Makanan Simple Tetapi Berkhasiat Baik Untuk Otak Anak Boleh Mula Diberikan Dari Awal


Kecerdasan otak si manja bergantung sepenuhnya kepada rangsangan sepanjang tempoh pertumbuhannya sejak usia bayi. Daripada pelbagai jenis rangsangan yang perlu diberi, salah satunya melibatkan pemakanan.
Makanan berkhasiat berupaya membantu meningkatkan tumpuan, menguatkan daya ingatan dan merangsang pertumbuhan sel-sel otak dan pada masa yang menyumbang kepada kesihatan tubuh secara menyeluruh. Mari kita kenali makanan yang dapat membantu kepintaran anak anda.
1. Bijirin penuh (wholemeal)
Roti merupakan salah satu makanan bijirin penuh yang boleh diambil. Disarankan mengambil bijirin untuk sarapan kerana masa yang panjang untuk menunggu waktu rehat tengah hari boleh melesukan otak yang dipaksa ‘bekerja’ pada waktu pagi.
Tabiat bersarapan pagi juga sangat baik untuk otak kerana dapat mengelakkan masalah lupa dan nyanyuk. Antara bijirin yang menjadi sunah Rasulullah SAW adalah barli dan gandum yang dibuat menjadi roti.
2. Omega 3, Omega 6, DHA & EPA
Kebanyakan sumber omega 3 datangnya daripada ikan. Ikan seperti tuna, salmon dan sardin mengandungi kandungan minyak ikan yang tinggi turut mengandungi Omega 6.
Masyarakat Jepun gemar menikmati menu ikan mentah, didapati mempunyai pencapaian akademik yang tinggi.
Selain daripada ikan, khasiat ini turut boleh didapati daripada minyak soya, biji labu dan minyak kacang walnut. Sementara itu, kekurangan DHA dan EPA meningkatkan risiko Alzheimer dan menjejaskan kapasiti memori. Keduanya boleh didapati dalam minyak ikan.
3. Telur
Telur mengandungi asid amino yang baik untuk otak selain menjadi sumber protein yang baik. Kuning telur kaya dengan acetylcholine yang mengurus daya ingatan. Khasiat daripada telur turut meningkatkan daya belajar dan menghilangkan kekaburan fikiran selain menjaga kesihatan neuron otak.

4. Kekacang
Antara kekacang yang menjadi pilihan utama sebagai makanan tambahan otak adalah badam. Bangsa Yahudi mengamalkannya untuk mendapatkan anaknya cerdas dan pintar. Disarankan untuk mengamalkan badam bersama kurma, kismis dan habatus sauda’ sebelum tidur selama 44 hari.
Kajian yang didedahkan pada tahun 2010 di International Conference on Alzheimer Diseases menunjukkan, kacang walnut yang menyerupai bentuk otak terbukti meningkatkan kemampuan belajar, menguatkan memori dan membaiki koordinasi motor pada manusia. Jenis kekacang lain yang boleh diambil adalah seperti kacang tanah, kacang hazel, kacang gajus dan biji-bijan.
5. Sayur-sayuran
David Perlmutter di dalam bukunya, The Better Brain Book menyatakan, bahagian tubuh yang paling sensitif terhadap serangan radikal bebas adalah otak. Jadi, sayur hijau pekat dan berwarna terang dapat membantu membendung serangan ini. Sebagai contoh, bayam mengandungi vitamin B9 yang meningkatkan memori untuk kecerdasan otak. Vitamin C dan E di dalamnya pula meningkatkan sistem kognitif.  Warna hijau pekat pada brokoli menunjukkan kandungan vitamin K yang tinggi berperanan meningkatkan fungsi kognitif dan kuasa otak.
Selain itu, lobak merah mengandungi komponen luteolin yang tinggi untuk mengelakkan proses penuaan pada otak. Komponen ini juga membantu masalah kehilangan memori dan keradangan pada otak seperti kajian yang dikeluarkan di dalam Journal Nutrition pada tahun 2010.
6. Buah-buahan
Untuk otak lebih cerdas, amalkan memakan buah setiap hari. Kajian Universiti Tuft, Amerika Syarikat menunjukkan keluarga beri dapat mengelakkan kehilangan kapasiti memori jangka pendek. Buah seperti strawberi, beri biru dan beri hitam mempunyai tinggi anthocyanidin iaitu antioksida, sangat bermanfaat untuk mencegah kerosakan dan membantu pemulihan sel-sel otak.
Buah epal pula mempunyai sejenis antioksida yang bernama quercetin yang melindungi sel-sel otak daripada kerosakan radikal bebas. Ia juga dapat mengurangkan risiko Alzheimer.
Buah sitrus kaya dengan vitamin C. Oren mengandungi vitamin C yang baik untuk sistem pertahanan tubuh. Selain itu, ia mempunyai flavonoids yang sangat bermanfaat untuk otak. Haruman segar oren dan lemon boleh merangsang otak dan menghilangkan rasa mengantuk.
Buah delima juga mengandungi khasiat yang sangat tinggi seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Dikenali sebagai superfruit, jus delima yang diambil sepanjang kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
7. Coklat
Coklat yang baik untuk otak ialah coklat tulen (pure butter cocoa) dan bukannya coklat manis yang menggunakan lemak sayuran biasa (compound chocolate). Ia mengandungi flavonoid yang memacu pembentukan dan pertumbuhan sel saraf baru pada otak lalu meningkatkan kemampuan memori.
The post Makanan Simple Tetapi Berkhasiat Baik Untuk Otak Anak. Boleh Mula Diberikan Dari Awal appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/makanan-simple-tetapi-berkhasiat-baik-untuk-otak-anak-boleh-mula-diberikan-dari-awal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kekacang Bijian Baik Untuk Kesihatan Gigi Anak 5 Sumber Makanan Ini Bagus Untuk Perkembangan Gigi

Kekacang Bijian Baik Untuk Kesihatan Gigi Anak 5 Sumber Makanan Ini Bagus Untuk Perkembangan Gigi

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 429 hits
Anak anda memerlukan pelbagai sumber makanan untuk mendapat cukup nutrisi bagi perkembangan giginya Selain kumpulan makanan utama dengan menambah lebih makanan super dalam diet anak anda akan menyediakan lebih mineral vitamin serat dan lema...
Masalah Buried Penis Tak Boleh Sembarangan Anak Obes Perlukan Doktor Pakar Sebelum Berkhatan

Masalah Buried Penis Tak Boleh Sembarangan Anak Obes Perlukan Doktor Pakar Sebelum Berkhatan

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 417 hits
Anak anak lelaki cenderung untuk mengalami masalah dengan penis mereka Tidak terkecuali adalah masalah Buried Penis atau hidden penis Dan anak yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti paling berisiko mengalami masalah ini M...
Boleh Semak Senarai Blacklist Pedofilia Sebelum Serah Anak Ke Pengasuh Sekolah

Boleh Semak Senarai Blacklist Pedofilia Sebelum Serah Anak Ke Pengasuh Sekolah

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 396 hits
Selepas ini semua ibu bapa dah boleh ke mana mana pejabat JKM di peringkat negeri dan daerah untuk semak nama pengasuh sama ada mereka pernah terlibat dengan jenayah seksual terhadap kanak kanak Begitu juga dengan majikan atau sekolah yang ...
Silap Bancuh Susu Cuci Simpan Botol Anak Boleh Sakit 10 Perkara Mesti Ibu Ayah Buat

Silap Bancuh Susu Cuci Simpan Botol Anak Boleh Sakit 10 Perkara Mesti Ibu Ayah Buat

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 415 hits
Penggunaan botol susu memang keperluan si manja Ibu ayah perlu tahu langkah yang betul untuk memastikan cara bancuh susu betul dan mencucinya Salah cara boleh buat anak jatuh sakit Kerap kali perkara ini mungkin diabaikan atau dipandang rem...
Anak Yang Tak Hisap Botol Susu Pun Boleh Kena Karies Gigi Karies Botol Susu Hanya Pada Nama

Anak Yang Tak Hisap Botol Susu Pun Boleh Kena Karies Gigi Karies Botol Susu Hanya Pada Nama

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 429 hits
Karies botol susu hanya pada nama kerana anak yang tak guna botol pun masih boleh dijangkiti Kenapa boleh berlaku Ikuti perkongsian daripada juruterapi pergigian KARIES BOTOL SUSU hanya pada nama Kalau tak hisap botol pun still boleh jadi J...
Anak Perempuan Rapat Dengan Ayah Boleh Membesar Jadi Hebat Karakter Emosi Yang Kuat

Anak Perempuan Rapat Dengan Ayah Boleh Membesar Jadi Hebat Karakter Emosi Yang Kuat

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 451 hits
Ada sebabnya kenapa anak perempuan perlu rapat dengan ayah sejak dari kecil Bukan hanya berperanan sebagai hero yang melindungi tapi sebagai pembentuk karakter hebat Tidak dapat disangkal lagi pengaruh seorang ayah sangat kuat kepada pemben...
Tak Boleh Berpisah Dengan Suami Kawan Baik Sindir Fazura

Tak Boleh Berpisah Dengan Suami Kawan Baik Sindir Fazura

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 346 hits
Sebut saja Nur Fazura dan Fattah Amin boleh dikatakan mereka ini pasangan selebriti paling sensasi di Malaysia Sama cantik sama padan pasangan The post appeared first on
Lana Akui Anak Tidur Barulah Dapat Me Time Dalam Sehari Boleh Rehat Sekejap Dah Lega

Lana Akui Anak Tidur Barulah Dapat Me Time Dalam Sehari Boleh Rehat Sekejap Dah Lega

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 293 hits
Memiliki lebih seorang anak yang sama sama membesar cabaran besar bagi ibu Tempoh inilah segala skil akan ditunjukkan Dari rasa tak boleh nak urus anak serentak semuanya jadi boleh Itu sebabnya orang kata seorang ibu adalah wanita yang heba...
Kisah Mantan Danjen Kopassus Terkejut Lihat Makanan Anak Buah Ada Kerikil Dan Ulat

Kisah Mantan Danjen Kopassus Terkejut Lihat Makanan Anak Buah Ada Kerikil Dan Ulat

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 361 hits
Prajurit Kopassus dilatih untuk bisa bertahan hidup di manapun mereka berada Tapi mantan Danjen Kopassus ini kaget saat melihat menu makanan prajuritnya
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi