15 May Cafe Kedai Makan Pertama Berkonsepkan Perkelahan Dalam Pusat Membeli Belah


Asyik duduk rumah je, tak salah rasanya kalau sesekali beralih angin dan menikmati hidangan di luar dan kali ni kakak memilih 15 May Cafe yang terletak di MyTOWN Shopping Centre, Cheras untuk meneroka selera Korea yang dicanangkan sedap. Em. Sedap ke ? Hee~



Sedap = Subjektif dan kalau sedap pada tekak fusion kakak, tak semestinya sedap pada tekak Melayu korang. Di 15 May Cafe, mereka menghidangkan lebih 40 jenis makanan dan minuman bertemakan selera Korea dengan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti dan bersih sahaja bagi menjamin setiap hidangan mencapai kepuasan pelanggan


15 MAY CAFE, MYTOWN SHOPPING CENTRE

Terletak di Tingkat 1, MyTOWN Shopping Centre, Cheras - 15 May boleh menempatkan 50 orang tetamu dalam satu-satu masa dengan hidangan yang pelbagai menepati selera rakyat Malaysia. Manakan tidaknya, Ramen dan juga Tteokbokki yang dihidangkan juga direka khusus mengikut lidah rakyat Malaysia

Selain dari instaworthy kerana hasil dekorasi yang sangat menarik, 15 May Cafe juga mempunyai keunikan dari segi nama yang dipilih. Haa. Mesti korang tertanya kenapa kedai makan ini dinamakan dengan tarikh ? Unik bukan ? Hee~
Menurut https://www.timeanddate.com menerusi artikel yang bertajuk When Is International Day of Families 2022?, jelas memaparkan 15 May merupakan Hari Keluarga Antarabangsa yang telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1994 untuk meraikan kepentingan kekeluargaan, manusia, masyarakat dan budaya diseluruh dunia. Kiranya tahun ni masuk tahun ke 28, 15 May diraikan diperingkat antarabangsa

Bertepatan dengan konsep yang ditawarkan pihak 15 May Cafe, suasana yang sangat santai dan menarik memberikan satu perasaan seronok sekiranya dapat berkumpul bersama keluarga dan orang tersayang

Jom kita tengok makanan apa yang ada di sini !

Kimchi Ramyeon

Rasa yang pedas-pedas dengan aroma masam dari kimchi yang tidak terlalu pekat membuatkan hidangan ini menjadi salah satu hidangan utama pengunjung. Portion yang sangat banyak sehinggakan boleh berkongsi bersama pasangan. Digabungkan bersama sayuran segar dan juga telur mata kerbau menjadikan Kimchi Ramyon satu hidangan lengkap untuk penggemarnya.

Pesto Chicken Pasta dan Kimchi Chicken Fried Rice

Tak minat dengan ramyeon ? Haa. Apa kata cuba kedua-dua hidangan ini yang masih mengekalkan sensasi asli hidangan Korea. Pilihan nasi dan juga pasta yang sangat sinonim dengan selera rakyat Malaysia nyata tidak mengecewakan bila setiap satunya mempunyai rencah yang cukup dan padat.

Sourdough

Korang tengah diet ? Jaga makan tapi masih nak makan makanan yang sedap ? Ha. Salah satu pilihan yang mungkin korang boleh pilih di 15 May adalah menu yang menggunakan SOURDOUGH. Sourdough merupakan roti yang telah menjalani proses penapaian dan mempunyai bakteria baik dan phytate rendah menjadikan roti buatan sedikit masam serta mudah dihadam. Fakta mengatakan ia juga dapat membantu proses penurunan berat badan.

Di 15 May, ada beberapa pilihan Sourdough seperti :
Smoked Salmon
Spicy Korean Beef
Tuna Mayo
Classic Egg
Pesto Chicken
Very Veggie

Tteokbokki, Mac & Cheese, Bibimbap Beef

Tidak boleh tidak untuk mengelak dari merasai ketiga-tiga hidangan ini. Kalau pada kakak, ketiga-tiganya cukup rasa, berbaloi dari segi harga dan portion - Paling penting presentation yang disediakan oleh chef sangat mempersonakan. Hee~ Tak lekang mata memandang hirisan cili dalam Tteokbokki, limpahan keju melimpah dalam Mac & Cheese dan lengkapnya hidangan Bibimbap Beef pelbagai jenis sayur, telur dan daging yang segar. Sangat menyelerakan !!


Pelbagai jenis kek dan pastri pun ada !!


Signature drink yang hanya ada di 15 May Cafe - Lychee Rose Sparkling Juice.

Fuh !! Rasanya yang unik, lembut dengan sensasi bauan bunga Mawar. Kurang manis dan sangat menyegarkan. Hee~ Wajib untuk korang cuba, aura romantik tu tetiba je datang.

Sebenarnya !
Ada banyak sangat makanan menarik dan jugak minuman yang patut korang cuba di 15 May Cafe ni, harga hidangan pun bermula dari RM 5.90 hingga RM 28.90 je. Memang berbaloi dari semua segi. Paling penting jangan lepaskan peluang untuk tangkap gambar disegenap sudut untuk dijadikan memori


KLIK SINI UNTUK VIEW INTERIOR 15 MAY CAFE


Untuk meraikan korang !
Korang boleh guna promocode : PICNIC15ATDan nikmati diskaun 10% dari jumlah keseluruhan bil makan dan minum korang. Hee~ Pergi lah !! Dating dengan yang tersayang ataupun bawa keluarga menikmati hidangan yang mungkin bukan biasa dihidangkan dari dapur rumah

Maklumat lanjut, korang boleh terus ke https://www.instagram.com/15may.cafe



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.atiehilmi.com/2022/02/15-may-cafe-kedai-makan-pertama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 May Cafe Mytown Kl Berkonsepkan Picnic Korean Style

15 May Cafe Mytown Kl Berkonsepkan Picnic Korean Style

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 428 hits
Annyeonghaseyo Ada yang minat Korean Food K Drama atau K POP Hah korang kena datang ke 15 May Cafe untuk merasai sendiri pengalaman picnic Korean Style seolah olah berada di Seoul Korea 15 May Cafe berada di Level 1 myTown Shopping Centre K...
T22a26 Pertama Kali Gunakan E Dompet Malaysia Mae Untuk Bayar Makan

T22a26 Pertama Kali Gunakan E Dompet Malaysia Mae Untuk Bayar Makan

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 233 hits
Pertama Kali Guna MAE untuk PembayaranMalam ini setelah selesai urusan pengeringan baju budak budak di Clean Pro Taman Seroja Master berasa sangat lapar Oleh itu beliau mencari tempat makan dan kedai makan yang bertuah pada malam ini ialah ...
Tanah Ni Bau Bangk4i Ni Tanah Kvbur Kak Berderau Dar4h Peniaga Terkejut Jumpa Benda Ni Keliling Kedai Makan

Tanah Ni Bau Bangk4i Ni Tanah Kvbur Kak Berderau Dar4h Peniaga Terkejut Jumpa Benda Ni Keliling Kedai Makan

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 336 hits
AKIBAT perbuatan khianat restoran makanan Arab milik Leisha Sa adon dan suaminya sepi tanpa kehadiran pelanggan
Makan Di Sds Cafe Taman Nusantara Yang Baru Dan Menawan

Makan Di Sds Cafe Taman Nusantara Yang Baru Dan Menawan

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 330 hits
Assalamualaikum JUMAAT lepas dapur Sk kehabisan gas Di saat akhir sebelum menutup api semasa menggoreng tengok tengok api dah tak menyala Mujurlah memang dah siap menggoreng Kali terakhir ganti tong gas bulan Jun tahun lepas masa PKP Memang...
Lepak Makan Di Tnl Bakery Cafe Hipster Puchong

Lepak Makan Di Tnl Bakery Cafe Hipster Puchong

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 294 hits
Bulan ini dah dua kali aku ulang alik ke Bandar Kinrara Puchong untuk sesi personal coaching kelas buat blog menggunakan WordPress Dek kerana tujuan tersebut jugak baru lah aku perasan rupa rupanya kat Bandar Kinrara ni ada sebuah cafe hips...
5 Pusat Beli Belah Di Negeri Selangor Dengan Dekorasi Meriah Bertemakan Perayaan Tahun Baru Cina

5 Pusat Beli Belah Di Negeri Selangor Dengan Dekorasi Meriah Bertemakan Perayaan Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 242 hits
Kunjungi 5 Pusat Beli Belah ini sempena Cuti Perayaan dan Pusing Selangor Dulu Dekorasi di Pusat Beli belah bukanlah sesuatu yang asing khususnya bila tiba musim perayaan Pusat Beli belah di Negeri Selangor tidak melepaskan peluang untuk me...
Umur Baru 16 Tahun Masih Bersekolah Anak Jamal Abdillah Dah Jadi Tauke Kedai Makan Bantu Ibu Cari Duit

Umur Baru 16 Tahun Masih Bersekolah Anak Jamal Abdillah Dah Jadi Tauke Kedai Makan Bantu Ibu Cari Duit

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 269 hits
January 31 2022 MAHU membantu ibu menjana pendapatan keluarga penyanyi Zaki Yamani menceburi bidang perniagaan dengan membuka gerai makanan dan minuman di medan selera yang terletak di Kajang Selangor Menurut Zaki 16 gerai diberi nama Ngopi...
Pertama Kali Makan Malam Di Almizan Satay House Taman Bukit Dahlia

Pertama Kali Makan Malam Di Almizan Satay House Taman Bukit Dahlia

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 676 hits
Pertama Kali Makan Malam di Almizan Satay House Taman Bukit Dahlia Alhamdulillahhh settle dinner harini Laju update ek Haha Semalam balik dari B5 street Johor terlalu depan outlet Al Mizan kat Bandar Baru Uda Macam teringin nak try menu yan...
Anak Menangis Di Kedai Makan Solusinya Bukan Bagi Hp Ayah Ini Kongsi Tipnya

Anak Menangis Di Kedai Makan Solusinya Bukan Bagi Hp Ayah Ini Kongsi Tipnya

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 177 hits
Ibu bapa yang ada anak kecil pasti tak akan terlepas melalui pengalaman anak meragam ketika makan di luar Hinggakan ibu bapa pun perlu makan dengan cepat bagi memastikan mood anak berada dalam keadaan baik Ini kerana ada sesetengah anak kal...
Isteri Bolot Duit Jual Buah Pinggang Suami Lari Dengan Kekasih

Where Will Our Money Come From If We Don T Tax The Rich Anwar Says Tnb Tariff Hike Won T Affect 85pc Of Malaysians

Eco Friendly Housing How Wellcamp S Prefab Homes Reduce Environmental Impact

Gluten Pengertian Bahaya Kesihatan Dan Panduan Diet Bebas Gluten

Dewan Rakyat Kecoh Pembangkang Dakwa Kerajaan Derhaka Titah Agong

Perencah Nasi Ayam Hainan Yang Mudah Dan Sedap Digunakan

A Proper System To Manage E Waste Is Both Profitable And Sustainable

Biaya Pembangunan Masjid Raya Al Jabbar 207 M Dari Dana Pinjaman 3 4 T


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Malaysiakini S Sabah Expos Ronald Asks If Govt Members Have Different Rules

Malaysia Rolls Out Generative Ai Tool To 445 000 Civil Servants

Mechanic Caught By Jpj For Not Renewing His Road Tax For 23 Years

Bufet Ramadan 2025 Merentasi Tradisi Pentas Citarasa Di Restoran Zest Lifestyle Hotel Marriott Putrajaya

Lirik Lagu Terapi Percuma Aepul Roza Sharul Kamal

Panduan Lengkap Solat Sunat Tahiyatul Masjid