Mana Mana Ahli Parlimen Bn Kalau Beranilah Boleh Cuba Tiru Macam Adun Rembia Ini




Adun Rembia, Melaka, Jailani Khamis yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO kerana hadir ke majlis pengumuman calon PN bagi PRK Dun Simpang Jeram di Bakri, Johor pada 23 Ogos lalu, dilaporkan telah meminta dirinya dipecat daripada UMNO.


Perkara itu dinyatakannya dalam jawapan bertulis terhadap surat tunjuk sebab Lembaga Disiplin UMNO kepadanya.


Sambil mempertahanlan dirinya tidak bersalah kerana kehadirannya ke program tersebut adalah atas tiket NGO Muafakat Nasional yang diterajui Annuar Musa, Jailani bagaimanapun tidak mahu tindakannya itu memberi malu kepada UMNO.


“Dengan rasa rendah diri, saya meminta Lembaga Disiplin UMNO mengambil keputusan di bawah peruntukan 20.10 (D) iaitu dipecat daripada parti setelah disahkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan bukan mana-mana hukuman lain.


“Saya tidak mahu malukan UMNO, saya minta permohonan saya diterima,” katanya dalam surat jawapan tersebut.


Sebagai ahli UMNO, lebih-lebih lagi berkedudukan wakil rakyat, mustahil Jailani tidak tahu kehadirannya ke program parti lawan adalah suatu kesalahan dari segi disiplin.


Menggunakan alasan hadir atas tiket NGO Muafakat Nasional sama sekali tidak logik untuk menghalalkan kehadirannya kerana ia majlis pengumuman calon parti lawan untuk PRK.


Lainlah kalau beliau hadir majlis tahlil atau kenduri doa selamat mana-mana wakil rakyat PN, barulah ia bukan suatu kesalahan.


Lebih-lebih lagi jika beliau hadir itu sebagai jemputan khas untuk membaca doa misalnya.


Apa pun, agaknya memang Jailani sudah tiada hati lagi dengan UMNO sejak kebelakangan ini dan memang mahu meninggalkan parti itu.


Cuma, kalau beliau saja-saja keluar UMNO, kedudukannya sebagai Adun Rembia akan tergugur dan perlu diadakan pilihan raya semula.


Tetapi, apabila dipecat, kedudukan sebagai wakil rakyat tetap akan selamat.


Maka, mungkin itulah sebabnya Jailani sendiri memohon agar UMNO memecatnya.


Hmmmmm….


Dengan langkah yang diambil Jailani itu, ia segera mengingatkan kepada ura-ura yang sejak sekian lama kedengaran kononnya ada tujuh Ahli Parlimen BN mahu meletakkan jawatan masing-masing bagi memaksa pilihan raya kecil diadakan, seterusnya selepas dipilih semula, mereka akan memberi sokongan kepada blok pembangkang PN untuk menumbangkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.


Komplot itu bagaimanapun perlu sama mendapat sokongan daripada GPS, GRS dan parti-parti kecil yang lain.


Sebelum ini, sebaik keputusan PRU15 lalu diumumkan, tujuh Ahli Parlimen BN berkenaan adalah antara yang menandatangani akuan bersumpah menyokong Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri.


Bagaimanapun, di bawah undang-undang anti lompat parti, akuan bersumpah atau SD sudah tidak laku lagi kerana sebarang keputusan hendaklah diputuskan oleh parti, bukan secara individu.


Malah, mereka juga tidak dibenarkan melompat parti kerana ia akan menyebabkan kedudukan sebagai Ahli Parlimen atau Adun tergugur secara automatik.


Hanya jika seseorang itu dipecat daripada parti, barulah kedudukannya sebagai wakil rakyat tidak terjejas.


Mengambil kira apa yang dilakukan Jailani dan kiranya tujuh Ahli Parlimen yang disebut-sebut itu masih mahu menjatuhkan kerajaan perpaduan, barangkali mereka boleh mendapat inspirasi daripada apa jawapan beliau kepada Lembaga Disiplin UMNO itu.


Kalau berani…cuba-cubalah berbuat sesuatu yang melanggar disiplin agar diberi surat tunjuk sebab oleh Lembaga Disiplin UMNO dan kemudian mintalah juga dipecat daripada UMNO.


Apabila sudah dipecat, bebaslah untuk membawa haluan dan memberi sokongan kepada sesiapa saja yang dikehendaki.


Hehehe…itu pun kalau mereka beranilah!!


Cuma masalahnya satu saja, akan tergantung tak bertalilah keadaan mereka jika UMNO tetap enggan memecat seperti yang diharap-harapkan itu. – ShahbudinHusin 06/09/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/09/mana-mana-ahli-parlimen-bn-kalau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cikgu Sekolah Ini Rugi Rm37 000 Diperdaya Kucing Undang Reaksi Netizen Macam Mana Boleh Jadi Macam Itu

Cikgu Sekolah Ini Rugi Rm37 000 Diperdaya Kucing Undang Reaksi Netizen Macam Mana Boleh Jadi Macam Itu

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 157 hits
Seorang guru mengalami kerugian RM37 750 akibat terpedaya dengan penipuan jualan Tidak wujud melibatkan seekor kucing baka Munchkin di Facebook Ketua Polis Alor Gajah Arshad Abu berkata wanita berusia 39 tahun yang tinggal di Alor Gajah itu...
Ahli Parlimen Bayan Baru Cadang 7 Langkah Tangani Bekalan Beras

Ahli Parlimen Bayan Baru Cadang 7 Langkah Tangani Bekalan Beras

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 168 hits
Oleh Abdullah Zaid Kenaikan harga beras putih import selain kesukaran untuk mendapatkan bekalan beras Super Spesial Tempatan meresahkan orang ramai Justeru bagi sesi Dewan Rakyat Pembentangan Rancangan Malaysia ke 12 Ahli Parlimen Bayan Bar...
Dua Tahun Lalu Ahli Parlimen Ph Juga Berarak Tanpa Kebenaran Polis

Dua Tahun Lalu Ahli Parlimen Ph Juga Berarak Tanpa Kebenaran Polis

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 347 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 11 2023 10 09 PMIsu notis dan kebenaran untuk mengadakan perhimpunan kembali diperkatakan selepas Perikatan Nasional mengumumkan untuk menganjurkan perhimpunan pada Sabtu ini Malah seorang ahli parlimen Pakat...
Dalam Sesi Rawatan Tulis Sedikit Berkenaan Ahli Parlimen Muar

Dalam Sesi Rawatan Tulis Sedikit Berkenaan Ahli Parlimen Muar

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 357 hits
Gino Marvela Bagi kami ia lebih kpd nak beri tekanan pada Anwar Kerajaan Perpaduan supaya kes ini di lepaskan Keduanya mmg umum mengetahui dia turuti tekanan pihak pembangkang yg mmg di ketahui hubungan dua hala antara Muhyiddin Mahathir Ke...
Tak Rasa Malukah Mahiaddin Bila Menantunya Kini Buruan Interpol Macam Mana Nak Jadi Pm Semula

Tak Rasa Malukah Mahiaddin Bila Menantunya Kini Buruan Interpol Macam Mana Nak Jadi Pm Semula

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 213 hits
Menantu Mahiaddin Md Yasin kini sah diletakkan dalam notis merah Interpol atau Polis Antarabangsa untuk ditangkap dan dibawa balik ke Malaysia Ini bermakna Muhamad Adlan Behran sekarang adalah orang buruan pihak berkuasa di peringkat antara...
Kalau Boleh Elaklah Saman Menyaman Tak Ke Mana Pun Yusof Haslam Dah Sebulan Tak Jumpa Puteri Sarah

Kalau Boleh Elaklah Saman Menyaman Tak Ke Mana Pun Yusof Haslam Dah Sebulan Tak Jumpa Puteri Sarah

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 171 hits
Penerbit serta pelakon hebat Datuk Yusof Haslam tampil mendoakan agar menantunya Puteri Sarah diberi kesabaran selepas timbul isu seorang individu yang tidak disukai 8216 menganggunya 8217 Bagaimanapun Yusof Haslam berkata dia tidak boleh m...
Ahli Mkt Seorang Ini Yakin Umno Boleh Menang Lawan Pn Jika Bertanding Solo

Ahli Mkt Seorang Ini Yakin Umno Boleh Menang Lawan Pn Jika Bertanding Solo

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 238 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno menggesa parti itu berpisah dengan Pakatan Harapan terutama DAP pada pilihan raya namun kekal sebahagian kerajaan perpaduan Isham Jalil yang juga bekas ketua penerangan ber...
Serangan Pertama Syed Saddiq Gelar Ahli Parlimen Kerajaan Hipokrit

Serangan Pertama Syed Saddiq Gelar Ahli Parlimen Kerajaan Hipokrit

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 388 hits
bebasnews myBy 12 09 2023Ahli Parlimen Muar itu bangun menyerang Ahli Parlimen kerajaan dengan mengingatkan pendirian mereka ketika menjadi pembangkang Ahli Parlimen Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata mahu kes Zahid Hamidi dilepas t...
Dnaa Kes Zahid Rumitkan Keadaan Kata Ahli Parlimen Ph

Dnaa Kes Zahid Rumitkan Keadaan Kata Ahli Parlimen Ph

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 239 hits
malaysiakini comPengguguran pertuduhan Jabatan Peguam Negara terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengakibatkan PH berada dalam dilema kata seorang ahli parlimen kerajaan Dia yang enggan namanya didedahkan berkata tiada ahli...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Pakej Percutian Turki

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengandungi Dna Babi 9 Produk Halal Indonesia Ditarik Balik

Hidupringkas Com Akan Ditutup Pada Bulan June 2025 Yang Akan Datang

Sabtu Cerdas Finansial Literasi Keuangan Jadi Kunci Hadapi Tantangan Ekonomi 2025

Bitcoin Overtakes Google Apa Artinya Untuk Dunia Digital

Chamber Hyperbarik Terobosan Pengobatan Modern Kini Hadir Di Rsud Dr Soedarso

Kaya Sebab Duit Banyak