5 Menu Makanan Segera Sedap Yang Hanya Terdapat Di Malaysia
5 Menu Makanan Segera Sedap Yang Hanya Terdapat Di Malaysia
Restoran makanan segera memang ada banyak di Malaysia dan kewujudan restoran segera seperti ini sememangnya dah lama ada di sini. Restoran makanan segera sebegini sering dikunjungi ramai disebabkan oleh suasananya yang sangat santai dengan pelbagai pilihan menu makanan yang sedap!
Apa yang lebih menariknya lagi, walaupun restoran segera seperti ini ada hampir di seluruh dunia tetapi menu makanan yang ditawarkan diberi nafas baru seiring dengan citarasa sesebuah negara itu sendiri. Ini termasuklah dengan Malaysia.
Salah satu restoran makanan segera yang mendapat ranking tinggi di hati warga Malaysia adalah McDonald's. McDonald’s merupakan salah sebuah restoran makanan segera yang telah berjaya menjadikan reputasi Malaysia untuk makanan lazat ke tahap yang lebih tinggi.
Terdapat banyak menu McDonald’s special mengikut citarasa tekak orang Malaysia dan lima daripadanya adalah seperti yang di bawah ini.
No 1- Nasi Lemak Burger
Nasi Lemak merupakan sejenis hidangan nasional Malaysia dan nasi lemak ini boleh dianggap sebagai salah satu makanan kegemaran untuk rakyat Asia Tenggara. Sehubungan dengan itu restoran makanan segera McDonald's dengan yakinnya telah memperluaskan rasa makanan lazat ini dengan membuatkannya dalam bentuk Nasi Lemak Burger.
Daripada bentuk nasi lemak asal yang dibungkus dengan daun pisang, mereka telah mengubahnya dalam bentuk hidangan burger. Burger Nasi Lemak ini merangkumi isi ayam lazat dan telur goreng dengan sambal pedas yang di apit oleh roti yang sedikit garing.
No 2 - Cendol-Flavoured Ice Cream
Malaysia mempunyai obsesi dengan cendol hijau, sejenis makanan tradisional pencuci mulut yang kelihatan seperti jeli. Cendol ini diperbuat daripada jus ekstrak daun pandan.
Cendol sering disyorkan kepada pelancong yang ingin mencuba makanan tempatan sebanyak mungkin, dan ini telah membuatkan McDonald’s turut memilih cendol sebagai inspirasi dalam menu mereka. Hasilnya para pelancong dengan mudah boleh kami memesan ais krim berperisa cendol sebagai pengenalan sebelum mencuba variasi makanan yang lain.
No 3 - Pulut Hitam Pie
Selain daripada Cendol-Flavoured Ice Cream, untuk pencuci mulut gaya tempatan yang lain, Pulut Hitam Pie juga ada hampir di semua cawangan McDonald's Malaysia. Nasi pulut hitam yang agak melekit memang agak popular di kalangan rakyat Malaysia dan ini digunakan sebagai isian di dalam pai yang rangup. Jika selalunya hanya menikmati Apple Pie, kini boleh beralih kepada Pulut Hitam Pie pula untuk sebuah rasa gaya Malaysia. Dan, yang pasti pulut hitam pie ini memang tidak mengecewakan.
No 4 - D24 Durian McFlurry
The King of Fruit atau Raja Buah, itulah gelaran yang diberi kepada sang durian. Di Malaysia ini durian memang ada banyak di tanam dan akan berbuah apabila tiba musimnya. Saat musim buah durian ini, penjual akan menjual buah-buah durian dari gerai di tepi jalan.
Special di Malaysia, pihak McDonald’s telah menjadikan buah kegemaran ramai ini menjadi Mcflurry. Bayangkan durian berkrim yang diadun dan disapu dengan potongan vanila dan coklat menjadi minuman pekat yang enak. Tak dinafikan, tidak semua orang menyukai buah durian ini disebabkan oleh baunya yang agak kuat dan inilah salah satu cara untuk cuba menikmati keunikan durian dengan memesan Mcflurry durian di McDonald's.
No 5 - Bandung McFizz
Minuman Bandung yang berwarna merah jambu memang ada terdapat di Malaysia. Bahkan minuman bandung ini turut ada di Singapura dan Brunei. Bandung terdiri daripada susu pekat atau sejat yang dicampurkan dengan sirap kordial mawar berwarna merah. Hasil gabungan ini menjadikan bandung sejenis minuman manis dalam warna pink.
Sebagai salah satu minuman kegemaran di kalangan masyarakat Melayu dan popular pada bulan Ramadan, Bandung telah memasuki menu beberapa rantaian makanan segera di Malaysia. McDonald's Bandung McFizz turut muncul dan ianya sangat serasi untuk dinikmati bersama menu Nasi Lemak Burger.
Itulah dia antara makanan segera sedap yang hanya terdapat di Malaysia. Bila dilihat semula pada menu yang ada, ternyata setiap satunya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dari segi rasa dan gaya persembahan menunya.
Ini menjadikan restoran makanan segera sebagai salah satu restoran kegemaran ramai. Lagi-lagi apabila restoran segera sebegini turut menjadi salah satu fast food delivery malaysia yang bersifat sangat mudah dan mesra pengguna.
Dengan adanya servis fast food delivery Malaysia sebegini, ramai dikalangan pencinta makanan yang berasa seronok dan selesa untuk menikmati segala macam menu yang ada pada bila-bila masa. Salah satu pihak yang sering digunakan untuk memesan makanan sedap citarasa Malaysia ini adalah FOODPANDA.
Foodpanda boleh dimuat turun ke handphone masing-masing, masukkan lokasi di mana berada dan bolehlah terus membuat pesanan. Selesai buat pesanan menu makanan segera mana yang ingin dinikmati, seterusnya hanya perlu menunggu pesanan tiba secara terus tanpa perlu ke mana-mana.
Terasa nak makan menu makanan segera sedap dari McDonald’s? Malas nak keluar rumah? Jangan risau, jangan serabut kerana fast food delivery Malaysia dari Foodpanda sentiasa ada untuk memberikan perkhidmatannya pada anda.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.shalimaryusof.com/2020/10/5-Menu-Makanan-Segera-Sedap-Yang-Hanya-Terdapat-Di-Malaysia.html