Dua Tahun Lalu Ahli Parlimen Ph Juga Berarak Tanpa Kebenaran Polis


malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 11, 2023 10:09 PM
Isu notis dan "kebenaran" untuk mengadakan perhimpunan kembali diperkatakan, selepas Perikatan Nasional (PN) mengumumkan untuk menganjurkan perhimpunan pada Sabtu ini

Malah seorang ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) menggunakan hujah "permit", dengan mengatakan PN perlu mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA).

Namun, pada dua tahun lalu, barisan ahli parlimen PH - termasuk Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail - menyertai perarakan yang menurut polis tidak mematuhi PAA.

Ia ketika PH bersama-sama ahli parlimen pembangkang pada masa itu berarak ke bangunan Parlimen pada 2 Ogos 2021 bagi mendesak perdana menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin dan kabinetnya agar letak jawatan.

Desakan itu selepas keputusan Muhyiddin menggantung Parlimen ketika penularan wabak Covid-19.

Perarakan ketika itu dihalang pasukan polis yang menyekat laluan masuk ke Parlimen.
Anggota polis menyekat laluan ke bangunan Parlimen pada Ogos 2021Ketua polis Kuala Lumpur ketika itu, Azmi Abu Kassim menyifatkan perarakan itu sebagai "perhimpunan haram" dan berkata pihaknya tidak diberi makluman lima hari lebih awal, seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 9 PAA.

Nik Nazmi Nik Ahmad - kini Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - menyifatkan sekatan polis itu adalah ekoran kerajaan yang "bersikap angkuh".

Selain Anwar, Saifuddin dan Nik Nazmi, turut menyertai protes itu adalah Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Menteri Sumber Manusia V Sivakumar, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Susulan perarakan itu, Anwar, Saifuddin dan beberapa lagi ahli parlimen dipanggil memberi keterangan kepada polis atas dakwaan gagal mematuhi PAA.

Pada Jun lalu, Saifuddin memberitahu Dewan Rakyat yang kerajaan tiada hasrat untuk meminda Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012 dan mengurangkan tempoh lima hari pemberitahuan polis yang diwajibkan sebelum perhimpunan awam.
Ahli parlimen PH ketika perarakan ke Parlimen, dua tahun laluIsu peruntukan dalam PAA timbul selepas pengumuman PN untuk mengadakan perhimpunan sempena Hari Malaysia iaitu pada 16 September, bagi membantah penarikan balik pertuduhan jenayah terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay berkata PN perlu menghantar notis lima hari sebelum perhimpunan, serta mendapat kebenaran daripada pemilik premis.

Dia turut mengingatkan tindakan akan diambil jika PAA tidak dipatuhi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu P Prabakaran - yang turut menyertai perarakan pada 2 Ogos 2021 - berkata dia berharap PN akan mematuhi undang-undang dan memohon kebenaran polis.

Selain PN, Muda juga dilaporkan merancang untuk mengadakan perhimpunan, juga bagi membantah penarikan balik kes Zahid, namun belum memutuskan untuk bekerjasama dengan PN atau tidak.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/09/dua-tahun-lalu-ahli-parlimen-ph-juga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Bayan Baru Cadang 7 Langkah Tangani Bekalan Beras

Ahli Parlimen Bayan Baru Cadang 7 Langkah Tangani Bekalan Beras

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 155 hits
Oleh Abdullah Zaid Kenaikan harga beras putih import selain kesukaran untuk mendapatkan bekalan beras Super Spesial Tempatan meresahkan orang ramai Justeru bagi sesi Dewan Rakyat Pembentangan Rancangan Malaysia ke 12 Ahli Parlimen Bayan Bar...
Dua Tahun Menanti Isteri Hamil 7 Bulan Azmi Saat Bakal Timang Anak November Ini

Dua Tahun Menanti Isteri Hamil 7 Bulan Azmi Saat Bakal Timang Anak November Ini

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 196 hits
Tahniah diucapkan buat penyanyi Azmi Saat yang berkongsi berita gembira isterinya kini hamil tujuh bulan Pernah diuji dengan kehilangan anak akui Azmi dia amat bersyukur atas kurniaan rezeki itu malah kini tidak sabar untuk menantikan kelah...
Dua Penyuap Kasus Pemeliharaan Jalur Kereta Api Di Kemenhub Divonis 2 5 Tahun Penjara

Dua Penyuap Kasus Pemeliharaan Jalur Kereta Api Di Kemenhub Divonis 2 5 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 160 hits
Menjatuhkan vonis 2 5 tahun terhadap mantan Direktur Utama PT Kereta Api Properti Manajemen Yoseph Ibrahim dan eks Vice President PT KAPM Parjono
Polis Siasat Kejadian Ahli Perniagaan Dilanggar Dipukul

Polis Siasat Kejadian Ahli Perniagaan Dilanggar Dipukul

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 346 hits
FMT ReportersTangkap layar video kejadian membabitkan kejadian seorang ahli perniagaan diserang beberapa lelaki PETALING JAYA Polis menyiasat dan memburu beberapa suspek yang terbabit dalam kejadian langgar lari sebelum memukul seorang ahli...
Dalam Sesi Rawatan Tulis Sedikit Berkenaan Ahli Parlimen Muar

Dalam Sesi Rawatan Tulis Sedikit Berkenaan Ahli Parlimen Muar

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 323 hits
Gino Marvela Bagi kami ia lebih kpd nak beri tekanan pada Anwar Kerajaan Perpaduan supaya kes ini di lepaskan Keduanya mmg umum mengetahui dia turuti tekanan pihak pembangkang yg mmg di ketahui hubungan dua hala antara Muhyiddin Mahathir Ke...
Serangan Pertama Syed Saddiq Gelar Ahli Parlimen Kerajaan Hipokrit

Serangan Pertama Syed Saddiq Gelar Ahli Parlimen Kerajaan Hipokrit

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 359 hits
bebasnews myBy 12 09 2023Ahli Parlimen Muar itu bangun menyerang Ahli Parlimen kerajaan dengan mengingatkan pendirian mereka ketika menjadi pembangkang Ahli Parlimen Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata mahu kes Zahid Hamidi dilepas t...
11 Laporan Polis Sepanjang 3 Hari Kempen Prk Parlimen Pulai

11 Laporan Polis Sepanjang 3 Hari Kempen Prk Parlimen Pulai

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 325 hits
SEBANYAK 11 laporan polis diterima sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram yang bermula Sabtu lalu sehingga semalam Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata laporan itu melibatk...
Sekat Peruntukan Kepada Ahli Parlimen Pn Itu Madani Ke Soal Mp Kuala Krai

Sekat Peruntukan Kepada Ahli Parlimen Pn Itu Madani Ke Soal Mp Kuala Krai

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 353 hits
Abdul Latiff Abdul Rahman Slogan Madani yang dilaung laungkan kerajaan campuran dipersoal Ahli Parlimen Kuala Krai Abdul Latiff Abdul Rahman Abdul Latiff kesa apabila kerajaan campuran yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap tidak s...
Syor Ahli Parlimen Pkr Gabung Semula Kl Selangor Kukuhkan Kuasa Politik Cina Dap Kata Bekas Menteri

Syor Ahli Parlimen Pkr Gabung Semula Kl Selangor Kukuhkan Kuasa Politik Cina Dap Kata Bekas Menteri

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 359 hits
Seorang bekas menteri berkata sebarang langkah untuk menggabungkan Kuala Lumpur dengan Selangor akan menyebabkan Dewan Undangan Negeri mendapat sekurang kurangnya 24 lagi tambahan kerusi majoriti bukan Melayu keputusan yang katanya akan men...
Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Startups Vs Established Industries

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Dua Pendaki Wanita Maut Di Puncak Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Realme Menerajui Penanda Aras Prestasi Memperkenalkan Konsep Kanta Boleh Tukar Di Mwc 2025

We Re At Mwc Showcasing The Latest Ai Features On Android

Nak Beli Kereta Baru Vs Kereta Lama

Mwc 2025 Malaysia Pacu Inovasi Digital Perkukuh Posisi Serantau

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm