Fwd Sertai Pos Malaysia Run 2025 Sebagai Rakan Utama


FWD Sertai Pos Malaysia Run 2025 Sebagai Rakan Utama: Memperkasakan Kesedaran Kesihatan, Keseronokan & Kelestarian
Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia”), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, secara rasmi bekerjasama dengan FWD, penyedia takaful dan insurans, untuk Pos Malaysia Run 2025, dengan FWD berperanan sebagai Rakan Utama acara larian komuniti yang paling dinanti nantikan di Malaysia.
Kerjasama strategik ini mengetengahkan kepentingan pengurusan kesihatan secara proaktif dan kesejahteraan jangka panjang, di samping menggabungkan elemen keseronokan dan kelestarian bagi menyokong para peserta mencapai matlamat kecergasan mereka secara bersama.
Bertemakan “Jom Laju for Fun” tahun ini, acara ini mengalu-alukan rakyat Malaysia dari semua peringkat umur dan tahap kecergasan untuk meraikan semangat kebersamaan dan merasai keseronokan sebenar dalam aktiviti larian.
Penglibatan FWD mengukuhkan mesej bahawa sama ada peserta berlari untuk mencapai rekod peribadi terbaik atau sekadar berjoging untuk kesihatan dan keseronokan, mengambil berat tentang kesihatan secara proaktif adalah cara yang terbaik untuk meraikan kehidupan.
“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Pos Malaysia untuk Pos Malaysia Run 2025 mereka, dan memainkan peranan proaktif dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif.
“Sebagai penyedia takaful dan insurans, kami percaya bahawa perlindungan melampaui sijil atau polisi; ia adalah tentang menyokong rakyat Malaysia untuk mengambil langkah proaktif bagi kesihatan mereka supaya mereka boleh Celebrate Living,” kata Aman Chowla, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful Berhad.
Menyuarakan sentimen yang sama, Mak See Sen, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Insurance Berhad berkata “Kami komited untuk membolehkan orang ramai hidup dengan penuh keberanian dan bertujuan, di mana perlindungan bukan sekadar jaring keselamatan, tetapi sebagai landasan untuk merealisasikan pelbagai kemungkinan.
“Pos Malaysia Run 2025 mencerminkan aspirasi ini. Ia bukan sekadar tentang berlari; ia tentang membina momentum, memupuk perpaduan, dan menyemarakkan semangat keberanian untuk meneroka potensi tanpa had dalam kehidupan.”
Charles Brewer, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, menyatakan bahawa acara ini mencerminkan misi utama syarikat.
“Sebagaimana kami menghubungkan negara melalui perkhidmatan logistik, larian ini melambangkan kemajuan ke hadapan.
“Pos Malaysia Run menawarkan sebuah pengalaman yang luar biasa, menyatukan komuniti daripada pelbagai latar belakang dan tahap kecergasan, sambil meningkatkan kehidupan melalui semangat penyertaan dan kebersamaan.”
“Tema tahun ini meraikan keseronokan sebenar dalam pergerakan dan pencapaian peribadi,” jelas Brewer. “Kerjasama strategik antara Pos Malaysia dan FWD turut mempertingkat pengalaman keseluruhan bagi semua peserta.
“Acara ini bukan sekadar mengenai jarak yang dilalui; lebih daripada itu, ia tentang jalinan hubungan yang kami bina serta komitmen bersama ke arah masa hadapan yang lebih sihat dan mampan.”
Pos Malaysia Run 2025 mengekalkan komitmen teguh terhadap kelestarian melalui pelbagai inisiatif menyeluruh yang direka untuk mengurangkan kesan alam sekitar, menggalakkan amalan larian mesra alam, serta memberi inspirasi kepada peserta untuk mengamalkan pilihan yang lebih hijau dalam kehidupan harian mereka.
Usaha ini termasuk penggunaan bahan larian digital untuk mengurangkan pembaziran kertas, barangan larian yang mampan, dan program kitar semula yang meluas sepanjang acara berlangsung.
Di Pos Malaysia, kami bersemangat dalam membina kepercayaan untuk menghubungkan kehidupan dan perniagaan demi masa hadapan yang cemerlang.
Melalui kerjasama ini, FWD mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan dipercayai untuk komuniti sukan dan kesihatan Malaysia yang berkembang pesat, sambil memupuk kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan menyokong rakyat Malaysia dalam perjalanan mereka menuju ke kehidupan yang lebih cerah, sihat dan bermakna.
Bersama-sama, Pos Malaysia dan FWD menyampaikan mesej yang jelas: Dalam sukan, seperti dalam kehidupan, larian terbaik adalah yang selamat, lestari, dan penuh keceriaan.
Kekal terhubung dengan Pos Malaysia melalui www.pos.com.my atau ikuti kami di Facebook, X, Instagram, Tik Tok, YouTube, dan LinkedIn.
The post FWD Sertai Pos Malaysia Run 2025 Sebagai Rakan Utama appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/10/fwd-sertai-pos-malaysia-run-2025-sebagai-rakan-utama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Sarong Music Run 2025 Bakal Menarik Lebih 30 000 Pengunjung Dengan Penyertaan Dari 26 Buah Negara

Malaysia Sarong Music Run 2025 Bakal Menarik Lebih 30 000 Pengunjung Dengan Penyertaan Dari 26 Buah Negara

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 9078 hits
Malaysia Sarong Music Run 2025 Bakal Menarik Lebih 30 000 Pengunjung Dengan Penyertaan Dari 26 Buah Negara Assalamualaikum semua Bila sebut bulan September memang tak dapat lari daripada semangat Hari Malaysia Tahun ni lebih istimewa sebab ...
Ppim Nafi Ada Kaitan Dengan Gabungan E Hailing Malaysia Sinar Harian 27 08 2025

Ppim Nafi Ada Kaitan Dengan Gabungan E Hailing Malaysia Sinar Harian 27 08 2025

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 4547 hits
KUALA LUMPUR DIKEMAS KINI Persatuan Pengguna Islam Malaysia menegaskan pihaknya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Gabungan E Hailing Malaysia seperti yang cuba didakwa oleh pihak tertentu Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata w...
Aktiviti Majlis Hi Tea Harmoni Prihatin Malaysia Merdeka Untuk Gaza Ppim 28 08 2025

Aktiviti Majlis Hi Tea Harmoni Prihatin Malaysia Merdeka Untuk Gaza Ppim 28 08 2025

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 6019 hits
Sekitar Majlis Hi Tea Harmoni Prihatin Malaysia Merdeka Untuk Gaza yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi
Fenomena Gerhana Bulan Penuh 2025 Malaysia

Fenomena Gerhana Bulan Penuh 2025 Malaysia

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 4714 hits
Fenomena Gerhana Bulan Penuh akan dapat disaksikan pada 7 8 September 2025 bermula pukul 11 28 malam hingga 4 55 pagi waktu Malaysia Fasa Gerhana Bulan Penuh Fasa Penumbra bermula 11 28 malam Fasa Separa bermula 12 26 pagi Fasa Penuh bermul...
The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025

The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 6314 hits
Bangga jadi rakyat Malaysia yang berbilang kaum satu hati satu jiwa Jom kita terus hargai keamanan dan kebersamaan yang kita ada Satu hati satu jiwa Malaysia MADANI Rakyat Disantuni HariMalaysia2025 MalaysiaMADANI mknaceunlimited mknace the...
Malaysia Day 2025 Vibrant Cultural Performances And Exhibitions Ready For National Celebration In Butterworth

Malaysia Day 2025 Vibrant Cultural Performances And Exhibitions Ready For National Celebration In Butterworth

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 3340 hits
National Department for Culture and Arts director general Mohd Amran Mohd Haris said this year s performances are set to be more vibrant thanks to the strong participation of Penang based non governmental organisations who are playing a key...
Karnival Kpdn 2025 Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Sarawak 5 7 Sept

Karnival Kpdn 2025 Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Sarawak 5 7 Sept

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 4916 hits
Jelajah Karnival KPDN 2025 Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Sarawak Singgah di Kuching 5 7 September Orang Sarawak dah ready Siri Jelajah Karnival KPDN 2025 dan Kempen Beli Barangan Malaysia akan tiba di Waterfront Kuching dari 5 hingga 7 ...
Yayasan Waqaf Malaysia Raih Anugerah Apea 2025 Dinobat Jenama Inspirasi Asia Pasifik

Yayasan Waqaf Malaysia Raih Anugerah Apea 2025 Dinobat Jenama Inspirasi Asia Pasifik

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 5827 hits
Yayasan Waqaf Malaysia sekali lagi mencatat sejarah apabila dinobat sebagai penerima Asia Pacific Enterprise Awards 2025 bagi kategori Inspirational Brand dalam majlis berprestij yang berlangsung di The Sands Expo amp Convention Centre Mar
Kerajaan Pahang Otimis Mampu Capai Kutipan Hasil Lebih Rm1 Bilion Tahun Ini Kutipan Setakat Ini Telah Cecah Rm950 Juta

Akmal Slams Gov T For Allowing Alcohol At Chinese School Events

Citizens Of The World Aroma Perjalanan Cerita Dan Impian Dalam Setiap Semburan

Masa Berjaya Jangan Sibuk Dengan Kereta Mewah

Sarapan Mihun Soto Di Gerai Soto Perdana Madu 4

Awak Ok Hari Ni

Kerajaan Perancis Menghadapi Krisis Apabila Anggota Dewan Mengundi Mengenai Cukai Kekayaan

Bila Perut Tak Tenang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Suasana Ruang Boarding Hotel Kucing Spa Kinrara

Penyakit Tiroid Berulang Bagaimana Pulak Kalau Mereka Yang Hypothyroid Sebab Pembedahan

Anna Jobling Kena Seret 3 Kali Buat Stunt Sendiri Dalam Sukma

Kumpulan As Bersedia Untuk Menyambung Bantuan Gaza Apabila Gencatan Senjata Berkuat Kuasa

Donald Trump Mendarat Di Malaysia Lawatan Rasmi Menandakan Hubungan Diplomatik Yang Kuat

Kelantan Bapa Tiri Didakwa Tiga Pertuduhan Amang Seksual