Makanan Boleh Tahan Sampai Bertahun Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Retort


Makanan Boleh Tahan Sampai Bertahun, Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang “Retort”
Sejak wujudnya platform e-dagang, orang ramai ‘dihidangkan’ dengan pelbagai jenis produk termasuk makanan dan minuman. Hanya di hujung jari, pembelian makanan dalam talian memudahkan pengguna terutama apabila sudah terlalu bosan dengan masakan sendiri.
Kebiasaannya, makanan yang dijual di dalam platform itu akan melalui pelbagai proses bagi memastikan ia lebih tahan lama. Salah satu darinya adalah proses yang dipanggil sebagai retort.
Retort kini menjadi pilihan kebanyakan usahawan kerana makanan yang dijual akan lebih tahan lama dan berada dalam keadaan yang baik ketika sampai ke tangan pembeli.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses ini, ikuti perkongsian Jurutera Simulasi Pakar Aliran Bendalir dan Pemindahan Haba, Dr Aid Fawzal di bawah ini.
Jom kita belajar apa itu retort Saya akan bawa korang faham ke arah STEM nya lah ya
Retort ialah satu proses untuk mensterilkan makanan yang dah dibungkus supaya makanan boleh tahan bertahun tanpa peti sejuk.
Proses ini menggunakan suhu tinggi (melebihi 100°C) dalam tempoh tertentu untuk membunuh semua bakteria dan enzim yang boleh merosakkan makanan.
Retort ni guna untuk makanan apa? Makanan berasid lemah macam daging, sayur, susu, nasi. Bila asid nya lemah, bakteria dan enzim senang hidup. (Sebab tu cara lain untuk simpan/preserve makanan selain retort adalah rendam dalam asid/garam macam buat jeruk tu).
Retort juga guna untuk makanan-makanan lain supaya produk boleh tahan berbulan atau bertahun di suhu bilik.
Proses retort ini digunakan untuk:
• Makanan dalam tin dan pouch.
• Makanan haiwan (pet food).
• Makanan untuk misi ketenteraan dan angkasa.
• Makanan yang jangka hayat panjang tanpa pengawet.
Konsep prosesnya mudah: 1. Makanan siap dibungkus masuk ke dalam kebuk tertutup lalu dikenakan wap panas atau air panas.
2. Suhu dikekalkan pada tempoh tertentu untuk capai tahap steriliti yang diperlukan.
3. Makanan disejukkan dengan terkawal supaya bungkusan tidak rosak
Walaupun prosesnya mudah, tetapi disebabkan ia bermain dengan suhu & tekanan tinggi, kebuk (macam pressure cooker) tu kompleks juga.
Seterusnya, jom kita kenali beberapa kaedah retort yang biasa digunakan:
a) Stim Retort (Wap Panas)
Guna wap tepu untuk panaskan bekas makanan.
Pro: Pemindahan haba sangat cepat, sesuai untuk bekas logam.
Cons: Tak sesuai untuk bekas plastik atau botol PET kerana tekanan tinggi (overpressure)
Contoh produk: Tuna dalam tin.
Kredit: Aid Fawzal b) Water Immersion Retort (Celupan Air Panas)
Produk tenggelam sepenuhnya dalam air panas.
Pro: Lembut pada bungkusan, boleh guna untuk kaca atau plastik.
Cons: Guna banyak air, suhu nail/turun perlahan.
Contoh produk: Makanan bayi dalam botol kaca.
Yg (b) ni macam orang dulu-dulu simpan makanan. Lepas tapau dalam bekas/balang, dia rendam bekas tu dalam periuk & masak dalam air.
Kredit: Aid Fawzal c) Water Spray Retort (Semburan Air Panas)
Air panas disembur ke atas produk dan dikitar semula dengan tekanan terkawal.
Pro: Jimat air, cepat panas, sesuai untuk bungkusan fleksibel.
Cons: Sistem paip dan pam lebih kompleks.
Contoh produk: Rendang Nyet.
BACA JUGA: Khairul Aming Lancar Rendang Nyet Berapi, Sedia “Battle” 70,000 Paket Jumaat Ini d) Steam–Air Retort (Wap + Udara)
Guna campuran wap dan udara jadi produk tak basah (hasil pemeluapan/condensation).
e) Rotary Retort (Putaran)
Makanan siap bungkus bergerak-gerak. Panas sekata sesuai untuk sup yang ada isi dalam tin.
Terakhir
Berkenaan lapisan minyak yang terhasil pada makanan yang Khairul Aming sebutkan tu sebenarnya boleh menjadi bahan penghalang udara, bakteria dan enzim yang boleh rosakkan makanan.
Makanya, selain proses retort, hasil pecah minyak tu sendiri buat produk tersebut boleh tahan lama tanpa perlu letak bahan pengawet tiruan yang kadang-kala ubah rasa makanan.
Korang tau tak, kenapa jurutera juga perlu tahu tentang cara nak proses makanan ni?
Sebab jurutera kena bantu reka mesin proses makanan tersebut. Semburan air, aliran stim/wap, kawalan suhu dan tekanan, semua tu perlu dikira.
Sumber: Aid Fawzal
The post Makanan Boleh Tahan Sampai Bertahun, Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang “Retort” appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/20/makanan-boleh-tahan-sampai-bertahun-ini-yang-anda-perlu-tahu-tentang-retort/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Makanan Boleh Lalu Gajah Kutip Tol

Ada Makanan Boleh Lalu Gajah Kutip Tol

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 190 hits
Ada makanan boleh lalu gajah kutip tol Tangkap layar menunjukkan seekor gajah cuba menghalang beberapa lori untuk mendapatkan makanan NDTV NEW DELHI Pengguna jalan raya di negeri Odisha India mengalami kelewatan selepas kenderaan mereka dih...
Macam Mana Driver Bas Sekolah Boleh Tahan Bau Budak Balik Sekolah

Macam Mana Driver Bas Sekolah Boleh Tahan Bau Budak Balik Sekolah

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 1753 hits
Well salute to the school bus drivers and my babysitter who have to handle this daily along with me and other parent of course I ve been in a deep dive Google spiral lately all because of one very confusing problem my kids body odor Every d...
Janji Dengan Anak Dia Boleh Guna Telefon Waktu Tertentu Je

Janji Dengan Anak Dia Boleh Guna Telefon Waktu Tertentu Je

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 222 hits
SUBANG JAYA Berwaspada dengan penggunaan gajet penyanyi dan penyanyi Erra Fazira hanya memberikan akses penuh telefon bimbit kepada anaknya Engku Aleesya selepas berusia 16 tahun dengan syarat tertentu Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan C...
Lawan Dia Saja Boleh Cakap Ikut Sukaa Orang Lain Tak Boleh Apa Yang Dia Cakap Selama Ini Pun Banyak Juga Yang Tak Betul

Lawan Dia Saja Boleh Cakap Ikut Sukaa Orang Lain Tak Boleh Apa Yang Dia Cakap Selama Ini Pun Banyak Juga Yang Tak Betul

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 254 hits
Naib Ketua AMK terima LOD RM1 juta dari FadhliSITI NUR ZAWANIAugust 6 2025Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Nabil Halimi mendedahkan beliau telah pun menerima surat tuntutan daripada Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari Ketua Peneran...
Google Gemini Kini Boleh Hasilkan Buku Cerita

Google Gemini Kini Boleh Hasilkan Buku Cerita

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 279 hits
Google kini memperkenalkan ciri baharu dalam aplikasi Gemini yang membolehkan pengguna menghasilkan buku cerita lengkap dengan ilustrasi dan audio pencerita Dengan hanya menaip arahan ringkas atau ringkasan cerita yang diinginkan Gemini aka...
Boleh Ke Jika Kita Ambil Aspirin Glycide Selepas Makan Dan Jaga Pemakanan Tanpa Perlu Ambil Pantaprazole

Boleh Ke Jika Kita Ambil Aspirin Glycide Selepas Makan Dan Jaga Pemakanan Tanpa Perlu Ambil Pantaprazole

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 736 hits
BOLEH KE JIKA KITA AMBIL ASPIRIN GLYCIDE SELEPAS MAKAN DAN JAGA PEMAKANAN TANPA PERLU AMBIL PANTAPRAZOLE Jom dapatkan info bermanfaat mengenai kesihatan dan ubat ubatan di Dr Zubaidi Hj Ahmad Ya dalam kes tertentu adalah MUNGKIN untuk tidak...
Apa Maksud Kanser Tiroid Sembuh Dan Mengapa Ia Boleh Berulang

Apa Maksud Kanser Tiroid Sembuh Dan Mengapa Ia Boleh Berulang

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 234 hits
Apabila seseorang didiagnosis dengan kanser tiroid harapan untuk sembuh selalunya tinggi kerana secara umum kanser tiroid adalah antara jenis kanser yang mempunyai kadar survival yang baik terutama jenis papillary dan follicular Ramai pesak...
Takaful Malaysia Catat Prestasi Berdaya Tahan Dengan Pendapatan Rm1 85 Bilion

Takaful Malaysia Catat Prestasi Berdaya Tahan Dengan Pendapatan Rm1 85 Bilion

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 655 hits
PETALING JAYA Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad mencatatkan prestasi berdaya tahan dengan pendapatan meningkat sebanyak sembilan peratus kepada RM1 85 bilion bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2025 Peningkatan ...
Resepi Sambal Belacan Sedap Dan Tahan Lama

Resepi Sambal Belacan Sedap Dan Tahan Lama

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 1272 hits
It s a familiar story isn t it That moment when you look in the mirror and realize those few extra kilos have decided to stick around My colleague keeps sending me these videos about lalap platters swearing they re the secret to shedding we...
Ceo Petronas Mandi Champagne

Printing Kotak Packaging Premium Sesuai Untuk Produk Anda Tak Kira Besar Atau Kecil

Petua Dulu Dulu Orang Lelaki Kekal Bertenaga Dari Pagi Sampai Malam

Nabila Maharani Titian Tak Bertepi Chord

Cara Lembutkan Ikan Beku Dengan Garam Dan Cuka Petua Cepat Berkesan

Ingat Sikit Dekat Batu Nisan

Kepentingan Pengeluaran Silaj Tempatan Rumput Napier Sebagai Kunci Kelestarian Industri Ternakan

Pagi Yang Tak Disangka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wanita Dijangkiti Parasit Selepas Percaya Petua Lama Untuk Hilangkan Sakit Belakang

M Daud Kilau Salam Kasihku Chord

Tng Ewallet Explains How To Use Budi95 With One App At All Stations

Belalu Dome Villa Pablo Luna Studio Ubud Bali Indonesia

Wet Spell Warning Heavy Rain To Lash Kelantan Terengganu Pahang First Then Johor Sabah Sarawak In Nov March Monsoon

New Contractor To Be Appointed For Delayed Pulau Mabul Base By Oct 16 Home Ministry