Imo Beruk Jepun Yang Membawa Perubahan Kepada Bangsa Nya Dalam Aspek Kebersihan Makanan
Imo adalah anak beruk macaqus yang menghuni Kepulauan Koshima di Lautan Pasifik. Orang Jepun percaya spesis beruk ini cerdik.
Tanpa Imo, kehidupan haiwan ini tidak pernah berubah seperti keadaannya sekarang. Imo yang lahir pada 1956 mengubah hidup hidup 'bangsa'nya menjadi lebih 'disiplin'.
Apa yang dimulakan Imo setengah abad yang lalu menjadi amalan beruk tersebut, iaitu membasuh buah-buahan sebelum memakannya.
Sebelum itu, beruk macaques memakan buah-buahan tanpa mempedulikan kebersihannya. Ia bermula apabila para penyelidik meninggalkan keledek dalam jumlah yang banyak sepanjang pantai Koshima.
Beruk-beruk di situ tidak lagi menghiraukan yang lain selain mengutip keledek tersebut. Pasir-pasir yang melekat pada keledek tidak dihiraukan, sebaliknya dikunyah terus.
Seorang penyelidik kemudian mengambil sebutir keledek, lalu membasuhnya sebelum dimakan. Perbuatan itu diperhatikan oleh salah seekor beruk itu yang kemudian dinamakan Imo.
Tidak berapa lama kemudian, Imo meniru cara itu. Ia membasuh setiap keledek yang dikutip sebelum menyuap ke mulutnya. Akhirnya menjadi ikutan yang lain.
Biologis meletakkan bula bijirin seperti gandum yang direbus dan nasi mengantikan keledek. Berpusu-pusu haiwan itu mengutip butir-butir nasi bercampur pasir lalu satu persatu, membawanya ke laut, dibasuh seperti membasuh keledek sebelum memakannya.
Bagaimanapun Imo datang dengan idea yang cukup hebat. Ia merangkum segenggam pasir bersama bijiran yang bertaburan lalu mencampakkannya ke laut.
Pasir-pasir segera tenggelam meninggalkan nasi memutih di permukaan air. Imo dengan mudah menyauk nasi yang terapung itu menggunakan kedua-dua belah tangannya.
Apa yang dilakukan Imo menjadi ikutan yang lain. Beruk-beruk itu mendapat makanan bersih dengan jumlah yang banyak pula dalam masa singat. Hingga kini amalan yang diperkenalkan Imo terus menjadi pilihan beruk tersebut, menjadikannya haiwan yang menitikberatkan kebersihan makanan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://feedproxy.google.com/~r/krissmerah/~3/6RRqoIyYFWQ/imo-beruk-jepun-yang-membawa-perubahan.html