Makan Ayam Pedas Di Chicken Plus Ekocheras Mall
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Setelah hampir beberapa bulan tanpa sebarang artikel tentang makanan, kali ini aku nak kongsikan pengalaman dan ulasan tentang sebuah restoran yang aku sempat singgah dan cuba makanannnya baru-baru ini. Nak tahu restoran apa, bagaimana suasana dalam restoran itu dan lebih penting makanan dan harganya, anda boleh stay sehingga ke penghujung artikel ini ya
MAKAN AYAM PEDAS DI CHICKEN PLUS, EKOCHERAS MALL
Baiklah, macma yang anda dah baca, restoran yang aku pergi adalah Chicken Plus, sebuah restoran makanan Korea yang sehingga artikel ini ditulis mempunyai 7 cawangannya di Malaysia serta di negara lain seperti Vietnam dan China
Pada hari sabtu tersebut, aku dan dua orang rakan keluar dan merancang untuk ke EkoCheras Mall untuk makan-makan dan jalan-jalan. Yelah, penat dengan kerja, inilah masa untuk keluar dan mencuba makanan baru
Ini merupakan kali pertama aku ke EkoCheras Mall dan bagi aku pusat beli belah ini sangat sunyi. Banyak kedai dan lot yang tiada penghuninya juga tak ramai mereka yang berbangsa Melayu di sini. Mungkin kerana lokasinya? Tapi itu bukanlah perkara yang penting
BACA JUGA : Makan Sate Tersedap Kedah di At Satay Semeling, Bedong, Kedah
SUASANA DI DALAM RESTORAN CHICKEN PLUS
Macam biasa, sebelum masuk ke dalam restoran, anda perlu scan My Sejahtera dan seterusnya ke meja yang anda inginkan. Kami duduk di bahagian tepi berdekatan dengan tingkap. Kemudiannya, terus memanggil pelayan untuk melihat menu. Agak lama juga memikirkan tentang menu apa yang nak dipesan, akhirnya selesai juga memilih menu. Macam kebiasaannya bab memilih menu apa yang nak dimakan ni memang sukar. Haha
Benda pertama yang sampai adalah glove dan tisu basah. Selain itu, diberikan juga jeruk lobak. First time sebenarnya aku nampak jeruk lobak ni. Mungkin mereka yang pencinta makanan Korea lebih tahu tentangnya
APA YANG KAMI PESAN?Banyak sebenarnya pilihan yang ada pada menu mereka tetapi yang menjadi pilihan adalah satu promosi terbaru, tidak berada dalam menu mereka tetapi disediakan berasingan iaitu menu UFO CHICKEN SET. Selain itu, kami juga memesan satu hidangan lain iaitu Gorgonzola Pizza
UFO CHICKEN SET & GORGONZOLA PIZZA
GORGONZOLA PIZZA (RM23)
Gorgonzola Pizza merupakan antara pizza yang anda boleh pesan. Ada juga pizza lain di dalam menu yang anda boleh lihat di bawah. Okay, aku rasa aku terus bagi ulasanlah, pizza ini rasanya agak pelik. Tapi bukanlah pelik sampai tak boleh terima, peliknya agak sedap. First time sebenarnya aku makan pizza yang ada potongan badam di atasnya. Ketebalannya juga agak nipis. Jika diberi peluang untuk makan lagi di Chicken Plus ini aku rasa aku tak akan pesan pizza ini lagi kerana rasanya yang biasa
BINTANG : ⭐⭐/5
BACA JUGA : Tempat Makan Menarik di Langkawi Wajib Singgah & Cuba
UFO CHICKEN SET (RM59)
Okay untuk menu seterusnya adalah UFO Chicken Set. Apa yang ada dalam set ini? Okay, anda boleh pilih tiga jenis perasa untuk wing & drummet dimana setiap satunya datang dengan 5 ketul. Kemudian, terdapat tteokbokki yang anda boleh pilih sama ada Carbonara atau Hororok. Lepas itu, anda diberikan 4 ketul dinosaur egg
Untuk pilihan ayam wing/drummet, kami memilih Honey Gold, Crazy Spicy Chicken, Soy Sauce manakal untuk tteokbokki pula adalah carbonara. Secara jujurnya aku rasa memilih set ini adalah pilihan yang tepat. Portionnya yang banyak cukup untuk kami bertiga. Perasa ayam yang dipilih pula sedap cuma mungkin Crazy Spicy Chicken itu tersalah pilih. Rasanya sangat pedas! Sampaikan tak boleh tahan. Haha
Tteokbokki dan kuahnya pula bagi aku setakat ini, inilah yang tersedap! Aku memang boleh makan tteokbokki ini seberapa banyak yang boleh sebab rasanya yang betul-betul sedap. Dinosaur egg tu pulak memang sedap! Rasanya aku tak dapat nak gambarkan, tapi anda mesti kena cuba
BINTANG : ⭐⭐⭐⭐
SENARAI MENU & HARGA DI CHICKEN PLUSMENU & HARGA
MENU & HARGA
MENU & HARGA
MENU & HARGA
MENU & HARGA
MENU & HARGA
Melihat pada harga dan menu yang tersedia, memang banyak menu yang menarik dan aku rasa harganya adalah pada harga yang berpatutan. Untuk datang makan setiap hari sebagai makanan tengah hari bagi aku itu adalah satu perkara yang melampau tetapi untuk sebulan sekali atau kadang-kadang, aku rasa harganya sesuai
Kepada mereka yang sukakan makanan Korea, apa salahnya untuk datang dan mencuba makanan di sini. Belum cuba belum tahu. Suasana restoran pun memang tenang dengan perhiasan bagaikan di Korea Selatan
Posing sambil makan
HABIS SEMUANYA
Secara keseluruhannya, pengalaman makan di Chicken Plus ini sememangnya satu pengalaman yang menarik. Pilihan makanan yang banyak, harga yang sesuai dengan makanannya. Mungkin pizza Gorgonzola itu bukanlah selera aku tetapi anda boleh mencubanya. Suasana di dalam restoran pun sangat tenang, tidak penuh dengan orang ramai. Tempoh menunggu pun tidaklah lama
Jadi, aku sarankan untuk anda datang ke cawangan yang terdekat. Oh ya, buat masa sekarang cawangan mereka hanya di sekitar Lembah Klang sahaja. Aku tak pasti sama ada mereka ada perancangan untuk buka di tempat-tempat di negeri lain atau tidak. Sekian sahaja ulasan kali ini.
SEKIAN
BACA JUGA : Apa Yang Sedap di Bigg Mug Cafe, Desa Aman, Kulim?
CHICKEN PLUSLaman Web : http://chickenplus.world/Facebook : https://www.facebook.com/Chickenplus.Malaysia/Instagram : https://www.instagram.com/chickenplus.malaysia/?hl=en
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2022/02/makan-ayam-pedas-di-chicken-plus.html