Malaysia Book Of Records Mengiktiraf Ladang Sindiyan Sebagai Ladang Musang King Terbesar
Sapa yang tak suka makan durian? bohonglah kalau ada yang cakap tak suka makan durian...kalau ada pun tidak ramai yang tidak suka makan durian. Apatah lagi bila dapat makan raja buah yang paling sedap, isinya tebal, warna kuning keemasan dan bermutu tinggi, jadi uoll jangan marah kalau harga mahal terutamanya durian Musang King, cuma musang queen yang Seri Wangi tak jumpa-jumpa lagi nak try...haaaa!
Seri Wangi rasa bersyukur sangat dapat hadir di majlis anugerah Ladang Musang King Terbesar oleh ‘Malaysia Book of Records’ dan merasai keenakan durian musang king yang bermutu tinggi serta dapat jugak melihat keluasan ladang durian musang King.
Penjagaan yang rapi pokok dan buahnya dan pengaliran air yang mencukupi paling utama agar dapat menghasilkan buah durian Musang King yang berumur tinggi, rasanya yang sedap, segar dan manis. Setiap pokok durian Musang King.
Komited terhadap Pembangunan Agro yang Mampan di Ladang Seluas 7,233 Ekar GUA MUSANG, 14 September 2023: Ladang Sindiyan berjaya meraih pencapaian baru apabila di anugerahkan Ladang Musang King Terbesar oleh ‘Malaysia Book of Records’ di majlis penyampaian sijil pengikitirafan tersebut di Lojing, Kelantan.
Dengan keluasan lebih 7,000 ekar di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang,Kelantan, Ladang Sindiyan kini adalah ladang durian terbesar dalam negara.
Kekal komited untuk menjadi peneraju dalam perniagaan durian, Ladang Sindiyan akan terus memodenkan operasi dan mengembangkan ladangnya di masa hadapan.
“Kami cukup berbangga dengan pencapaian yang diraih oleh Ladang Sindiyan. Misi kami adalah untuk membangunkan usaha niaga agrikultur dan agro-pelancongan yang mampan. Usaha ini akan membawa limpahan sosioekonomi kepada penduduk setempat serta membawa kelestarian kepada alam sekitar,” ujar Symantha Chai, Ketua Pegawai Eksekutif, Sindiyan Plantation Sdn Bhd.
Durian Musang King kekal menjadi rebutan penggemar durian di seluruh dunia dan China adalah pasaran terbesarnya, dengan hampir 10% durian di sana adalah hasil import daripada Malaysia. Pra-pandemik Covid-19,Malaysia telah mengeksport 500-800 tan durian beku ke negara China, bersamaan USD 9.9 juta - USD 14.85 juta. Bagi mengembangkan potensi ini,usaha sama Ladang Sindiyan dan Syarikat Hernan menyasarkan untuk menghasilkan 60,000 tan metrik durian setiap tahun. Usahasama ekslusif ini akan dapat memenuhi permintaan tinggi dunia terhadap durian Malaysia
Sebagai pengeksport dan pengeluar terbesar durian dan produk berasaskan durian, kami telah mengembangkan operasi di peringkat global untuk memenuhi permintaan durian di negara seperti Australia, China, Kanada, Indonesia, Jepun, Belanda, UK dan Amerika Syarikat. Bersama-sama dengan Ladang Sindiyan, amalan integrasi kami memastikan penjagaan kualiti di setiap peringkat rantaian nilai melalui inovasi dalam sektor agrikultur,” tambah Datuk Anna Teo, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Hernan Corporation Sdn Bhd, atau cukup dikenali sebagai ‘Musang Queen’.
Disokong oleh Navis Capital, peneraju firma ekuiti persendirian Asia Tenggara yang berpengkalan di Kuala Lumpur, usahasama kedua-dua syarikat ini menyasarkan untuk memodenkan keseluruhan rantaian nilai pengeluaran durian dan meningkatkan kualiti dalam industri.
Symantha menambah, “Dengan kepakaran lebih 40 tahun dalam kultivasi dan pengurusan ladang, kami amat mengambil berat aspek kualiti. Usahasama ini akan membolehkan kami untuk mencapai visi bagi menawarkan produk ladang terus ke meja penggemar durian, dengan mengekalkan kualiti dalam setiap peringkat huluan sehinggalah kepada pelanggan kami di peringkat hiliran.”
Sijil pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’ tersebut disampaikan di Ladang Sindiyan, dan disaksikan oleh YB Dato Dr Haji Mohamed Fadzli, Timbalan Menteri Besar Kelantan.
TENTANG SINDIYAN PLANTATION
Sindiyan Plantation adalah syarikat perladangan yang memberikan tumpuan khusus terhadap amalan agrikultur dan agro-pelancongan mampan. Dengan ladang durian di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan, kami menyasarkan untuk memodenkan perladangan durian dengan pengaplikasian sistem perladangan moden dan agritek. Kami sedang membangunkan sistemp erladangan berintergrasi bersama dengan agrikultur dan eko-pelancongan, iaitu Musang King Durian Eco Park yang akan memberikan impak positif kepada alam sekitar dan pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat.
TENTANG HERNAN CORPORATION
Hernan Corporation Sdn Bhd adalah pengeluar, pengedar dan pengeksport
terbesar durian dan produk yang berasaskan durian di Malaysia. Durian kami dituai di ladang kami sendiri serta ladang lain yang di mana hanya durian dan buah-buahan tropika gred premium diusahakan. Diperbadankan pada tahun 1996, kami telah melebarkan operasi kami ke negara Australia, China, Kanada, Indonesia, Jepun, Belanda, UK dan Amerika Syarikat. Sama ada untuk edaran kepada perniagaan lain atau terus kepada penggemar durian, Hernan menawarkan durian dan produk hiliran dipaket paling segar. Kami menggunakan teknik penyejukan terkini, inovasi kreatif dan pengendalian mampan di keseluruhan peringkat rantaian bekalan untuk memenuhi permintaan global produk kami.
Untuk keterangan lanjut layari
WEBSITE
https://www.sindiyan.com/
FACEBOOK
Sindiyan
INSTAGRAM
https://instagram.com/sindiyandurianecopark
TAG:
#Sindiyan #malaysiabookofrecords #durian #musangking #largest #plantation #hernanfood #hernan #hernancorporation #sindiyan #mbr
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.keunggulanwanita.com/2023/09/malaysia-book-of-records-mengiktiraf.html