Random Kehidupan Semasa Pkp
Assalamualaikum semua :)
Kau orang semua tengah buat apa tu?
Tidur?
Makan?
Kerja?
Tengok TV?
Dengar radio?
K O R E K H I D U N G?!
BAHAHAHAHAHAHAHAHA
Tahun ni kita semua diberikan ujian yang sangat besar iaitu virus Covid19. Bukan sahaja Malaysia yang dilanda gelombang virus berbahaya serta menakutkan ini tetapi seluruh dunia telah diselaputi oleh virus ini.
Untuk mengawal virus merbahaya ini daripada terus merebak, kerajaan telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terbahagi kepada beberapa fasa:
Fasa 1: 18 Mac – 31 Mac 2020
Fasa 2: 1 April – 14 April 2020
Fasa 3: 15 April – 28 April 2020
Fasa 4: 29 April – 12 Mei 2020
Fasa 5: 13 Mei – 9 Jun 2020
Jadi macam mana kehidupan nia semasa PKP ni?
Alhamdulillah, nia dapat berehat panjang dan meluangkan masa untuk melakukan pelbagai aktiviti yang sebelum ini tidak dapat nia laksanakan dek kerana kekangan masa.
Sebelum ni nia selalu mengadu dengan abah, nia nakkan rehat sebab rasa macam dah tawar hati nak pergi bekerja.
Hari ni kerja.
Esok kerja.
Lusa kerja.
Tulat kerja.
Minggu depan kerja.
Bulan depan kerja.
Kerja, kerja, kerja.
Setiap pagi selepas bangun dari tidur, nia akan berteleku dulu kat atas katil.
Kumpul semangat untuk pergi kerja.
Betulkan niat pergi kerja.
Kemudian baru nia akan turun dari katil untuk bersihkan diri seterusnya mendirikan solat subuh. Setiap pagi nia akan ulang rutin pagi ni. Tambahan lagi kalau nia memang takde mood nak bekerja.
Jadi bila dapat cuti panjang disebabkan PKP ni, nia rasa bersyukur sangat sebab dapat melarikan diri sekejap daripada memikirkan hal kerja.
Alhamdulillah.
Hobi nia yang dah lama ditinggalkan iaitu membaca dan menulis pun nia dapat buat semula semasa menjalani Perintah Kawalan Pergerakan ni.
Buku – buku yang tersusun kemas dalam almari sebelum ni hanya mengumpulkan habuk sahaja tetapi semasa PKP nia dapat membersihkan buku – buku tersebut dan membacanya.
Sesekali nia akan tersenyum sendiri.
Adakalanya nia menyapu air mata.
Terkadang nia hempas buku ke katil.
Ahhhh, dah lama rupanya nia tak dapat menikmati keindahan menyelami emosi ketika membaca buku.
Menulis blog ni pun nia mulakan kembali saat Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.
Sebelum ni memang mood menulis hilang sebab terlalu sibuk mengejar kerja nia yang tidak pernah habis. Jadi bila PKP dijalankan, mood untuk menulis perlahan – lahan menyusup ke dalam jiwa dan hasilnya nia masih lagi menulis sehingga sekarang.
Lama dah tak berkongsi cerita dan pengalaman dengan kau orang semua, rinduuuuuu :’)
Lagi satu bulan Ramadhan.
Tahun ni umat Islam dekat Malaysia menyambut kedatangan bulan Ramadhan dalam keadaan serba sederhana dan terkurung kerana PKP. Nia sekeluarga juga tidak terkecuali. Kebiasaannya kita orang akan cari juadah dekat bazaar Ramadhan tetapi tahun ni terpaksa dilupakan. Solat terawih pun buat dekat rumah sahaja.
Tapi nia tetap bersyukur walaupun bulan Ramadhan kali ini disambut serba terkurung.
Satunya, nia dapat bangun menyediakan juadah bersahur pada setiap hari tanpa tertinggal walau satu hari pun. Kalau tahun – tahun sebelum ini, mesti ada dua tiga hari yang nia tertinggal sebab penat bekerja. Pernah juga melalu sahaja, takde bangun untuk makan sahur.
Alhamdulillah, tahun ni berbeza.
Lain orang lain dugaannya.
Lain tempat berbeza pelanginya.
Di sebalik sebuah ujian terselit kebaikan yang tidak boleh kita semua hadamkan. Jadi teruskanlah berdoa agar Allah kurniakan kita semua kesabaran untuk menempuhi dugaan ini.
Sumber gambar: google.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://nia-emkay.blogspot.com/2020/12/random-kehidupan-semasa-pkp.html