Malaysia Sarong Music Run 2025 Edisi 2 0 Kembali Dengan 40 000 Kuih Muih Tradisional


Kuala Lumpur kembali meriah pada 20 September 2025 dengan penganjuran Malaysia Sarong Music Run (MSMR) edisi kedua di Kuala Lumpur, yang bakal berlangsung penuh warna, budaya dan komuniti. Kali ini, lebih 15,000 peserta menyarung kain sarong berlari di tengah kota sambil meraikan Hari Malaysia. 
Malaysia Sarong Music Run (MSMR) 2025 dianjurkan oleh Malaysian Marathon Official Sdn. Bhd. (Malaysia Marathon), sebuah syarikat acara sukan dan gaya hidup yang komited mempromosikan komuniti, budaya dan keseimbangan hidup melalui aktiviti larian serta berjalan kaki.

Setelah kejayaan acara MSMR pada 8 Februari di Menara Berkembar Petronas sempena Hari Wilayah dengan larian Fun Run 5KM dan 3KM, acara ini kemudian diteruskan di Metrocity, Kuching pada 19 Julai sebelum melabuhkan tirai dengan edisi kemuncak pada 20 September di Kuala Lumpur bersempena Hari Malaysia. Kali ini, MSMR memperkenalkan segmen baharu iaitu 5KM Malaysia Speed Race selain mengekalkan 5KM Fun Run yang terbuka untuk semua.




Larian Budaya & Muzik 
MSMR bukan sekadar larian 5KM, tapi sebuah perjalanan penuh tradisi. Peserta melalui zon budaya interaktif yang diwarnai muzik tradisional, seni persembahan dan tarikan paling unik dengan hidangan 40,000 kuih-muih dari seluruh Malaysia!

Zon Borneo: apam butter, bingka jagung, puding gula merah Zon Utara: seri muka, talam keladi, pulut sambal Zon Selatan & Pantai Timur: puteri ayu, kuih bakar, kole kacang, talam suji.

Bayangkan setiap hentian macam mini muzium budaya hidup yang boleh dirasa. 


Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Tiong King Sing berkata, “Inilah semangat Hari Malaysia, diraikan dari akar umbi melalui apa yang kita pakai, apa yang kita makan, dan bagaimana kita bergerak bersama. MSMR adalah model pelancongan berasaskan budaya yang menarik, seiring usaha menuju Tahun Melawat Malaysia 2026.” 

Sementara itu, Eddy Casmady, Presiden Malaysia Marathon dan pengasas MSMR, berkongsi “Kami tidak pernah melihat MSMR sekadar perlumbaan. Ia adalah platform rakyat Malaysia menunjukkan rasa bangga terhadap budaya, komuniti dan masa depan kita bersama.” 

“Larian ini mewakili wajah baharu pelancongan Malaysia. Mengasyikkan, ekspresif dan berakar umbi budaya,” kata Presiden Jetour Malaysia, Ke Chuandeng.

Shamsul Bahrine Zainuzzaman, Pengarah Keretapi Sarong & Pengarah Bersama LOCCO berkata, “Kejayaan acara ini lahir daripada sokongan padu komuniti dan keunikan budaya tempatan. Budaya tidak seharusnya terkurung di muzium semata-mata, sebaliknya perlu dihidupkan kembali di jalanan. Dengan cara ini, semangat cinta terhadap budaya dan sejarah dapat dirasai, dihargai serta diamalkan dalam kehidupan seharian rakyat.

Tahun ini, kami bawakan pengalaman istimewa dengan empat checkpoint makanan tradisi mengikut zon Borneo, Utara, Selatan dan Pantai Timur, selain pertunjukan budaya yang meriah di sepanjang laluan. Semua ini menjadikan Malaysia Sarong Music Run bukan sekadar larian, tetapi sebuah perayaan identiti kita sebagai rakyat Malaysia.”
Aktiviti & Sorotan MSMR 2025Malaysia Speed 5KM Race: kategori kompetitif baharu, khas untuk pelari tempatan. EKI Jetour x BSC Sarong Relay (9 Sept): acara relay yang penuh gaya. 5KM Fun Run: terbuka untuk semua, termasuk pelancong antarabangsa dan keluarga. Semua peserta disatukan dengan satu simbol: berlari dalam sarong. 



Enjoy Persembahan Di Pentas UtamaPada Februari lalu, Ruby terlepas menyertai keseronokan di Pentas Utama selepas selesai larian. Lokasi di KLCC di hadapan Menara Berkemabar Petronas sangat ikonik! Rugi jika tidak santai-santai layan muzik. Kali ini, Ruby tidak akan pulang awal. Ruby akan berkampung di sini. Nak solat boleh masuk Suria KLCC atau AvenueK. Toilet pun ada di sini. Boleh dikatakan lokasi ini sangat selesa dan selamat. 



Penaja & Rakan AcaraMSMR 2025 disokong penuh oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kolaborasi LOCCO. 

Di antara penaja utama termasuk: 
JETOUR Malaysia – Penaja Utama & Kereta Rasmi Sri Talamaz – Pembekal Kuih Rasmi Oatside – Minuman Berasaskan Tumbuhan Rasmi Le Minerale – Air Mineral Rasmi ASICS – Kasut Rasmi Hameediyah Restaurant – Nasi Kandar Rasmi Turut menyokong adalah Tourism Malaysia, Pavilion Kuala Lumpur, Concorde Hotel, SWCorp dan banyak lagi. 
Kami Dah Ambil Race PackBertempat di Kompleks Kraf, Ruby dan anak-anak ambil pek larian selepas habis kerja. Musim cuti sekolah, anak-anak paling teruja nak ambil pakaian larian MSMR. Alhamdulillah kami dapat meneruskan hobi berlari bersama sampai hari ini. 

MSMR 2.0 membuktikan bahawa larian bukan sekadar aktiviti sihat, tetapi boleh jadi wadah meraikan budaya, tradisi dan perpaduan. Dengan sarong di pinggang, kuih di tangan dan senyuman di wajah, inilah Malaysia yang kita banggakan. 


Lebih daripada sekadar acara sukan, Malaysia Sarong Music Run mengangkat sarong sebagai simbol perpaduan dan keharmonian berbilang kaum di Malaysia, menyatukan rakyat pelbagai latar belakang melalui sukan, budaya dan muzik.

Selaras dengan Visit Malaysia 2026, MSMR menjadi pentas untuk memperkenalkan tradisi, budaya, warisan, kepelbagaian dan semangat Malaysia kepada peserta tempatan serta pelancong antarabangsa. Malaysia Marathon dan LOCCO terus komited menganjurkan acara yang selamat, menyeronokkan dan penuh makna, sekali gus memperkukuh ikatan komuniti dan menyumbang kepada landskap pelancongan sukan serta budaya negara.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/09/malaysia-sarong-music-run-2025-edisi-20.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 000 Peserta Hadir Memeriahkan Larian Bersarong Di Malaysia Sarong Music Run Edisi Ke 3

15 000 Peserta Hadir Memeriahkan Larian Bersarong Di Malaysia Sarong Music Run Edisi Ke 3

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 1231 hits
15 000 Peserta Hadir Memeriahkan Larian Bersarong Di Malaysia Sarong Music Run Edisi Ke 3 Assalamualaikum semua Ini kali kedua sis hadir ke Malaysia Sarong Music Run dan jujur sis cakap suasana kali ini memang jauh lebih meriah Penganjuran ...
Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15 000 Penyertaan

Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15 000 Penyertaan

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 980 hits
Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15 000 Penyertaan 20 September 2025 menjadi tarikh penuh warna warni di tengah kota Kuala Lumpur apabila Malaysia Sarong Music Run kembali dengan edisi ketiga sempena sam...
Malaysia Sarong Music Run 2025 Bakal Menarik Lebih 30 000 Pengunjung Dengan Penyertaan Dari 26 Buah Negara

Malaysia Sarong Music Run 2025 Bakal Menarik Lebih 30 000 Pengunjung Dengan Penyertaan Dari 26 Buah Negara

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 9041 hits
Malaysia Sarong Music Run 2025 Bakal Menarik Lebih 30 000 Pengunjung Dengan Penyertaan Dari 26 Buah Negara Assalamualaikum semua Bila sebut bulan September memang tak dapat lari daripada semangat Hari Malaysia Tahun ni lebih istimewa sebab ...
Malaysia Sarong Music Run 2026 Kini Dibuka Untuk Pendaftaran

Malaysia Sarong Music Run 2026 Kini Dibuka Untuk Pendaftaran

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1538 hits
Malaysia Sarong Music Run 2026 Pendaftaran Sudah Dibuka Assalammualaikum semua Selepas kejayaan dan sambutan hebat Malaysia Sarong Music Run 2025 dengan tiga edisi dalam satu tahun Acara larian budaya paling meriah di Malaysia kini kembali ...
Fwd Sertai Pos Malaysia Run 2025 Sebagai Rakan Utama

Fwd Sertai Pos Malaysia Run 2025 Sebagai Rakan Utama

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 5824 hits
FWD Sertai Pos Malaysia Run 2025 Sebagai Rakan Utama Memperkasakan Kesedaran Kesihatan Keseronokan Kelestarian Pos Malaysia Berhad penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional secara rasmi bekerjasama dengan FWD penyedia takaful dan ins...
Aktiviti Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2025 Ppim 19 09 2025

Aktiviti Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2025 Ppim 19 09 2025

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 2519 hits
Sekitar Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ke 21 2025 di MITEC Kuala Lumpur yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi Kehadiran toqqi mencerminkan sokongan PPIM terhadap usaha memperkukuh industri halal serta memberi galakan...
Malaysia Day 2025 Vibrant Cultural Performances And Exhibitions Ready For National Celebration In Butterworth

Malaysia Day 2025 Vibrant Cultural Performances And Exhibitions Ready For National Celebration In Butterworth

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 3307 hits
National Department for Culture and Arts director general Mohd Amran Mohd Haris said this year s performances are set to be more vibrant thanks to the strong participation of Penang based non governmental organisations who are playing a key...
Legoland School Challenge 2025 Kreativiti Pelajar Malaysia Cipta Sejarah

Legoland School Challenge 2025 Kreativiti Pelajar Malaysia Cipta Sejarah

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1479 hits
LEGOLAND School Challenge 2025 Kreativiti Pelajar Malaysia Cipta Sejarah Assalammualaikum semua Tak sangka kan sekarang dah ada pertandingan LEGO peringkat sekolah yang melibatkan pelajar dari seluruh Asia Ruby sendiri akui lebih suka berma...
Keretapi Sarong 2025

Keretapi Sarong 2025

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 3280 hits
KeretapiSarong2025 kembali drngan disemarakkan oleh sokongan padu rakan strategik jenama komuniti hebat Temui kami 13 Sept 2025 8 pagi dari stesen terpilih dan beberapa stesen terpilih seluruh negara Jom meriahkan dengan sarong budaya seman...
Football Citizenship Scandal Puts Malaysia S Political Past Back In Play

Budget 2026 Cushions The Poor Squeezes The Middle

Mcmc Told To Block Melaka Student Gang Rape Video Online

Sempat Tangkap Beberapa Gambar View Pagi Ni Langit Biru Cantik Betul

Drama Jika Itu Salahku

Menyingkap Usunan Budaya Etnik Suku Kaum Bajau Dalam Majlis Perkahwinan

Irresistible Beef Torta Filipino Recipe

Aktiviti Program Bersama Malaysia Retailor Association Ppim 11 10 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Dalam Diam By Mojack Hafiz Bersama Zynakal Feat Zamir Harith

Tinggalan Kota Kaum Tsamud Kaum Yang Dilaknat

Betflixtikto 10 June Betflixtikto Truemoney Wallet Top 10 By Arnold

Betm4 26 July Betm4 Top 31 By Kermit

Laicikang

Laungan Pertama Azan Subuh Dari Jantung Gaz Selepas Gencatan Senjata