Malaysia Sarong Music Run 2025 Bakal Menarik Lebih 30 000 Pengunjung Dengan Penyertaan Dari 26 Buah Negara


Malaysia Sarong Music Run 2025 Bakal Menarik Lebih 30,000 Pengunjung Dengan Penyertaan Dari 26 Buah Negara | Assalamualaikum semua... Bila sebut bulan September, memang tak dapat lari daripada semangat Hari Malaysia. Tahun ni lebih istimewa sebab acara ikonik, Malaysia Sarong Music Run (MSMR), bakal berlangsung pada 20 September 2025 di hadapan Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur


Acara yang sentiasa ditunggu-tunggu ini dijangka menarik kehadiran lebih 30,000 orang – termasuk peserta larian, pelancong asing, peminat muzik dan juga mereka yang ingin merasai suasana festival budaya. MSMR tahun ini juga mencatat sejarah kerana menerima penyertaan daripada 26 negara, menjadikannya sebuah acara kebudayaan bertaraf antarabangsa yang benar-benar mengangkat nama Malaysia sebagai destinasi pelancongan global selari dengan aspirasi TMM2026

Larian Bertemakan Budaya
MSMR 2025 dianjurkan oleh Malaysia Marathon Official Sdn Bhd dengan sokongan JETOUR Malaysia sebagai penaja utama dan rakan kereta rasmi. Apa yang menjadikan acara ini unik adalah gabungan elemen lari, budaya dan gaya hidup sihat


Peserta bukan sekadar berlari 5KM, tetapi mereka akan melakukannya sambil memakai sarong. Di sepanjang laluan pula, ada makanan tradisional Malaysia untuk dicuba dan persembahan muzik tempatan yang menghiburkan. Seolah-olah setiap langkah larian disambut dengan rasa budaya Malaysia

Menurut Presiden Malaysia Marathon Official Sdn Bhd, Eddy Casmady, MSMR direka untuk menjadi lebih daripada sekadar larian. Ia adalah satu bentuk festival rakyat yang menonjolkan keindahan budaya Malaysia kepada dunia


“MSMR bukan sekadar larian. Peserta akan berlari sejauh 5KM sambil memakai sarong, menikmati makanan tradisional Malaysia di sepanjang laluan dan menghayati persembahan muzik tradisional tempatan. Dengan kehadiran peserta dari 26 negara dan lebih 30,000 pengunjung dijangka membanjiri acara ini, MSMR akan menjadi festival rakyat yang mencerminkan keindahan budaya Malaysia di mata dunia,” ~ Eddy Casmady, Presiden Malaysia Marathon Official Sdn Bhd ~

Acara Utama MSMR 2025
MSMR kali ini menampilkan tiga acara utama yang sesuai untuk pelbagai golongan:
✨ EKI JETOUR X BSC – Perlumbaan berganti dengan sarong sebagai selempang, berlangsung pada 9 September 2025

✨ Perlumbaan 5KM (5K Malaysia Speed) – Acara khas untuk rakyat Malaysia yang menonjolkan bakat pelari rekreasi dan elit tempatan. Berlangsung pada 20 September 2025

✨ Kategori 5KM Fun Run – Terbuka untuk semua, termasuk pelancong antarabangsa. Berlangsung pada 20 September 2025


Selain larian, pengunjung juga boleh menikmati konsert khas bermula jam 6.30 petang, menjadikan MSMR lebih daripada acara sukan – ia adalah gabungan budaya, makanan, muzik dan gaya hidup sihat yang inklusif


Sokongan Dari JETOUR Malaysia
Sebagai penaja utama, JETOUR Malaysia bukan sahaja memberi sokongan penuh terhadap MSMR, malah turut melancarkan Promosi September Istimewa sempena Hari Malaysia


Antara tawaran menarik yang diumumkan termasuk:💥 Kad petrol bernilai RM2,000 untuk 916 pelanggan terawal
💥 Perlindungan insurans komprehensif percuma selama setahun
💥 Rebat eksklusif 3% untuk penjawat awam bagi model terpilih

Inisiatif ini selari dengan komitmen JETOUR untuk mengangkat budaya, menyokong kesejahteraan rakyat serta mengukuhkan semangat komuniti


Tentang Malaysia Marathon Official Sdn Bhd (Malaysia Marathon)
Bagi yang belum tahu, Malaysia Marathon Official Sdn Bhd ialah sebuah syarikat penganjuran acara sukan dan gaya hidup. Mereka aktif dalam menganjurkan pelbagai acara yang menyatukan masyarakat, meraikan kepelbagaian budaya dan mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti larian serta berjalan kaki

Antara acara besar yang pernah dianjurkan termasuk Anak Sarawak Night Run 2022, Anak Sarawak International Half Marathon (ASIHM21) 2024, dan kini Malaysia Sarong Music Run 2025. Semua acara mereka berlandaskan prinsip kecemerlangan – dengan penekanan terhadap keselamatan, pengalaman menarik dan impak positif terhadap komuniti serta pelancongan sukan di Malaysia


Dengan gabungan 26 negara, ribuan peserta, muzik, makanan, budaya dan semangat Hari Malaysia, MSMR 2025 dijangka menjadi sebuah festival besar-besaran yang penuh warna-warni, sekali gus mengangkat Malaysia di pentas dunia






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dikbee.com/2025/09/malaysia-sarong-music-run-2025-bakal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Coway Run 2025 Himpun 11 000 Peserta Sempena Merdeka Raikan Edisi Ke 9 Di Bukit Jalil

Coway Run 2025 Himpun 11 000 Peserta Sempena Merdeka Raikan Edisi Ke 9 Di Bukit Jalil

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 3505 hits
11 000 peserta banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil sempena Coway Run 2025 yang jatuh tepat pada Hari Kemerdekaan Acara tahunan edisi ke 9 ini tampil dengan tema Dominasikan Rentak Anda menyemai semangat kesihatan perpaduan dan ketahanan ra...
Hari Malaysia 2025 Pnm Semarakkan Rukun Negara Perkasa Jati Diri Bangsa

Hari Malaysia 2025 Pnm Semarakkan Rukun Negara Perkasa Jati Diri Bangsa

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 8967 hits
Perpustakaan Negara Malaysia menganjurkan program Bicara Malaysiana Menjunjung Rukun Negara Memperkukuh Jati Diri Bangsa di Auditorium PNM Anjung Bestari bersempena sambutan Hari Malaysia 2025 Pensyarah Sosiologi Politik dari Pusat Pengajia...
Fwd Sertai Pos Malaysia Run 2025 Sebagai Rakan Utama

Fwd Sertai Pos Malaysia Run 2025 Sebagai Rakan Utama

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 5814 hits
FWD Sertai Pos Malaysia Run 2025 Sebagai Rakan Utama Memperkasakan Kesedaran Kesihatan Keseronokan Kelestarian Pos Malaysia Berhad penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional secara rasmi bekerjasama dengan FWD penyedia takaful dan ins...
Lebih 100 000 Banjiri Dataran Putrajaya Rai Hari Kebangsaan 2025 Fahmi

Lebih 100 000 Banjiri Dataran Putrajaya Rai Hari Kebangsaan 2025 Fahmi

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 4796 hits
Lebih 100 000 Banjiri Dataran Putrajaya Rai Hari Kebangsaan 2025 Fahmi PUTRAJAYA 31 Ogos Lebih 100 000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya di sini hari ini bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung penuh meriah dan la...
Makar Fest Johor Bahru 2025 Tarik 15 000 Orang Pengunjung

Makar Fest Johor Bahru 2025 Tarik 15 000 Orang Pengunjung

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 6017 hits
JOHOR BAHRU Makar Fest Johor Bahru 2025 melabuhkan tirainya dengan kejayaan cemerlang selepas berlangsung selama empat hari mencatat lebih 15 000 pengunjung sepanjang penganjuran Festival gaya hidup dan seni itu tampil dengan konsep berbeza...
Penyertaan Turkiye Serta Beberapa Negara Asean Buktikan Tanda Sokongan Temasya Warisan Pahang 2025

Penyertaan Turkiye Serta Beberapa Negara Asean Buktikan Tanda Sokongan Temasya Warisan Pahang 2025

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 4121 hits
PEKAN Penyertaan Turkiye dan beberapa negara ASEAN seperti Laos Singapura dan Indonesia membuktikan tanda sokongan terhadap Yayasan Tenun Pahang Diraja dalam memartabatkan seni kraf warisan negara di persada dunia Memasuki hari ketiga pada ...
Yayasan Waqaf Malaysia Raih Anugerah Apea 2025 Dinobat Jenama Inspirasi Asia Pasifik

Yayasan Waqaf Malaysia Raih Anugerah Apea 2025 Dinobat Jenama Inspirasi Asia Pasifik

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 5796 hits
Yayasan Waqaf Malaysia sekali lagi mencatat sejarah apabila dinobat sebagai penerima Asia Pacific Enterprise Awards 2025 bagi kategori Inspirational Brand dalam majlis berprestij yang berlangsung di The Sands Expo amp Convention Centre Mar
Malaysia Hantar 20 000 Naskhah Al Quran Ke Kemboja

Malaysia Hantar 20 000 Naskhah Al Quran Ke Kemboja

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 2521 hits
Malaysia Hantar 20 000 Naskhah Al Quran Ke Kemboja PUTRAJAYA 5 Sept Malaysia hari ini menghantar 20 000 naskhah al Quran dan terjemahan dalam bahasa Khmer ke Kemboja sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh syiar Islam di peringkat ant...
Netizen Indonesia Puji Layanan Hospital Malaysia Ajak Warga Indo Pindah Negara

Netizen Indonesia Puji Layanan Hospital Malaysia Ajak Warga Indo Pindah Negara

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 4001 hits
SITI NUR ZAWANISeptember 6 2025Seorang pengguna TikTok dari Indonesia meluahkan rasa kagum terhadap layanan hospital di Malaysia yang disifatkan jauh lebih baik berbanding negaranya sendiri Kata individu itu di negara ini perkhidmatan perub...
Cara Nak Sertai Daftar Sumud Flotilla Ke Gaza

Budi Madani Ron95 3 Easy Ways To Claim Your Fuel Subsidy

Kelebihan Kad Kredit Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum

Genocide Di Gaza Fakta Terkini Dan Realiti Di Sebalik Tragedi

Signing Up For An Account Texas88 Login Trusted

Jalan Jalan Bandar Georgetown Chew Jetty

Laporan Rasmi Sncc Berhubung Situasi Terkini Gsf

Best Dinner Recipes Good


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Goreng Bawang Putih Dan Perjuangan Sumud Flotilla

Contoh Pempengaruh Tone Deaf Pentingkan Wang Ada Gerakan Boikot Ameera Khan Rizalman

Jawablah Di Akhirat Nanti Datuk Aaron Aziz Kesal Video Boikot Diputar Belit Individu Tidak Bertanggungjawab

Buy Linkedin Premium At 90 Off Business Premium And Career Premium Available

Budak 2 Tahun Maut Dihempap Tiang Konkrit Pagar

Anwar Hubungi 9 Lagi Aktivis Malaysia Kini Sedang Menuju Ke Gaza