Ladang Sindiyan Diiktiraf Ladang Musang King Terbesar Oleh Malaysia Book Of Records


 
Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama hadir ke Majlis Penganugerahan LADANG SINDIYAN sebagai LADANG MUSANG KING TERBESAR OLEH ‘MALAYSIA BOOK OF RECORDS’ bertempat di Lojing, Kelantan.



Dengan keluasan 7233 ekar di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan, LADANG SINDIYAN kini merupakan ladang durian terbesar dalam negara. Kekal komited untuk menjadi peneraju dalam perniagaan durian, LADANG SINDIYAN akan terus memodenkan operasi dan mengembangkan ladangnya di masa hadapan


LADANG SINDIYAN DIIKTIRAFLADANG MUSANG KING TERBESAR OLEH ‘MALAYSIA BOOK OF RECORDS’

LADANG SINDIYAN mempunyai lebih daripada 200 ribu pokok durian Musang King dan lebih 100 ribu pokok durian Black Thorn dan telah mengeksport lebih dari 2000 tan setahun.


“Kami cukup berbangga dengan pencapaian yang diraih oleh LADANG SINDIYAN. Misi kami adalah untuk membangunkan usaha niaga agrikultur dan agro-pelancongan yang mampan. Usaha ini akan membawa limpahan sosioekonomi kepada penduduk setempat serta membawa kelestarian kepada alam sekitar,” ujar Symantha Chai, Ketua Pegawai Eksekutif, SINDIYAN PLANTATION SDN BHD. 

Sijil pengiktirafan ‘MALAYSIA BOOK OF RECORDS’ tersebut disampaikan di LADANG SINDIYAN, dan disaksikan oleh YB Dato Dr Haji Mohamed Fadzli, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Beliau dan kerajaan negeri berharap produk yang dieksport keluar dapat menaikkan dan mengharumkan nama Kelantan di rantau Asia. 
Turut sama hadir ke majlis tersebut adalah YB Mejar (B) Dato’ Hj. Md Anizam, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia dan Keusahawanan Kerajaan Negeri Kelantan dan YB Tuan Mohd Saripuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi. 
PERIHAL SINDIYAN PLANTATION

SINDIYAN PLANTATION adalah syarikat perladangan yang memberikan tumpuan khusus terhadap amalan agrikultur dan agro-pelancongan mampan. Dengan ladang durian di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan, SINDIYAN PLANTATION menyasarkan untuk memodenkan perladangan durian dengan pengaplikasian sistem perladangan moden dan agritek.

Pihak SINDIYAN PLANTATION sedang membangunkan sistem perladangan berintergrasi bersama dengan agrikultur dan eko-pelancongan, iaitu Musang King Durian Eco Park yang akan memberikan impak positif kepada alam sekitar dan pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat.

PERIHAL HERNAN CORPORATION

HERNAN CORPORATION SDN BHD adalah pengeluar, pengedar dan pengeksport terbesar durian dan produk yang berasaskan durian di Malaysia. Durian HERNAN CORPORATION dituai di ladang sendiri serta ladang lain yang hanya durian dan buah-buahan tropika gred premium diusahakan.

Diperbadankan pada tahun 1996, HERNAN CORPORATION telah melebarkan operasi ke negara Australia, China, Kanada, Indonesia, Jepun, Belanda, UK dan Amerika Syarikat. Samada untuk edaran kepada perniagaan lain atau terus kepada penggemar durian, HERNAN CORPORATION menawarkan durian dan produk hiliran di paket paling segar. 
Pihak HERNAN CORPORATION menggunakan teknik penyejukan terkini, inovasi kreatif dan pengendalian mampan di keseluruhan peringkat rantaian bekalan untuk memenuhi permintaan global produk HERNAN CORPORATION.

DURIAN MUSANG KING TERIMA PERMINTAAN TINGGI DURIAN MUSANG KING kekal menjadi rebutan penggemar durian di seluruh dunia dan China adalah pasaran terbesarnya, dengan hampir 10% durian di sana adalah hasil import daripada Malaysia. Pra-pandemik Covid-19, Malaysia telah mengeksport 500-800 tan durian beku ke negara China, bersamaan USD 9.9 juta - USD 14.85 juta.

Bagi mengembangkan potensi ini, usaha sama LADANG SINDIYAN dan Syarikat HERNAN menyasarkan untuk menghasilkan 60,000 tan metrik durian setiap tahun. Usahasama ekslusif ini akan dapat memenuhi permintaan tinggi dunia terhadap durian Malaysia.





“Sebagai pengeksport dan pengeluar terbesar durian dan produk berasaskan durian, kami telah mengembangkan operasi di peringkat global untuk memenuhi permintaan durian di negara seperti Australia, China, Kanada, Indonesia, Jepun, Belanda, UK dan Amerika Syarikat. Bersama-sama dengan LADANG SINDIYAN, amalan integrasi kami memastikan penjagaan kualiti di setiap peringkat rantaian nilai melalui inovasi dalam sektor agrikultur,” tambah DATUK ANNA TEO, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN DAN PENGASAS HERNAN CORPORATION SDN BHD, atau cukup dikenali dengan julukan nama sebagai ‘MUSANG QUEEN’.

Disokong oleh Navis Capital, peneraju firma ekuiti persendirian Asia Tenggara yang berpengkalan di Kuala Lumpur, usahasama kedua-dua syarikat ini menyasarkan untuk memodenkan keseluruhan rantaian nilai pengeluaran durian dan meningkatkan kualiti dalam industri.


Symantha menambah, “Dengan kepakaran lebih 40 tahun dalam kultivasi dan pengurusan ladang, kami amat mengambil berat aspek kualiti. Usahasama ini akan membolehkan kami untuk mencapai visi bagi menawarkan produk ladang terus ke meja penggemar durian, dengan mengekalkan kualiti dalam setiap peringkat huluan sehinggalah kepada pelanggan kami di peringkat hiliran.”



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.alongmurni.com/2023/09/ladang-sindiyan-diiktiraf-ladang-musang-king-terbesar-oleh-malaysia-book-of-records.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Book Of Records Mengiktiraf Ladang Sindiyan Sebagai Ladang Musang King Terbesar

Malaysia Book Of Records Mengiktiraf Ladang Sindiyan Sebagai Ladang Musang King Terbesar

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 238 hits
Sapa yang tak suka makan durian bohonglah kalau ada yang cakap tak suka makan durian kalau ada pun tidak ramai yang tidak suka makan durian Apatah lagi bila dapat makan raja buah yang paling sedap isinya tebal warna kuning keemasan dan berm...
Bantuan Rahmah Telefon Pintar Oleh Kerajaan Malaysia

Bantuan Rahmah Telefon Pintar Oleh Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 304 hits
Bantuan Rahmah Telefon Pintar Oleh Kerajaan Malaysia 13 Kerajaan Malaysia kini melancarkan satu inisiatif yang amat dinantikan oleh rakyat Malaysia Ini bukan sahaja membawa kabar baik kepada semua lapisan masyarakat tetapi juga merupakan la...
Pengecualian Ujian Teori Lesen Memandu Malaysia Oleh Jpj Berkuatkuasa 15 September 2023

Pengecualian Ujian Teori Lesen Memandu Malaysia Oleh Jpj Berkuatkuasa 15 September 2023

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 216 hits
Pengecualian Ujian Teori Lesen Memandu Malaysia Oleh JPJ Berkuatkuasa 15 September 2023 2 Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan dasar baharu berkaitan dengan kursus pembelajaran dan Kurikulum Pendidikan Pemandu untuk memperoleh Lesen M...
Wonda Kopi Tarik Breaks Record With The Malaysian Book Of Records For The Longest Kopi Tarik Line

Wonda Kopi Tarik Breaks Record With The Malaysian Book Of Records For The Longest Kopi Tarik Line

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 234 hits
Partners with Keretapi Sarong 23 to celebrate multicultural and multi ethnicities that are originally Malaysian this Malaysia Day L R Malaysian Book of Records Chief Operating Officer Mr Christopher Wong presents the Malaysian Book of Recor...
Rentasan 1445 Gempar Kini Pemuda Pn Mahu Selamatkan Malaysia

Rentasan 1445 Gempar Kini Pemuda Pn Mahu Selamatkan Malaysia

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 349 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1445 1 ADAKAH PENGUNDI PULAI BERDOSA BESAR DAN PERLU BERTAUBAT 2 MUDA YANG KINI MENJADI PENGKHIANAT 3 KADUK NAIK JUNJUNG KE MANA PERGINYA PRINSIP PRESIDEN MUDA 4 SELAMATKAH MALAYSIA DENGAN SELAMATKAN MALAYSIA
Fadlina Sidek Menteri Pendidikan Wanita Pertama Malaysia

Fadlina Sidek Menteri Pendidikan Wanita Pertama Malaysia

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 211 hits
Yang Berhormat Fadhlina Sidek yang dipilih untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan di bawah Kabinet YAB Dato Seri Anwar Ibrahim pada Disember 2022 Beliau merupakan ahli Dewan Rakyat bagi Nibong Tebal serta bekas ahli Dewan Negara ...
Keretapi Sarong 2023 Kembali Sempena Hari Malaysia

Keretapi Sarong 2023 Kembali Sempena Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 452 hits
Hai pembaca kesayangan Masih ingat akan program Keretapi Sarong anjuran LOCCO dimana rakyat Malaysia memakai pakaian bertemakan sarong menaiki keretapi bagi memeriahkan sambutan Hari Malaysia sejak tujuh tahun yang lalu Sabtu ini guys 16 Se...
Icwc 23 Membentuk Masa Depan Pelancongan Malaysia Perniagaan Global Melalui Kepelbagaian Budaya

Icwc 23 Membentuk Masa Depan Pelancongan Malaysia Perniagaan Global Melalui Kepelbagaian Budaya

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 322 hits
Acara A Taste of ICWC yang menakjubkan yang dirasmikan oleh Dato Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan di dalam lanskap budaya dan perniagaan sebagai pembuka t...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Makan Masakan Thai Di Arked Niaga Padang Besar Perlis

Drama Deejay Kampung

Anggrek Cinto Putiah Babungo Ungu Chord

Bufet Ramadan 2025 Sinar Ramadan Di I Dahlia Corner

Penerangan Jenis Jenis Hidung Manusia Dan Ciri Hidung Menarik

Dua Pilihan