Tafsir Al Azhar Tulisan Asal Hamka Dalam Bahasa Melayu


Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yangmengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat berkemahiran tinggi ialah melalui amalantabiat membaca yang berterusan. Apa kata kita cuba mulakan denga 10minit sebelum tidur atau selepas maghrib dengan TAFSIR AL-AZHAR Tulisan asal HAMKA dalam Bahasa Melayu.
TAFSIR AL-AZHAR, KARYA MONUMENTAL ULAMA 10 DALAM 1 Seorang pengkaji Buya Hamka bernama Ustaz Zahiruddin Zabidi menyatakan bahawa Hamka adalah antara ulama yang dianggap berstatus Eksiklopedik ataupun Mausu’i. Mengapa?
1. Beliau menguasai pelbagai disiplin ilmu walaupun beliau tidak pernah mendapat latar pendidikan tinggi secara formal.
2. Beliau banyak merantau mencari ilmu di Indonesia dan pernah merantau ke Mekah bagi mencari ilmu sambil menunaikan haji pada tahun 1927 iaitu pada usia 19 tahun.
3. Hamka digelar Ulamak Ensiklopedik kerana menguasai pelbagai bidang ilmu dengan cemerlang.
4. Beliau seorang SEJARAWAN dan antara karyanya yang hebat dan dirujuk sehingga hari ini adalah Sejarah Umat Islam.
5. Beliau juga seorang AHLI POLITIK dan pernah memenangi pilihanraya Indonesia pada tahun 1955 dan menduduki Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Indonesia.
6. Beliau juga seorang PENULIS dengan ratusan karya penulisan antaranya falsafah hidup (1939), tasauf moden (193) dan yang monumental adalah tafsir al-Azhar (1965).
7. Beliau juga seorang BUDAYAWAN dengan kebijaksanaannya dalam menulis karya kreatif yang terkenal sehingga ke hari ini, puisi, madah dan kebudayaan melayu terutamanya Minangkabau dalam karyanya, adat Minangkabau menghadapi revolusi.
8. Beliau juga seorang ULAMA yang diiktiraf sehingga menjadi pengerusi pertama Majlis Ulama Indonesia pada tahun 1975. Beliau juga diiktiraf dunia apabila menjadi orang melayu pertama diberikan gelaran Ustadzyah Fakhryyah (Doktor Honoris Causa) daripada Universiti Al-Azhar pada tahun 1958 dan Prof. Dr. Hamka dari UKM pada tahun 1974.
9. Beliau juga seorang SASTERAWAN dengan deretan novel yang dibaca sehingga sekarang antaranya Di bawah Lindungan Kaabah (1936), Tuan Direktur (1939), Merantau ke Deli (1940) dan yang paling terkenal adalah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937)
10. Beliau juga seorang EDITOR, PENERBIT, WARTAWAN bagi majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.
11. Beliau juga seorang PEJUANG KEMERDEKAAN sehingga mendapat gelaran “Pangeran Wiroguna” oleh pemerintah Indonesia.
TAFSIR AL-AZHAR Tulisan asal HAMKA dalam Bahasa Melayu TAFSIR AL-AZHAR, TAFSIR Al-QURAN ALAM MELAYU, KARYA MONUMENTAL Tafsir Al-Azhar dianggap karya tafsir bersifat monumental bagi alam melayu. Mengapa?
1. Tafsir Al Quran yang lengkap dalam bahasa melayu dan dianggap sebagai yang terbaik pernah dihasilkan bagi masyarakat muslim melayu nusantara.
2. Susunan bahasanya yang halus dan kandungan bagi setiap pentafsirannya amat menyeluruh. Ia merangkumi semua lapangan ilmu termasuk sains dan teknologi.
3. Ia mengunakan metod tahlili iaitu analisa secara terperinci dan mudah difahami.
4. Pendekatan tafsir yang unik iaitu dengan mengambil kira pelbagai cabaran yang dihadapi oleh masyarakat.
5. Dikaitkan dengan cara hidup masyarakat setempat (nusantara) yang pelbagai. Kupasan dari sudut sosiologi, antropologi, sejarah, ilmu kalam, tasawuf, sastera, psikologi dan pengalaman peribadi dimasukkan oleh Hamka pada bahagian yang bersesuaian.
6. Mengutamakan tafsir dengan kaedah Al-Ma’thur iaitu tafsiran Quran dengan ayat Quran yang lain, hadith, pendapat para sahabat dan juga tabi’en.
7. Menyelitkan tafsiran berbentuk Ra’yi iaitu tafsiran menggunakan pendapat sendiri tetapi masih memenuhi syarat-syarat syariah.
8. Menerapkan elemen sastera melayu seperti pantun, syair dan sajak dalam menafsirkan ayat Al-Quran.
Apa bagusnya Tafsir Al-Azhar ini? Ada lima sebab utama:
1. Bahasanya mudah dan indah.
2. Tafsirannya dekat di hati.
3. Penafsirnya adalah ulama yang diperakui oleh para tokoh agama.
4. Format buku biasa yang mudah dibawa ke sana sini.
5. Pakej lengkap 30 buku, 30 juzuk Al-Quran pada harga ekonomi.
Nak miliki Tafsir Azhar ini KLIK SINI
Mengapa tafsir Al-Azhar perlu ada di rumah kita? 1. Kerana ia mengandungi pelbagai bidang ilmu, ditafsirkan dalam bentuk yang ringan lagi mudah difahami.
2. Kerana ia disulami dengan bahasa Melayu indah Buya Hamka yang tak jemu dibaca berulang-ulang kali.
3. Kerana ia ditulis dengan citra Melayu yang mana contoh dan konteks yang dekat dengan masyarakat dan budaya Melayu nusantara.
4. Kerana di rumah sudah ada Quran, Quran terjemahan tetapi tiada tafsir Al-Quran.
Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA.
Tafsir ini mudah difahami dan diolah dengan suasana alam nusantara. Bahasanya lebih santai dan disulami sastera indah oleh HAMKA.
HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.
Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.
Tafsir Al Azhar cukup sesuai untuk kita memahami dan mengkaji mengenai Al-Quran.
Kenapa?

1. Tafsir Al-Azhar dikarang oleh buya Hamka, seorang ulama nusantara yang faham konteks masyarakat nusantara.

2. Tafsir Al-Azhar adalah tafsir istimewa yang meraikan citra melayu. Lengkap dengan contoh tempatan nusantara, puisi, madah, sajak dan kata-kata indah bahasa melayu.

Anak Tiung atas Rambutan, Bernyanyi Bertongkat Paruh,
Tertegun Kapal di Lautan, .Datang Angin Berlayar Jauh.

3. Bahasa yang halus dan kandungan penafsiran yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu.

4. Tafsiran yang diperakui para ulamak dan rujukan ramai ilmuwan.
Set Lengkap Tafsir Edisi Pengajian Lebih istimewa, PTS Media Group Sdn Bhd, penerbit rasmi Tafsir Al-Azhar di Malaysia sudah menerbitkan set lengkap Tafsir Edisi Pengajian yang mana keistimewaannya adalah:

1. Mengikut juzuk yang memudahkan pembaca untuk menelaah berbanding berbentuk kitab yang besar dan tebal.

2. Dalam format buku standard yang mudah dibawa ke mana-mana berbanding kulit keras dan tebal yang sukar dan berat untuk dipegang.
Nak miliki Tafsir Azhar ini KLIK SINI
Semoga perkongsian TAFSIR AL-AZHAR Tulisan asal HAMKA dalam Bahasa Melayu ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer & Twiter
The post TAFSIR AL-AZHAR Tulisan asal HAMKA dalam Bahasa Melayu appeared first on Onlajer.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://onlajer.com/blog/tafsir-al-azhar-tulisan-asal-hamka-dalam-bahasa-melayu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tafsir-al-azhar-tulisan-asal-hamka-dalam-bahasa-melayu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malu Jadi Duta Bahasa Melayu

Malu Jadi Duta Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 255 hits
SETELAH 64 tahun negara mencapai kemerdekaan isu penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat berterusan diperdebatkan Memang tidak dinafikan pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengangkat bahasa Melayu dan menjadikan bahasa ini anta...
Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Menyatupadukan Masyarakat Membimbangkan

Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Menyatupadukan Masyarakat Membimbangkan

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 248 hits
Terdapat kerisauan pada kadar penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia menurut sebuah Laporan daripada Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process pada tahun 2018 Menurut kajian P...
Vernakular Tidak Fasih Bahasa Melayu Bukan Masalah Sekolah Tetapi Kualiti Pelajar

Vernakular Tidak Fasih Bahasa Melayu Bukan Masalah Sekolah Tetapi Kualiti Pelajar

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 301 hits
PULAU PINANG 28 November 2021 Ia bukan tentang sifat sekolah itu sendiri tetapi tentang kualiti pelajar Pendidikan yang baik dan bermutu menjadi punca ibu bapa Melayu lebih minat memilih berbanding sekolah kebangsaan kata Profesor Dr Ramasa...
Bahasa Melayu Mampu Memandaikan Anak Bangsa

Bahasa Melayu Mampu Memandaikan Anak Bangsa

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 212 hits
SHAH ALAM Ilmuan terkenal negara Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berpendapat sistem pendidikan kebangsaan negara mempunyai dua matlamat iaitu pertamanya untuk memandaikan anak bangsa dan kedua menyatukan anak bangsa Menurut Kok Seo...
Sembuhkan Penyakit Bahasa Melayu

Sembuhkan Penyakit Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 236 hits
MUKADIMAHDALAM pertemuan 20 minit di pejabat Yang Dipertua Dewan Negara di Parlimen tengah hari kelmarin TAN SRI DR RAIS YATIM menarik perhatian satu isu yang pada pengamatannya cukup besar hari ini Iaitu untuk mengembalikan bahasa Melayu s...
Harapan Martabatkan Bahasa Melayu

Harapan Martabatkan Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 169 hits
PERSIDANGAN Dewan Rakyat Merupakan sesuatu perkara yang di nantikan oleh setiap rakyat marhein di Malaysia bagi melihat setiap ahli parlimen berbahas Banyak isu yang telah dibincangkan dengan rancak oleh setiap rakyat yang prihatin terhadap...
Penting Kuasai Bahasa Melayu Jangan Sampai Calon Tak Fasih Menang Prn

Penting Kuasai Bahasa Melayu Jangan Sampai Calon Tak Fasih Menang Prn

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 306 hits
Penguasaan bahasa kebangsaan mudah untuk sampaikan mesej rakyat BANGI Calon yang fasih berbahasa Melayu seharusnya menjadi pilihan utama parti politik dan rakyat pada Pilihan Raya Negeri Melaka Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia...
Pilihan Buku Parenting Edisi Bahasa Melayu Yang Best Dibaca

Pilihan Buku Parenting Edisi Bahasa Melayu Yang Best Dibaca

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 211 hits
Pilihan Buku Parenting Edisi Bahasa Melayu Yang Best Dibaca hi there walaupun aku ni sudah 8 tahun bergelar mommy tapi aku rasa aku masih terlalu lemah dalam hal hal berkaitan parenting Aku rasa gagal sangat jadi seorang mommy Kadang kadang...
Menteri Memartabatkan Bahasa Melayu Di Peringkat Antarabangsa

Menteri Memartabatkan Bahasa Melayu Di Peringkat Antarabangsa

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 192 hits
MENTERI MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT ANTARABANGSA YB Menteri berucap sewaktu UN Climate Change 2021 di Scotland dalam bahasa Melayu Ini adalah tauladan Barulah bahasa Melayu kaya dan diperkayakan Orang Jepun selamba berbahasa Je...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti