Makan Di Warung Pak Mus Aktiviti Cuti Maulidurrasul


 Assalamualaikum...
SEMEMANGNYA Sk telah menetapkan syarat, pada setiap kali hari cuti am, Sk tak akan memasak bagi setiap waktu makan. Maksudnya, mungkin Sk hanya akan masak sarapan jer, yang lain-lain kena fikirkan alternatifnya. Malah, malam sebelum bercuti biasanya Sk dah tak ada mood nak memasak. Memasak tu bererti kena siapkan bahan sampai cuci dapur dan sinki, jadi memang tak ada keinginan nak buat semua itu. Sinki dapur pun malas nak tengok masa ni, huhuhuhu. Sebab itu rasa seronok sangat kalau ada public holiday yang jatuh pada hari bekerja atau pada hari cuti rehat sebab dapat cuti ganti. Kalau hari cuti jatuh pada sehari sebelum cuti rehat atau sehari lepas cuti rehat pun yabedabedu jugak sebab ia bererti long weekend bagi Sk walaupun hakikatnya banyak kerja rumah yang menunggu tapi lantak pi situ, sekarang tak mahu dah stress buat kerja rumah, kita enjoy jer, janji perut kenyang dan rumah tak macam tongkang pecah, sudah, hahaha.

Disebabkan esok hari cuti sempena Maulidurrasul, malam tu kami makan di luar. Pilihan kami, Restoran Senoko Seafood, Stulang. Kalau nak makan masakan Thailand dengan harga ekonomi, inilah pilihan kami sekarang. Kali ni Sk cuma ambil gambar Siakap Tiga Rasa ni jer, yang lain, tak sempat ambil gambarnya, hahaha. Nampak tak potongan cili padi yang berwarna-warni tu, phewwwwww


Lepas makan di Senoko, kami ke Iskandar Puteri sebab Iman nak siapkan bahan bagi assignment. Kena ambil gambar dari jarak paling jauh hingga jarak paling dekat. Contohnya, kita tangkap gambar semut atas batu, jadi kita ambil gambar batu tu dari beberapa jarak.. dari tak nampak semut sampailah nampak semut, hahaha, gituuuu. Lepas ambil gambar, kami ke Mekdi Medini mengopi. Iman makan Blueberry Cream Cheese Pie dan  Sea Salt Mc Flurry, flavor baru di McD


Pak Inche order Latte Ais tapi dapat Hot Latte, hahaha. Kami orang malas nak tolong tukarkan, jadi kami nasihat, orang tua memang kena minum ayaq hangat malam-malam nih 😝Sk minum Hazelnut Latte dan Pie Apple. Susah nak dapat pie apple Mekdi sekarang, selalu tak ada stock


Esok paginya, walaupun jauh di sudut hati nak ajak mereka sarapan di Mamak Palace 😉 tapi Sk gagahkan juga buat Telur Separuh Masak dan Sandwich Sardine. Kalau buat sandwich ni, Sk cuma akan buat intinya aje, masing-masing letak sendiri inti di roti masing-masing ikut citarasa
 Dalam pukul 2, barulah kami keluar makan di August Cafe sebelum beli barang dapur di NSK Sunway Bigbox


Balik dari NSK, Pak Inche kata lapar.. dah lama tak ngeteh di Warung Pak Mus. apalagi, ting! Terus terbayang Mee Goreng Daging Warung Pak Mus, hahaha. Oh, ini gambar Nasi Goreng Daging untuk Pak Inche


Sup Ayam untuk Pak Inche jugak tapi Sk tukang perabih sebab..


Pak Inche order jugak Roti Canai.. huh.. macam bela saka
Dalam gambar ni Roti Bom untuk Iman


Haaa.. nilah Mee Goreng Daging untuk Sk. Sk memang peminat mee goreng dari kecik sampai tua. Sk tak pernah lupa, masa sekolah rendah dulu nampak kawan sekelas suap mee goreng kantin masuk mulut tapi masa tu hanya mampu tengok aje..


Cik Ani whatsapp nak tak makan di Che Airyne Palace malam tu. Eh, boleh jer.. rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Cik Ani masak nasi lemak dengan sambal daging dan telur rebus. Ada juga ketupat palas yang dibuat kakak ipar Cik Ani dan laksa lemak masakan Che Li


Pinggan Sk. Hurmmm.. dari pagi sampai malam melantak macam-macam. Manalah tak... (sila sambung sendiri)

Sebelum ke rumah Cik Ani, kami singgah ke Pak Sheikh Murtabak Cheese yang kedainya baharu sahaja dibuka di dalam kawasan perumahan taman Sk. Boleh tahan sedaplah murtabaknya, tidak mengecewakan


Che Airyne Zulaikha dan babah yang suka menyakat
Tenkiu Jaika jemput bonda datang rumah... nyum nyum..





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2020/11/makan-di-warung-pak-mus-aktiviti-cuti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maulid Nabi Bagi Pemilik Nama Muhammad Dan Ahmad Boleh Makan Soto Gratis Di Warung Ini Buruan

Maulid Nabi Bagi Pemilik Nama Muhammad Dan Ahmad Boleh Makan Soto Gratis Di Warung Ini Buruan

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 543 hits
Berbagai cara dilakukan pemilik usaha untuk menarik minat pelanggannya salah satunya seperti yang dilakukan pemilik warung ini Nah bagi pemilik nama Muhammad dan Ahmad mendapat perlakuan istimewa dari Soto Seger Boyolali HJ Amanah Warung So...
Makan Di Warung Sampai Pakai Jam Tangan Murah Ini 6 Sosok Orang Kaya Beneran Tapi Nggak Lebay

Makan Di Warung Sampai Pakai Jam Tangan Murah Ini 6 Sosok Orang Kaya Beneran Tapi Nggak Lebay

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 403 hits
Ternyata orang orang sukses dan kaya beneran makannya malah di warung dan rela antre sendirian Nggak wajib makan di mal yhaa
Makan Lagi Di Warung Santan And Sambal

Makan Lagi Di Warung Santan And Sambal

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 471 hits
Assalamualaikum SECARA jujurnya setiap kali SK singgah makan makan di mana mana jarang sekali Sk mengaku yang diri SK ni blogger Satu kepuasan rasanya bila kita sendiri dapat menterjemahkan pengalaman kita menikmati hidangan yang kita bayar...
Makan Di Restoran Lapan Kati

Makan Di Restoran Lapan Kati

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 546 hits
Assalamualaikum SEJAK dulu Pak Inche memang sangat suka makan di Seafood Restaurant Tak boleh didengar kat mana mana ada masakan seafood yang sedap mesti dia nak pergi Malah dulu kami sering ke Pantai Timur semata mata hendak mencari masaka...
Makan Tengahari Di Asam Pedas House Uda Business Centre

Makan Tengahari Di Asam Pedas House Uda Business Centre

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 391 hits
Makan Tengahari di Asam Pedas House UDA Business Centre Cerita selepas 3rd follow up check up Ilham Syahid minggu lepas Perut dah lapar berkeroncong maklumlah tak sarapan pagi tu Ummi malas nak sarapan beriya sebab hanya ibu yang dibenarkan...
9 Sekeluarga Maut Selepas Makan Mee Homemade Yang Disimpan Lama Dalam Peti Sejuk

9 Sekeluarga Maut Selepas Makan Mee Homemade Yang Disimpan Lama Dalam Peti Sejuk

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 466 hits
Sembilan ahli keluarga dilaporkan meninggal dunia selepas makan mi homemade yang disimpan dalam peti sejuk selama setahun Kesemua mangsa mengalami keracunan selepas memakan mi suantangzi makanan tempatan China pada 5 Oktober lalu Tujuh mang...
Makan Buah Terdahulu Sebelum Makan Makanan Lain

Makan Buah Terdahulu Sebelum Makan Makanan Lain

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 291 hits
MAKAN BUAH TERDAHULU SEBELUM MAKAN MAKANAN LAIN Dalam satu ayat al Quran ada menyebut buah buahan terlebih dahulu sebelum daging dalam rujukan keadaan luar biasa yang berlaku pada orang yang beriman apabila dihidangkan makanan dalam syurga ...
Afif Dakwa Saifuddin Makan Gaji Buta

Afif Dakwa Saifuddin Makan Gaji Buta

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 449 hits
Sesi persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang 16 Oktober lalu kecoh hampir 10 minit dengan pertikaman lidah beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri berhubung isu ketidakhadiran Adun Pantai Jerejak more Adun Zulkifli Ibrahim telah bangun b...
Roti Bakar 3 Bahan Ala Ala Old Town Coffee Makan Panas Panas Terangkat

Roti Bakar 3 Bahan Ala Ala Old Town Coffee Makan Panas Panas Terangkat

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 484 hits
Jika anda penggemar roti menikmati roti bakar di Old Town White Coffee pastinya terasa cukup nikmat Apa lagi kala digabungkan bersama secawan kopi panas Pastinya roti yang dihidangkan tak cukup dimakan hanya satu keping Tak perlu makan di O...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities