Makna Di Sebalik Teater Uda Dan Dara




Jumaat dan Sabtu lalu, 25 dan 26 Oktober mencatatkan suatu peristiwa budaya yang bersejarah bagi Kuala Lumpur kerana berlangsungnya persembahan teater Uda dan Dara yang unik apabila ia diadakan di tempat terbuka di Padang Merbok. Propnya pula adalah realistik dengan suasana bendang diwujudkan apabila jerami padi menjadi hamparan di kawasan itu
Hanya cuaca tidak menyebelahi persembahan itu kerana pada waktu ini, Kuala Lumpur dilanda musim hujan petang hingga ke malam. Maka begitulah juga apa yang berlaku pada persembahan Jumaat dan Sabtu. Hujan renyai memaksa penonton berpayung dan berbaju hujan tetapi ia tidak mengganggu pertunjukan. Para pelakon dengan semangat teater yang kuat meneruskan persembahan sementara peminat teater tetap tidak berganjak
Penulis turut bersama khalayak pada Sabtu bagi menonton persembahan itu dalam hujan renyai. Jerami yang basah kerana hujan menimbulkan aroma sensasi bendang
Tajuk rasmi persembahan itu ialah Teater di Sawah Padi Muzika Uda dan Dara sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2019. Ia merupakan persembahan Seniman Paksi Rakyat (Paksi) dengan kerjasama KL International Arts Festival 2019
Uda dan Dara adalah karya Usman Awang yang diarahkan oleh Dinsman, seorang aktivis Paksi yang terkenal dalam kalangan komuniti sastera, seni dan budaya Kuala Lumpur. Beliau yang aktif sejak 1970-an ketika berada di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melanjutkan aktiviti seninya dalam Grup Teater Elit (GTE) yang turut dikaitkan dengan sasterawan negara itu
Dinsman yang pernah menulis Puisi Panjang untuk Dr Mahathir Mohamad juga dikenali dalam kalangan aktivis politik pembangkang selepas berlakunya gerakan Reformasi pada 1994. Beliau dikenali rapat dengan aktivis dan aktiviti PKR dan PAS. Pertubuhannya, Paksi menampilkan pendekatan seni untuk rakyat
Namun selepas pilihan raya umum 2008, beliau diketahui sering menyatakan kekecewaan kerana tidak dapat sokongan dari kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dalam kegiatan seninya. Sungguhpun begitu, sedikit sebanyak beliau dapat juga tajaan bagi aktiviti teater beliau seperti Teater Atas Pokok yang diadakan di Shah Alam dan persembahan Uda dan Dara di bendang di Tanjung Karang. Beliau bukan saja kreatif tetapi cekal dalam usahanya
Bagi persembahan Muzika Uda dan Dara di Padang Merbok ini, ternyata beliau berjaya mendapat sokongan banyak pihak terutamanya dari Kementerian Pertanian yang diterajui ahli politik dari parti Amanah
Tetapi Uda dan Dara, Usman Awang dan Dinsman bukan saja merupakan fenomena seni semata-mata. Ini kerana mereka adalah sarat dengan kandungan ideologi. Mereka adalah antara khazanah bangsa dari kalangan aliran kiri yang menjadi sebahagian daripada arus perdana pemikiran politik negara
Kehadiran golongan seperti mereka juga menunjukkan bangsa Malaysia bukan saja terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Bukan saja di Malaysia, semua bangsa terdiri daripada pelbagai aliran pemikiran atau ideologi, dari kanan dan kiri, semuanya berkongsi sfera politik negara
Sinopsis yang diberikan dalam risalah program menyatakan teater Uda dan Dara ialah pertembungan kelas antara kaum modal dengan petani miskin. Ia menggambarkan pengeksploitan dan kezaliman yang mendapat tentangan dari kesepakatan masyarakat kampung untuk bangun dengan semangat perjuangan membara. Mereka bertindak dan berdepan dengan kelompok pemodal bagi menentang kezaliman dan penindasan demi menegakkan keadilan dan menjulang kebenaran
Tema dan plot ini adalah klise dan lebih kurang sama seperti mana banyak karya beraliran kiri di seluruh dunia pada pertengahan abad ke-20, baik dalam bentuk naskhah propaganda mahupun sastera. Tetapi tema ini tetap popular yang tidak pudar ditelan zaman walaupun sistem ekonomi dan politik dunia sudah banyak berubah
Naskhah Uda dan Dara adalah hasil era 1960-an dan 1970-an sementara Usman Awang membentuk pemikirannya pada 1940-an dan 1950-an. Pada masa itulah bermulanya tradisi aliran kiri dengan penglibatan banyak sasterawan dan wartawan yang turut memperjuangkan kemerdekaan. Konsep kemerdekaan aliran ini bukan saja bebas daripada penjajahan tetapi juga penindasan
Sektor paling rapat dengan pejuang kemerdekaan ialah pertanian, yang terdiri daripada petani, nelayan dan pekerja ladang. Usman Awang sendiri sentiasa rapat dengan isu pertanian dan antara sajak beliau yang terkenal ialah “Pak Utih” dan “Nasi Yang Kusuap”
Pemikiran bagi pembelaan petani dan nelayan menjadi arus perdana dan turut dijadikan agenda kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak. Tetapi mereka lebih melihatnya dari segi kaum. Sementara Parti Rakyat yang merupakan pembangkang melihatnya dari sudut kelas. Institusi seperti Mara dan Felda adalah usaha pembelaan terhadap rakyat termasuk dari segi pengagihan tanah untuk peladang. Begitu juga dengan penubuhan agensi seperti Bernas dan LKIM untuk petani dan nelayan. Sebab itu Kementerian Pertanian mempunyai kaitan dengan isu yang dibawa oleh Uda dan Dara
Tetapi sektor pertanian masih tetap mempunyai isu termasuk soal orang tengah yang sukar untuk diselesaikan. Petani, peladang dan nelayan masih memperoleh pendapatan kecil. Bagi Mahathir, beliau beranggapan cara terbaik bagi kemajuan pertanian adalah penggabungan tanah untuk dijadikan ladang supaya lebih efisien seperti mana yang berlaku di negara maju
Sebelum sampai ke Padang Merbok untuk menonton Uda dan Dara, penulis berada di Cheras bagi memenuhi jemputan satu majlis yang diadakan oleh sekumpulan anak muda bagi menyambut ulang tahun kelima program yang dinamakan mereka sebagai Kuliah Buku atau Kubu
Sempena ulang tahun itu, mereka meraikannya dengan membincangkan mengenai seorang tokoh kiri lama Indonesia yang merupakan salah seorang daripada pejuang kemerdekaan republik itu, iaitu Tan Malaka
Bagi komuniti kiri negara ini, serta juga peminat sejarah Nusantara abad ke-20, nama dan perjuangan Tan Malaka adalah tidak asing lagi, iaitu sekurang-kurangnya sama terkenal dengan Sukarno. Bagi golongan kanan, tentunya Tan Malaka adalah di luar minat mereka
Tan Malaka lahir pada 1897 dan meninggal dunia pada 1947. Walaupun merupakan dari kalangan kiri, beliau juga diterima sebagai sebahagian daripada khazanah politik arus perdana bukan saja bagi Indonesia tetapi juga Nusantara
Dunia sudah banyak berubah dan tentunya tanggapan Tan Malaka dan Usman Awang terhadap suasana zamannya adalah berbeza dan tidak sesuai untuk abad ke-21 ini. Tetapi mesej perjuangan bagi kemerdekaan individu dan rakyat akan tetap sama. Maknanya manusia tetap menuntut persamaan, keadilan dam kehidupan lebih baik
Menjelang dekad 2020-an, orang masih mahu menghayati mesej yang dibawa Usman Awang dan Tan Malaka terutama anak-anak muda menunjukkan usaha melawan penindasan dan ketidakadilan adalah perjuangan abadi dan berpanjangan
Cumanya berbeza dengan Usman Awang dan Tan Malaka, anak-anak muda sekarang bukan saja mudah dan mampu akses maklumat lebih banyak, tetapi perjalanan sejarah yang dilalui oleh golongan kiri menjadi pelajaran berharga yang begitu luas dan mendalam. - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2019/10/makna-di-sebalik-teater-uda-dan-dara.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesan Asap Pada Filem Drama Teater Dan Hiburan Pentas

Kesan Asap Pada Filem Drama Teater Dan Hiburan Pentas

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 452 hits
Kesan Asap Pada Filem Drama Teater dan Hiburan Pentas Salam semua selamat petang gak Aku dan mr hubby duk melayan filem Prebek Lapok mr hubby tanya apa kesan asap dah selalu dia tanya soalan tu kat aku So hari aku share kesan asap ni memang...
Pengalaman Dan Ulasan Persembahan Teater Encore Melaka

Pengalaman Dan Ulasan Persembahan Teater Encore Melaka

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 391 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBaru baru ini pada 7 Oktober 2019 yang lalu aku dan rakan aku telah berkesempatan untuk menonton persembahan yang penuh magis di Encore Melaka Rasanya ramai yang sudah mengenali dan tahu tentang Encore Mel...
Waktu Anak Dara Kulit Licin Mengandung Je Badan Terus Naik Jerawat Down Betul

Waktu Anak Dara Kulit Licin Mengandung Je Badan Terus Naik Jerawat Down Betul

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 363 hits
Hormon ibu hamil atau yang menyusukan anak ada masanya tidak stabil Kesannya bukan sahaja boleh dilihat pada kulit wajah yang kusam tetapi juga masalah jerawat pada badan Jerawat terjadi apabila kelenjar sebum di kulit tersumbat dengan sebu...
Kenapa Lelaki Lebih Suka Janda Daripada Anak Dara

Kenapa Lelaki Lebih Suka Janda Daripada Anak Dara

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 428 hits
Pernah tak tertanya janda mudah nak cari pasangan baru walhal ramai laki anak dara di luar sana yang masih belum berpunya Mulalah terfikir kenapalah lelaki lebih suka janda daripada anak dara Ramai yang berstatus janda boleh dikategorikan k...
Di Sebalik Tabir Keseraman Rumah Train To Busan Resorts World Genting

Di Sebalik Tabir Keseraman Rumah Train To Busan Resorts World Genting

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 660 hits
Rumah Seram Train To Busan di Resorts World Genting akan membuka pintunya kepada semua peminat filem tersebut dan juga kepada kaki genre seram di Malaysia dan rantau ini Pertama seumpamanya di dunia Rumah Seram akan dilancarkan pada 31 Okto...
Di Sebalik Maksud Al Dente Dan Cara Yang Betul Untuk Masak Pasta

Di Sebalik Maksud Al Dente Dan Cara Yang Betul Untuk Masak Pasta

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 514 hits
Di Sebalik Maksud Al Dente Dan Cara Yang Betul Untuk Masak Pasta Salam semua rasa semua orang pernah mendengar istilah al dente kan Bila ada kaitan dengan pasta akan adalah perkataan al dente Kali pertama wani dengar perkataan al dente masa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah