Di Sebalik Maksud Al Dente Dan Cara Yang Betul Untuk Masak Pasta


Di Sebalik Maksud "Al Dente" Dan Cara Yang Betul Untuk Masak Pasta | Salam semua, rasa semua orang pernah mendengar istilah "al dente" kan. Bila ada kaitan dengan pasta akan adalah perkataan "al dente". Kali pertama wani dengar perkataan "al dente" masa terjumpa dalam resepi makaroni bakar yang menyebut "rebus hingga al dente" dah lama dulu dah. Mula-mula kebingunan nak kata perkataan english macam bukan. =D.


Tapi faham lah mesti rebus sampai pasta tu masak kan. lama dulu ada kesilapan sis  buat makaroni bakar, sis hairan kenapa makaroni bakar yang telah dibakar pun bila dah sejuk dan bila dipotong.

Tekstur nampak terlalu lembik. rupa-rupanya dah rebus pasta tu terlembik.

Banyak kali buat macam tu.  itu kesilapan bila rebus makaroni, rebus sampai lembik sangat. Sebab sis terlalu turutkan resepi. Tapi bila dah bereksperimen, segala jenis pasta ni tak boleh rebus terlalu lama.

Baca sini : Master Pasto | Spageti Segera Hanya 3 Minit Dah Siap Untuk Dimakan

Apa Maksud "Al Dente" ? 

Perkataan 'Al dente' berasal daripada perkataan Itali. Maksudnya dalam bahasa melayu tidak terlalu keras atau terlalu lembut terutamanya yang melibatkan pasta. Kiranya kita makan tu masih rasa kekenyalan pasta. Begitulah lebih kurang maksudnya.

Bila pasta tersebut mencapai tahap "al dente" ok berhenti dan angkat. Pasta perlu dimasak "al dente" ( tidak terlalu masak ) untuk menjamin kebaikannya. Jika terlebih masak, ia akan memusnahkan khasiat pasta dan menyebabkan sumber karbohidrat ditukar ke bentuk tenaga dengan lebih cepat.

Jadi, bagaimana teknik untuk masak pasta dengan betul? Mesti ada caranya. Harap ianya boleh membantu dan juga sebagai rujukan nanti. Korang yang suka makan pasta, harap - harap dah tahu cara yang betul untuk masak pasta kalau tidak pun korang boleh semak boleh betul ke masak pasta selama ni kan.


Baca sini : Resepi Makaroni Bakar Dalam Magic Pan, Tak Payah Guna OVen
Apa Itu Pasta ? 



Bahan - Bahan Untuk Membuat Pasta 

Pasta sebenarnya diperbuat daripada tepung semolina iaitu sejenis tepung gandum daripada spesies durum. Tepung ini mempunyai kandungan protein yang tinggi dan berwarna kuning.

Adunan untuk membuat pasta adalah tepung, telur, minyak dan air. Terdapat dua jenis pasta iaitu yang segar dan kering. Pasta segar adalah basah dan tidak tahan lama dan perlu digunakan segera.

Pasta kering pula boleh tahan lebih daripada dua tahun jika disimpan di tempat kering. Terdapat pelbagai resipi makanan berasaskan pasta boleh disajikan namun resipi daripada Itali merupakan resipi yang paling popular.

Terdapat pelbagai jenis dan nama pasta seperti spageti (seperti mi), lasagne (nipis empat segi), fettuccine (tiub dan silinder), fusilli (berpintal) dan bermacam-macam lagi. Kebiasaannya pasta dimakan bersama sos.

Walaupun hidangan pasta seakan mudah disediakan namun ada beberapa teknik dan cara memasak pasta.


Baca sini : Resepi Makaroni Bakar Sardin Mudah Dan Sedap

Cara Yang Betul Untuk Masak Pasta 



Bagaimana cara yang betul untuk masak pasta ? Adakah korang tahu cara yang betul atau main rebus jer ni. Di bawah adalah langkah yang betul untuk masak pasta.

Sis dulu pun main rebus jer asalkan masak. Tak sangka pulak ada langkah nya. Ini untuk elakkan dari pasta jadi terlebih lembut.

1. Air untuk merebus. Air perlulah banyak dan jika pasta yang direbus adalah 500 gram gunakan satu liter air untuk merebus.

2. Gunakan periuk yang dalam dan besar agar dapat memberi ruang kepada pasta semasa merebus dan air yang banyak pula dapat mengelakkan pasta daripada melekat.

3. Letak garam dalam air rebusan untuk memberikan rasa masin pada pasta dan pasta akan berasa lebih enak dimakan bersama sos.

4. Sebelum merebus pasta pastikan airnya mendidih kerana pasta yang dimasukkan ketika air mendidih akan menurunkan suhu air rebusan. Jadi untuk mengelakkan proses merebus terhenti terlalu lama air perlu dididihkan dahulu.

5. Semasa merebus pasta biarkan pasta lembut seketika dan barulah dikacau untuk meleraikan pasta yang melekat dan supaya pasta masak sekata.

6. Jangan terlalu kerap dan kuat mengacau kerana pasta akan patah dan putus. Untuk mengelakkan pasta daripada melekat, letakkan sedikit minyak zaitun atau jagung semasa merebus terutamanya pasta seperti spageti dan fetucine.

7. Selepas menapis pasta gaulkan dengan sedikit minyak supaya pasta tidak mudah kering dan melekat.

8. Jangan campurkan pasta yang berbeza saiz semasa merebus kerana tahap kemasakannya tidak sama.

9. Pasta yang direbus perlu dimasak sehingga mencapai tahap kemasakan "al dente" iaitu teksturnya masih kenyal apabila digigit.

10. Jika ia direbus terlalu lama pasta anda akan menjadi lembik.

11. Simpan air rebusan untuk memanaskan pasta yang telah direbus sebelum anda curahkan dengan sos pasta yang panas.Ini pasti lebih menyelerakan kerana dimakan ketika panas. Taburkan atas pasta anda dengan keju parmesan bagi menyemarakkan lagi selera anda.


Nampak macam banyak langkah kan. Ini untuk yang masih tercari - cari macam mana nak rebus pasta dengan betul. Ramai lagi di luar sana yang mencari walaupun sis kali ini buat entri pasal cara nak rebus pasta. Mungkin info ini dapat membantu korang semua. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wanisukarno.com/2019/10/cara-yang-betul-untuk-masak-pasta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elak Kolestrol Tinggi Ikuti Cara Makan Yang Betul

Elak Kolestrol Tinggi Ikuti Cara Makan Yang Betul

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 943 hits
Elak Kolestrol Tinggi Ikuti Cara Makan Yang Betul Dah berkurun zaman dah aku diet ni tak juga kurus kurus
Cara Masak Apam Balik Homemade Guna Kuali Non Stick

Cara Masak Apam Balik Homemade Guna Kuali Non Stick

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 724 hits
Terasa nak makan Apam Balik panas panas tapi tak tau nak beli dekat mana Meh cuba buat sendiri Resipi ni memang mudah 30 minit je dah siap dan boleh makan Malah ia merupakan resipi dari ibu Ierv Munirvh sendiri Masak pun guna kuali non stic...
Jodoh Jika Kita Membawakan Cinta Kita Dengan Cara Betul Insha Allah Dipermudahkan

Jodoh Jika Kita Membawakan Cinta Kita Dengan Cara Betul Insha Allah Dipermudahkan

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 734 hits
AssalamualaikumAwan berarak seolah mengikuti kita hati selalu sepi Otak ligat memikirkan soal kehidupan Hati ini penat untuk mengawal semua perasaan yang ada Nak cari jodoh jom daftar di sini Kita sering memilih mengikut emosi kita apa yang...
Belajar Cara Betul Marah Disiplin Hukum Anak Baru Terserlah Kelembutan Mak Ayah

Belajar Cara Betul Marah Disiplin Hukum Anak Baru Terserlah Kelembutan Mak Ayah

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 473 hits
Apa yang kita tanam itulah yang anak akan tuai Kelembutan kasih sayang tidak bermaksud tidak boleh memarahi Kita sebagai ibu bapa perlu mempelajari bagaimana memarahi mendisiplin dan menghukum anak anak dengan kelembutan kasih sayang Ini ad...
Cara Solat Di Atas Bot Yang Betul

Cara Solat Di Atas Bot Yang Betul

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 666 hits
Bagaimanakah cara solat di atas bot Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat di atas bot secara lengkap mudah dan boleh difahami oleh semua orang Apa yang istimewa Anda akan dibimbing langkah demi langkah sehingga selesai Gambar pel...
Susah Betul Nak Hancur Rupanya Macam Ni Cara Buat Bulu Tangkis Untuk Match Taraf Antarabangsa

Susah Betul Nak Hancur Rupanya Macam Ni Cara Buat Bulu Tangkis Untuk Match Taraf Antarabangsa

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 439 hits
Jika menonton perlawanan badminton apa yang menjadi perhatian adalah bulu tangkis yang bergerak dari satu arah gelanggang ke gelanggang yang bertentangan Perkara ini kerana bulu tangkis merupakan elemen terpenting dalam sukan bertaraf dunia...
Cara Minum Madu Lebah Dengan Betul

Cara Minum Madu Lebah Dengan Betul

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 437 hits
Cara minum madu lebah dengan betul Dr Hisham bin Hashim seorang herbalis dan gemologis memaklumkan petua bukan sekadar apa yang difikirkan sebagai tinggalan orang dulu dulu Petua itu sebenarnya adalah daripada Rasulullah SAW Mengamalkan pem...
6 Sajian Makanan Laut Masak Cara India Sedap Dengan Rempah Ratusnya

6 Sajian Makanan Laut Masak Cara India Sedap Dengan Rempah Ratusnya

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 412 hits
Sajian India ni ada banyak variasinya Daripada daging lembu ayam sayur sayuran makanan lautnya juga sungguh sedap untuk dicuba Resipi yang min kongsikan ini adalah dari negeri negeri Utara dan juga Selatan benua India Walaupun keduanya meng...
Cara Mudah Masak Apam Tokyo Secara Homemade

Cara Mudah Masak Apam Tokyo Secara Homemade

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 579 hits
Suka makan Apam Tokyo Resipi perkongsian saudari Ain Afiqah Rafar ni antara yang boleh dicuba Nanti bolehlah buat sendiri secara homemade Lagipun tak semua pasar malam ada jual kuih sedap ni kan Jom lihat bahan bahan yang diperlukan Sekali ...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad