Pengalaman Dan Ulasan Persembahan Teater Encore Melaka




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Baru-baru ini, pada 7 Oktober 2019 yang lalu aku dan rakan aku telah berkesempatan untuk menonton persembahan yang penuh magis di Encore Melaka. Rasanya ramai yang sudah mengenali dan tahu tentang Encore Melaka tetapi aku nak ceritakan kepada anda semua tentang pengalaman yang penuh keajaiban dan juga penggunaan teknologi yang tinggi dalam persembahan

Percutian aku ke Melaka sememangnya bertambah manis dengan pengalaman menonton persembahan Encore Melaka ini yang aku rasanya pengalaman yang berbeza dan lain daripada yang lain


Baca Juga : [ Ulasan Mini Concert Siti Nurhaliza #ShopeeXSimplysiti 2019 ]
ENCORE MELAKAIMPRESSION SERIES

Encore Melaka Theatre - Encore Melaka merupakan pentas persembahan teater pertama di Asia Tenggara yang mempunyai platform penonton berputar 360° yang juga berhadapan dengan 240 meter panjang pentas dengan binaan pentas hidraulik turut tersedia. Keunikan persembahan adalah dari segi artistik apabila menggabungkan konsep tradisional dan juga kontemporari

Persembahan selama 70 minit ini, memberikan penonton pengalaman  melalui sejarah dan juga melangkaui masa dan ruang. Sepanjang persembahan, 3-D projection yang turut tersedia di dalam persembahan memberikan virtual reality membawa penonton untuk terus kembali ke masa lampau

Jalan Cerita - Terbahagi kepada  7 babak. Babak Pertama, Parameswara, Babak Kedua, Cheng Ho, Babak Ketiga, Nyonya & Wedding, Babak Keempat, Six Mothers, Babak Kelima, Pregnant Women, Babak Keenam, Wau

PENGALAMAN DAN ULASAN

Terpukau - Itulah perkataan yang boleh digambarkan apabila aku menonton persembahan ini. Aku terpukau dengan segala-galanya. Daripada pentas yang bergerak secara 360° sehinggalah ke persembahan yang diberikan. Memang sepanjang masa aku tak dapat nak lepaskan daripada melihat apa yang berlaku di atas pentas

Ada beberapa video telah aku ambil dan anda boleh lihat di Instagram aku, @aerill_hassan. Manakala gambar pula hanya ini sahaja yang dapat diambil. Kerana selebihnya aku terpukau dengan persembadan dan tidak mampu untuk menoleh ke kiri atau ke kanan kerana fokus pada persembahan di atas pentas


Sebak - Sebak apabila aku merasai apa yang dipersembahkan terutamanya ketika babak Six Mothers. Teringat mak aku yang berada di rumah, jauh nun di Kedah. Sememangnya barisan pelakon yang sangat berbakat. Juga mainan warna yang begitu menarik

Satu lagi babak terakhir iaitu Wau. Di babak tersebut aku sebak juga dan terbit perasaan sedih apabila melihat keadaan dan juga jalan ceritanya


Ajaib - Ya, persembahan yang kelihatan ajaib walaupun sebenarnya menggunakan teknologi yang sangat tinggi. Aku tertarik dengan penggunaan air yang mengalir dari atas, juga bagaimana persembahan ini memberi pengalaman yang baru apabila menjadikan elemen air sebagai salah satu medium untuk persembahan

Dalam banyak-banyak elemen persembahan, aku paling tertarik dengan persembahan ini. Bagaimana mereka memanipulasikan cahaya dan juga air dalam membuat persembahan. Aku rasa macam sedang menonton persembahan magik. Haha


Indah - Persembahan yang boleh dikatakan sangat indah dan tersusun. Daripada persembahan yang diberikan, aku boleh jangkakan bahawa semua pelakon pastinya berlatih dengan begitu gigih untuk dapatkan persembahan sehebat ini. Dedikasi daripada pelakon-pelakon seramai 200 orang ini dapat dilihat dengan jelas sekali


Puas - Aku pulang dengan perasaan puas apabila disajikan persembahan hebat, lain daripada yang lain, penuh dengan sejarah dan kebudayaan. Membuatkan perasaan cinta kepada keluarga, bangsa dan negara semakin menebal. Juga aku teringin nak mengetahui di sebalik persembahan ini, mungkin suatu hari nanti aku dapat lihat bagaimana di sebalik tabir persembahan ini dilakukan, juga bagaimana bantuan teknologi menjadikan persembahan ini berhasil

Untuk mereka yang akan datang ke Encore Melaka untuk menonton persembahan ini, aku ada beberapa peringatan penting. Pertamanya anda perlu datang awal mengikut waktu pada tiket anda. Sebab persembahan akan bermula tepat pada waktunya. Kedua, makanan dan minuman serta kamera DSLR tak boleh dibawa masuk, telefon pintar sahaja yang dibolehkan itupun perlu menutup fungsi flash pada kamera

PHOTOSHOOT
Pose pening kepala
Pastinya sesiapa yang ke Encore Melaka ini tak akan lepaskan peluang untuk bergambar kerana bangunan ini sangat unik dan besar. Ketika aku di sana, ada beberapa pasangan pengantin turut menjadikan Encore Melaka sebagai background bagi gambar  perkahwinan mereka yang akan diletak di dalam album dan akan disimpan di dalam almari.
Aku nasihatkan untuk anda datang awal sebelum persembahan atau tonton persembahan pada jam 5.30 petang kemudian bila tamat sahaja, anda boleh bergambar dengan keadaan matahari terbenam. Malangnya ketika aku disana, selepas tamat persembahan, hujan lebat dan cuaca sudah gelap. Nasib baik aku dah datang awal, jadi sempatlah bergambar sebelum persembahan dimulakan

HARGA TIKET
Kedudukan kerusi dan pentas
Standard Seat : RM 148Premium Seat : RM 248VIP Seat : RM 568Wheelchair Seat : RM 98
Harga yang ditawarkan adalah terpakai kepada pemegang Mykad dan juga jemputan antarabangsa

WAKTU PERSEMBAHAN

HARGA PROMOSI 50%!!
Encore Melaka telah memberikan potongan harga sebanyak 50% dari Ogos sehinggalah 31 Disember 2019! Harga bagi Standard Seat adalah RM74, Premium Seat, RM124 dan VIP Seat, RM284 sahaja, manakala untuk kanak-kanak berumur bawah 12 tahun kebawah adalah Percuma! Promosi ini hanyalah untuk pemegang MyKad sahaja! 

Baca Juga : [ Ulasan 10 Muzik Video Terbaik Dato Siti Nurhaliza ]
ENCORE MELAKA
IMPRESSION SERIES



Website : www.encore.melaka.comPhone Number : +606 270 7777Facebook : encore.melakaInstagram : encore_melaka
Sekian.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Encore Melaka kerana menaja tiket untuk menonton persembahan ini. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2019/10/pengalaman-dan-ulasan-persembahan-teater-encore-melaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Bercuti Di Rossa Villa A Famosa Melaka

Pengalaman Bercuti Di Rossa Villa A Famosa Melaka

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 636 hits
Pengalaman Bercuti di Rossa Villa A Famosa Melaka l Assalamualaikum Hi korang Selamat berhujung minggu Cuti cuti panjang ni ke mana plan kita Ana duduk rumah je sebab En Suami bekerja Jadi hari ni Ana nak share pengalaman Ana bercuti bersam...
Adakah K Jaan Pakatan Harapan Melaka Bakal Tumbang

Adakah K Jaan Pakatan Harapan Melaka Bakal Tumbang

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 439 hits
Ketua Menteri Adly Zahari menafikan perkara itu tetapi sumber sumber mengatakan sebaliknya
14 Adun Ph Melaka Ikrar Sokongan Penuh Pada Adly

14 Adun Ph Melaka Ikrar Sokongan Penuh Pada Adly

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 353 hits
Seramai 14 Adun Pakatan Harapan Melaka hari ini menyatakan sokongan penuh kepada Ketua Menteri Adly Zahari berikutan spekulasi rampasan kuasa bakal berlaku di negeri itu Bagaimanapun dalam satu kenyataan Adun adun berkenaan tidak menyatakan...
Festival Seni Selat Melaka 2019 Anjuran Jkkn Melaka Meriah

Festival Seni Selat Melaka 2019 Anjuran Jkkn Melaka Meriah

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 436 hits
Festival Seni Selat Melaka 2019 Anjuran JKKN Melaka Mariah Assalammualaikum semua Selama 3 hari ini telah berlangsung Festival Seni Selat Melaka 2019 Pelbagai sorotan program
Siapa Dalang Kerajaan Pintu Belakang Melaka

Siapa Dalang Kerajaan Pintu Belakang Melaka

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 499 hits
Siapa Dalang Kerajaan Pintu Belakang Melaka Rancangan itu akan dilaksanakan semasa sidang Dewan Undangan Negeri Melaka antara 18 hingga 26 November ini dengan menolak belanjawan negeri untuk tahun depan katanya Dalam pilihan raya umum lalu ...
Puding Sagu Gula Melaka

Puding Sagu Gula Melaka

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 639 hits
Paling senang paling cepat Sesuai untuk hari yang sibuk Makan time berbuka pun sedap Sagu Gula MelakaBahan bahan Bahan A1 cawan sagu dicuci bersih3 cawan airPewarna kesukaan1 helai daun pandan Didihkan air bersama daun pandan Masukkan sagu ...
Kampung Jawa Melaka Pi Makan Rojak

Kampung Jawa Melaka Pi Makan Rojak

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 645 hits
Assalammualaikum Dunia Yaaaa a Baru balik dari kampung Jawa Bukan kat Johor bukan kat Selangor tetapi kat Melaka Cerita Hujung Minggu ari tue Cendol Rojak kampung Jawa Jangan tak caya yer Kat Melaka pon ada Kampung Jawa Jangan tanya mana da...
Melaka Govt Has Special Deepavali Gifts For Group That Saved Girl With Cpr

Melaka Govt Has Special Deepavali Gifts For Group That Saved Girl With Cpr

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 350 hits
MELAKA A group of people comprising odd job labourers and single mothers will get special Deepavali gifts from the state government after they helped to resuscitate an 18 year old teenager in an incident in Alor Gajah on Wednesday State Hea...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri