Makan Lagi Di Warung Santan And Sambal


 Assalamualaikum...
SECARA jujurnya, setiap kali SK singgah makan-makan di mana-mana, jarang sekali Sk mengaku yang diri SK ni blogger. Satu kepuasan rasanya bila kita sendiri dapat menterjemahkan pengalaman kita menikmati hidangan yang kita bayar sendiri dalam blog. Walaupun begitu, Sk terima juga undangan makan dari mana-mana bos restoran atau hotel yang meminta Sk review produk atau sebarang promosi yang dijalankan.. insyaAllah.
Sedap itu subjektif, orang kata, rezeki kitalah kalau dapat makanan yang sedap sebab Allah swt yang bagi rasa sedap dan nikmat lidah kita rasa sedap. Sk ni pulak jenis yang tekaknya tidaklah cerewet, kalau sebut apa jenis makanan pun semuanya favourite. Nampak orang post masak lemak.. kecur, post asam pedas.. kecur, post aglio olio.. kecur.. haishhh.. inilah dia pencinta makanan, hahaha. Kalau sedap, kita cerita dekat orang, kalau tak sedap... sendiri mahu ingat 😛 Ada orang kata, berdosa cakap makanan tak sedap, tapi bagi Sk, kalau makanan tak sedap, itu salah tukang masaklah jual makanan tak sedap, huhu. Lainlah kalau kita beli buah berulat di dalam, itu tukang jual pun mungkin tak tahu buahnya berulat di dalam.
Di sini, dari sudut hati yang paling dalam, chewahh! Sk nak ucapkan terima kasih kepada semua silent reader blog Alam Sari ni yang sudi mencuba mana-mana tempat makan yang Sk review dalam blog Sk ni. Yang mana tak dapat nak mencuba atas faktor jarak pun, terima kasih juga kerana sudi membaca blog SK dan menaikkan rating pageview Alam Sari ini, Alhamdulillah, setiap tetamu membawa rezeki, semoga Allah swt akan memberikan balasan yang lebih baik buat anda.

Cerita pasal makan, sekali lagi kami ke Warung Santan And Sambal yang pernah Sk ceritakan sebelum ini. Kalau sebelum ini Sk cuma datang berdua dengan Iman, kali ni kita ajak Pak Inche sekali. Jangan terkejut ya, namanya sahaja Santan dan Sambal yang menggambarkan tentang local food tapi demi memenuhi permintaan ramai, anda kini boleh menikmati hidangan Itali dan Korea di restoran ini.

Pilihan Sk dan Iman malam tu, tentulah pasta. Tak silap Sk ada dua menu pasta iaitu Aglio Olio Pasta dan satu lagi tu, tergeliat oi lidah Sk nak menyebutnya tapi kalau baca nama panjangnya macam Spaghetti Bolognese.. alaa.. yang selalu Sk masak tu.. haha. Sejujurnya, Sk jaranglah nak order Spaghetti Bolognese bila makan di luar sebab Sk selalu masak sendiri, kan, tapi disebabkan Iman kata, dia nak Aglio Olio tu.. maka terpaksalah Sk pilih bolognese pasta. Haaa.. memang sedaplah sos bolognese dia nak bandingkan dengan Sk punya, Sk punya sedap juga. Tapi, Sk  kan ngelat, selalu guna sos prego kan, ada rasa masam yang ni langsung tak ada rasa masam tapi fresh rasa daging.

Tagliatelle Meatball Bolognese with Promodoro Bruschetta... hamek kau nama dia, hehehe. Siap tanya dengan chef lagi, macam mana nak sebut.. hehe. Menurut chef, tagliatelle tu maksudnya pasta yang lebar dan panjang, macam kuey teow tu. Memang lebar pastanya, bukan fettucine tau, kalau fettucine diameternya lebih kecil, yang ni lagi lebar dari kuey teow. Lupa pulak nak tanya, chef buat sendiri ke pasta ni, sebab Sk jarang jumpa pasta lebar macam ni di pasaraya. Dan selama ni Sk ingatkan sos bolognese makan dengan spaghetti pasta jer

Tu satu, nak makan pasta ni pun ada tertibnya. Kena makan dulu starter iaitu Promodoro Bruschetta yang disertakan sekali dalam pinggan pasta ni. Sk bagi satu pada Pak Inche, aisehmannnn.. sampai sekarang dia tak habis cerita pasal bruschetta ni, tau. Pak Inche kata, dalam banyak-banyak, inilah yang bruschetta terbaik, jumpa orang sana sini dia rekomen suruh makan bruschetta kat sini, hihi


Laici Mojito... tangan ke mana, mata ke mana, takut nau nau orang ambil laici dia tu, haha. Oh ya, Pak Inche ni agak kurang dengan pasta, pelik.. padahal dulu dialah yang ajar Sk cara masak pasta terutama sos bolognese tu. 

