Makanan Dan Harganya Berbaloi Ke Tidak
Ini adalah catatan untuk 'memberi sedikit nyawa' kepada blog yang kian suram ini. Sementelah ada gambar-gambar (makanan) yang belum disiarkan di sini, makcik letak sahajalah sambil bagi peluang kepada sesiapa yang ingin meninggalkan komen (jangan segan-segan, ya...) 😃😃
Jus mangga susu dengan hirisan mangga di dalamnya. RM4.00 sahaja, memang puas minum (berkongsi dengan suami, tak terhabis minum seorang). Berbaloi, kan?
Set ini dengan nasi putih, RM6.00. En Suami punya. Rasanya berbaloi juga...
Set nasi putih, ayam celup tepung, sup kosong, sos cili thai dan sirap (tiada dalam gambar). Harganya RM5.00. Bagi makcik, tiada rungutan. Sekarang pun ada set nasi dengan ayam goreng kunyit dan sirap dengan harga yang sama. Tapi makcik belum pernah cuba. Sekurang-kurangnya jika kita hanya ada RM5.00 dan perut sedang kelaparan, kita masih boleh membeli makanan.
Set nasi dagang ini berharga RM8.50. Sedikit mengecewakan kerana hidangan ini 'sejuk' walaupun masih awal pagi. Namun bagi makcik, bila makcik sudah beli atau ambil makanan, makcik akan sedaya mungkin menghabiskannya. Tidak elok membazir. Bayangkan mereka yang sedang kelaparan dan tiada apa langsung hendak dimakan. Masihkah kita sombong dengan rezeki di depan mata... Ingat! Membazir itu amalan syaitan!
Tak silap makcik, set ini berharga RM6.00. Berbaloi ke tidak?Semua makanan di atas adalah yang makcik dan suami makan 'di luar'. Di samping itu, makcik dan anak bujang masih tetap memasak dan menerima tempahan sekiranya ada yang berminat...
Antara tempahan yang kami terima dari seorang wanita berbangsa Cina. Set lengkap nasi lemak dengan rendang ayam untuk dihidangkan kepada 40 orang tetamunya...
Masak lemak udang dengan timun. Sedap juga. Sendiri masak, sendiri puji!
Anak minta makcik masakkan sambal hijau kentang. Yang jadi, sambal kuning!
Puding Raja versi Chef Min
Sekarang makcik sangat 'mengidam' (jangan kata makcik mengandung pulak!) makan pulut kuning dengan rendang daging.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kakciknurseroja.blogspot.com/2019/03/makanan-dan-harganya-berbaloi-ke-tidak.html