Mister Potato Sertai Liga Profesional Malaysia Mobile Legends Bang Bang Musim 12 Sebagai Rakan Snek Rasmi
Mister Potato, jenama kerepek kentang nombor satu Malaysia, telah bekerjasama dengan Liga Profesional Malaysia Mobile Legends: Bang Bang (MPL MY) untuk membawakan keseronokan dan keterujaan permainan pemenang anugerah ini kepada penggunanya.
Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), yang dicipta oleh syarikat permainan video antarabangsa MOONTON Games, ialah permainan Arena Pertempuran Dalam Talian Berbilang Pemain ( Multiplayer Online Battle Arena –MOBA ) paling popular di dunia, yang menyatukan komuniti pemain menerusi kerjasama sepasukan dan strategi. Permainan e-sukan ini menarik penyertaan meluas di peringkat global, dengan satu bilion permainan dimuat turun di serata dunia dan sejumlah 100 juta pemain aktif sebulan. Malah MLBB merupakan permainan yang paling banyak dimuat turun di Malaysia, dengan anggaran 5 juta pengguna aktif di negara
Kedudukan kukuh MLBB di Asia Tenggara selama ini telah menyaksikan kemunculan dan pertumbuhan lima Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang ( MPL ) yang dikendalikan di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Kemboja. Mister Potato ialah Rakan Snek Rasmi bagi Musim 12 MPL MY, pertandingan MLB terbesar Malaysia. Pemenang MPL MY akan mewakili negara dalam Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang M5 2023, pada bulan Disember, untuk memenuhi misi MI5I Malaysia menyemarakkan semangat #pantangmengalah di pentas antarabangsa.
Malaysia akan menjadi tuan rumah acara M-Series Wild Card yang pertama pada bulan November ini. Pakatan baharu ini–Mister Potato x MPLMYS12 – adalah sebahagian daripada kerjasama berterusan antara Mister Potato dan selebriti dan jenama terkenal dari seluruh dunia. Kempen terbaharu ini membawakan tema “Alami Rasa Legendary” dan akan berlangsung dari 14 Ogos hingga 30 Oktober 2023. Tiga watak MLBB–Beatrix the Marksman, Lancelot the Assassin dan Martis the Fighter–dan skin ( penampilan watak ) masing-masing akan dipaparkan pada pembungkusan produk Mister Potato, termasuk dua perisa edisi terhad. Produk edisi terhad ini terdiridaripada Mister Potato Syok Wave Perisa Fulamak Sotong Pedas dan Mister Potato Perisa Krim Masam & Bawang.
Mister Potato Syok Wave Perisa Fulamak Sotong Pedas memperkenalkan perisa baharu kerepek kentang potongan bergerigi ( crinkle cut) jenama ini–iaitu perisa sotong dengan rasa manis dan pedas yang menyelerakan–manakala Mister Potato Perisa Krim Masam & Bawang memperkenalkan adunan tradisional krim masam dan bawang wangi dalam rangkaian kerepek kentang ini.
Pertandingan MPL Malaysia Musim12 akan diadakan setiap Jumaat hingga Ahad, sepanjang tempoh antara 18 Ogos hingga 8 Oktober 2023. Acara ini akan berlangsung di Dewan Sri Putra, di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Pengunjung yang singgah digerai pameran Mister Potato di acara tersebut berpeluang memenangi MLBB skin dan MLBB Diamonds ( yang merupakan mata wang permainan ) dan cenderahati Mister Potato x MPLMYS 12 edisi terhad seperti kemeja-t, botol air sukan, soket pop telefon dan beg dengan pembelian produk Mister Potato.
“Kerjasama antara Mister Potato dan dunia permainan maya, terutamanya permainan popular seperti MLBB menandakan langkah strategik bagi pemimpin pasaran seperti kami. Usaha ini membolehkan jenama kami menarik khalayak yang sangat berminat dan terlibat dalam permainan dan meningkatkan tahap keterlihatan jenama dalam pasaran yang kompetitif menerusi kempen pemasaran unik,” kata How Yuan Yi, Ketua Pegawai Pemasaran MAMEE-Double Decker.
“Industri e-sukan telah berkembang pantas selama ini dan kerjasama dengan dunia permainan maya sesungguhnya membolehkan kami mendekati khalayak yang berbeza dan demografi lebih muda sambil membawakan sesuatu yang baharu dan menarik kepada pelanggan kami yang sedia ada,” tambahnya. Peminat MLBB juga berpeluang memenangi lebih banyak MLBB Diamonds dan MLBB skin, di samping hadiah-hadiah menarik lain berjumlah RM 60,000.00 dengan peraduan Alami Rasa Legendary yang akan diadakan sehingga 30 Oktober 2023. Untuk melayakkan diri menyertai peraduan, pengguna perlu membeli mana-mana produk Mister Potato, menulis nama dan nombor kad pengenalan pada resit dan menghantar gambarnya menerusi WhatsApp ke +601156881139.
Mister Potato akan menawarkan dua hadiah utama berupa iPhone 14 Pro dan 5,000 MLBB Diamonds dan dua hadiah kedua berupa Kerusi Permainan Secretlab dan 3,000 MLBB Diamonds. Dalam pada itu, dua hadiah ketiga Speaker Bluetooth Marshall Stanmore II dan 2,000 MLBB Diamonds dan dua hadiah keempat iPad ( Generasi Ke-10 ) dan 1,000 MLBB Diamonds menanti pemenang bertuahnya. Sebanyak 60 hadiah sagu hati bulanan berupa wang tunai RM 100.00 dan Epic Skin watak MLBB turut disediakan.
Saluran runcit yang turut serta termasuk pasar raya, pasar raya besar, pasar mini, gedung e-dagang, kedai stesen petrol dan kedai serbaneka di seluruh negara. Mister Potato telah dilancarkan pada 1992 untuk menawarkan snek kentang lazat kegemaran ramai yang diperbuat daripada ramuan berkualiti dan sekali gus memperkenalkan muchacho dengan topi sombrero kegemaran kami kepada rakyat Malaysia. Jenama tersebut kemudian menambah sentuhan warna kepada rangkaiannya pada 2017 menerusi perisa Ubi Keledek Ungu baharu yang membawakan kelainan yang menyelerakan tetapi dengan keenakan dan kerangupan yang sama di samping rasa manis semula jadi dan tidak mengandungi sebarang pewarna tiruan.
Rangkaian Mister Potato termasuk Mister Potato Chips dan Mister Potato Crisps. Semua kerepek kentang Mister Potato diperbuat daripada kentang import dan tidak mengandungi kolesterol. Produk-produk jenama ini dijual dalam kanister atau paket. Rangkaian pilihan perisa yang boleh didapati di pasaran termasuk:Mister Potato Crisps-Asli, Pedas & Panas, Krim Masam dan Bawang, Tomato, Barbeku dan Keju Madu, Ubi Keledek, Ubi Keledek Jagung Manis;Mister Potato Chips -Asli, Pedas & Panas, Barbeku, Tomato, dan Keju Madu; Mister Potato Syok Wave Crinkle Cut Chips-Ayam Goreng Berapi, Barbeku dan Seafood
Produk Mister Potato boleh didapati dalam paket dan juga kanister dan dijual pada harga RM 3.20 dan ke atas. Semua produk Mister Potato boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar, pasar mini, kedai serbaneka, stesen petrol dan kedai runcit di seluruh negara, dan juga menerusi gedung rasmi MAMEE di Lazada (https://bit.ly/3fX5hpE) dan Shopee (https://shp.ee/xim7frj).
Untuk sebarang pertanyaan mengenai Mister Potato Chips, sila telefon talian khas percuma MAMEE-Double Decker 1-300-22-6263 atau menghantar mesej WhatsApp ke +606-231 6362 antara jam 9 pagi dan 5 petang dari Isnin hingga Jumaat, menghantar e-mel ke
[email protected] melayari visit https://mamee.com/.Untuk maklumat lanjut, ikuti akaun media sosial jenama di Facebook (www.facebook.com/misterpotatocrisps/) dan Instagram (www.instagram.com/misterpotato_my/)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.atiehilmi.com/2023/09/mister-potato-sertai-liga-profesional.html