Malaysian Malaysia Beri Kesan Besar Umno Tagih Sokongan Melayu


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters03 Sep 2023

Timbalan Ketua Umno Segamat Bastien Onn berkata pengekalan slogan DAP itu menjadikan orang Melayu bersama PN.
Timbalan Ketua Umno Segamat Bastien Onn, berkata pimpinan Umno pusat termasuk Presiden Zahid Hamidi perlu mendesak DAP gugur slogan ‘Malaysian Malaysia’. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Pendirian DAP enggan menggugurkan slogan “Malaysian Malaysia” memberi kesan besar kepada Umno dalam usaha meraih sokongan orang Melayu, kata pemimpin akar umbi.

Timbalan Ketua Umno Segamat, Bastien Onn, berkata apa disuarakan Ketua Umno Pulai Nur Jazlan Mohamed baru-baru ini sudah tentu mewakili suara akar umbi bukan sahaja di Parlimen Pulai, malah di Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram.

Katanya, keputusan pada PRN enam negeri 12 Ogos lalu mencerminkan orang Melayu tidak mahu lagi bersama Umno hanya kerana menjalin hubungan politik dengan DAP.

“Ini memberi kesan yang sangat besar kepada Umno untuk menagih dan meraih sokongan daripada orang Melayu. Kita terpaksa menjawab persoalan ini (Malaysian Malaysia) dan saya rasa bahawa apa yang dikatakan oleh Nur Jazlan adalah dapatan daripada kerja dan juga perjumpaan kita dengan akar umbi.

“Mereka (pimpinan Umno pusat) harus tegas, kalau tidak kita menghadapi masalah dengan orang Melayu dan saya melihat pergerakan orang Melayu kepada Perikatan Nasional (PN) cukup membimbangkan,” katanya menurut Astro Awani.

Beliau berkata, justeru pimpinan Umno pusat termasuk Presiden Zahid Hamidi perlu tegas terhadap gesaan supaya DAP menggugurkan slogan tersebut.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook, berkata tidak perlu digugurkan slogan “Malaysian Malaysia” kerana komitmen parti itu mendukung prinsip Islam agama rasmi, bahasa Melayu, dan Perkara 153 Perlembagaan sebelum terbentuknya kerajaan perpaduan.

Setiausaha agung DAP itu berkata, perkara itu tidak perlu diungkit lagi atau mencipta polemik yang boleh menjejaskan keyakinan orang ramai.

Katanya, sebelum kerajaan perpaduan dibentuk, semua parti membuat perjanjian dan bersetuju tidak akan menyentuh “prinsip serta perlembagaan parti” masing-masing.

Mengulas gesaan Nur Jazlan yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Zahid berkata apa diperkatakannya berhubung pengguguran slogan itu sekadar pandangan peribadi, bukan parti.

Beliau berkata, sekalipun timbul permintaan seperti itu, ia perlu mengikut saluran betul melalui mesyuarat atas dasar hormat pada rakan dalam gabungan kerajaan perpaduan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/09/malaysian-malaysia-beri-kesan-besar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mca Sokong Gesaan Pemimpin Umno Supaya Tarik Balik Slogan Malaysian Malaysia Ala Dap

Mca Sokong Gesaan Pemimpin Umno Supaya Tarik Balik Slogan Malaysian Malaysia Ala Dap

papar berkaitan - pada 2/9/2023 - jumlah : 411 hits
Parti komponen BN itu berkata ini adalah perkara paling mudah untuk DAP lakukan ke arah merealisasikan impian Malaysian Malaysia yang lebih bersatu untuk semua MCA menyokong gesaan seorang pemimpin Umno agar DAP menggugurkan tuntutan Malays...
Umno Sudah Terima Agenda Malaysian Malaysia Dap

Umno Sudah Terima Agenda Malaysian Malaysia Dap

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 433 hits
harakahdailycomSeptember 3 2023KEBERADAAN Umno dalam pakatan campuran PH BN sebenarnya mempamerkan kegagalan untuk melunakkan agenda besar DAP untuk mewujudkan Malaysian Malaysia dan pembentukan Negara Sekular di Malaysia Ironinya kenyataan...
Malaysian Malaysia Not In Violation Of Federal Constitution Says Dap Man

Malaysian Malaysia Not In Violation Of Federal Constitution Says Dap Man

papar berkaitan - pada 2/9/2023 - jumlah : 659 hits
Elements such as language Malay privileges religion and more are already explicitly provided in the Federal Constitution DAP central executive committee member Sheikh Omar Ali says the slogan should not be viewed as a threat to the country ...
Tujuan Penubuhan Pemuda Umno Malaysia

Tujuan Penubuhan Pemuda Umno Malaysia

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 355 hits
Kesemua 10 orang Perdana Menteri Malaysia berasal dari UMNO Di antara 10 orang PM itu Tun Razak Tun Hussein Onn DS Anwar Ibrahim dan DS Najib Razak pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia Pemuda UMNO adalah kilang pemimpin Malaysia Apa tu...
Orang Malaysia Hebat Semuanya Terima Kasih Beri Sokongan Moral Kepada Saya Rahman

Orang Malaysia Hebat Semuanya Terima Kasih Beri Sokongan Moral Kepada Saya Rahman

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 275 hits
Genap seminggu pemergian enam sekeluarga yang meninggal dunia dalam kemalangan di nbsp kilometer 5 Jalan Segamat Kuantan Kisah ketabahan anak pasangan AllahyarhamAmir Ruddin Ismail 46 dan Allahyarham Norahimah Noor Muhamad 43 nbsp iaitu Abd...
Is Dap S Malaysian Malaysia Still Aligned To Call For Equal Rights Says Ti

Is Dap S Malaysian Malaysia Still Aligned To Call For Equal Rights Says Ti

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 658 hits
Ti Lian Ker said DAP s call for equal rights led to MCA losing more than half of the parliamentary seats the party contested for in the 1969 general elections PETALING JAYA MCA has called for DAP to clarify if its Malaysian Malaysia slogan ...
Malaysian Malaysia Tak Langgar Prinsip Perlembagaan Kata Pemimpin Dap

Malaysian Malaysia Tak Langgar Prinsip Perlembagaan Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 299 hits
Ahli Jawatankuasa Pusat DAP Sheikh Omar Ali berkata isu membabitkan slogan Malaysian Malaysia lebih berbentuk serangan politik untuk beri imej dan gambaran buruk terhadap DAP dan juga PH dan kerajaan perpaduan PETALING JAYA Seorang pemimpin...
Tak Perlu Gugur Tuntutan Malaysian Malaysia Kata Dap

Tak Perlu Gugur Tuntutan Malaysian Malaysia Kata Dap

papar berkaitan - pada 2/9/2023 - jumlah : 331 hits
Tak perlu gugur tuntutan Malaysian Malaysia kata DAP Dikemas kini 14 minit yang lalu Diterbitkan pada 2 Sep 2023 12 16PM
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Emily Ratajkowski S Legs And Feet In Tights 7

Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Kes Tylenol Beracun Chicago 7 Maut Pembunuh Masih Misteri

Tenang Melihat Mekar Bunga Kertas Di Laman

Cuti Sekolah Dah Nak Mula Hati Ibu Pun Mula Berfikir

Lirik Lagu Jalan Keluar Empty Page