britannica, rasa.my
Baca Juga : Daun Pegaga: Khasiat Pada Kesihatan & Cara Tanam Yang Betul


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/daun-kucai/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=daun-kucai

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 403 hits
Daun pudina adalah antara herba yang cukup popular Ia bukan sahaja sering dijadikan penyeri masakan malah ia juga sesuai untuk diletakkan di dalam minuman bagi menambahkan kesegaran Daun ini juga telah digunakan secara tradisi untuk meningk...
Buah Berangan Snek Sihat Keluarga Manfaat Pada Kesihatan

Buah Berangan Snek Sihat Keluarga Manfaat Pada Kesihatan

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 235 hits
Satu satunya buah yang boleh direbus dibakar dikeringkan serta dijadikan jem dan tepung semestinya adalah buah berangan Ia adalah sejenis kacang yang sangat popular di dunia dengan rasa yang sangat unik dan sedikit manis Namun tahukah anda ...
Minuman Terbaik Untuk Kesihatan Apa Nak Beli Kat Hypermart

Minuman Terbaik Untuk Kesihatan Apa Nak Beli Kat Hypermart

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 189 hits
Minuman terbaik utk kesihatan Apa nak beli di hypermart The post appeared first on
7 Khasiat Utama Ginkgo Biloba Sebagai Tumbuhan Purba Untuk Kesihatan

7 Khasiat Utama Ginkgo Biloba Sebagai Tumbuhan Purba Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 261 hits
7 Khasiat Utama Ginkgo Biloba Sebagai Tumbuhan Purba untuk Kesihatan 18 Adakah anda tahu bahawa ginkgo biloba adalah tumbuhan purba yang telah ada di bumi sejak 270 juta tahun yang lepas Tumbuhan purba ini mempunyai banyak khasiat untuk kes...
5 Kebaikan Sayur Bayam Untuk Kesihatan

5 Kebaikan Sayur Bayam Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 189 hits
5 Kebaikan Sayur Bayam Untuk Kesihatan Sayur bayam merupakan sayur yang popular di seluruh negara Kekayaan nutrisi yang terdapat dalam sayur hijau ini memang tidak dapat disangkal lagi Oleh itu marilah kita menelusuri kebaikan dan keunikan ...
Buah Tin 10 Khasiat Kepada Kesihatan Lelaki Wanita

Buah Tin 10 Khasiat Kepada Kesihatan Lelaki Wanita

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 349 hits
Tahukah anda buah kecil seperti buah tin ini ternyata memiliki kandungan vitamin mineral serat dan antioksida yang tinggi Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat yang terdapat dalam buah tin dan keheba...
Elak Makan 7 Jenis Ikan Ini Kalau Hendak Jaga Kesihatan

Elak Makan 7 Jenis Ikan Ini Kalau Hendak Jaga Kesihatan

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 420 hits
ELAK MAKAN 7 JENIS IKAN INI KALAU HENDAK JAGA KESIHATAN1 Ikan GindaraIkan laut dalam ini boleh ditemui di kedalaman antara 280 900 meter dan dikatakan mempunyai banyak manfaat kesihatan Namun ramai yang tidak sedar bahawa ikan gindara menga...
Air Kelapa Banyak Khasiatnya Untuk Kesihatan Beri Anak Minum Paling Kurang Sekali Dalam Seminggu

Air Kelapa Banyak Khasiatnya Untuk Kesihatan Beri Anak Minum Paling Kurang Sekali Dalam Seminggu

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 262 hits
atau nama saintifiknya Cocos nucifera banyak khasiatnya untuk kesihatan Ibu bapa boleh mula ajar anak anak minum air kelapa sekurang kurangnya seminggu sekali Terbukti air kelapa bukan sekadar minuman penghilang dahaga Air Kelapa Banyak Kha...
Pucuk Ubi Jenis Khasiat Kesihatan Cara Memasak

Pucuk Ubi Jenis Khasiat Kesihatan Cara Memasak

papar berkaitan - pada 8/4/2024 - jumlah : 409 hits
Pucuk ubi memang enak dijadikan hidangan tengah hari bersama keluarga Namun pasti tidak ramai yang tahu akan kelebihannya kepada kesihatan Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan pucuk ubi dan khasiatnya kepad...
Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Gunung Rinjani Sejarah Harga Tiket Laluan Pendaki

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya

Umno Agm Pushed To November In View Of Sabah Polls

Mayat Ibu Anak Perempuan Ditemui Reput Jiran Tercium Bau Busuk

Ucapan Hari Jadi Birthday Wishes Yang Sweet

Monolog Jiwa Disebalik Senyum 2


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Packaging Lipmatte Dengan Insert Custom Kemas Selamat Eksklusif

Bersiaran Dari Thailand

Jpj Lanjutkan Tempoh Bayaran Saman Kadar Rata Rm150

222 Pelajar Ipt Positif Hiv Tahun Lalu Paling Ramai Berusia 18 19 Tahun

Siri Oppo Reno14 Rasmi Mediatek Dimensity 8450 Bateri 6 200mah Harga Dari Rm1 399

Lori Mini Terbalik Menyebabkan Ikan Keli Berterabur Tengah Jalan