Mainan Gantung Bayi Tak Dapat Bantu Si Manja Cepat Tidur Tapi Ada Manfaat Lain


Geramnya apabila si manja asyik merengek dan susah hendak tidur waktu malam. Sudah pelbagai cara menidurkan bayi dicuba, tapi hasilnya mengecewakan.
Zaman kini, ramai pula ibu bapa yang melaburkan duit untuk mainan gantung di katil bayi. Ramai yang berkongsi maklum balas mengenai mainan tersebut.

Namun sejauh manakah mainan gantung di katil bayi membantu si manja anda nyenyak tidur? Jom, kita kupas isu ini bersama-sama!
Apakah itu mainan gantung? Mainan gantung mobil bayi lebih daripada sekadar benda comel yang tergantung di buaian atau katil bayi.
Mainan ini bukan sahaja dapat menenangkan si manja anda, tetapi juga merupakan salam satu cara merangsang perkembangan otak bayi anda.
Betul ke mainan gantung cara menidurkan bayi yang berkesan? Tidak ada kajian yang menyokong atau membantah penggunaan mainan gantung untuk menidurkan bayi.
Namun, pelbagai pendapat ibu bapa boleh dilihat di laman web yang berkaitan dengan keibubapaan.
Ada yang memberi tindak balas positif di mana mereka merasakan mainan gantung yang sesuai untuk masa tidur dapat membantu si kecil tidur dengan cepat dan lena.
Sungguhpun begitu, ada juga ibu bapa dan blog keibubapaan yang beranggapan ia boleh mengganggu atau melambatkan masa tidur bayi.
Bertentangan dengan kepercayaan popular, mainan gantung mobil bayi tidak bertujuan untuk membantu bayi tidur. Tujuan utamanya adalah untuk merangsang perkembangan otak dan saraf.
Kelebihan mainan mobil bayi 1. Rangsangan visual Apabila mata bayi mengikut pergerakan mainan gantung, ia membantu menguatkan otot yang mengawal pergerakan mata. Rangsangan yang kerap akan membantu otot-otot tersebut berkembang lebih baik.
2. Kawalan kepala yang lebih baik Apabila bayi anda semakin membesar dan berjaya mengawal kepalanya, bayi akan mula mengikuti pergerakan mainan gantung dengan memusing atau mengangkat kepalanya.
Otot yang mengawal pergerakan kepala akan menjadi lebih kuat dengan tindakan ini.
3. Penyelarasan tangan-mata Sekitar usia 3 bulan, bayi anda akan mula mencapai mainan gantung, dan mula belajar mengawal pergerakan tangan mereka.
Dalam tempoh tersebut, penglihatan bayi anda telah meningkat sehingga pandangan matanya dapat mengikuti objek bergerak di mainan tersebut.
4. Kesedaran ruang Mencapai mainan gantung juga membantu mata bayi anda memahami kedalaman, manakala otak akan memahami konsep jarak. Hal ini akan membantu perkembangan bayi dari segi kesedaran ruang.
Mempunyai mainan mobil yang berlainan dan menarik perhatian lebih bagus untuk perkembangannya.
Walaupun begitu, ia sepatutnya dikeluarkan daripada buaian atau katil bayi sekitar 5 bulan, usia di mana bayi anda mula banyak bergerak.
Rahsia cara menidurkan bayi yang mujarab Menidurkan bayi bukannya kerja yang mudah. Kajian menunjukkan sekitar 25-50% bayi akan terbangun selepas tidur beberapa jam.
Mungkin anda boleh cuba beberapa cara menidurkan bayi ini dengan si comel anda ya!
1. Ketahui tanda-tanda bayi anda mengantuk Sebilangan bayi akan merengek atau menangis ketika mereka letih, sementara yang lain akan menggosok mata, termenung atau menarik telinga mereka.
Bayi anda akan cepat dan mudah lena sekiranya anda memahami tanda-tanda dia mengantuk dan menidurkannya selepas itu.
2. Menyediakan jadual tidur harian Bayi akan tidur nyenyak apabila mereka mempunyai waktu tidur dan bangun yang konsisten. Selain itu, mengurangkan tidur siang tidak akan mendorong bayi anda untuk tidur lebih awal pada waktu malam.
Sebaliknya, ia akan mengakibatkan keletihan dan bayi akan lebih susah untuk lelap.
3. Menghasilkan rutin tidur Ibu ayah, cuba untuk wujudkan rutin waktu tidur yang konsisten, merangkumi aktiviti yang tenang dan menyeronokkan untuk bayi anda.
Pastikan rutin yang anda laksanakan seiring dengan peningkatan umur bayi anda.
Sebagai contoh, membaca buku untuk bayi sebelum tidur, menyanyi atau memandikan si manja sebelum tidur.
Ingatlah, elakkan memberi makanan kepada bayi anda hampir dengan masa tidur mereka selepas berumur 6 bulan.
4. Sediakan persekitaran tidur yang sama Pastikan persekitaran bilik tidur anak anda sama pada waktu tidur sepanjang malam. Bayi menjadi lebih selesa jikalau terdapat rutin dalam kehidupan mereka.
Di samping itu, si manja anda juga akan tidur lebih nyenyak di dalam bilik yang gelap, sejuk dan tenang.
Konklusi Belum ada kajian yang membuktikan keberkesanan mainan gantung mobil bayi dengan corak tidur mereka.
Walaupun begitu, ingatlah bahawa setiap bayi berbeza sifat dan interaksi terhadap persekitaran mereka.
The post Mainan Gantung Bayi Tak Dapat Bantu Si Manja Cepat Tidur, Tapi Ada Manfaat Lain! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mainan-gantung-bayi-tak-dapat-bantu-si-manja-cepat-tidur-tapi-ada-manfaat-lain/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Bayi Tidur Lena Tak Aktif Lepas Jatuh Katil Cepat Cepat Bawa Ke Hospital Bahaya Boleh Bawa Maut

Kalau Bayi Tidur Lena Tak Aktif Lepas Jatuh Katil Cepat Cepat Bawa Ke Hospital Bahaya Boleh Bawa Maut

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 271 hits
Sebagai ibu bapa kita hendaklah menjaga anugerah Allah SWT ini sebaik mungkin Anak jatuh katil adalah perkara yang boleh dielakkan Jangan kerana kecuaian kita anak menderita Menurut perkongsian daripada Dr Alifah Aminuddin Pegawai Perubatan...
Dah 18 Bulan Tapi Anak Masih Tak Pandai Berjalan Mak Ayah Cepat Bantu

Dah 18 Bulan Tapi Anak Masih Tak Pandai Berjalan Mak Ayah Cepat Bantu

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 424 hits
Meniarap sudah merangkak pun sudah Kini anak memasuki fasa untuk berjalan namun mengambil masa yang agak lama sebelum anak benar benar boleh berdiri dan seterusnya melangkah setapak demi setapak Ibu bapa tidak perlu risau sekiranya anak sud...
Majlis Khwin Lagi 5 Hari Tapi Bakal Isteri Dh Mgandung Anak Lelaki Lain Aku Tpksa Kahwin Demi Maruah Tapi Bersyarat

Majlis Khwin Lagi 5 Hari Tapi Bakal Isteri Dh Mgandung Anak Lelaki Lain Aku Tpksa Kahwin Demi Maruah Tapi Bersyarat

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 405 hits
Foto sekadar hiasan Assalamualaikum admin Mohon hidekan profil saya Saya sekarang dalam dilema Majlis kahwin saya lagi 5 hari lagi tapi Permasalahan saya di sini berkaitan tunang saya Dia dah mengandung 1 bulan Tapi sebelum tu saya nak makl...
Gigi Anak Rongak Hitam Jangan Biarkan Walaupun Gigi Susu Tapi Bukan Perkara Biasa Bantu Anak

Gigi Anak Rongak Hitam Jangan Biarkan Walaupun Gigi Susu Tapi Bukan Perkara Biasa Bantu Anak

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 448 hits
Belum pun sampai usia enam tahun gigi anak sudah rongak dan menjadi kehitaman Jangan biarkan sahaja kerana menjaga gigi perlu menjadi kewajipan pada mak ayah Persoalannya kenapa masalah gigi kehitaman dan rongak ini berlaku pada anak kita G...
Penawar Bayi Menangis Tengah Malam Kembung Perut Dan Susah Tidur Ibu Hamil Pun Elok Amalkan

Penawar Bayi Menangis Tengah Malam Kembung Perut Dan Susah Tidur Ibu Hamil Pun Elok Amalkan

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 588 hits
Bayi menangis tengah malam tanpa tahu apa sebabnya sangat sukar difahami lagi lagi untuk ibu bapa baru yang masih tiada pengalaman Bukan itu sahaja tidur malam pun akan terganggu sehingga ibu bapa pula yang rasa risau dan stres menghadapi s...
Bayi Kerap Menangis Bukan Sebab Ada Gangguan Ini Penjelasan Saintifik 16 Cara Pujuk Si Manja

Bayi Kerap Menangis Bukan Sebab Ada Gangguan Ini Penjelasan Saintifik 16 Cara Pujuk Si Manja

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 219 hits
Bayi kerap meragam selalu dikaitkan dengan gangguan tapi benarkah dakwaan itu Pakar kata bayi menangis kerana masalah kolik bayi Ikuti penjelasannya dalam artikel ini Memahami apa itu kolik Bagaimana untuk tahu bayi menangis bukan kerana ga...
Dah Scan Bayi Tapi Tak Nampak Apa Apa Ini Mungkin Petanda 3 Masalah Hamil

Dah Scan Bayi Tapi Tak Nampak Apa Apa Ini Mungkin Petanda 3 Masalah Hamil

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 285 hits
Apabila ujian kehamilan menunjukkan positif pastinya anda teruja untuk melakukan scan bayi kan Eh kejap kenapa tak nampak kantung kehamilan masa imbasan Adakah ia petunjuk masalah kehamilan Sudah pasti anda berasa bimbang semasa melakukan p...
Menyusu Bayi Boleh Buat Mama Kurus Tapi Kalau Silap Cara Makin Bertambah Berat Badan

Menyusu Bayi Boleh Buat Mama Kurus Tapi Kalau Silap Cara Makin Bertambah Berat Badan

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 292 hits
Penyusuan susu ibu adalah peringkat yang sangat penting untuk bayi anda jadi anda harus makan makanan yang sihat dan berkhasiat Dengan disiplin dan amalan pemakanan yang betul anda boleh mengurangkan berat badan anda Malah pemakanan yang si...
Hiburan Saya Tidur Lena Makan Sedap Ada Orang Tidur Dalam Bonet Kereta Ebit Lew Bantu Keluarga Ganesh Sewakan Rumah

Hiburan Saya Tidur Lena Makan Sedap Ada Orang Tidur Dalam Bonet Kereta Ebit Lew Bantu Keluarga Ganesh Sewakan Rumah

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 418 hits
Pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew kini dilihat telah memberi bantuan dan meringankan beban sebuah keluarga India iaitu S Ganesh 34 dan isteri S Parameswary 32 serta tiga anak mereka yang tinggal di dalam kereta sementelah rumah mereka...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation