Takaful Malaysia Catat Prestasi Berdaya Tahan Dengan Pendapatan Rm1 85 Bilion




PETALING JAYA – Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatatkan prestasi berdaya tahan dengan pendapatan meningkat sebanyak sembilan peratus kepada RM1.85 bilion bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2025.
Peningkatan sembilan peratus adalah bersamaan RM159.2 juta daripada RM1.69 bilion bagi tempoh sama tahun lalu, yang mana pertumbuhan ini didorong oleh momentum kukuh dalam segmen takaful keluarga serta peningkatan berterusan perniagaan kredit.
Bagi separuh pertama tahun kewangan 2025, Takaful Malaysia juga mencatatkan keuntungan sebelum zakat dan cukai sebanyak RM287.0 juta, lebih tinggi sedikit berbanding RM286.9 juta dilaporkan bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal berkata, pencapaian konsisten itu adalah dalam persekitaran pasaran yang mencabar dan kompetitif, mencerminkan kekuatan inisiatif strategik kami.
“Kami kekal fokus terhadap pertumbuhan mampan, meningkatkan nilai untuk pelanggan, dan mengukuhkan kedudukan kami dalam industri takaful,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, perniagaan takaful keluarga menjana pendapatan sebanyak RM1.09 bilion bagi separuh pertama tahun 2025, meningkat 18 peratus berbanding RM929.2 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Katanya, peningkatan ini didorong oleh jumlah caruman lebih tinggi untuk perlindungan takaful sebanyak RM92.0 juta dan pelepasan caruman lebih tinggi sebanyak RM49.2 juta.
Nor Azman berkata, perniagaan takaful am pula melaporkan pendapatan sebanyak RM694.6 juta, sedikit rendah berbanding RM716.7 juta pada tahun 2024, berikutan sumbangan lebih rendah daripada segmen takaful kebakaran.
“Prestasi kami dipacu oleh portfolio teras merangkumi bank takaful, perbendaharaan, faedah pekerja dan takaful am.
“Permintaan konsisten, tahap kesedaran semakin tinggi terhadap perlindungan kewangan, serta peningkatan penggunaan digital telah membantu kami menangani kesan cabaran pasaran,” ujarnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, ,’Kaotim’, platform dan jenama digital kumpulan tersebut terus mencatat keputusan positif dan memperluaskan capaian dengan menawarkan pelan perlindungan dalam talian yang mampu milik.
“Kami sedang mempergiatkan usaha dalam segmen runcit dengan menyediakan akses lebih luas kepada penyelesaian perlindungan patuh syariah menyeluruh serta berdaya saing,” katanya.
Sementara itu, Nor Azman berkata, Takaful Malaysia komited untuk memperkukuh agenda kelestariannya dengan memberi tumpuan kepada keutamaan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
Katanya, antara inisiatif dilaksanakan termasuk mempertingkat daya ketahanan terhadap risiko iklim, mengamalkan pendekatan mesra alam dalam setiap aspek operasi, menggalakkan pelaburan beretika dan bertanggungjawab serta memperkasa komuniti melalui pelaksanaan program pembangunan inklusif.
“Berlandaskan teras perniagaan kami yang kukuh, kami berada pada kedudukan stabil untuk mengharungi baki tahun ini dengan prestasi memberangsangkan.
“Inovasi berteraskan pelanggan, pemerkasaan digital dan integrasi ESG akan terus menjadi tonggak strategi kami, sekali gus menyampaikan nilai jangka panjang kepada pihak berkepentingan di samping menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi Malaysia serta pemeliharaan alam sekitar,” katanya. – KOSMO! ONLINE




Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/22/takaful-malaysia-catat-prestasi-berdaya-tahan-dengan-pendapatan-rm1-85-bilion/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Petronas Chemicals Catat Kerugian Bersih Rm1 08 Bilion Pada Suku Kedua

Petronas Chemicals Catat Kerugian Bersih Rm1 08 Bilion Pada Suku Kedua

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 564 hits
Petronas Chemicals Catat Kerugian Bersih RM1 08 Bilion Pada Suku Kedua KUALA LUMPUR 13 Ogos Petronas Chemicals Group Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM1 08 bilion pada suku kedua yang berakhir 30 Jun 2025 daripada keuntungan bersih...
Pemancing Malaysia Catat Rekod Dunia Berjaya Tangkap Ikan Tapah Lebih 8kg

Pemancing Malaysia Catat Rekod Dunia Berjaya Tangkap Ikan Tapah Lebih 8kg

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 957 hits
Pemancing Malaysia Catat Rekod Dunia Berjaya Tangkap Ikan Tapah Lebih 8kg Pemancing dari Malaysia Khir Firdaus telah berjaya mencatat rekod dunia apabila berjaya menangkap spesies ikan tapah seberat 8 16 kilogram Menerusi Facebook miliknya ...
Rasuah Polis Pahang Siasat Pegawai Anggota Yang Di Tahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Rasuah Polis Pahang Siasat Pegawai Anggota Yang Di Tahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 370 hits
KUANTAN Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard akan melakukan siasatan dalaman terhadap sembilan pegawai dan anggota polis di dua daerah di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana disyaki terbabit dengan kegiatan ...
L Or Al Rai 30 Tahun Di Malaysia Sumbang Rm13 6 Bilion Kepada Industri Kecantikan

L Or Al Rai 30 Tahun Di Malaysia Sumbang Rm13 6 Bilion Kepada Industri Kecantikan

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 1543 hits
L Or al Groupe meraikan ulang tahun ke 30 di Malaysia menandakan tiga dekad membawa inovasi kecantikan kepada pengguna tempatan Dari penjagaan kulit yang revolusioner penjagaan rambut solekan ikonik hinggalah kecantikan peribadi berasaskan ...
1mdb Jpmorgan Chase Akan Bayar Penyelesaian Rm1 4 Bilion Kepada Kerajaan Mof

1mdb Jpmorgan Chase Akan Bayar Penyelesaian Rm1 4 Bilion Kepada Kerajaan Mof

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 402 hits
KUALA LUMPUR 22 Ogos Kerajaan dan JPMorgan Chase telah menyelesaikan semua perkara berkaitan 1Malaysia Development Bhd dengan bank Amerika itu akan membayar RM1 4 bilion kepada Akaun Amanah Pemulihan Aset Malaysia kata Kementerian Kewangan ...
Rm1 12 Bilion Kerugian Akibat Penipuan Dalam Talian Kdn

Rm1 12 Bilion Kerugian Akibat Penipuan Dalam Talian Kdn

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 239 hits
Jumlah kerugian kewangan akibat jenayah penipuan dalam talian di Malaysia mencecah RM1 12 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini Kementerian Dalam Negeri berkata bagi mengekang jenayah itu kerajaan telah memperkukuh peranan
Purrever Healthy Royal Canin Launches Its First Event In Malaysia At Sunway Pyramid

Purrever Healthy Royal Canin Launches Its First Event In Malaysia At Sunway Pyramid

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 1303 hits
Hi Everyone Pet lovers mark your calendars Royal Canin Malaysia is thrilled to announce the launch of its first ever public event Purrever Healthy taking place from Thursday 7 August to Sunday 10 August 2025 at the Orange Concourse Sunway P...
Sabah Electricity Worker Swept Away In Flood

Banjir Di Perak Pulih Lebih 3 000 Mangsa Terjejas Di Sabah Kelantan

Macc Adopting Ai Digital Systems To Boost Anti Graft Efforts

Ciapan Lama Amira Othman Ucap Tahniah Buat Fattah Amin Kembali Tular Memang Dah Crush Lama La Ni

Sabah Floods Branded Man Made Disaster Of Systemic Negligence

Kolaborasi Ikonik Buatan Malaysia Secret Recipe X Zus Coffee

The Wonders Of Watermelon Fruit

Kakitangan Sabah Electricity Dihanyut Arus Deras Ketika Lintas Jambatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuti Sekolah Dah Bermula

Easy Beef Thick Rib Joint Recipe

Ceramah Kerja Sebagai Satu Ibadah

Throwback Hadiah Birthday 2025

Click To Customize Cncpt Moto S Harley Pan America And Sportster S Kits

Reaksi Tok Ram Bila Datin Alyah Buat Kejutan Menyanyi Di Pentas Video