Makan Di Warung Boyan


 Assalamualaikum...

BILA Iman beritahu, lalu di FYP Tik Tok akaunnya, tentang Warung Boyan yang telah membuka restoran (cawangan baharu) di deretan kedai berhampiran Restoran Kacang Pool Haji, terus rasa teruja hendak pergi. Warung Boyan atau juga dikenali sebagai Bakso Kubur Cina memang agak dikenali di kalangan warga JB kerana menawarkan menu Indonesian Cuisine yang dikatakan sangat sedap. 

Beberapa tahun lalu, kami tiga beranak kononnya hendaklah rasa sendiri keenakan hidangannya,
tetapi sebaik sahaja sampai ke lokasi yang dibawa gps (zaman belum ada waze) kami terus berpatah balik kerana terkejut apabila menyedari kami memandu masuk ke dalam kawasan perkuburan cina. Dahlah waktu malam, gelap gelita. Berderau darah bila cahaya lampu kereta menyuluh ke arah batu nisan berbentuk separa bulat. Lagi seram bila nampak potret mendiang yang bersemadi di bawah tanah tu, aduh! Kalau diingat balik memang kelakar.

Jadi, bila dia dah buka di kawasan kedai yang tak nampak kubur, barulah SK berani nak singgah. Pergi berdua sahaja dengan Iman, Jumaat lepas. Kedainya masih baru walaupun bangunan kedai tu dah lama. Alas meja pun baru, menu ni pun nampaknya masih baru kalau dilihat pada balutan plastiknya yang kemas dan rata.

Iman keliru, nak makan Bakso atau Ayam Penyet, membuat keputusan makan Ayam Penyet. Ayam potong empat dengan dua keping tempe dan tauhu separuh, salad dan kubis serta sup, cuma RM8 sahaja sepinggan


Besar, kan ayam tu. Tidak kedekut sambal, sambal tak pedas sangat. Iman tak makan tempe, sukalah Sk dapat makan tempe dua keping. Sambalnya tak boleh lawan sambal yang dibuat bekas pembantu ibu mertua Sk, Tias. Sambal Tias sedap sangat dan tidak berminyak. Secara peribadi juga, Sk lebih menggemari NAP di Restoran Pak Ri. Lama tak pergi sana


Sk bukanlah penggemar Bakso, tapi sebab ramai yang kata, baksonya sedap giler, yoklah kita cuba. Seperti kebiasaan restoran lain yang menghidangkan bakso, ada sos ABC, sos cili dan sambal lada atas meja. Ada sambal kicap jugak, sebab katanya orang Johor ni suka makan sup dengan sambal kicap. Aishh, bukanlah bakso kalau makan dengan sambal kicap. Tapi, mungkin sebab ada juga menu soto di sini. Soto wajiblah makan dengan sambal kicap, kan


Sebelum menikmati bakso, tuangkan sos ABC, sos cili dan sambal lada. Sup tu rasa kosong dan biasa aje, jadi pandai-pandailah selaraskan rasanya ikut tekak sendiri, nak manis, masin atau pedas. Sk tak berani letak sambal banyak, sebab takut tersedak. Dah tua-tua remaja purba ni, salah teknik hirup sup, memang mendapatla


Boleh pilih sama ada nak makan dengan Bihun, Mee Kuning, Suhun atau Lontong. Pertama kali Sk dengar, Bakso Lontong. Lontong tu, nasi impit katanya. Padahal Lontong tu nasi impit makan dengan kuah lodeh. Bakso lain, Lontong lain. Sedap jugaklah baksonya bila dah digaul dengan sos dan sambal. Ada dua ketul daging yang cukup lunak serta beberapa biji bebola daging. Sk pilih suhun kerana bakso yang ori dimakan dengan suhun


Jangan tidak-tidak, jika ke Warung Boyan, pesanlah beberapa cucuk Sate Padang. Sk cuma pesan enam cucuk sate kambing, jadi makan seorang tiga. Sate pertama tu, lembut dan sedap. Sate kedua yang Sk ambil, liatlah pulak. Sate ketiga juga lembut macam sate yang pertama. Iman pun dapat secucuk sate yang agak liat, tak lumat-lumat bila dikunyah, haha. Kalau suka bolehlah perahkan jus limau sebelum menikmati sate, SK tak minat, masam nanti, hihi

Warung Boyan
Jalan Dato Jaafar (sederet Restoran Kacang Pool Haji)80350 Johor Bahru
Buka setiap hari 10 pagi hingga 8 malam
telefon 016 7516222










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/02/makan-di-warung-boyan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Tengahari Nasi Campur Di Warung Caen Selera Kampung Dan Tomyam Padang Besar Perlis

Makan Tengahari Nasi Campur Di Warung Caen Selera Kampung Dan Tomyam Padang Besar Perlis

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 457 hits
Warung Caen Selera kampung dan TomyamWarung Caen Selera Kampung dan Tomyam ni terletak di Padang besar Perlis Warung ni warung untuk korang makan tengahari Ada pelbagai jenis masakan yang korang boleh try Walaupun gerai ni tak besar mana pu...
Makan Di Restoran Leezo Mutiara Rini

Makan Di Restoran Leezo Mutiara Rini

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 257 hits
Assalamualaikum SEMASA PKP 3 0 yang lepas sebelum dine in dibenarkan Sk pernah sekali membuat pesanan makanan dalam talian dengan Restoran Leezo Cawangan Mutiara Rini Masa tu Sk pesan makanan set yang mengandungi antaranya Hari tu tetiba te...
Bolehkah Wanita Makan Habbatus Sauda Semasa Haid

Bolehkah Wanita Makan Habbatus Sauda Semasa Haid

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 4293 hits
Bolehkah Anda Makan Habbatus Sauda Semasa Haid Habbatus Sauda dikenali sebagai rempah ratus dan pada masa yang sama tumbuhan ubatan herba yang kuat untuk mengatasi pelbagai penyakit Walaupun berkesan dalam mengatasi pelbagai masalah penyaki...
Perangai Bn Makan Semeja Satu Lauk Tapi Tikam Belakang

Perangai Bn Makan Semeja Satu Lauk Tapi Tikam Belakang

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 245 hits
malaysiakini comPRN JOHOR Kestabilan politik hanya boleh dicapai jika Umno dan BN disekat kemaraannya untuk kembali memerintah kata Pengarah Pilihan Raya PAS Muhammad Sanusi Md Nor Ini kerana Umno BN selepas mendapat kuasa mempunyai kecende...
Makan Ayam Pedas Di Chicken Plus Ekocheras Mall

Makan Ayam Pedas Di Chicken Plus Ekocheras Mall

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 245 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraSetelah hampir beberapa bulan tanpa sebarang artikel tentang makanan kali ini aku nak kongsikan pengalaman dan ulasan tentang sebuah restoran yang aku sempat singgah dan cuba makanannnya baru baru ini Nak ...
Sejuk Sejuk Sedap Makan Sup Kan

Sejuk Sejuk Sedap Makan Sup Kan

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 189 hits
Assalamualaikum Hi korangHari ni x kemana kes makin tinggi kan pening tengok jumlah kes sekarang x tau la betul ke x betul ke malas nak fikir Fikir jaga diri dan keluarga je bahaya kat luar sana tu Dah beberapa hari ni cuaca sejuk hari2 kan...
Makan Nasi Daging Utara Dalam Dulang Tiga Beradik

Makan Nasi Daging Utara Dalam Dulang Tiga Beradik

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 194 hits
Assalamualaikum DAH berapa kali nak buat pesanan tapi asyik lari timing Bila Mas buka tempahan kadang tak kena hari atau berada di luar kawasan Agaknya belum ada rezeki la tu kan Rezeki memang cantik sangat la bila nampak di ig Mas buka tem...
Makan Di Mamu Junction

Makan Di Mamu Junction

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 181 hits
Assalamualaikum MAKAN di lagi setelah kebuntuan apabila restoran yang kami rancang untuk singgah rupanya ditutup jam 6 petang Pergi pula ke pilihan kedua lupa pulak hari tu dia tidak beroperasi Akhirnya Mamu Junction sajalah Disebabkan huja...
Makan Di Tangkak Bermalam Di Muar

Makan Di Tangkak Bermalam Di Muar

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 281 hits
Assalamualaikum TIADA bantahan apabila Pak Inche mengajak jalan jalan cari makan ke Muar Sabtu lepas Iman baru sahaja menamatkan intern yang bererti tamatlah sudah derita nya bekerja setiap hari sabtu di kala bonda dan babah cuti rehat Dah ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran