Malu Jadi Duta Bahasa Melayu


SETELAH 64 tahun negara mencapai kemerdekaan, isu penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat berterusan diperdebatkan. Memang tidak dinafikan, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengangkat bahasa Melayu, dan menjadikan bahasa ini antara terbanyak digunakan di dunia. Namun, dalam usaha ini, terdapat segelintir masyarakat kita meremehkan kemampuan bahasa Melayu menjadi bahasa global.
Inilah yang terjadi apabila Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berucap menggunakan bahasa Melayu di Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Ke-26 (COP26) di Glasglow, Scotland baru-baru ini. Bagi pejuang bahasa, usaha beliau dianggap satu langkah yang amat baik, demi mengangkat bahasa Melayu di pentas dunia.
Namun, yang dikesalkan terdapat pihak yang mempertikaikan usaha ini, dengan menganggap bahawa beliau tidak mampu berbahasa Inggeris. Sikap sebegini menunjukkan minda mereka masih dijajah. Golongan ini tidak berkeyakinan dengan kemampuan bahasa kebangsaan sendiri, dalam menyampaikan pendirian di peringkat global. Malah, baru-baru ini seorang wartawan telah mengajukan soalan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad dalam bahasa Inggeris. Saya yakin wartawan itu warganegara Malaysia. Persoalannya, sejauh mana jati diri masyarakat Malaysia

Bahasa rasmi tidak lagi digunakan dalam urusan seharian, sedangkan bahasa merupakan jati diri bangsa. Bahasa Melayu yang diangkat sebagai bahasa rasmi Malaysia juga, bukan bahasa untuk sesuatu kaum. Sebaliknya, bahasa penyatuan yang jelas termaktub dalam Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67

Sebagai warga Malaysia, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, perlu dihayati secara total. Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa yang berkembang pesat sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan kini, perkembangannya dapat dilacak dengan penubuhan Kursi Pengajian Melayu di universiti terkemuka dunia, serta dipelajari secara meluas

Keadaan ini membuktikan bahasa Melayu bukan sahaja menjadi bahasa penyatuan pelbagai bangsa, malah peranannya sebagai bahasa komunikasi dan bahasa ilmu diperakui sejak dahulu lagi

Namun, kenapakah dalam kalangan masyarakat Malaysia sendiri masih ada yang memperlekehkan kemampuan bahasa Melayu ini? Di manakah semangat mencintai negara bangsa bagi golongan ini?
Setiap golongan masyarakat berperanan mengangkat bahasa rasmi negara ini. Naib Canselor Universiti Putra Malaysia Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, dalam ucapan perasmian Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan (GDBK) 2021 peringkat Universiti Putra Malaysia pada 7 Oktober lalu menekankan perihal bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi, dan peranan mengangkat bahasa Melayu bukan terletak di atas bahu pakar serta pejuang bahasa semata-mata, sebaliknya peranan semua pihak.
Program GDBK ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan dengan hasrat, bahasa Melayu menjadi bahasa keenam paling banyak digunakan di dunia

Kini, peranan memperkasakan bahasa Melayu bukan lagi menjadi tugas Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) semata-mata. Seluruh masyarakat perlu memainkan fungsi dan bertanggungjawab dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan seharian

Bahasa Melayu perlulah digunakan secara tepat dan gramatis. Masyarakat Malaysia wajar menuturkan bahasa Melayu dengan bangga, sama ada peringkat lokal ataupun global. Jadilah duta negara yang mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa popular di persada dunia

Usaha secara berterusan memperkasakan bahasa Melayu dapat ditelusur daripada penawaran program bahasa Melayu pada peringkat pengajian tinggi (sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah) di beberapa universiti awam

Usaha-usaha ini secara tidak langsung membuktikan bahawa bahasa Melayu masih relevan dipelajari pada peringkat tertinggi, serta peluang pekerjaan yang terbuka luas dalam bidang ini

Walaupun terdapat segelintir pelajar mengatakan mereka melanjutkan pengajian dalam bidang ini disebabkan faktor penawaran, namun setelah mengikuti kuliah dan didedahkan dengan skop bidang bahasa Melayu yang meluas, mereka akhirnya tertarik dengan program yang ditawarkan ini, seperti terungkap dalam peribahasa Melayu, tak kenal maka tak cinta

Sikap meremehkan bahasa Melayu sepatutnya tidak lagi berlaku. Bahasa rasmi negara adalah jati diri negara bangsa. Setiap warganegara seharusnya berbangga dengan bahasa kebangsaan ini, dengan menuturkannya di pentas dunia, dan digunakan sepenuhnya dalam urusan rasmi dan tidak rasmi

Oleh itu, kenyataan memperlekeh seperti tidak mampu berbahasa Inggeris, sehingga menggunakan bahasa Melayu tidak wajar dkeluarkan. Sebaliknya, semakin ramai pemimpin negara patut menggunakan bahasa Melayu dengan meluas di pentas dunia dengan bangganya

Oleh: Dr. Zuraini Jusoh

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/11/malu-jadi-duta-bahasa-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tafsir Al Azhar Tulisan Asal Hamka Dalam Bahasa Melayu

Tafsir Al Azhar Tulisan Asal Hamka Dalam Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 334 hits
Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yangmengamalkan budaya ilmu Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat berkemahiran tinggi ialah melalui amalantabiat membaca yang berterusan Apa kata kita ...
Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Menyatupadukan Masyarakat Membimbangkan

Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Menyatupadukan Masyarakat Membimbangkan

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 248 hits
Terdapat kerisauan pada kadar penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia menurut sebuah Laporan daripada Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process pada tahun 2018 Menurut kajian P...
Vernakular Tidak Fasih Bahasa Melayu Bukan Masalah Sekolah Tetapi Kualiti Pelajar

Vernakular Tidak Fasih Bahasa Melayu Bukan Masalah Sekolah Tetapi Kualiti Pelajar

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 301 hits
PULAU PINANG 28 November 2021 Ia bukan tentang sifat sekolah itu sendiri tetapi tentang kualiti pelajar Pendidikan yang baik dan bermutu menjadi punca ibu bapa Melayu lebih minat memilih berbanding sekolah kebangsaan kata Profesor Dr Ramasa...
Utamakan Bahasa Melayu Dalam Persidangan Mesyuarat Pm

Utamakan Bahasa Melayu Dalam Persidangan Mesyuarat Pm

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 245 hits
Utamakan bahasa Melayu dalam persidangan mesyuarat PM Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegur pihak swasta syarikat berkaitan kerajaan dan agensi kerajaan yang tidak mengutamakan penggunaan bahasa Melayu dalam program mereka ...
Sembuhkan Penyakit Bahasa Melayu

Sembuhkan Penyakit Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 236 hits
MUKADIMAHDALAM pertemuan 20 minit di pejabat Yang Dipertua Dewan Negara di Parlimen tengah hari kelmarin TAN SRI DR RAIS YATIM menarik perhatian satu isu yang pada pengamatannya cukup besar hari ini Iaitu untuk mengembalikan bahasa Melayu s...
5 Perkataan Bahasa Cina Yang Popular Di Kalangan Orang Melayu

5 Perkataan Bahasa Cina Yang Popular Di Kalangan Orang Melayu

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 207 hits
Kita adalah rakyat Malaysia Rakyat Malaysia pelbagai kaum ada Melayu Cina India Melanau Iban Jadi memang tak mustahil langsung kalau bahasa seharian kita juga bercampur campur antara bangsa Contohnya lima perkataan bahasa Cina ini sangat po...
Penting Kuasai Bahasa Melayu Jangan Sampai Calon Tak Fasih Menang Prn

Penting Kuasai Bahasa Melayu Jangan Sampai Calon Tak Fasih Menang Prn

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 306 hits
Penguasaan bahasa kebangsaan mudah untuk sampaikan mesej rakyat BANGI Calon yang fasih berbahasa Melayu seharusnya menjadi pilihan utama parti politik dan rakyat pada Pilihan Raya Negeri Melaka Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia...
Pilihan Buku Parenting Edisi Bahasa Melayu Yang Best Dibaca

Pilihan Buku Parenting Edisi Bahasa Melayu Yang Best Dibaca

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 211 hits
Pilihan Buku Parenting Edisi Bahasa Melayu Yang Best Dibaca hi there walaupun aku ni sudah 8 tahun bergelar mommy tapi aku rasa aku masih terlalu lemah dalam hal hal berkaitan parenting Aku rasa gagal sangat jadi seorang mommy Kadang kadang...
Menteri Memartabatkan Bahasa Melayu Di Peringkat Antarabangsa

Menteri Memartabatkan Bahasa Melayu Di Peringkat Antarabangsa

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 192 hits
MENTERI MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT ANTARABANGSA YB Menteri berucap sewaktu UN Climate Change 2021 di Scotland dalam bahasa Melayu Ini adalah tauladan Barulah bahasa Melayu kaya dan diperkayakan Orang Jepun selamba berbahasa Je...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti