Makanan Paling Banyak Dipesan Di Malaysia Semasa Pkp
Makanan Paling Banyak Dipesan di Malaysia Semasa PKP | Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ni, walaupun kita duduk di rumah sahaja, tapi sebenarnya rutin harian kita yang bertukar tu banyak membuatkan kita semakin sibuk dan cepat letih
Tak kiralah kita sebagai ibu bekerja atau tidak, ataupun belum jadi ibu, haha, memang tak menang tangan nak uruskan hal rumah, hal suami, hal anak-anak, hal kucing, dengan komitmen kerja hakiki, boss ajak meeting, client nak kena attend, group discussion, tanda buku murid, buat kelas online, kelas online anak. Fuhh list yang tidak berkesudahan.
Tapi, disebalik ujian ni, banyak antara kita semakin mahir IT. Rezeki pengusaha kedai makan semakin kencang terutama jika menyediakan servis penghantaran, rezeki abang-abang rider kita semakin melimpah order. Alhamdulillah. Aku juga terselit antara manusia-manusia yang rajin memesan makanan dekat Malaysia ni, hehe. Maklumlah hidup berdua, tak berbaloi nak masak setiap hari
So jom kita tengok apa makanan paling banyak dipesan di Malaysia semasa PKP ni?
ROTI CANAI?!
Ye jangan terkejut tauuu, carta pertama dalam makanan paling banyak dipesan di Malaysia ni roti canai. Fakta ni diberitahu sendiri oleh FoodPanda Malaysia managing director, Sayantan Das, dalam temubual dengan The Star Online. Haa tapi tak hairanlah siapa tak suka roti canai kan, semua bangsa, tak kira Melayu, Cina, India, we all love our roti canai, roti telur, roti sardin dan adik beradik roti mamak, haha.
NASI GORENG
Nasi goreng pun orang Malaysia suka order tauu. Mana tidaknya, masakan ni paling simple dan cepat nak disiapkan. Banyak pilihan pula tu, boleh makan sarapan nasi goreng kampung, lunch nasi goreng paprik, malam nasi goreng USA. Lengkap pakej. Hahaha.
NASI AYAM PENYET
Jika nasi ayam penyet masuk carta makanan paling banyak diorder, pasti akulah salah satu penyumbang itu.. haha. This is my favorite food! Nasi putih panas, ayam goreng garing, dengan sambal yang menyengat, dilengkapi dengan tauhu, tempe goreng. Fuhhh, perfect guilty pleasure
SATAY
Kadang-kadang takda selera nak makan nasi atau berat-berat kan, terus je order satay. Yang penting kenyang dan sedap. Satay tulang, satay daging, satay ayam, sebut je nak satay apa. Orderkan je senang tak payah tunggu nak perap-perap bagai
NASI AYAM
Nasi ayam, simple and perfect untuk hilangkan lapar kita masa lunch. Jadi tak hairanlah nasi ayam antara makanan yang paling banyak dipesan di Malaysia semasa PKP. Selain menepati selera semua peringkat umur orang kita, harganya juga murah. Aku paling suka nasi ayam hainan, suami pula suka nasi ayam bakar, jadi kita order je, dua-dua dapat makan kegemaran masing-masing, settle, haha.
Cuaca yang panas kat rumah kadang-kadang buat kita craving bukan-bukan kan...Itu yang kadang-kadang kita order sesuatu just utk refreshment dan basahkan tekak je kan.
Jadi tak hairanlah tiba-tiba tau fu fah pun masuk dalam list makanan yang paling banyak dipesan di Malaysia semasa PKP
Tau Fu Fah
Tau fu fah memang sedap dimakan sejuk atau panas. Soft tofu dimakan dengan air gula merah, sedapnyaaaa, memang menyegarkan. Jangan risau takkan tertumpah walaupun pesanan dihantar guna motorsikal sebab abang-kakak rider kita kan bawa dalam box mereka tu..
Ada tak antara makanan yang paling banyak dipesan di Malaysia semasa PKP ni memang dalam list wajib order korang? Mesti ada kannn... For me, nasi ayam penyet, nasi ayam, dan satay tu memang betul sangat...
Order kat mana? Tak perlu susah-susah cari runner, terus je guna aplikasi FoodPanda, memang memudahkan sebab boleh pilih untuk bayar cash ataupun guna online je. Kita boleh pantau berapa minit dan pilih contactless delivery juga, so tak perlu jumpa abang rider tu pun, so kalau kita under kuarantin di rumah, memang memudahkan dan selamat sangat.
Best kan zaman sekarang ni, hihi. Walaupun busy, yang penting perut suami terjaga dan tak sempat lapar, haha
Share la makanan favorite yang korang selalu order di FoodPanda, maybe aku boleh try next time :D
Follow
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.noormaizan.com/2020/12/makanan-paling-banyak-dipesan-di.html