Sembuhkan Penyakit Bahasa Melayu


MUKADIMAHDALAM pertemuan 20 minit di pejabat Yang Dipertua Dewan Negara di Parlimen tengah hari kelmarin, TAN SRI DR. RAIS YATIM menarik perhatian satu isu yang pada pengamatannya cukup besar hari ini.

Iaitu untuk mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ke persada yang sepatutnya.

Beliau menawarkan diri untuk menggalas tanggungjawab itu, yang pada anggapan saya, wartawan ZULKIFLI JALIL dari Utusan Malaysia, menoleh ke belakang, depan, kiri, kanan pun tiada siapa lagi yang boleh diharapkan untuk berbuat demikian.

“Bukan nak saya katakan kita mesti pakai bahasa lama, tetapi kita harus bermegah dengan bahasa kita. Mesti wujudkan kemajuan dari sudut kekayaan, keindahan serta keberkesanan bahasa kebangsaan ini,” kata Rais.

Rais turut menyentuh bagaimana bahasa sendiri kian cacamarba penggunaannya di Indonesia dan Hong Kong.

Berikut suara hati insan yang bekerja dan berkhidmat dengan kesemua lapan Perdana Menteri Malaysia ini.

Apa sebenarnya isu masalah bahasa kebangsaan hari ini?
Kami dapati kerosakan pada bahasa kebangsaan hari ini ialah terlalu bebas dan banyak memasuk serta menggunakan istilah-istilah luaran khasnya Inggeris. Sedangkan istilah itu ada dalam bahasa Melayu dan dipakai. Contohnya okay, call, so. Ini tiga yang begitu kerap digunakan. Padahal dalam bahasa Melayu ada iaitu baiklah, panggil dan ketiga kita pun tahu erti dia.

Kami dapati juga di Dewan Rakyat tidak ada kawalan dan tidak ada panduan bila rakyat melihat pemimpin legislatif berbahasa lebih kurang atau tak kena. Maka itu akan melimpah ke dataran masyarakat di bawah.

Maka kita sudah menggerakkan usaha sekutu secara legislatif bagaimana perlu dan wajib menyemarakkan bahasa kebangsaan semula dengan menggunakan istilah-istilah betul.

Apa usaha lanjut ke arah ini?
Saya sendiri mewujudkan satu jawatankuasa kecil memerhati bagaimana bahasa kita sudah dibunuh. Malah dulu saya ada buat satu artikel bagaimana bahasa Melayu dibunuh dengan senyum. Saya pernah bawa ke Utusan Malaysia dan diterbitkan, tetapi secara begitu sahaja tidak cukup. Jadi, sekarang kami akan bergerak ke dalam kumpulan jawatankuasa kesejahteraan rakyat di bawah naungan Dewan Negara dan akan menembusi benteng-benteng lain supaya kita tidak terlampau jauh diheret oleh budaya bahasa asing ini.

Sejauh mana seriusnya masalah ini?
Saya dapati bukan sahaja di sini, di Indonesia juga teruk. Ini satu akuterasi penjajahan budaya yang akhirnya Melayu tidak cakap Melayu lagi. Kita akan bercakap bahasa Melayu pecah atau bahasa Melayu yang rosak.

Ertinya kepada kerajaan ialah kita tidak mengambil berat Perkara 152 Perlembagaan. Dan kita tak ambil perhatian Akta Bahasa Kebangsaan. Mungkin juga sebabnya ialah guru bahasa kita dalam sekolah dan di universiti terlibat dengan kesilapan yang sama. Sebab mereka yang bertutur didapati menggunakan bahasa Inggeris itu sudah macam bahasa ibunda mereka

Mari kita pergi lunch, dah satu perkataan. Kadang-kadang tak ada mari dah, let’s go for lunch, so he must do it, so dia kena buat, so dah bahasa Inggeris, dalam bahasa kita, jadi. Seterusnya penggunaan bukan setakat itu sahaja, ada lebih kurang 22 istilah besar dalam nahu buku Melayu yang diubah Profesor Asmah Haji Omar selama 18 tahun.

Apa perlu dilakukan untuk memperbetulkannya?
Buku itu adalah buku nahu bahasa Melayu mutakhir dicap oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Artikel sudah keluar dulu dalam Utusan. Tapi orang tak ambil berat, sekarang orang tak kisah dengan bahasa Melayu. Ini sudah menjadi penyakit kita. Bukan saya seorang, saya telah membawa perkara ini kepada Perdana Menteri minggu lalu. Alhamdulillah, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beri tekanan kepada saya bahawa beliau akan berperanan untuk membantu agar bahasa Melayu tidak diremehkan lagi penggunaannya. Jadi, saya belum sempat lagi menyusun, saya harap apa yang beliau sebutkan menjadi kenyataan.

Ini (memartabatkan bahasa kebangsaan) tanggungjawab siapa sebenarnya?
Menteri Pendidikan dan Menteri Komunikasi dan Multimedia. Kedua-dua ini kena betul-betul membantu budaya komunikasi kita semula. (Mengikut) Undang-undang Zaaba dahulu, berbahasa Melayulah tapi boleh pinjam istilah bahasa asing sekiranya dalam bahasa Melayu itu tidak ada yang sempurna. Jadi masa itu, dia kata, carilah kelompok etnik Melayu, Bugis, Minang, Jawa, Aceh, Sunda dan lain-lain. Kalau tak ada juga baru pinjam. Macam (perkataan) radio, motosikal, internet, tak ada hal. Tetapi bahasa asas tidak boleh diubah sebab itu bangsa kita. Bahasa jiwa bangsa. Jadi, dalam konteks membina budaya, didapati masyarakat kita tidak begitu menerima relevan bahasa jiwa bangsa. Tak pakai bermakna sudah dianggap sebagai satu kejanggalan dalam kehidupan kita.

Isunya, orang muda banyak gunakan bahasa Melayu yang cacamarba di internet, bukankah begitu?
Itu betul tapi soalnya mesti ada seperti petak bahasa Mandarin. Mandarin, seramai 1.4 bilion di China penuturnya. Di luar (China), sekitar 80,000 ke 100 juta penutur.

Mereka tak ada berubah banyak dan masih cakap seperti struktur bahasa Mandarin ataupun Kantonis. Tapi kita tak buat begitu. Saya susah hati dan berdukacita sebab bila bahasa kita hilang, bangsa Melayu pupus. Sebabnya bahasa Melayu dibina di atas tiga tungku sajarangan untuk kita hidup berbudaya, cara hidup. Bukannya budaya joget. Jadi, cara hidup kita adalah berbahasa Melayu seperti dituturkan sejak kita bertamadun.

Ada pihak mengatakan ini isu remeh?
Kita tak boleh macam katak bawah tempurung. Ini bukan soal katak bawah tempurung, ini soal katak lepas daripada tempurung, dah melompat keluar dan kita tak jaga.

Kita boleh lihatlah, bahasa Melayu Nusantara menjadi siulan kepada keinggerisan. Ini sudah berlaku sebagaimana di Hong Kong. Di Hong Kong sebenarnya fenomena bahasa Inggeris itu mendalam. Sebab itu sebahagian besar penduduk Hong Kong sudah lari ke Eropah, tidak duduk di sana lagi sebab keinggerisan sudah begitu tebal dalam jiwa mereka. Pihak berkuasa China tidak mahu mengaku secara terang-terangan, tapi keadaannya begitulah.

Agaknya kita sudah terlewat?
Saya tak tergolong kepada pihak itu. Kalau dikatakan sudah terlewat bermakna bangsa Melayu pun sudah lewat. Soalnya mahukah bangsa Melayu menjadi bangsa yang bahasanya dibunuh, itu sahaja soalnya. Sekarang tidak ada pihak berkuasa yang mengemukakan ramuan untuk menyembuhkan penyakit ini. Sebab itu saya berterima kasih kepada Perdana Menteri. Beliau berkata akan kita susun strategi supaya bahasa Melayu mendapat tempatnya yang setimpal. Tapi kita pun dengar cakap yang dulu pun tak berapa nak menjadi kan. (Maka) kita pun mencadangkan supaya misalnya kalau Presiden Indonesia bertemu dengan pembesar luar negara, jadi pembesar itu bercakap bahasa ibundanya. Kenapa kita harus bercakap bahasa Inggeris? Saya lihat Presiden Indonesia bercakap bahasa Indonesia, sama juga di sini, kalau duta Jepun datang, kenapa kita bercakap bahasa Inggeris? Dia cakap Jepun, kita cakap Inggeris. Ini menonjolkan kita lemah dari segi kenegaraan kita.

Jika begitu, perlukan penterjemah.
Maksudnya Jepun terjemah, kita pun terjemah. Walaupun pemimpin kita cakap Inggeris, ini mesti difikirkan kalau pembinaan bangsa Keluarga Malaysia ini nak betul-betul menjadi.

Suatu ketika Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono bercakap bahasa Indonesia di pentas Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

Kenapa kita tak lakukan, semua pemimpin mereka bercakap bahasa Indonesia di PBB. Ada seperenggan dua dalam bahasa Inggeris, tapi semua bahasa dia.

Kenapa Malaysia tak lakukan?
Kita tak ada sifat yakin diri. Kita tak ada identiti kenegaraan. Bagi saya, seseorang pemimpin yang sengaja mendewa-dewakan bahasa Inggeris, pemimpin itu tak layak duduk di kerusinya sebab dia sudah hilang identiti kenegaraan.

Masalahnya, ada sesetengah pemimpin rasa lekeh kalau tak bercakap bahasa Inggeris.

Benar itu berlaku. Tapi sampai masanya untuk kita kembali kepada warna asal, bagaimana kita merdeka dulu, itulah dia.

Apa syor Tan Sri?
Saya mencadangkan kepada Perdana Menteri, dalam Kabinet mesti diutamakan bahasa Melayu dan dicuba sedaya upaya menerusi mesyuarat Kabinet. Yang kedua, Kementerian Pendidikan, menterinya kena serius dengan bahasa kebangsaan. Apa yang ketinggalan dan apa yang harus kita buat, sebagai satu bangsa yang nak naik semula. Saya boleh mendengar Perdana Menteri Singapura berucap dalam bahasa Melayu semasa Hari Nasional republik itu. Saya rasa sebak sebab saya lihat sepatutnya kebolehan itu berada di Kuala Lumpur, bukan di Temasik. Itu sudah cukup saya fikir tamparan bagi kita.

Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara kita macam mana?
Dua kali lima sahaja tapi sebab di Dewan Negara mungkin mereka lantaran berhemah lebih sedikit umur, jadi tidak ada lah masalah utama untuk memperli atau salah guna. Tapi saya telah membetulkan Ahli-Ahli Dewan Negara yang ketara penggunaannya tidak mirip kepada cara kita berbahasa. Ada yang setuju ada yang tidak. Tapi itu biasalah. Namun, saya harap di Dewan Rakyat, Speaker kita pun dapat hendaklah membantu gelombang ini semula. Namun begitu, sebagai ahli politik, kita boleh guna bahasa Inggeris secara celahan. Cuma yang saya maksudkan adalah struktur asas, macam tiga yang saya sebut tadi, ada dalam bahasa kita. Guna dalam bahasa kita, kalau tak ada baru cedok.

DBP HILANG PERANAN?
Adakah tampak di sini semacam Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak ada peranan?
Saya dapati DBP sudah kurang mampu untuk mengendalikan tugas ini. Mereka mungkin tersentak menyatakan ini tidak benar, ‘tolong buktikan kepada saya.’ Ada banyak DBP boleh lakukan, tapi didapati sudah tidak berkesan lagi. Seolah-olah DBP sudah hilang peranannya. Ini saya teliti dari sudut penggunaan istilah. DBP terlampau mudah menerima istilah asing hari ini, masuk sahaja dalam kamus.

Saya terkejut bila tengok edisi keempat kamus kita pun masya-Allah senarai Inggeris boleh saya katakan sudah ribuan. Ini terutama istilah perubatan, istilah jurutera, istilah sains. Dasar kita dahulu, semua istilah boleh diterjemahkan. Kita pernah terjemahkan buku-buku berkaitan dengan ilmu kepada bahasa Melayu. Usaha terjemah itu sekarang saya fikir mengutip habuk di almari bukunya.

Adakah kita tidak ada lagi sifat-sifat nasionalis?
Zaman Tun Syed Nasir Syed Ismail menjadi Pengarah DBP (1957 hingga 1969) dahulu jauh berbeza lah kan (berlaku peristiwa Keranda 152 di zaman Syed Nasir). Tapi saya kira barang siapa memimpin Kementerian Pendidikan mesti menggunakan kuasa menterinya, memperhebatkan DBP. Jadi, nak salahkan DBP tak afdal, tak patut.

Kementerian Pendidikan tidak ada dasar guna bahasa Melayu dalam vernakular.
Akta bahasa kebangsaan sudah ada, Perkara 152 dalam perlembagaan sudah ada, tapi penyusunan kepada kedua-dua undang-undang ini tidak ada. Jadi, DBP dibiarkan dengan pentadbiran sendiri. Mesti ada gelombang besar balik menghidupkan bahasa Melayu dalam semua sektor.

PERMISI PAK!

Apa dilema bahasa dihadapi Indonesia hari ini?
Kalau baca surat khabar mereka, sudah dihimpit ribuan istilah luaran yang hujungnya (diakhiri) si. Antaranya, manipulasi, korupsi, interogasi. Kesemua perkataan Inggeris sudah ada dalam bahasa Indonesia, dengan si, permisi. Semenjak Suharto, Sukarno lagi. Dia tak cakap maaf, sebab barangkali mereka kempunan dengan perkataan-perkataan yang ada kaitan dengan kuasa besar.

Secara yang saya lihat sekarang, mereka lebih jauh daripada kita menyimpang dalam bahasa. Cuma bila presidennya berucap, saya masih berasa megah sebab sebahagian besar bahasa Indonesia itu mereka gunakan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/11/sembuhkan-penyakit-bahasa-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Memartabatkan Bahasa Melayu Di Peringkat Antarabangsa

Menteri Memartabatkan Bahasa Melayu Di Peringkat Antarabangsa

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 200 hits
MENTERI MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT ANTARABANGSA YB Menteri berucap sewaktu UN Climate Change 2021 di Scotland dalam bahasa Melayu Ini adalah tauladan Barulah bahasa Melayu kaya dan diperkayakan Orang Jepun selamba berbahasa Je...
Pilihan Buku Parenting Edisi Bahasa Melayu Yang Best Dibaca

Pilihan Buku Parenting Edisi Bahasa Melayu Yang Best Dibaca

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 217 hits
Pilihan Buku Parenting Edisi Bahasa Melayu Yang Best Dibaca hi there walaupun aku ni sudah 8 tahun bergelar mommy tapi aku rasa aku masih terlalu lemah dalam hal hal berkaitan parenting Aku rasa gagal sangat jadi seorang mommy Kadang kadang...
Penting Kuasai Bahasa Melayu Jangan Sampai Calon Tak Fasih Menang Prn

Penting Kuasai Bahasa Melayu Jangan Sampai Calon Tak Fasih Menang Prn

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 313 hits
Penguasaan bahasa kebangsaan mudah untuk sampaikan mesej rakyat BANGI Calon yang fasih berbahasa Melayu seharusnya menjadi pilihan utama parti politik dan rakyat pada Pilihan Raya Negeri Melaka Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia...
5 Perkataan Bahasa Cina Yang Popular Di Kalangan Orang Melayu

5 Perkataan Bahasa Cina Yang Popular Di Kalangan Orang Melayu

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 214 hits
Kita adalah rakyat Malaysia Rakyat Malaysia pelbagai kaum ada Melayu Cina India Melanau Iban Jadi memang tak mustahil langsung kalau bahasa seharian kita juga bercampur campur antara bangsa Contohnya lima perkataan bahasa Cina ini sangat po...
Tafsir Al Azhar Tulisan Asal Hamka Dalam Bahasa Melayu

Tafsir Al Azhar Tulisan Asal Hamka Dalam Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 340 hits
Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yangmengamalkan budaya ilmu Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat berkemahiran tinggi ialah melalui amalantabiat membaca yang berterusan Apa kata kita ...
Harapan Martabatkan Bahasa Melayu

Harapan Martabatkan Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 174 hits
PERSIDANGAN Dewan Rakyat Merupakan sesuatu perkara yang di nantikan oleh setiap rakyat marhein di Malaysia bagi melihat setiap ahli parlimen berbahas Banyak isu yang telah dibincangkan dengan rancak oleh setiap rakyat yang prihatin terhadap...
Malu Jadi Duta Bahasa Melayu

Malu Jadi Duta Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 257 hits
SETELAH 64 tahun negara mencapai kemerdekaan isu penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat berterusan diperdebatkan Memang tidak dinafikan pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengangkat bahasa Melayu dan menjadikan bahasa ini anta...
Calon Dun Kesidang Tak Boleh Berbahasa Melau Atau Tak Faham Bahasa Melayu Atau Kedua Dua Nya

Calon Dun Kesidang Tak Boleh Berbahasa Melau Atau Tak Faham Bahasa Melayu Atau Kedua Dua Nya

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 224 hits
HAMZAH RIE NAInilah hasil 60thn orang Orang melayu umno memerintah negara kita Tapi yg jahat dan tak hormat bahasa Malaysia macai UMPAS tetap mengatakan DAP Mp Mp adun adun Dan calon calon Dap boleh jer berbahasa Malaysia dengan bagus MP MP...
Kalau Tak Fasih Bahasa Melayu Jangan Masuk Politik Malaysia

Kalau Tak Fasih Bahasa Melayu Jangan Masuk Politik Malaysia

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 276 hits
Dalam satu perjumpaan sulit dengan beberapa pemimpin MCA aku pernah menyuarakan pandangan bahawa mereka yang tak fasih bahasa Melayu supaya tidak masuk politik Malaysia Perkiraannya mudah sahaja majoriti pengundi di negara ini berbahasa Mel...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator