Utamakan Bahasa Melayu Dalam Persidangan Mesyuarat Pm



Utamakan bahasa Melayu dalam persidangan, mesyuarat – PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegur pihak swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan yang tidak mengutamakan penggunaan bahasa Melayu dalam program mereka.
Ismail Sabri berkata, beliau mendapati bahasa Inggeris lebih digunakan termasuk dalam mesyuarat melibatkan agensi terlibat dan GLC.
Malah, penggunaan nama syarikat, projek perumahan dan jenama produk kini juga menjadi lumrah dengan tidak menggunakan bahasa Melayu.
“Saya berharap setiap persidangan, mesyuarat dan lain-lain mesti menggunakan bahasa Melayu selepas ini. Siapa lagi boleh mengangkat bahasa Melayu melainkan kita sendiri.
“Sebagai Keluarga Malaysia dan empunya bahasa ibunda ini, kita harus berasa bangga kerana di celah-celah ruang penguasaan teguh bahasa Inggeris, bahasa Melayu tetap ampuh mencorak ritma yang tersendiri dan sentiasa mekar di persada tamadun dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Malam Kemuncak Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021 di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini malam ini.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.
Ismail Sabri berkata, keunggulan bahasa Melayu tidak berlaku kepada semua bahasa utama dunia lain kerana terdapat bahasa yang lenyap ditelan arus globalisasi, manakala sebahagian yang lain berhadapan dengan ancaman kepupusan.
“Kita harus bersyukur kerana perkara itu tidak berlaku kepada bahasa Melayu. Semuanya hasil kesepaduan rumpun nusantara yang terdiri daripada Malaysia, Indonesia dan Brunei selaku pendukung utama.
“Dengan itu adalah tidak mustahil jika bilangan penutur bahasa Melayu di dunia yang kini sudah melebihi 300 juta orang akan lebih berkembang sekaligus mengembalikan zaman kegemilangan ‘lingua franca’ bahasa Melayu,” katanya.
Tambah Perdana Menteri, bahasa Melayu juga berjaya melepasi ujian masa dan zaman selain pelbagai usaha sedang dilakukan untuk mengembang dan memperkasa penggunaan bahasa Melayu baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa seiring dengan perubahan teknologi.
Menurut Ismail Sabri, Malaysia mahu mengulangi sejarah kegemilangan bahasa Melayu dengan menjadikan bahasa itu sebagai bahasa pengungkap ilmu dan bahasa antarabangsa abad ke-21.
“Kerajaan komited untuk memastikan dasar-dasar yang digubal menyokong usaha pemartabatan bahasa Melayu. Untuk itu, kerajaan sangat menggalakkan pelaksanaan program dan aktiviti kebahasaan dan kesusasteraan yang dapat menyemarakkan lagi roh kecintaan terhadap bahasa Melayu,” katanya.
Dalam PABM kali ke-14, seramai 78 peserta dari 36 negara menyertai pertandingan ini melalui tiga kategori iaitu Pelajar Antarabangsa, Alam Melayu dan Pelajar Antarabangsa yang menetap di Malaysia. K Online
Utamakan bahasa Melayu dalam persidangan, mesyuarat – PM
Baca Artikel Menarik :
Katak lompat masuk Bersatu, dah tu gubal undang-undang anti lompat kenapa? Kes lelaki maut dicekik, 2 beranak ditahan reman Aishah bercerai lagi? Prof Ridhuan Tee beri amaran: Takkan nak tunggu Pulau Pinang jadi Singapura kedua? [VIDEO] Penunggang motosikal terbabas lihat gadis penjual penkek [VIDEO] Nik Abduh, Khairuddin dan Zuhdi dilantik untuk elak perpecahan Bekas PM kata Melayu malas, sedangkan nelayan keluar sebelum maghrib, balik subuh – Ismail Gempar mayat bogel bangun berjalan Pas tolak MN kalau hanya ada UMNO sahaja – Hadi Seronok Penyanyi Dangdut Amelina Diam-Diam Naik Pelamin, Peminat Siap Ucap Tahniah [VIDEO] Ramai sedih lihat budak jual gam Layari Laman Facebook MYKMU
Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke

The post Utamakan bahasa Melayu dalam persidangan, mesyuarat – PM appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/11/28/utamakan-bahasa-melayu-dalam-persidangan-mesyuarat-pm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Menyatupadukan Masyarakat Membimbangkan

Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Menyatupadukan Masyarakat Membimbangkan

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 187 hits
Terdapat kerisauan pada kadar penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia menurut sebuah Laporan daripada Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process pada tahun 2018 Menurut kajian P...
Vernakular Tidak Fasih Bahasa Melayu Bukan Masalah Sekolah Tetapi Kualiti Pelajar

Vernakular Tidak Fasih Bahasa Melayu Bukan Masalah Sekolah Tetapi Kualiti Pelajar

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 279 hits
PULAU PINANG 28 November 2021 Ia bukan tentang sifat sekolah itu sendiri tetapi tentang kualiti pelajar Pendidikan yang baik dan bermutu menjadi punca ibu bapa Melayu lebih minat memilih berbanding sekolah kebangsaan kata Profesor Dr Ramasa...
Tafsir Al Azhar Tulisan Asal Hamka Dalam Bahasa Melayu

Tafsir Al Azhar Tulisan Asal Hamka Dalam Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 296 hits
Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yangmengamalkan budaya ilmu Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat berkemahiran tinggi ialah melalui amalantabiat membaca yang berterusan Apa kata kita ...
Malu Jadi Duta Bahasa Melayu

Malu Jadi Duta Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 229 hits
SETELAH 64 tahun negara mencapai kemerdekaan isu penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat berterusan diperdebatkan Memang tidak dinafikan pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengangkat bahasa Melayu dan menjadikan bahasa ini anta...
Harapan Martabatkan Bahasa Melayu

Harapan Martabatkan Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 132 hits
PERSIDANGAN Dewan Rakyat Merupakan sesuatu perkara yang di nantikan oleh setiap rakyat marhein di Malaysia bagi melihat setiap ahli parlimen berbahas Banyak isu yang telah dibincangkan dengan rancak oleh setiap rakyat yang prihatin terhadap...
Bahasa Melayu Mampu Memandaikan Anak Bangsa

Bahasa Melayu Mampu Memandaikan Anak Bangsa

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 177 hits
SHAH ALAM Ilmuan terkenal negara Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berpendapat sistem pendidikan kebangsaan negara mempunyai dua matlamat iaitu pertamanya untuk memandaikan anak bangsa dan kedua menyatukan anak bangsa Menurut Kok Seo...
Sembuhkan Penyakit Bahasa Melayu

Sembuhkan Penyakit Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 194 hits
MUKADIMAHDALAM pertemuan 20 minit di pejabat Yang Dipertua Dewan Negara di Parlimen tengah hari kelmarin TAN SRI DR RAIS YATIM menarik perhatian satu isu yang pada pengamatannya cukup besar hari ini Iaitu untuk mengembalikan bahasa Melayu s...
Keluarkan Semula Pekeliling Rasmi Wajib Guna Bahasa Melayu

Keluarkan Semula Pekeliling Rasmi Wajib Guna Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 154 hits
Pemerkasaan bahasa kebangsaan di pentas antarabangsa perlu giat dilakukan BANGI Pekeling rasmi mewajibkan penggunakan bahasa Melayu seperti termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan perlu dikeluarkan semula susulan nilai bahasa kebangsaan di...
Adakah Tulisan Rumi Jawi Dan Bahasa Melayu Akan Dibuang

Adakah Tulisan Rumi Jawi Dan Bahasa Melayu Akan Dibuang

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 329 hits
Apa kecoh sangat dengan papan tanda dalam Bahasa Melayu di SJKC SJKC ini berada di China atau Malaysia Jika di Malaysia ikut dasar dan patuh kepada arahan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan Bantuan semua kamu nak seperti mana sekolah keb...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Menangkan Jackpot Di Game Jekpot88 Di Berbagai Permainan

Tukar Lesen Memandu Malaysia Ke Lesen Nsw Australia

Wordpress Block Patterns Give You Superpowers

Video 2 Helikopter Bertembung Ketika Raptai Di Pangkalan Tldm Lumut

9 Tips Mengajar Murid Kelas Belakang

Status Puasa Qadha Puasa 6 Syawal