Makan Nasi Daging Utara Dalam Dulang Tiga Beradik
Assalamualaikum...
DAH berapa kali nak buat pesanan Nasi Daging Utara dari Rumah Mas, tapi asyik lari 'timing'. Bila Mas buka tempahan, kadang tak kena hari atau berada di luar kawasan. Agaknya belum ada rezeki la tu kan.
Rezeki, memang cantik sangat la, bila nampak di ig, Mas buka tempahan Nasi Daging ni. Kebetulan pulak, hari Khamis, Sk terus tempah dua dulang untuk dibawa ke Senai. Rumah Mas tak buka tempahan pek individu untuk Nasi Daging Utara. Terpaksa akur bila Mas beritahu, harga sedulang kini RM59
Risau takut tak cukup dagingnya, Sk singgah beli Ayam Panggang Baker's Cottage perisa Barbeque. Juga dah naik harganya RM1. Mujurlah naik RM1 sahajo, masih murah lagi berbanding beli ayam mentah seekor
Mesej Cik Ani, datang Senai tak, petang? Rupanya masa Sk bertanya tu, dia memang ada di Senai dan tak bercadang untuk datang petang. Tapi, Cik Ani bersetuju untuk datang semula ke Senai petang tu
Kemudian, mesej Angah, tanya balik pukul berapa? Kakak akauntan ni kan mana pernah balik cepat padahal hari khamis di Johor, kakitangan kerajaan balik jam 3.30. Angah bersetuju untuk balik pukul 4.
Semua dah sampai ke rumah, barulah nasi dalam dulang dirasmikan. Nak makan dalam dulang, kenalah bersimpuh di lantai. Ibu ceduk nasi dalam pinggan dari dulang lagi satu dan makan di meja. Kalau Cikwa dan Along nampak gambar ni, jangan kecik hati, nanti lari lagi hajat nak makan Nasi Daging dalam dulang jika nak dikumpulkan semua lima beradik 😂
Dalam gambar ni, dulangnya comel beno kan. Mula risau tak cukup, tapi setelah digembur, nasinya penuh melimpah satu dulang. Boleh makan bukan tiga beradik tapi tambah dengan Indah dan Zulaikha. Cuma Zulaikha tu makan sikit aje la.. budak-budak, kan. Sedaplah nasi dagingnya, kalau makan masa panas-panas lagilah sedap. Tapi semalam hujan bercurahan seharian, nasi pun cepat sejuk.
Tak apa, nanti kalau semua balik, kita suruh Cik Ani masak nasi macam Hari Jadi Che Li hari tu, buat empat dulang. Tak payah cuci pinggan.. hahahahaha.. hahahahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/02/makan-nasi-daging-utara-dalam-dulang.html