Malaysia Negara Kedua Terbaik Di Asia Bagi Work Life Balance


Malaysia Negara Kedua Terbaik Di Asia Bagi “Work Life Balance”
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, orang ramai mula mencari pekerjaan yang mementingkan keseimbangan hidup dan kerja. Walaupun ia sepatutnya sudah menjadi satu kebiasaan, namun tidak semua syarikat ‘menawarkannya’ kepada pekerja.
Di Malaysia sendiri, sudah banyak syarikat yang mementingkan perkara ini agar pekerja menjadi lebih produktif.
Tidak hairanlah jika Malaysia tersenarai sebagai negara kedua terbaik di Asia dan ke-27 dunia bagi keseimbangan hidup dan kerja 2025.
Malaysia telah mendapat skor sebanyak 57.03 dengan cuti tahunan berkanun sebanyak 19 hari dan peratusan gaji sakit berkanun 80-100%.
Manakala, sistem kesihatan sejagat dibiayai oleh kerajaan dan skor indeks kebahagiaan adalah 5.96.
Senarai itu telah diterbitkan oleh portal Remote baru-baru ini. Ia dinilai berdasarkan cuti tahunan berkanun, akses kepada penjagaan kesihatan, keselamatan awam dan purata jam bekerja setiap minggu.
Bagi kedudukan pertama di Asia, Singapura mendahului dengan skor sebanyak 57.85. Ia juga sekaligus meletakkan negara terbabit di kedudukan ke-25 dunia.
Di tangga ketiga Asia ialah Jepun dan diikuti oleh Taiwan di tempat keempat. Manakala Korea Selatan (kelima), Indonesia (keenam), Arab Saudi (ketujuh), Israel (kelapan), Vietnam (kesembilan) dan Emiriah Arab Bersatu (ke-10).
BACA: Utamakan “Work-Life Balance” Dari Gaji Tinggi, Pemuda Singapura Bahagia Cari Rezeki Di Malaysia Sementara itu, New Zealand di kedudukan pertama dunia yang mempunyai keseimbangan hidup dan kerja terbaik, dengan skor sebanyak 86.87.
Di tempat kedua pula ialah Ireland dengan skor sebanyak 81.17. Ia diikuti oleh Belgium di tempat ketiga (75.91), Jerman di tempat keempat (74.65) dan Norway di tempat kelima (74.20).
Kedudukan keenam pula ialah negara Denmark (73.76) dan disusuli oleh Kanada (73.46) di tempat ketujuh. Bagi tempat kelapan ialah Australia (72.10), kesembilan pula Sepanyol (71.94) dan ke-10 Finland (70.86).
Menurut Remote, New Zealand mengekalkan kedudukannya sebagai negara terbaik untuk pekerja selama tiga tahun berturut-turut. Skor juga meningkat pada tahun ini kerana faktor peningkatan gaji minimum di negara tersebut.
“Di seluruh dunia, keseimbangan hidup dan kerja kekal menjadi asas kepada kesejahteraan fizikal dan emosi kita. Kita semua harus mempunyai masa dan kebebasan untuk melibatkan diri secara bermakna dengan kehidupan kita di luar pekerjaan,” kata portal itu.
Sumber: Remote
The post Malaysia Negara Kedua Terbaik Di Asia Bagi “Work Life Balance” appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/21/malaysia-negara-kedua-terbaik-di-asia-bagi-work-life-balance/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kilang Baju Korporat Terbaik Di Malaysia Murah Berkualiti Tempah Terus Dari Kilang

Kilang Baju Korporat Terbaik Di Malaysia Murah Berkualiti Tempah Terus Dari Kilang

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 3807 hits
Kilang Baju Korporat Terbaik di Malaysia Murah Berkualiti Tempah Terus dari Kilang Kalau korang tengah hunting baju korporat yang nampak smart selesa dan harga tak cekik darah ini berita baik untuk korang Tempah direct dari Kilang Baju Korp...
Awas Malaysia Sedang Jadi Negara Menua Lppkn Dedah Punca Terkini Kadar Kesuburan Menurun

Awas Malaysia Sedang Jadi Negara Menua Lppkn Dedah Punca Terkini Kadar Kesuburan Menurun

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 715 hits
Malaysia sedang menjadi negara menua disebabkan kadar kesuburan itu semakin menurun Ini jelas membuktikan apabila Kadar Kesuburan Jumlah di Malaysia merekodkan penurunan ketara kepada 1 7 anak pada 2023 berbanding 4 0 anak pada 1980 Sebagai...
Ayasan Mr D I Y Kekalkan Gelaran Yayasan Terbaik Tahunan Di Csr Malaysia Awards

Ayasan Mr D I Y Kekalkan Gelaran Yayasan Terbaik Tahunan Di Csr Malaysia Awards

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 539 hits
Cabang amal Kumpulan MR D I Y M Berhad Yayasan MR D I Y sekali lagi menerima pengiktirafan tertinggi apabila dinobatkan sebagai Yayasan Terbaik Tahunan Peruncit Perkakas Rumah Anugerah Kepimpinan Kebajikan Komuniti di Sustainability CSR Mal...
Anna Jobling Tercalon Bintang Asia Terbaik Di Seoul Drama Awards 2025

Anna Jobling Tercalon Bintang Asia Terbaik Di Seoul Drama Awards 2025

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 634 hits
Oleh Aliyaa Azmi PELAKON muda berbakat Anna Jobling melakar pencapaian membanggakan apabila tercalon dalam kategori Outstanding Asian Star Malaysia di Seoul International Drama Awards 2025 yang dijadual berlangsung pada Oktober depan Anna a...
Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

How The System Keeps You Comfortable And Broke

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York

Uec What It Means To Take An Exam Your Own Country Won T Accept

Irresistible Italian Beef Recipe Serious Eats

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Anniversary 01 Januari 2026

Azam Tahun Baru 2026

Masakan Kampung Pahang Warisan Sedap Yang Ramai Tak Kenal Wajar Dihidupkan Semula

I Topup Kwsp Syarat Caruman Kaedah Mencarum

Nasi Lemak Coconut Shake Mee Kari

Wanita Berperwatakan Kelakian Tampil Ayu Di Hari Nikah 7 Tahun 11 Bulan Berakhir Dengan Ikatan Halal