Pilihan Pak Inche kita, Nasi Putih Rendang Ayam yang sedap ala nogori
Set ini datang bersama telur dadar dan sayur kubis goreng. Kalau anda memang jenis makan nasi, tentu anda suka sebab ada pelbagai jenis lauk yang boleh anda pilih di sini seperti ayam masak merah, daging masak hitam dan tomyum santan. Oh, ya.. untuk anak-anak yang sukakan makanan Korea, Ramen pun ada tau, siap hidang dalam periuk comel lagi, berasap-asap Sk nampak masa dihantar ke meja orang sebelah


Mozarella Chicken Cheese with Aglio Olio PastaTak tahu apa yang menarik minat Iman sebab dia jarang la sebenarnya nak makan aglio olio. Sk syak, dia tertarik dengan Mozarellah tu laaa.. sebab dia hantu cheese, kahhhhh
Aglio Olio tu memang ori ya, tak ada apa rencah tapi tetap sedap, datang bersama sauteed vege, ada kentang putar yang dicalit macam plating dalam Masterchef. Hero dia kat sini, ayam goreng tu... kenapa sedap sangat??

Mehlah makan sini.. SK rekomennnn

Warung Santan dan SambalTaman Pulai Perdana 2, Kangkar Pulai, Johor(dekat dengan Dominos)
Telefon : 0182342468
Tutup Jumaat

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2020/10/makan-lagi-di-warung-santan-and-sambal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maulid Nabi Bagi Pemilik Nama Muhammad Dan Ahmad Boleh Makan Soto Gratis Di Warung Ini Buruan

Maulid Nabi Bagi Pemilik Nama Muhammad Dan Ahmad Boleh Makan Soto Gratis Di Warung Ini Buruan

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 532 hits
Berbagai cara dilakukan pemilik usaha untuk menarik minat pelanggannya salah satunya seperti yang dilakukan pemilik warung ini Nah bagi pemilik nama Muhammad dan Ahmad mendapat perlakuan istimewa dari Soto Seger Boyolali HJ Amanah Warung So...
Makan Di Warung Sampai Pakai Jam Tangan Murah Ini 6 Sosok Orang Kaya Beneran Tapi Nggak Lebay

Makan Di Warung Sampai Pakai Jam Tangan Murah Ini 6 Sosok Orang Kaya Beneran Tapi Nggak Lebay

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 396 hits
Ternyata orang orang sukses dan kaya beneran makannya malah di warung dan rela antre sendirian Nggak wajib makan di mal yhaa
Makan Petang

Makan Petang

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 662 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Petang tadi lapar perut KK ni malas nak pergi cari makan bila tengok dapur ini saja yang ada jadi kita masak sajalahMujur ada samyang keju lebih masa di Janda Baik tempoh hari KK habiskan makan dengan a...
Tidak Pernah Hadir Sidang Dunpulaupinang Dr Afif Dakwa Saifuddin Nasution Makan Gaji Buta

Tidak Pernah Hadir Sidang Dunpulaupinang Dr Afif Dakwa Saifuddin Nasution Makan Gaji Buta

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 323 hits
nbsp Sesi persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini kecoh hampir 10 minit dengan pertikaman lidah beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri berhubung isu ketidakhadiran Adun Pantai Jerejak Adun Zulkifli Ibrahim
Roti Sosej Cheese Kukus Sempoi Sekali Anak Makan Tak Cukup Satu

Roti Sosej Cheese Kukus Sempoi Sekali Anak Makan Tak Cukup Satu

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 681 hits
Menu simple dan mudah sangat nak buatnya Yang pasti hasilnya terbaik Kalau rasa tak ada idea untuk buat sarapan pagi atau minum petang roti sosej kukus pilihan yang patut ibu cuba Boleh disediakan untuk anak anak dalam pelbagai versi ikut p...
Tempat Makan Sedap Di Johor

Tempat Makan Sedap Di Johor

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 464 hits
Apabila kita bercerita tentang Tempat makan Sedap di Johor Munkin ada yang berkata Makan untuk hidup atau hidup untuk makan satu perkataan yang punyai makna berbeza Tetapi yang penting nya apa bila sudah cukup masanya perut kita akan memint...
Peniaga Nak Cari Makan Ko Kompaun Sampai Rm3 000 Langgar Sop 2 Orang Dalam Kereta Peniaga Gerai Nasi Ayam Dikompaun

Peniaga Nak Cari Makan Ko Kompaun Sampai Rm3 000 Langgar Sop 2 Orang Dalam Kereta Peniaga Gerai Nasi Ayam Dikompaun

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 895 hits
Sebuah gerai nasi ayam yang popular di USJ4 Subang Jaya berkemungkinan terpaksa ditutup setiap kali kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Ini kerana prosedur operasi standard yang dikenakan bagi PKPB menetapkan hanya d...
Yang Makan Gaji Dengan Kais Pagi Makan Pagi Siri 4

Yang Makan Gaji Dengan Kais Pagi Makan Pagi Siri 4

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 248 hits
Bukan kita memandang ringan tetapi kita mahu KKM jelaskan mengenai kondisi pesakit Ada pandangan mengatakan walaupun Singapura jumlah pesakit 6 kali ganda daripada Malaysia dgn jumlah penduduk 5 8 juta sahaja tetapi mereka dianggap terbaik ...
Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Curang Itu Pilihan Tapiiii


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Make Your Business Standout

Cekodok Pisang Comel

Indonesian Architects Week In Kuala Lumpur 2024

Amira Syahira Ragam Melayu Chord

Cara Buat Black Garlic Secara Homemade

Kisah Seram Hostel