
Antara menu-menu yang kami oderMemang terlalu banyak pilihan menu-menu menarik untuk di oder di sini. Saya sendiri pun pening dibuatnya. Tapi atas cadangan dari tuan kedai ni, kami pilih yang terbaik dari dapur mereka. Apa yang boleh saya katakan, apa yang kami oder semuanya tidak mengecewakan. Malah lebih dari sangkaan lagi. Apa yang lebih mengejutkan, walaupun makanan yang dioder banyak, kami berempat (4) mampu menghabiskan semua. Alhamdulillah rezeki makan makanan yang sedap kan
Mambo Jumbo Seafood SotoIndomie Mumbo Jumbo Seafood Soto (RM39.90) : Salah satu menu signature Indobowl yang korang wajib rasa. Portion dia agak besar sesuai untuk hidangan 3-5 orang. Macam-mana ada dalam hidangan ni seperti seafood, ayam panggang, telur, meatball dan sebagainya
Nasi Ayam MaduraNasi Ayam Madura (RM12.00) : Nasi putih dihidangkan dengan Grilled Madura style chicken cop bersama dengan kicap manis dan sambal khas. Tambah pula telur mata dan keropok pasti buat korang nak tambah lagi
Nasi Bawang Cili HijauNasi Ayam Bawang Cili Hijau (RM10.90) : Hidangan ini boleh dikatakan signature kepada makanan tradisional Indonesia kerana, hidangan Ayam Cili Hijau cukup popular di sana. Rasanya sedap, rasa bawang dan cili hijaunya memang menyengat. Dihidang pula bersama telur dadar campur taugeh, telur rebus, acar dan keropok. Memang berbaloi-baloi
Indomie Cheesy Chicken ChopIndomie Cheesy Chicken Chop (RM14.90) : Bagi korang yang sukakan makanan berkeju, saya cadangkan korang untuk cuba menu ni. Indomie yang kenyal dihidangkan bersama ayam panggang yang diletakkan sos keju istimewa memang menyelerakan. Rasanya lebih sedap dengan tambahan telur mata dan sayur timun
Indomie salted-egg chickenIndomie Salted-Egg Chicken (RM11.90) : "Salted-Egg" menjadi trend sekarang!! Indomie yang digoreng sempurna bersama telur, sambal dan juga salted egg chicken ni jadi kegilaan ramai. Memang sedap, rasa ayam yang masin-masin cukup rasa, ditambah pulak dengan sambal yang pedas pasti buat korang tambah lagi|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |