Makanan Malaysia Di Mana Apa Yang Harus Di Cuba Dan Berapa Harganya


Malaysia, sebuah negara yang sering menjadi destinasi tarikan pelancong untuk pelbagai aspek. Antaranya pemandangan yang menarik, budaya yang pelbagai, peramah dan tak lupa juga syurga makanan yang boleh menambat selera sesiapa saja termasuk pelancong dari luar. 

Banyaknya makanan di Malaysia ini boleh membuatkan sesiapa saja berasa sukar untuk menentukan untuk makan apa. Tapi, hakikatnya boleh saja tentukan tempat makan di mana dan mahu makan apa, sesuai dengan sesuatu lokasi tempat di mana sedang berada. Soal harganya pula, rata-rata makanan di Malaysia ini dijual dengan harga yang sangat berpatutan sekali.


Antara menu utama yang sudah berjaya mendapat carta teratas dikalangan warga Malaysia adalah : 
#1 - Nasi Lemak 

Nasi Lemak yang dimasak dengan santan berserta aroma haruman daun pandan untuk wangian, benar-benar boleh membuka selera. Makin sedap bila nasi lemak ini disajikan dengan sambal tumis pedas, telur rebus, kepingan timun dan ayam goreng atau rendang. 





Sebilangan kacang dan ikan bilis goreng yang ditaburkan di bahagian atas turut memberikan tekstur yang lebih
best ketika makan. Nasi Lemak sememangnya sudah terkenal di Malaysia dan
sering dianggap sebagai hidangan kebangsaan disebabkan sejarahnya yang sudah lama ada di Malaysia. 






#2 - Roti Canai 



Roti canai adalah sejenis roti India yang lembut seperti penkek. Roti canai ini orang biasanya makan dengan kari dan harganya jarang sangat terlalu mahal. Ada banyak tempat hanya jual dalam RM1 dan di bawah RM2 untuk setiap keping. 





Terdapat pelbagai jenis roti canai mengikut selera masing-masing. Antaranya roti canai bom, roti canai tisu, roti canai telur, roti canai sardin dan bermacam lagi.


#3 - Roti Titab


Jika suka makan roti ala toast, harus cuba roti titab yang menggabungkan roti bakar,
telur mata dan juga kaya. Tiga bahan utama yang digabungkan ini memang
ternyata sedap dan nikmat saat sedang di makan. Untuk membuatkannya lebih sedap,
anda boleh meletakkan kicap dan lada sulah (lada putih) sebagai bahan untuk
melengkapkan rasa.








Roti titab mungkin sebuah menu yang cukup ringkas, akan tetapi ia merupakan menu
yang cukup terkenal di Kelantan. Harga untuk set roti titab ini juga tidaklah semahal mana
dan jika roti canai sering dijual di kedai ala mamak, roti titab ini pula sering dijual di
kedai kopitiam. Ada juga kedai yang turut menjualnya serentak di bawah satu bumbung.


#4 - Teh Tarik


Seiring dengan roti canai dan roti titab adalah teh tarik. Jika roti canai dan roti titab merangkumi kategori makanan, teh tarik ini pula merangkumi minuman yang tak patut dilepaskan. Gabungan teh tarik dengan roti canai dan roti titab merupakan satu hidangan yang sesuai. Lagi-lagi jika dinikmati saat masih panas.





Teh Tarik adalah salah satu minuman sinonim di Malaysia dan teh tarik ini dibuat daripada
serbuk teh yang dicampurkan dengan susu pekat manis. Kemudian ia di tuang dari
bekas A ke bekas B secara berulang kali sehingga mengeluarkan buih. Proses ini
dipanggil sebagai ‘tarik’ dan secara tak langsung membuatkannya berasa makin sedap!


Harganya pula kurang dari RM 3 ($ 0.70) untuk segelas. Air teh tarik sangat terkenal
di Malaysia malah sekarang ini, telah terdapat air teh tarik yang ditinkan.



#5 - Satay 



Satay merupakan daging yang diperap, dicucuk dengan lidi dan kemudiannya
dibakar hingga garing dan berjus. Di Malaysia, satay dihidangkan bersama dengan
kuah kacang, timun, bawang dan nasi himpit. 





Satay ini ada pelbagai jenis mengikut daging yang digunakan seperti ayam, daging lembu,
kambing, arnab, rusa dan pelbagai jenis lagi.  Makin best, ianya dibakar menggunakan
kayu arang yang secara tak langsung telah berjaya memberikan rasa dan aroma yang
lebih baik pada satay tersebut. 




#6 - Nasi Kerabu 



Nasi Kerabu asli Kelantan sudah lama terkenal di kawasan sekitar Pantai Timur dan menu
nasi kerabu ini turut ada di jual di negeri yang lain. Selalunya nasi kerabu ini berwarna
biru kerana di masak menggunakan bunga telang.





Nasi kerabu yang paling sedap sudah semestinya nasi kerabu asli Kelantan yang rata-ratanya
menyajikan nasi kerabu biru ini dengan lauk ayam atau daging bakar, ulam-ulaman dan
tak lupa juga budu serta kuah tumis yang diperbuat dari santan. Kuah tumis ini
membuatkan nasi kerabu tersebut lebih terasa berlemak dan pedas manis saat menikmatinya. 


Harga nasi kerabu di Kelantan masih berada dalam anggaran bawah daripada RM7 dan
untuk nasi kerabu basa (tanpa daging) berharga hanya RM3.50


#7 - Nasi Kandar



Sekiranya anda mahukan pengalaman makanan tempatan di Malaysia, kunjungilah salah
satu restoran mamak India bagi mencuba sepiring nasi putih bersama dengan lauk
yang disebut sebagai nasi kandar. Nasi kandar ini sering dikaitkan dengan negeri Pulau Pinang.






Bila sudah order, jangan terkejut kerana yang tiba adalah nasi putih bersama lauk pilihan
seperti ayam, daging kambing, udang, telur dan sayur-sayuran dengan limpahan kuah
kari yang pelbagai rasa dicampur menjadi satu dalam pinggan yang sama. Ianya dipanggil
sebagai nasi kandar dan sekali makan boleh kenyang sampai tersandar disebabkan saiz
makanannya yang agak besar. 


Nak Makan Apa? Di Mana? Berapa Harga? Boleh Order Online Dengan Semua Info Menerusi Foodpanda! 



Sekarang ni semua orang tak berani nak keluar rumah kan? Tapi bila soal makan kalau
boleh memang nak makan yang sedap sedap belaka. Sebagai contoh makanan sedap
yang mesti kena cuba di Malaysia ni. Itu baru sikit, belum lagi tunjuk contoh menu
makanan yang lain. 





Kita bernasib baik kerana ada servis online food delivery yang boleh kita gunakan
pada bila-bila masa dan di mana jua. Nak apa, order online dan pihak Foodpanda boleh
hantar untuk kita nikmatinya bersama keluarga di rumah. 


Dengan adanya servis penghantaran Foodpanda ini, proses kuarantin di rumah juga
menjadi lebih senang. Buktinya, jika terasa ingin makan sesuatu, boleh search di website
Foodpanda kemudian buat order dan tunggu team Foodpanda hantar sehingga ke depan pintu.


Penghantaran Foodpanda turut ada social distanding yang membolehkan kita mengambil
makanan dalam jarak yang sepatutnya. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.syamimisaad.com/2020/10/makanan-malaysia-di-mana-apa-yang-harus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Menu Makanan Segera Sedap Yang Hanya Terdapat Di Malaysia

5 Menu Makanan Segera Sedap Yang Hanya Terdapat Di Malaysia

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 435 hits
5 Menu Makanan Segera Sedap Yang Hanya Terdapat Di MalaysiaRestoran makanan segera memang ada banyak di Malaysia dan kewujudan restoran segera seperti ini sememangnya dah lama ada di sini Restoran makanan segera sebegini sering dikunjungi r...
Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Makanan Barat Di Malaysia

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Makanan Barat Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 1166 hits
Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Makanan Barat di MalaysiaKewujudan menu makanan barat di Malaysia ini memang sudah lama Mungkin juga kerana Malaysia pernah di jajah suatu ketika dulu hinggakan menu makanan barat ini seakan sudah menjadi satu ...
Inilah Makanan Dan Tempat Makan Best Di Cyberjaya Malaysia

Inilah Makanan Dan Tempat Makan Best Di Cyberjaya Malaysia

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 394 hits
Inilah Makanan Dan Tempat Makan Best di Cyberjaya MalaysiaCyberjaya adalah sebuah bandar dengan taman sains sebagai teras yang menjadi bahagian utama Koridor Raya Multimedia di Malaysia Ia terletak di Daerah Sepang Selangor Cyberjaya dikemb...
Kamu Berasal Dari Mana Sabah Kan Takkan Sudah 30 Tahun Masih Tidak Faham Bahasa Malaysia Hakim Tegur Tertuduh

Kamu Berasal Dari Mana Sabah Kan Takkan Sudah 30 Tahun Masih Tidak Faham Bahasa Malaysia Hakim Tegur Tertuduh

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 257 hits
Seorang penganggur didakwa merogol anak tirinya hanya berdiam diri ketika jurubahasa membaca pertuduhan tersebut di Mahkamah Seksyen Johor Bahru semalam Biarpun dibaca berkali kali lelaki berusia 29 tahun itu dilihat terpinga pinga dan keli...
Cuba Makan Makanan Ini Untuk Merangsang Nafsu

Cuba Makan Makanan Ini Untuk Merangsang Nafsu

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 322 hits
Rangsang Nafsu Untuk Bersama Cuba Makan Makanan Ini Jika dilihat banyak makanan yang dapat menaikkan nafsu lelaki dan wanita Bukan sahaja foreplay penting makan makanan yang membantu rangsangan juga penting Amalkan makanan berikut jika mahu...
Masakan Malaysia 6 Makanan Luar Biasa Yang Membolehkan Anda Merasai Citarasa Asli Malaysia

Masakan Malaysia 6 Makanan Luar Biasa Yang Membolehkan Anda Merasai Citarasa Asli Malaysia

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 272 hits
Masakan Malaysia 6 Makanan Luar Biasa Yang Membolehkan Anda Merasai Citarasa Asli Malaysia Malaysia ada pelbagai jenis makanan dan setiap kaum ada makanan aslinya yang tersendiri Untuk kaum melayu terkenal dengan menu nasi lemak kaum cina d...
Masuk Malaysia Takde Kerja Buat Jenayah Plak Dia Warga Asing Cuba Tikam Dua Wanita Dengan Parang Ditahan

Masuk Malaysia Takde Kerja Buat Jenayah Plak Dia Warga Asing Cuba Tikam Dua Wanita Dengan Parang Ditahan

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 302 hits
Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 28 tahun yang dikatakan cuba menikam seorang wanita dan merosakkan dua motosikal milik ahli keluarga mangsa di Kampung Merbuk Karangan malam tadi Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Azhar ...
Penyokong Liverpool Harus Maafkan Pickford Seperti Mana Penyokong Everton Maafkan Son

Penyokong Liverpool Harus Maafkan Pickford Seperti Mana Penyokong Everton Maafkan Son

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 343 hits
Adakah anda masih ingat peristiwa ngeri pada Oktober tahun lepas di mana penyerang Tottenham Hotspur Son Heung min telah menyebabkan pemain tengah Everton Andre Gomes mengalami kecederaan buku lali yang serius Peristiwa ngeri tersebut telah...
Setakat Mana Titah Tuanku Dihormati Politik Nak Berehat Berapa Hari Sampai Pru15

Setakat Mana Titah Tuanku Dihormati Politik Nak Berehat Berapa Hari Sampai Pru15

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 360 hits
DAP tolak dan tidak sokong Anwar sebagai PM secara halus beralasan titah Tuanku Setakat mana UMNO akan ambil tindakan kepada MP yang tidak akur keputusan MT tolak Anwar dan DAP Muhyiddin belum selamat
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba