Inilah Makanan Dan Tempat Makan Best Di Cyberjaya Malaysia




Inilah Makanan Dan Tempat Makan Best di Cyberjaya MalaysiaCyberjaya adalah sebuah bandar dengan taman sains sebagai teras yang menjadi bahagian utama Koridor Raya Multimedia di Malaysia. Ia terletak di Daerah Sepang, Selangor. Cyberjaya dikembangkan bersama dengan Putrajaya, pusat pemerintahan baru Malaysia dan bandar ini semakin hari semakin padat dan tak hanya itu, ia juga terkenal sebagai salah satu tempat santai dengan makanan yang best-best

Terdapat banyak pilihan makanan dan tempat makan di Cyberjaya ini. Bagi yang belum biasa dengan tempat ini, di sini akan dikongsikan beberapa cadangan makanan dan tempat makan yang boleh dikunjungi. Cadangan ini berdasarkan kepada review para pengunjungnya dan semoga ianya bermanfaat


1. Ayam Goreng @ Mad Ayam Kampung


Nak datang sini, kena datang awal sebab Mad Ayam Kampung ini memang sangat ramai orang yang ingin menikmatinya sampaikan sanggup beratur panjang dan menunggu dalam waktu yang lama. Kalau lambat, silap haribulan nak tempat duduk untuk makan pun susah

Kenapa ramai orang suka datang ke sini, jawapannya adalah kerana ayam kampung goreng mereka yang rangup dan sedap amat. Makan pula dengan nasi putih, sambal belacan dan ulam, memang padu dan menyelerakan

Tempat makan ini juga sangat sesuai untuk datang bersama keluarga untuk makan beramai-ramai. Harga mengikut lauk yang di ambil dan bila difikir-fikir, berdasarkan ekonomi semasa dan kedudukan Cyberjaya ini, Mad Ayam Kampung harganya masih sangat berpatutan dan berbaloi. Dari segi rasa, sudah semestinya sedap dan tiada keraguan



2. Roti Canai @ Restoran Alef Maju, Shaftsbury Square




Hari yang bagus dimulakan dengan menu sarapan. Suka ataupun tidak, sarapan sangat penting dan ianya akan terasa lebih bermakna jika dapat menikmati menu sarapan yang sedap

Antara sarapan yang sering dinikmati rakyat Malaysia, sudah semestinya adalah roti canai. Lagi-lagi bila dapat makan bersama teh tarik manis yang masih lagi panas. Untuk menu roti canai, Restoran Alef Maju, Shaftsbury Square tidak mengecewakan. Rotinya lembut dan rangup serta kuahnya juga sangat pekat dan sedap. Setakat makan sekeping je memang tak rasa cukup


3. Nasi Kukus Famosa @ CBD Perdana 2


Jika nak lari sedikit dari nasi biasa, boleh cuba nasi kukus, Nasi Kukus Famosa ini turut mendapat review bagus yang agak banyak dan harga yang ditawarkan juga adalah sangat premium. Salah satu menu yang menjadi pilihan ramai di sini adalah ayam dara goreng berempah. Ada juga lauk pauk lain dan harga akan di kira berdasarkan menu makanan yang di ambil



4. Mutton Noodles @ Salam Noodles, CBD Perdana 2


Suka makan mee? Jika suma makan mee dan suka gaya minuman yang boleh diisi semula, Salam Noodles, CBD Perdana 2 ini adalah salah satu daripada tempat makan yang menawarkan harga yang agak murah


Tak dinafikan ada di antara kita yang kurang gemar dengan makanan seperti ini sebab lebih suka pada menu nasi, tapi sesekali berubah selera apa salahnya. Jika ingin nikmati mee dengan style masakan yang lain juga ada, terpulanglah pada citarasa masing-masing



5. Nasi Ayam Mandi @ Saba Restaurant


Jika ada singgah untuk bersantai di DPulze Shopping Center, lepas habis tengok wayang contohnya, kalau sudah terasa lapar dan nak nikmati makan malam yang unik, apa kata untuk singgah ke Saba Restaurant yang berdepan dengan pusat beli belah Dpulze tersebut


Di sini menyediakan menu makanan Yemen dan amat terkenal dengan hidangan nasi ayam mandi dan nasi kambing kabsah. Jumlah setiap menu juga agak banyak hingga menyebabkan terasa kenyang! Kiranya berbaloilah dengan apa yang di bayar. Jika terasa nak makan yang lebih ringan, boleh cuba menu chicken kebab sandwich yang juga tidak mengecewakan


6. Lauk Kampung @ Tamarind Square



Lihatlah sendiri antara aneka menu yang ada, sesuai dengan namanya Restoran Lauk Kampung, bermacam makanan masakan gaya kampung ada di sini. Jika dah lama tak balik kampung dan terasa rindu dengan masakan emak, boleh singgah di sini buat menikmati makanan yang ada


Di sini masakan ala minang dan semua lauk pauknya boleh dikatakan mudah untuk diterima oleh pelbagai golongan usia. Rata rata mengatakan makanan di sini memang sedap dengan tawaran harga yang agak berpatutan


Selain dari lauk pauk makanan kampung, mereka juga ada pesanan ala carte seperti makanan jenis bergoreng. Jadi jika terasa nak makan nasi goreng kampung dan sebagainya, semua ada di sini siap untuk dipesan sama ada untuk makan terus atau bawa balik untuk makan di rumah



7. Shabu Shabu @ Volcano Shabu Shabu



Asyik makan menu makanan melayu je, sesekali makan menu makanan Jepun pun seronok juga. Dan kalau nak tahu Jepun amat terkenal dengan menu Shabu Shabu, yakni hirisan daging yang dimakan panas-panas. Untuk nikmati Shabu Shabu halal tanpa was-was boleh kunjungi ke Volcano Shabu Shabu yang sememangnya terletak di area Cyberjaya


Saiz hidangannya juga agak besar dengan harga yang tidak terlalu mencekik darah. Kebanyakan gaya masakan Jepun adalah steamboat dan grill maka untuk yang pentingkan gaya makan cara sihat, inilah tempatnya


Bahan yang digunakan juga sangat segar dan berkualiti dengan suasana tempat makan yang tenang berserta layanan pekerjanya yang sangat mesra pelanggan. Aneka sup pilihan untuk dijadikan base steamboat juga ada untuk menepati citarasa masing-masing. Jangan lupa juga untuk mencuba aneka menu pencuci mulutnya yang juga turut ada alemen Jepun padanya


Baru tiba di Cyberjaya? Tak tahu mana nak cari restoran ni semua? Atau mungkin memang menetap di kawasan Cyberjaya tetapi mahu terus berada di rumah lepas penat berkerja


Tak nak keluar dari rumah pun tak apa, boleh terus berehat-rehat sambil bersama yang tersayang dan bila sudah lapar, order saja guna servis online food delivery dari Foodpanda




Dengan cara begini, diri sendiri tak perlu bersusah payah dan masa cuti dan bersantai yang ada boleh terus dinikmati sebarang gangguan. Mudah betul dengan adanya servis pemesanan dan penghantaran makanan seperti Foodpanda ini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.tengkubutang.com/2020/10/inilah-makanan-dan-tempat-makan-best-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+SharingMyCeritera+(Sharing+My+Ceritera)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Tempat Makan Untuk Singgah Di Putrajaya Malaysia

5 Tempat Makan Untuk Singgah Di Putrajaya Malaysia

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 667 hits
5 Tempat Makan Untuk Singgah di Putrajaya Malaysia Salam semua PUTRAJAYA Malaysia merupakan salah satu tempat yang sering dikunjungi baik di kalangan warga Malaysia sendiri mahupun di kalangan pelancong asing Lokasinya sebagai tempat pemeri...
Kedai Makan Som Tam Paling Best Di Rantau Panjang

Kedai Makan Som Tam Paling Best Di Rantau Panjang

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 926 hits
Som tam merupakan salah satu menu makanan yang cukup saya suka Tapi tidak semua orang boleh buat som tam dengan bagus dan sedap Jadi untuk artikel kali ni saya nak kongsikan dengan korang sebuah gerai yang menyajikan som tam yang sangat sed...
Makan Buah Terdahulu Sebelum Makan Makanan Lain

Makan Buah Terdahulu Sebelum Makan Makanan Lain

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 292 hits
MAKAN BUAH TERDAHULU SEBELUM MAKAN MAKANAN LAIN Dalam satu ayat al Quran ada menyebut buah buahan terlebih dahulu sebelum daging dalam rujukan keadaan luar biasa yang berlaku pada orang yang beriman apabila dihidangkan makanan dalam syurga ...
Produk Makanan Bumiputera Mendapat Tempat Di Pasaran Jenama Tempatan Juga Popular Sedap Dan Berkualiti

Produk Makanan Bumiputera Mendapat Tempat Di Pasaran Jenama Tempatan Juga Popular Sedap Dan Berkualiti

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 372 hits
Produk makanan bumiputera mendapat tempat di pasaran Jenama tempatan juga popular sedap dan berkualiti Industri makanan berperanan penting dalam mempengaruhi ekonomi negara malah dikatakan salah satu industri yang tidak akan mati Peningkata...
5 Menu Makanan Segera Sedap Yang Hanya Terdapat Di Malaysia

5 Menu Makanan Segera Sedap Yang Hanya Terdapat Di Malaysia

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 435 hits
5 Menu Makanan Segera Sedap Yang Hanya Terdapat Di MalaysiaRestoran makanan segera memang ada banyak di Malaysia dan kewujudan restoran segera seperti ini sememangnya dah lama ada di sini Restoran makanan segera sebegini sering dikunjungi r...
7 Menu Makanan Jalanan Atau Street Food Sedap Di Pulau Pinang Wajib Makan

7 Menu Makanan Jalanan Atau Street Food Sedap Di Pulau Pinang Wajib Makan

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 569 hits
7 Menu Makanan Jalanan atau Street Food Sedap Di Pulau Pinang Wajib Makan Assalamualaikum dan selamat pagi Hai reader semua kali ini Bonde nak kongsikan pengalaman Bonde ke Penang dan pastinya This is a content summary only Visit my website...
Makan Makanan Arab Di Restoran Halab Pulau Pinang

Makan Makanan Arab Di Restoran Halab Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 671 hits
Restoran Halab Pulau PinangRestoran Halab ni adalah restoran makanan arab yang terletak di Jalan Chulia George Town Pulau Pinang Restoran Halab ni juga adalah original dari Arab Syria 80 adalah pelayan berbangsa arab Kalau tak silap chef ju...
10 Tempat Makan Menarik Di Penang

10 Tempat Makan Menarik Di Penang

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 560 hits
Assalamualaikum wbt 10 Tempat Makan Menarik Di Penang Apabila berkunjung ke Penang anda tidak perlu risau untuk memikirkan makanan dan tempat makan menarik di Pulau Pinang Untuk pengetahuan anda semua Penang digelarkan Syurga Makanan kerana...
Dokumentari Blackpink Light Up The Sky Rebut No 1 Ranking Top 10 Netflix Malaysia Tempat Ke 2 Di Netflix Global

Dokumentari Blackpink Light Up The Sky Rebut No 1 Ranking Top 10 Netflix Malaysia Tempat Ke 2 Di Netflix Global

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 397 hits
Dengar cerita ramai yang teruja apabila Netflix mengumumkan dokumentari K Pop pertama yang bakal dihasilkan di bawah laman penstriman popular itu iaitu BLACKPINK Light Up The Sky BLINKs terutamanya seronok kerana dokumentari itu dilengkapi ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba