Makan Di Restoran Lapan Kati
Assalamualaikum...
SEJAK dulu.. Pak Inche memang sangat suka makan di Seafood Restaurant. Tak boleh didengar kat mana-mana ada masakan seafood yang sedap, mesti dia nak pergi. Malah, dulu kami sering ke Pantai Timur semata-mata hendak mencari masakan seafood yang terbaik. Kalau di Pantai Barat, kami akan ke Melaka untuk menikmati hidangan ikan bakar. Sanggup sewa hotel demi melayan keinginan anak tekak. Kadang-kadang, kawan sepejabat Pak Inche akan rekomen jika tahu di mana-mana ada restoran menghidangkan masakan laut yang dikatakan sedap. Kenapa Sk gunakan ayat, 'dikatakan' tu? Sebab sedap itu subjektif, bukan semua makanan yang kita rasa sedap, orang lain yang makan akan kata sedap. Lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang pandai masak, tentu dia akan cakap, dia masak lagi sedap dari restoran tu masak, haha. Orang yang tak berapa pandai masak macam SK ni, biasanya sedap saja asalkan tak tawar dan tak terlalu masin, gituuuu.
Jadi, dulu dulu dulu, masa tu Iman kecik-kecik lagi, kami dicadangkan untuk mencuba seafood di Restoran Lapan Kati. Duluuuuu tu, Restoran Lapan Kati terletak di hadapan jalan besar Bandar Indahpura. Rasanya AEON Kulai masa tu belum dibina lagi, pun. Maka, dengan semangat yang berkobar-kobar kami pun pergi dan bagi kami biasa-biasa sahaja. Kami lebih suka makan seafood di Restoran Yeo Sekeluarga, Gelang Patah. Sekali jer kami makan di Lapan Kati tu. Walaupun begitu, setiap kali pergi atau melalui jalan di situ, kami tercari-cari jugak kenapa dah tak nampak lagi RLK tu, pindah ke.. kalau pindah ke mana.. yelah, mana tahukan, RLK dah sedap sebab kami masih dengar orang viralkan pasal RLK ni.. maknanya masih wujud la kan. Tapi, taklah beriya kami mencari, macam... ada okey, tak ada pun okey.
Masa JJCM nak cari kopitiam sedap di Kulai dan tersinggah makan di Third Junction Cafe baru-baru nilah kami jumpa balik RLK tu. Punyalah happy Pak Inche nampak restoran tu, dia terus nak singgah masa tu jugak tapi Sk dan Iman nak jugak makan di TJC, dua lawan satu kan, jadi kami dah janji lain kali la makan di RLK ni. Haaa.. nampak tak punya panjang sejarah nak makan balik di RLK ni, lagi panjang sejarah, kami tak plan nak datang makan sini tapi sebab hari tu sepatutnya kami nak makan di satu tempat tu tapi tak jadi, lalu memang dah rezeki, kami semua makan di RLK ni.
Eh, apa yang kau merepek ni Sk???
Haaaaa... macam jejak kasih bila jumpa balik RLK ni. Dulu tak suka, tapi masa datang ni rasa sedap sangat pulak. Yang kelakar, masa datang ni tak plan pun. Tak plan satu hal, datang pakai t-shirt dengan seluar tidur, hahahaha.. adehhhh.. Ambil gambar sekali arung terus.. Pak Inche kata lama tak makan Siakap Stim Hong Kong. Lepas tu Baby Squid Goreng Madu pun dah lama tak ada kat Restoran Yeo kan, dekat sini sedap sangat baby squid tu. Sotong Telur Masin dan Chicken Lemon tentulah wajib begitu juga sayur baby kailan. Dekat sini kami cuba masakan Bean Curd Japanese, sedappp
Tak boleh blah, lima hari kemudian kami datang lagi, huhuhu. Sekali lagi pesan Hot Plate Beancurd Japanese ni. Memang sedap walaupun ada rasa masam sikit tapi dia tak muak tau
Sotong Telur Masin lagi. Kat sini, sotong tu dia potong empat segi bukan ring macam kebanyakan yang biasa Sk makan. Sk rasa RLK ni guna sotong katak yang isi tebal tu, memang sedap
Pergi kali kedua ni, Sk dan Pak Inche makan Mee Hoon Hailam. Iman jer makan nasi. Sedap mee hailamnya tu, kuahnya taklah pekat likat dengan tepung jagung
Sayur favourite Pak Inche, Kangkung Belacan. Fresh betul warna dia tukan, selalukan, kangkung akan lebam bila digoreng. Dah rasanya pun sedap sangat
Shark Fin Soup, banyak betul isinya, bukan soup jer yang banyak. Memang terasa puas la menghirup shark fin soup kat sini
Haaa... ni pulak cerita malam tadi. Patutnya dah plan nak makan di rumah tapi Iman kata nak makan kat Lapan Kati. Bapaknya pulak, bila dengar Lapan Kati memang sama naik la. Selalu jer dia ajak Sk pergi RLK ni cuma Sk jer yang malas sebab setiap kali datang sini mesti kena jadi Tong Sam Pah.. huhu
Semalam jer ambil tujuh lauk, sampai berkali-kali akak yang ambil order tu sebut, dah tujuh ni, dah tujuh ni, hahaha. Tapi semalam tak ambil ikan la, Japanese Bean Curd tu memang dah jatuh hukum wajib, baby kailan, chicken lemon, sotong madu. Menu baru dicuba semalam, daging halia yang marvelous serta broccoli mushroom. Kalau selalu ambil sotong telur masin semalam buat udang telur masin pulak... tapi macam masin sangat pulak semalam, apapun syukur.. jimat tenaga Sk semalam, makin membesar sebagai johanlah nampaknya
Erkkkk
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2020/10/makan-di-restoran-lapan-kati.html