Setahap Mana Selamatnya Servis Penghantaran Online Semasa Pkp Ini


Sejak 1 dunia dilanda COVID-19. Semua terkesan dari segi sektor ekonomi, kewangan malah cara hidup kita juga turut berubah. Kena ikut Norma Baru.Yea..korang..Seperti yang kita tahu & sedia maklum, sejak COVID 19 mengganas di seluruh dunia, kita kena hidup dengan cara norma baru iaitu KERAP BASUH TANGAN, PENJARAKAN FIZIKAL & GUNA PENUTUP MUKA. Demi untuk keselamatan diri & juga orang sekeliling kita. Sebab kita pun tak tahu siapa antara kita atau kita sendiri yang mungkin pembawa virus berbahaya ni dalam tak sedar. Nak atau tak nak, norma baru ni jadi rutin harian kita sekarang. 
Dah semuanya norma baru ini banyak lah bertukar dalalm rutin kita termasuk lah rutin kita yang suka shopping dan makan di kedai. Kalau sebelum ni nak beli apa, terus keluar. Nak makan, terus keluar tuju ke kedai yang kita nak. Sekarang ni dalam norma baru, duduk rumah & kita guna servis foodpanda saja. Nak makan, guna food delivery & nak beli barang, guna servis pembelian barang secara online. Servis foodpanda pun ada tawarkan servis ni juga iaitu pandamart. FOOD DELIVERY Kita di Malaysia pun masih dalam tempoh PKP. Rutin harian kita yang sebelum ni bila hari cuti keluar makan, keluar shopping & lain-lain. Rutin tu dah bertukar kepada konsep duduk di rumah seperti saranan kerajaan. Walaupun dalam tempoh PKP ni, kita masih boleh keluar bekerja & keluar membeli barang keperluan tapi untuk makan di kedai belum sepenuhnya berani sebab virus COVID masih berlegar. Jadi pilihan untuk kita yang sebelum ni bila hari cuti keluar makan di kedai atau restoran dengan menukar kepada pembelian makanan secara online menggunakan food delivery . Pilihan yang tepat & selamat untuk kita. K.fiezz & mr hubby sendiri antara pengguna tegar servis foodpanda. Mr hubby sejak kes COVID ni, memang elak makan di kedai. Kalau tetiba rasa nak makan makanan kegemaran atau k.fiezz malas nak masak, food delivery lah jawapannya dengan food panda. hehe. Bukan setakat makanan saja, barang-barang dapur dan barang keperluan rumah pun ada yang kitaorang beli gunakan servics pandamart juga. Senang gitu.  Konsep di hujung jari & tanpa sentuhan.


SELAMAT KE DARI COVID GUNA SERVIS ONLINE NI?Okey, persoalannya selamat ke dari dijangkiti virus COVID ni walaupun kita guna servis online seperti food delivery. Selamat sebab kita tak keluar. Betul tu sebab kita cuma duduk di rumah. Order & tunggu sahaja rider foodpanda hantar makanan di rumah. Tapi tapi bungkusan makanan yang dibawa oleh rider masa penghantaran kepada kita. Semasa proses penghantaran dari rider hantar kepada kita, mungkin dia ada ter bersin atau ter batuk & rembesan air liur terkena pada plastik bungkusan ataupun mungkin pekerja yang menyediakan pesanan makanan kita di kedai, tak mengamalkan norma baru COVID iaitu mencuci tangan sebelum membuat proses penyediaan makanan. Hah, macamana pula tu,kan?
Menjawab persoalan itu...
Secara jujurnya selamat yea korang. Risiko jangkitan COVID dari kurier atau pekerja kedai yang kita order makanan, sangat sangat rendah sekiranya mereka mengamalkan norma baru atau langkah penjagaan yang betul. Walaupun virus COVID boleh bertahan pada plastik bungkusan antara 24-72 jam namun penularannya sangat rendah sekiranya mereka kerap membasuh tangan & mengikut 7 langkah pencucian selama 20 saat. Tidak lupa juga pemakaian penutup muka semasa proses penyediaan  & penghantaran makanan. Jadi risikonya sangat rendah sekiranya mereka mengikuti langkah penjagaan yang betul. 
K.fiezz sendiri setiap kali terima bungkusan makanan dari food delivery ataupun rider hantar barang yang dipesan, lepas keluarkan semua barang-barang dari plastik, k.fiezz akan terus cuci tangan dulu. 
KONSEP TANPA SENTUHANSeperti yang kita sedia maklum juga, disebabkan virus COVID ni banyak restoran, kedai yang terpaksa menutup pintu kepada pelanggan untuk datang makan ke kedai.  Macam sekarang ni, banyak dah kedai dibuka tetapi perlu amalkan SOP yang dah ditetapkan & had pelanggan yang boleh berada dalam kedai pada satu-satu masa. Cara lain untuk pastikan kedai-kedai makanan ini terus kekal beroperasi adalah dengan mengamalkan konsep tanpa sentuhan. Yang mana konsep baru ini membuat penghantaran kepada pelanggan tanpa sentuhan dengan menggunakan servis foodpanda.  Dengan konsep ini, kedai hanya gunakan perantara food delivery saja & pelanggan membayar lebih awal semasa membuat pesanan. Jadi kedai hanya berurusan dengan penghantar makanan & penghantar makanan yang akan menghantar pesanan makanan kepada pelanggan. Dengan cara ini, risiko penularan virus COVID lebih rendah dan selamat. Kita juga sebagai pelanggan bukan sahaja hidupkan industri makanan tetapi membantu penghantar makanan untuk terus mencari rezeki. Macam yang kita tahu juga, sejak penularan virus COVID ni, ramai kehilangan pekerjaan. 
KURANGKAN RISIKO PENULARAN VIRUS COVID-19Sebaik saja bungkusan makanan kita sampai, terus keluarkan dari plastik dan terus basuh tangan kita ataupun kita boleh gunakan hand sanitizer. Ini untuk kurangkan risiko penyebaran virus dari bungkusan makanan kepada tangan kita. Pastikan juga sebelum makan, kita basuh dahulu tangan untuk langkah keselamatan. Kita juga boleh panaskan semula makanan dalam microwave untuk langkah penjagaan sebab bila masuk dalam microwave kemungkinan boleh mematikan semua kuman dan virus. Ni ikut pandangan peribadi k.fiezz..Lagipun difikir secara logiknya, tempoh pengendalian & penghantaran makanan yang singkat sebelum sampai kepada kita, risiko penularan virus semasa servis penghantaran online ini sangat rendah. 
Konsepnya di sini, kita jaga kita. Dari pekerja, penghantar makanan & kita sendiri sebagai pelanggan, Sentiasa amalkan langkah penjagaan yang betul untuk keselamatan diri masing-masing.
Tak kisah samaada kita gunakan servis food delivery atau servis penghantaran online tanpa sentuhan ini yang menggunakan pembayaran secara atas talian dan mempraktikan jarak sosial, kita mengambil serius untuk praktikkan langkah penjagaan yang betul untuk memberikan keselesaan dan kelegaan untuk kita menjalani kehidupan dengan norma baru sepanjang berdepan dengan situasi pandemik virus COVID 19 ini. 
Apapun kita doakan, semoga virus ni cepat berlalu dari Malaysia & 1 dunia supaya kita boleh jalani kehidupan biasa kita seperti sebelum ini. Aamiin.
#kitajagakita

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2020/12/Setahap-Mana-Selamatnya-Servis-Penghantaran-Online-Semasa-PKP-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Servis Penghantaran Barangan Atas Talian Sangat Membantu Dalam Pkp Ini

5 Servis Penghantaran Barangan Atas Talian Sangat Membantu Dalam Pkp Ini

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 569 hits
5 Servis Penghantaran Barangan Atas Talian Sangat Membantu Dalam PKP Ini Assalamualaikum dan Selamat Pagi Hai reader semua Musim PKP ni memang malas nak keluar membeli barangan runcit dan This is a content summary only Visit my website for ...
Pengalaman Saya Ambil Kursus Pengendali Makanan Secara Online Semasa Tempoh Pkp

Pengalaman Saya Ambil Kursus Pengendali Makanan Secara Online Semasa Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 1825 hits
Kursus Pengendali Makanan Untuk Semua Penjual Makanan Pewarung Gerai Home Base atau CODKalau nak tahu di Malaysia setiap pengendali makanan melibatkan jualan makanan atau berniaga makanan samada secara terus di premis atau secara home based...
Bagaimana Aplikasi Penghantaran Makanan Dalam Talian Boleh Bantu Pulihkan Perniagaan Sewaktu Pkp Ini

Bagaimana Aplikasi Penghantaran Makanan Dalam Talian Boleh Bantu Pulihkan Perniagaan Sewaktu Pkp Ini

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 660 hits
Perkhidmatan perhantaran makanan pada era masa kini sememangnya mmpunyai permintaan yang cukup tinggi terutamanya bila berlakunya keadaan wabak pandemik Selain dapat membantu orang ramai yang kehilangan kerja ia juga membantu menjana ekonom...
Random Kehidupan Semasa Pkp

Random Kehidupan Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 498 hits
Assalamualaikum semua Kau orang semua tengah buat apa tu Tidur Makan Kerja Tengok TV Dengar radio K O R E K H I D U N G BAHAHAHAHAHAHAHAHATahun ni kita semua diberikan ujian yang sangat besar iaitu virus Covid19 Bukan sahaja Malaysia yang d...
Cara Optimumkan Servis Penghantaran Pizza Untuk Pelanggan

Cara Optimumkan Servis Penghantaran Pizza Untuk Pelanggan

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 307 hits
Cara Optimumkan Servis Penghantaran Pizza Untuk Pelanggan Bila sebut tentang pizza terus rasa teringin nak makan Maunya tak anak anak dengan pizza memang langkah tak pi kata orang utara Lagi lagi kalau pizza Domino s dan Pizza Hut Dan tak d...
10 Pengalaman Suka Duka Guna Pesanan Online Yang Pelanggan Online Lalui Semasa Covid 19

10 Pengalaman Suka Duka Guna Pesanan Online Yang Pelanggan Online Lalui Semasa Covid 19

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 358 hits
10 Pengalaman Suka Duka Guna Pesanan Online Yang Pelanggan Online Lalui Semasa Covid 19 Pesanan online kini menjadi trend tatkala negara kita kini sedang dilanda wabak Covid 19 Ditambah pula kita digalakkan untuk berada di rumah jika tiada ...
Makanan Paling Banyak Dipesan Di Malaysia Semasa Pkp

Makanan Paling Banyak Dipesan Di Malaysia Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 711 hits
Makanan Paling Banyak Dipesan di Malaysia Semasa PKP Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ni walaupun kita duduk di rumah sahaja tapi sebenarnya rutin harian kita yang bertukar tu banyak membuatkan kita semakin sibuk dan cepat letih Tak ki...
Di Mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Jalan Belajar Online Di Hentian Bas

Di Mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Jalan Belajar Online Di Hentian Bas

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 303 hits
REMBAU Seorang penuntut sains Matrikulasi Negeri Sembilan di Kuala Pilah terpaksa menjalani rutin harian kelas online di sebuah hentian bas di hadapan Sekolah Kebangsaan Salak Nama dekat sini sejak Oktober lalu Rutin pelajar berkenaan Muham...
Panduan Myasnb Pendaftaran Penyemakan Dan Pengeluaran Asb Online

Panduan Myasnb Pendaftaran Penyemakan Dan Pengeluaran Asb Online

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 478 hits
Last updated Oct 29 2020 Pengumuman portal myASNB adalah satu pengumuman yang menarik dan memberi manfaat untuk pengguna Amanah Saham Nasional Berhad Tahukah anda boleh membuat segala transaksi melibatkan penyemakan dan pengeluaran ASB Onli...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord