Dnaa Kes Zahid Rumitkan Keadaan Kata Ahli Parlimen Ph


malaysiakini.com
Hariz Mohd & Isabelle Leong
Diterbitkan: Sep 8, 2023 11:02 AM
Pengguguran pertuduhan Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengakibatkan PH berada dalam dilema, kata seorang ahli parlimen kerajaan.

Dia yang enggan namanya didedahkan berkata, tiada ahli dari gabungan itu yang berpuas hati dengan keputusan membebaskan tanpa melepaskan (DNAA) Ahmad Zahid oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Sept.

“Sesetengah ahli parlimen kecewa dengan perkara ini, mereka tidak ada penjelasan mengenainya, jadi mereka mengelak daripada memberikan kenyataan.

“Apa yang boleh saya katakan, tiada tutup mulut dikeluarkan untuk menghalang ahli parlimen PH daripada bercakap mengenai isu ini.

"Ia lebih kepada 'macam mana kita nak respons terhadap perkara ini' saja.

"Jika kamu tanya kepada sesiapa daripada PH, tak ada yang berpuas hati,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi semalam.

Menurut ahli parlimen itu, PH memang menjangkakan sejak awal perkembangan seperti yang berlaku baru-baru ini akan berlaku.

Bahkan, katanya, ia diramal seawal PH bekerjasama dengan BN untuk membentuk kerajaan pusat selepas PRU ke-15 pada tahun lalu.

"Itu 'harga' yang perlu dibayar," katanya lagi.

Penting untuk majoriti di parlimen

Malaysiakini menghubungi sembilan ahli parlimen dari PKR, DAP dan Amanah untuk mendapatkan komen tetapi hanya dua orang bersetuju untuk mengulas perkara tersebut.

Daripada dua ahli parlimen itu, hanya seorang - Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan - mengizinkan namanya disiarkan.

Sambil menegaskan pilihan raya kecil (PRK) untuk Pulai dan Simpang Jeram sedang berjalan, ahli parlimen PH yang enggan namanya didedahkan itu menyuarakan kebimbangan bahawa keputusan DNAA berkenaan boleh memberi kesan kepada peratusan keluar mengundi Sabtu ini.

Oleh itu, dia meminta supaya semua pihak berhenti membincangkan dan berdebat berhubung perkara itu bagi mengelakkan sebarang gangguan kepada PRK berkenaan.

“Ini masa yang sangat penting bagi kerajaan. Lagi banyak kita bercakap tentang isu ini... kita mungkin boleh menjejaskan keputusan (PRK) dan penting untuk kita mengekalkan majoriti dua per tiga (di parlimen).

“Walaupun selepas kita memenangi pilihan raya kecil, siapa tahu sama ada (Ahli Parlimen Muar) Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman) akan terus menyokong kerajaan atau tidak? Inilah sebabnya mengapa majoriti dua per tiga sangat penting,” katanya.

Pentadbiran Anwar Ibrahim bermula pada Nov lalu dengan 148 ahli parlimen - termasuk Syed Saddiq - bersama kerajaan, iaitu jumlah yang cukup-cukup untuk mencapai majoriti dua per tiga di Dewan Rakyat.

Keadaan itu - secara teori - membolehkan kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun, ketika ini kerajaan mempunyai 147 ahli parlimen selepas kerusi Pulai kosong berikutan kematian Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Jika Amanah memenangi semula kerusi Pulai pada Sabtu, ini akan menjadikan kerajaan mempunyai 148 ahli parlimen semula.

Syed Saddiq yang juga presiden Muda sebelum ini mengugut untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan Anwar berikutan status DNAA yang diberikan kepada Ahmad Zahid.

Jika Muda meneruskan ugutannya, kerajaan akan kembali memiliki sokongan 147 ahli parlimen.

Sementara itu, Sany turut mengesahkan kepada Malaysiakini, terdapat ahli akar umbi Amanah dan PH yang tidak berpuas hati dengan DNAA itu dan mendakwa terdapat campur tangan kerajaan dalam kes tersebut.

Buat taklimat khas

Bagaimanapun, ahli Jawatankuasa Amanah Nasional itu berkata dia amat percaya pentadbiran Anwar tidak terlibat dalam membuat gesaan sedemikian.

“Pandangan kita yang berbeza, pendapat kita yang berbeza, suara hati kita yang berbeza. Tapi apabila badan kehakiman sudah membuat keputusan berdasarkan jalur undang-undang, perlembagaan, peraturan yang dibenarkan, kita sebagai rakyat kena akur.

"Kalau mereka rasa tak berpuas hati, appeal (rayu) baliklah,” kata Sany ketika dihubungi Malaysiakini.

Pada 5 Sept lalu Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mempertahankan Anwar daripada tindak balas besar terhadap DNAA yang diberikan kepada Zahid.
Sany HamzanSaifuddin mengulangi penegasannya bahawa Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada peguam negara untuk mendakwa atau menarik balik sebarang pertuduhan.

Pada hari yang sama, Anwar turut menafikan wujud sebarang campur tangan dalam keputusan AGC, dan menegaskan perkara itu diputuskan oleh bekas Idrus Harun selaku peguam negara ketika itu.

Sementara itu, seorang pemimpin akar umbi dari Amanah - yang tidak mahu namanya didedahkan - mengulangi pihaknya menggesa Idrus menjelaskan mengapa pihak pendakwa raya membatalkan prosiding mereka terhadap Ahmad Zahid.

Sambil menegaskan bahawa kes itu terlalu teknikal untuk difahami oleh rakyat Malaysia biasa, dia turut menggesa pihak yang berkenaan mengadakan taklimat khas membabitkan Idrus kepada semua anggota kerajaan agar mereka mendapat penjelasan terperinci.

“Oleh itu mungkin taklimat khas kepada semua ahli (kerajaan) perpaduan boleh dibuat dengan meminta bekas AG jelaskan, serta pengukuhan daripada pihak menteri undang-undang (Azalina Othman Said) sebagai penegasan bahawa kerajaan perpaduan tak terlibat keputusan ni, (sebaliknya) AG yang buat,” katanya.

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/09/dnaa-kes-zahid-rumitkan-keadaan-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Dnaa Zahid Terrirudin Idrus Akan Berdepan Jawatankuasa Parlimen

Isu Dnaa Zahid Terrirudin Idrus Akan Berdepan Jawatankuasa Parlimen

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 124 hits
FMT ReportersPeguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan bekas peguam negara Idrus Harun akan dipanggil menjelaskan isu DNAA Zahid Hamidi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Hak Asasi Manusia Pilihan Raya dan Reformasi Institusi PE...
Bahas Keputusan Kes Zahid Pm Mendahului Speaker Parlimen

Bahas Keputusan Kes Zahid Pm Mendahului Speaker Parlimen

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 131 hits
PERIKATAN Nasional mendapati kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menolak untuk Parlimen membahaskan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi daripada ...
Kes Mahkamah Zahid Hamidi Hanya Dihenti Sementara Untuk Siasat Bukti Baru Kata Peguam Negara

Kes Mahkamah Zahid Hamidi Hanya Dihenti Sementara Untuk Siasat Bukti Baru Kata Peguam Negara

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 214 hits
JABATAN Peguam Negara dengan bantuan pelbagai pihak terutama pihak penyiasatan masih menyiasat kesemua bukti baharu berkaitan kes dana Yayasan Akalbudi yang melibatkan Dr Ahmad Zahid Hamidi Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berkata...
Kes Dnaa Zahid Muda Ugut Tarik Sokongan Dan Turun Kejalanraya

Kes Dnaa Zahid Muda Ugut Tarik Sokongan Dan Turun Kejalanraya

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 164 hits
Muda beri amaran tarik sokongan k jaan boleh hilang majoriti 2 3Isabelle LeongIkatan Demokratik Malaysia memberi amaran untuk menilai sokongan terhadap kerajaan serta turun ke jalan raya jika tiada penjelasan diberikan dalam kes mahkamah Pr...
Anwar Nafi Terlibat Gugur Kes Zahid Hamidi Macamlah Pm Tak Ada Kerja Lain Kata Saifuddin

Anwar Nafi Terlibat Gugur Kes Zahid Hamidi Macamlah Pm Tak Ada Kerja Lain Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 149 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata dia tidak terlibat dalam keputusan Pejabat Peguam Negara untuk memohon agar Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan daripada 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi Anwar b...
Muda Tarik Sokongan Tak Jejas Kerajaan Cuma Ganggu Lulus Usul Kata Ahli Parlimen

Muda Tarik Sokongan Tak Jejas Kerajaan Cuma Ganggu Lulus Usul Kata Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 190 hits
Muda berkata ia tidak akan teragak agak untuk menilai semula kedudukannya dalam kerajaan perpaduan selepas mahkamah melepaskan Presiden Umno Zahid Hamidi tanpa membebaskannya PETALING JAYA Kerajaan perpaduan tidak akan terjejas sekiranya Mu...
Pemuda Pkr Gesa Sesi Parlimen Tergempar Bahas Dnaa Zahid

Pemuda Pkr Gesa Sesi Parlimen Tergempar Bahas Dnaa Zahid

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 298 hits
freemalaysiatoday com07 Sep 2023Sayap parti pemerintah mahu DNAA Zahid Hamidi dibahaskan ekoran persoalan mengenai kredibiliti Jabatan Peguam Negara Pemuda PKR mendesak diadakan sesi Parlimen tergempar susulan Zahid Hamidi dilepas dalam kes...
Pengguguran Kes Zahid Bukti Rasuah Amat Buruk Ummah

Pengguguran Kes Zahid Bukti Rasuah Amat Buruk Ummah

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 231 hits
harakahdaily netSeptember 5 2023Mohd Zai MustafaKUALA LUMPUR Pengguguran kes mahkamah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan bahawa pentadbiran negara mempunyai isu rasuah yang amat buruk Pengerusi UMMAH Mohd Zai Mustafa berkata sehar...
Tiada Justifikasi Kes Zahid Dihentikan Majlis Peguam

Tiada Justifikasi Kes Zahid Dihentikan Majlis Peguam

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 201 hits
KUALA LUMPUR Majlis Peguam menyifatkan kenyataan Pejabat Peguam Negara mengenai keputusan bebas tanpa dilepaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai tidak mempunyai justifikasi sewajarnya Presidennya Karen Cheah berkata adalah tidak wa...
Hukum Memakai Pendakap Gigi

Jangan Bersangka Sudah Beriman

Aku Menyesal Kahwin Dengan Warga Asing Enggan Tunaikan Nafkah Sebab Tak Tahu

Alliance Bank Rakan Mytaman Untuk Meluaskan Kebolehcapaian Kad Kredit Maya Kepada 150 000 Pengguna

Laporan Dosm Inflasi Malaysia Naik 2 Mei 2024

Kak Jane Pergi Selamanya

Bila Allah Tarik Nikmat Ibadah

Blackrock Isu Sebenar Jual Pegangan Aset Strategik Negara



10 Fakta Biodata Harissa Adlynn Halim Pelakon Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Astro Ria Gandingan Redza Rosli

6 Makhluk Mitos Yang Digeruni dan Disanjung Masyarakat Asia Tenggara

10 Filem Komedi Lawak Terbaru Yang Best Juga Tersedia Online Netflix Prime Video HBO GO Dengan Sarikata Bahasa Melayu

Info Dan Sinopsis Filem Ipar Adalah Maut 2024 Kini Di Pawagam Malaysia

Kahwin Beristerikan Bella Hanna Bella Luna Ini 10 Fakta Biodata Pelakon Redza Rosli Yang Ramai Tak Tahu


Enjoy A Variety Of Abundant Prizes Playing Gacor123 Slot

Ulasan Filem Atlas Agak Mengecewakan

Nangka Madu Dari Kebun

Data Driven Decisions For Success

Kkm Digesa Jangan Mengetepikan Pemegang Taruh Kosmo 25 06 2024

Ppim Dakwa Kkm Ketepikan Pakar Dalam Pindaan Akta Perubatan Utusan Malaysia 26 06 2024