Makan Di Tangkak Bermalam Di Muar


 Assalamualaikum...
TIADA bantahan apabila Pak Inche mengajak jalan-jalan cari makan ke Muar (baca - Muo), Sabtu lepas. Iman baru sahaja menamatkan intern yang bererti tamatlah sudah 'derita'nya, bekerja setiap hari sabtu, di kala bonda dan babah cuti rehat. Dah macam zaman sekolah dulu, setiap hari sabtu kena pergi tuisyen dari pagi sampai petang, hihi.
Bukan sahaja menyokong, malah Sk meminta Pak Inche agar menempah sebuah bilik family tanpa sarapan di Muar sehari sebelumnya, agar nanti kita bolehlah sarapan gaya Muar, ada sate, lontong dan mee rebus atas meja, hehehe. 
Disebabkan Pak Inche bekerja pada Jumaat, jadi, kami bertolak pada sebelah malam. Pak Inche kata, lapar.. belum makan nasi. Aisehmannn. nasib baik petang tu Sk buat Nasi Goreng, kan. Makan bersuaplah Pak Inche sambil memandu. Mujur jugak lebuhraya tak begitu sibuk. Pak Inche suruh Sk waze, Pak Maon Western. Aik, takkan nak makan western pulak, hurm

Bila Sk taip Pak Maon Western di aplikasi waze, ia keluar PMW Tangkak dan PMW Muar. Beza masa 15 minit lebih awal jika nak ke PMW Tangkak, jadi, ke Tangkak la kami. Sampai PMW, fuhhhhh.. meja penuh dengan orang. Tu tak apa, atas meja semua kosong, cuma beberapa meja aje yang dah menerima makanan. Pak Inche bercadang agar kami menghala ke Muar tapi Sk mengajak makan Mee Bandung yang ada dalam aplikasi waze yang lokasinya di Perhentian Bas Tangkak. Dari kita bersesak-sesak di Muar, marilah kita makan di sini sahaja


Sayangnya, Mee Bandung tak ada, terus buntu nak makan apo. Pak Inche awal-awal dah pesan Roti Telur. Roti sampai, tak toleh kiri kanan dah. Sedap dia kata, hurmmm.. Pak Inche, apa yang tak sedap kalau dah lapar. Padahal makan nasi goreng setipuware


Tak ada Mee Bandung, Mee Rebus pun jadi. Semangkuk tu RM5, banyak giler kuahnya. Biasanya di Johor (Johor Bahru), Mee Rebus dihidangkan dalam pinggan mungkum, jadi kuahnya tidaklah terlalu banyak. Sk mula menyudu kuah mee rebus. Sedap dan paling penting tidak manis atau wangi dari bau keledek. Boleh pening dibuatnya kalau dapat kuah mee rebus yang manis dan wangi. 
Iman makan Nasi Ayam. Tak ada idea nak makan apa, dan tak banyak pilihan. Nasi ayam tu, sikit nau, celah gigu Iman jer agaknya, haha. Sebelum tu, kami baru nak jenguk gerai yang menjual Mee Bandung. Belum sempat nak buat pesan, diberitahu Mee Bandung tak ada. Yang ada mee goreng dan nasi (goreng). Kemudian, kakak tu membebel-bebel entah apa yang kami tak faham maksudnya. Terus kepala otak kami ikut 'blank' hehe

Yang di tengah-tengah tu, Bihun Soto Pak Inche. Kuat makan betul manusia seorang ni. Kali ni tak ada siapa jadi mangsa habiskan makanan dia. Sk sendiri rasa kembung perut makan mee semangkuk. Kuahnya sedap hingga licin Sk hirup, hihi


15 minit selepas jam 11 malam, kami tiba di tempat penginapan yang menjadi pilihan Pak Inche iaitu 52 The Grace Hotel yang merupakan sebuah hotel butik. Dari luar pintu kaca dah nampak tergantung lampu chandelier yang cantik bergemerlapan cahayanya. Sayangnya lupa nak ambil gambar sebelum masuk sebab sibuk dengan beg. Lagipun takut ada nampak jelmaan lain, dahlah depan hotel ni, hutan belukar, hahaha. Tapi, tak la takut sangat sebab kereta berbaris depan hotel menandakan ramai tetamu yang bermalam di sini


Dekorasi dalaman yang mewah dan bercitarasa tinggi. Cuma banyak hiasannya cenderung kepada anutan Kristian seperti patung-patung dan ada satu lukisan besar seorang lelaki tanpa seurat benang yang terikat atau terpaku pada kayu berpalang. Cepat-cepat Sk mengalih pandangan ke arah lain


Lobi hotel tidak terlalu lebar tetapi memanjang ke belakang. Banyak tempat berehat disediakan untuk ahli rombongan sementara menunggu selesai urusan daftar masuk. 

Lepas daftar masuk, kami terus naik ke tingkat dua menggunakan lif. Lif di bahagian hadapan ada sebuah sahaja, tak pasti ada lif lain atau tidak. Walaupun cuma sebuah, tapi perjalanan lancar dan tidak menunggu lama. Mungkin kerana hotel ini cuma tiga tingkat sahaja


Satu malam RM158 untuk bilik family tanpa sarapan. Tak pasti adakah sarapan disediakan di hotel ini tapi masa menunggu Pak Inche daftar masuk, nampak ada papan tunjuk arah bersimbol secawan kopi. Bilik bertingkap dengan sebuah katil raja dan bujang. Pancuran air mandian dan tandas boleh tahan laju cuma kalau nak gunakan tandas, kena ada gaya tersendiri, kah kah kah


Lepas mandi, Pak Inche dan Iman mengadap pula Burger Daging yang ditapau dari Medan Selera Perhentian Tangkak tadi. Nampaknya Pak Inche dah turunkan sakanya pada Iman. Sk bukan peminat burger, kalau ada mee goreng rasa nak join juga duduk bersila. Dalam tipuware tu, ada potongan mangga. Ibu bagi mangga dua biji, sempatlah SK potong buat bekal


Sebelum keluar sarapan, tangkap satu gambar bangunan hotel. Matahari memancar-mancar memandangkan sudah 40 minit masuk jam 8. Kalau ikutkan Sk, nak keluar sarapan pukul 7 tapi perut Pak Inche memang jenis pukul 9 baru boleh masuk macam-macam


Dah nak check-out, baru perasan ada sebuah perpustakaan kecil di sebelah kaunter. Hurmm.. ada lagi ke manusia yang nak duduk membaca sementara menunggu?  Tentunya masing-masing belek telefon saja, skrol ke atas, ke bawah, tak habis-habis.. Sk la tuuuu.


Dah sampai ke kereta, baru dia perasan tertinggal 'Salman'. Salman tu bantal kesayangan dia. Bantal busuk dah 17 tahun, Innalillah.. dibuang bapaknya dalam tong sampah. Apa tidaknya, bila tertinggal, huru hara sampai bergaduh laki bini dibuatnya


Budak berbulu ni jadi penyambut tamu kami semalam. Melihat pada saiz badannya, seperti cukup makan dan cukup kasih sayang cuma mungkin hidup di jalanan. Kita belanja dia wet food dua kali, sekali pagi lepas balik sarapan, sekali sebelum kami berangkat pulang. Semoga kamu sentiasa disayangi insan lain yang singgah ke mari



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/02/makan-di-tangkak-bermalam-di-muar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Beriani D Muar

Makan Beriani D Muar

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 161 hits
Assalamualaikum PUAS sudah mencari dan bertanya ke sana sini ke mana pindahnya yang biasa kami singgah sebelum ini Tapak perniagaannya kini dijadikan lot meletak kenderaan Sk juga berkali kali menghubungi salah seorang pemilik BKM tapi pang...
Makan Di Assalam The Kedai Mamak

Makan Di Assalam The Kedai Mamak

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 707 hits
Assalamualaikum INILAH dia Kedai Mamak Kayangan yang Sk ceritakan sebelum ini Tertinggal wallet punya pasal terpaksa berpatah balik ke rumah dan makan di sahajo Tak sanggup nak berpatah balik ke Mamak Kayangan ni dahlah tempat letak kereta ...
Sukar Cari Makan Dalam Bidang Penulisan

Sukar Cari Makan Dalam Bidang Penulisan

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 176 hits
Tidak di nafikan lagi bahawa pekerjaan freelance atau dalam bidang kreatif sukar mendapatkan peluang pekerjaan Lebih lebih lagi dengan kewujudan penulis penulis baru bak cendawan selepas hujan Industri kreatif yang aku maksudkan adalah penu...
Hiburan Kos Sebulan Cecah Rm3 000 Aliff Syukri Bagi Ikan Peliharaan Makan Daging Kambing Dan Lembu Setiap Hari

Hiburan Kos Sebulan Cecah Rm3 000 Aliff Syukri Bagi Ikan Peliharaan Makan Daging Kambing Dan Lembu Setiap Hari

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 180 hits
Usahawan kosmetik terkenal ada berkongsi aktiviti hariannya untuk tatapan peminat di media sosial Terbaru perkongsiannya mengenai ikan peliharaan yang diberi makan dengan cara yang cukup unik AdvertisementAliff menerusi aplikasi TikToknya a...
Makan Ramai Ramai Best

Makan Ramai Ramai Best

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 166 hits
Assalamualaikum Hi korang Hari ni sedap makan sebab ramai kat rumah adik adik balik so masak sedap sikit dari biasa eh bukan hari hari masak sedap ke hahaha well seawal pukul 10am SA dah masakan dah dah tumis sup tulang untuk anak anak buah...
Makan Di Santai Mengopi Di Richiamo

Makan Di Santai Mengopi Di Richiamo

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 246 hits
Assalamualaikum SEPERTI yang pernah diceritakan Sk sebelum ini di kawasan taman perumahan Sk tinggal banyak taman perumahan baru dibuka Selain itu banyak jugalah tapak pusat perniagaan baharu termasuk kafe kafe dan restoran Kini kami lebih ...
Sampai Mereka Melompat Seronok Happy Belanja 30 Murid Makan Kfc Usaha Guru Ni Di Puji

Sampai Mereka Melompat Seronok Happy Belanja 30 Murid Makan Kfc Usaha Guru Ni Di Puji

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 155 hits
Anak anak mana yang tidak sukakan ayam goreng Kentucky Fried Chicken Biar pun terlalu lama berada di negara kita namun hakikatnya bukan semua dari kita mampu untuk makan ayam goreng kegilaan ramai ini dengan kerap Malah ada yang langsung ti...
Tak Mahu Anak Cerewet Makan Masa Usia 6 Bulan Perkenalkan Bubur Kosong Dulu

Tak Mahu Anak Cerewet Makan Masa Usia 6 Bulan Perkenalkan Bubur Kosong Dulu

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 225 hits
Biasanya ibu yang anak anaknya bakal manginjak 6 bulan akan tanya soalan anak nak bagi makan apa kuantiti macam mana kekerapan macam mana dan macam mana nak cepat prepare makanan baby especially untuk mak mak bekerja Baby 6 bulan seeloknya ...
Sempat Makan Laksa Johor 14 Jam Layan Kontraksi Neelofa Kongsi Detik Manis Sebelum Lahir Muhammad Bilal

Sempat Makan Laksa Johor 14 Jam Layan Kontraksi Neelofa Kongsi Detik Manis Sebelum Lahir Muhammad Bilal

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 316 hits
Sudah 10 hari bergelar ibu selebriti popular Neelofa sedang mengecapi proses berpantang di rumah ibunya Datin Noor Kartini Noor Mohamed Berkongsi detik sebelum melahirkan Muhammad Bilal Neelofa 33 menyatakan dia tidak dapat membezakan sakit...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah