Makan Di Restoran Leezo Mutiara Rini


 Assalamualaikum...

SEMASA PKP 3.0 yang lepas, sebelum dine in dibenarkan, Sk pernah sekali membuat pesanan makanan dalam talian dengan Restoran Leezo Cawangan Mutiara Rini. Masa tu, Sk pesan makanan set yang mengandungi antaranya Pasta, Burger dan Nasi Goreng. Hari tu, tetiba terlintas nak makan di restorannya dan Sk memilih cawangan Mutiara Rini sebab Pak Inche kata, nak kena singgah Maybank dulu. Yang senangnya, kita ke MBB Taman U, kemudian terus ke Mutiara Rini. Walaupun cawangan Mutiara Rini, tapi LRMR ni sebenarnya terletak di Taman Seri Orkid yang bersebelahan dengan Taman Mutiara Rini


Kalau nak ke Taman U, kami perlu melintasi lima persimpangan lampu isyarat, hurmmm... menyampah giler la, lalu jalan depan ni. Sebab tu, SK sanggup bayar tol setiap hari nak ke pejabat atau jika hendak keluar ke pusat bandar

Gedebak gedebuk, selepas ke bank yang tidaklah mengambil masa yang lama pun, kami pun sampai buat pertama kalinya ke Restoran Leezo. Ramai yang sedang menjamu selera, meja kosong pun banyak. Macam biasalah, Pak Inche suka duduk di kaki lima. Mujurlah bahagian kaki lima kedai ni sama cantik macam dalam kedai kerana ia terletak di lot akhir

Kemudian, mereka yang ramai-ramai tu dah habis makan dan mula meninggalkan restoran. Eh, tetiba restoran kosong, rupa-rupanya dah jam 9.30 malam. Betullah, waktu yang selesa nak dine ini selepas jam 9.30 malam sebab waktu makan malam dah habis. Tapi, makan selepas jam 9 malam, maka hadaplah risikonya. Elehhh, sama aje kan makan pukul berapa pun kalau asyik nak mentekedarah macam tak reti kenyang, hihi. Bukan mengata orang lain, tapi kami sendiri, adeh


Pilihan Sk, Nasi Goreng Kampung. Sk pesan, buat pedas. Staf restoran bertanya semula, nak tak pedas ke, nak pedas? Sk cakap, nak pedas-pedas, hihi. Maka dapatlah NGK yang pedas yakmat. Ada hirisan cili padi merah tu dan dua tiga potongan sayur batang kangkung. Selepas beberapa suapan, Sk dapati, kepanasan nasi goreng ni tak sekata, ada bahagian yang sejuk selap, seperti nasi ni dah digoreng lebih awal dan dipanaskan semula bila ada pesanan. Nak pedas-pedas, tambahlah cili padi tu, huhu. Tapi, nasi gorengnya sedap la.. bila kepedasan, hirup pulak kopi o panas, pehhhhhh...! Malam tu pulak, hujannnn.. hihi


Cheese Carbonara Meatball untuk Iman. Ada dua pilihan Cheese Carbonara ni iaitu Meatball dan Seafood. Berladung sos carbonara tu  macam nak buat mandi dan portionnya juga sangat besar. Bayangkan, Iman tak habis makan, yang tukang perabis, mak dialaaaahhh, sebab rasa tak puas makan NGK. Iman pun cakap, nampak nasi goreng tu macam sikit, hihi. Eh, sedaplah rasa sos keju carbonara ni tau


Pak Inche nak makan nasi, pilihannya Nasi Paprik Seafood. Melimpah lauknya tapi tak rasa paprik sebaliknya rasa sos. Nasib baiklah ada sambal belacan walaupun bila Sk rasa sikit, semacam aje rasa sambal belacan tu. Mungkin bila dah digaul dengan nasi dan lauk paprik tu, tak rasa sangat

Servis di Leezo ni agak cepat dan pantas. Bayangkan, nasi goreng dan spaghetti tu siap tak sampai 10 minit pun. Tak sempat nak sembang atau belek telefon lama-lama. Staf Leezo juga ramai dan yang penting tahap kebersihan di sini memang tip top! Pilihan menunya juga pelbagai dari masakan tempatan hingga masakan barat, hidangan secara individu atau set menu yang boleh dikongsi beramai-ramai. Restoran Leezo ni ada banyak cawangan juga di seluruh Semenanjung Malaysia, bolehlah singgah makan yang mana berdekatan dengan tuan puan, hihi

Restoran Leezo
Cawangan Mutiara Rini
24, Jalan Seri Orkid 1, Taman Seri Orkid, 81300 Skudai, Johor
Waktu Perniagaan :Setiap hari kecuali Isnin5 petang hingga 11.30 malam 
Nombor telefon: 012-633 2167 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/02/makan-di-restoran-leezo-mutiara-rini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Di Restoran Zaituna Dengan Kawan Pejabat

Makan Di Restoran Zaituna Dengan Kawan Pejabat

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 277 hits
Assalamualaikum DAH lama merancang nak makan dengan Kak Imah dan Naza Rasanya dari tahun lepas merancang tapi tak kesampaian Tahun 2022 baru rancangan berjaya heheh Itupun sebab salah seorang kawan sepejabat berpindah ke ibu pejabat Kak Ima...
Sarapan Makan Tengahari Minum Petang Dan Makan Malam Di Restoran E Da Simpang Empat Semanggol Perak

Sarapan Makan Tengahari Minum Petang Dan Makan Malam Di Restoran E Da Simpang Empat Semanggol Perak

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 945 hits
Restoran E Da Simpang Empat Semanggol PerakTerletak di Taman Semanggol Indah Taman Seri Semanggol 34400 Simpang Empat Semanggol Perak menyediakan makanan bermula dari makanan untuk sarapan pagi nasi campur untuk makan tengahari dan makanan ...
Kari Kepala Ikan Padu Di Restoran Pen Mutiara Taman Selat Butterworth

Kari Kepala Ikan Padu Di Restoran Pen Mutiara Taman Selat Butterworth

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 273 hits
Restoran Pen Mutiara Taman Selat ButterworthRestoran Pen Mutiara ni terletak di Jalan Selat Taman Selat 12000 Butterworth Penang Menu padu diorang semestinyalah kari kepala ikan Jadi korang wajib untuk order kari kepala ikan kalau datang ke...
Makan Udang Galah Dengan Kuah Gulai Tempoyak Di Gerai Azizah

Makan Udang Galah Dengan Kuah Gulai Tempoyak Di Gerai Azizah

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 203 hits
Assalamualaikum Agenda wajib sebelum pulang ke sarang singgah menikmati makan tengahari di Leban Chondong Kali ini Pak Inche kata nak makan di Gerai Udang Galah Azizah pulak Tiga jenis masakan udang galah dan dua jenis gred udang galah bole...
15 May Cafe Kedai Makan Pertama Berkonsepkan Perkelahan Dalam Pusat Membeli Belah

15 May Cafe Kedai Makan Pertama Berkonsepkan Perkelahan Dalam Pusat Membeli Belah

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 248 hits
Asyik duduk rumah je tak salah rasanya kalau sesekali beralih angin dan menikmati hidangan di luar dan kali ni kakak memilih 15 May Cafe yang terletak di MyTOWN Shopping Centre Cheras untuk meneroka selera Korea yang dicanangkan sedap Em Se...
4 Port Makan Sedap Di Area Bukit Bintang Yang Korang Patut Cuba

4 Port Makan Sedap Di Area Bukit Bintang Yang Korang Patut Cuba

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 451 hits
Salam to all readers 4 Port Makan Sedap di Area Bukit Bintang yang Korang Patut Cuba Siapa follow aku di IG pasti tahu aku merayap ke mana minggu lepas Memandang lama tak lepak dengan housemate finally kiteorang jumpa date masing masing dan...
Susahnya Anak Nak Makan Sosej Nugget Bukan Pilihan Tepat Anak Bantu Anak Makan Cara Sihat

Susahnya Anak Nak Makan Sosej Nugget Bukan Pilihan Tepat Anak Bantu Anak Makan Cara Sihat

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 184 hits
Memang susah bila anak tak mahu makan tapi tak semestinya kita cari makanan paling mudah dan senang sedia setiap hari untuk anak Sosej nugget dan sebagainya amatlah tidak sihat untuk anak kita Mengapa Ini yang dikongsikan oleh Berpada pada ...
Ubah Gaya Makan Dari Ambil Nasi Goreng Setiap Pagi Ke Oat Susu Lemak Rendah

Ubah Gaya Makan Dari Ambil Nasi Goreng Setiap Pagi Ke Oat Susu Lemak Rendah

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 228 hits
Sekejap je dah masuk bulan Februari 2022 tanda bulan ke 11 perjalanan juju dalam tajuk Yihhh Tak sangka nak masuk 11 bulan Tak sabar nak compile perjalanan susah senang juju dalam kisah berat badan Banyak juju kongsikan di IG terutama di ig...
Makan Di Kimstone Food Court Beserah

Makan Di Kimstone Food Court Beserah

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 153 hits
Assalamualaikum NAMPAKNYA agenda Jalan Jalan Cari Makan dah bertukar Selalunya kami akan keluar cari makanan yang viral di sesuatu lokasi tapi semalam kami lebih senang melepak di hotel Bukan mengadap telefon tapi masing masing berkubang at...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash