Dah Scan Bayi Tapi Tak Nampak Apa Apa Ini Mungkin Petanda 3 Masalah Hamil


Apabila ujian kehamilan menunjukkan positif, pastinya anda teruja untuk melakukan scan bayi, kan? Eh, kejap kenapa tak nampak kantung kehamilan masa imbasan? Adakah ia petunjuk masalah kehamilan?
Sudah pasti anda berasa bimbang semasa melakukan pemeriksaan ultrabunyi dan dimaklumkan kantung kehamilan atau gestational sac tidak dapat dilihat.

Kantung tersebut adalah tempat di mana janin akan membesar dan mengandungi cecair amniotik atau lebih mudah dikenali sebagai air ketuban.
Bilakah kantung kehamilan dapat dilihat? Umumnya, kantung tersebut adalah antara tanda mengandung yang dapat dilihat pada ultrabunyi transvaginal. Alat tersebut digunakan kerana ultrabunyi abdomen kurang tepat pada peringkat awal kehamilan.
Gestational sac biasanya dapat dilihat apabila ujian scan bayi dilakukan ketika usia kehamilan mencecah 5 minggu. Bagi sesetengah wanita mengandung, ia boleh dilihat seawal usia 3 minggu kehamilan.
Sekiranya kantung tersebut dapat dikesan pada alatan ultrabunyi, anggaran saiz diameter kantung adalah sekitar 2 hingga 3 milimeter (mm). Ia akan kelihatan seperti rim putih di dalam rahim anda.
Jika anda menjalani ujian kehamilan kuantitatif, iaitu ujian hCG serum (human chorionic gonadotropin), gestational sac biasanya akan kelihatan apabila hCG mencapai tahap 1,500 hingga 2,000.
Ujian scan bayi yang seterusnya akan menampakkan kantung kuning telur (yolk sac) di dalam kantung kehamilan.
Yolk sac akan berfungsi sebagai makanan untuk embrio yang sedang berkembang dan biasanya akan dapat dilihat pada usia kehamilan 5.5 hingga 6 minggu melalui ultrabunyi transvaginal.
Tetapi jika kantung tersebut tidak dapat dilihat semasa scan bayi, adakah ia petanda masalah kehamilan?

Faktor tiada kantung kehamilan semasa scan bayi Kantung yang wujud di dalam rahim itu adalah kantung yang akan mengelilingi dan melindungi bayi (apabila membesar) dan akan mengandungi cecair amniotik.
Sekiranya ia tidak dapat dilihat semasa ujian ultrabunyi transvaginal kehamilan pada awal usia kehamilan, sekitar 5 minggu, ada beberapa punca yang mungkin berlaku, iaitu:
Ujian scan bayi dilakukan dalam tempoh kehamilan yang terlalu awal Berlaku kehamilan ektopik Kandungan mengalami keguguran Imbasan kehamilan dilakukan terlalu awal
Kantung kehamilan biasanya akan kelihatan pada imbasan ultrabunyi pada 3 hingga 5 minggu kehamilan atau pada saat nilai hCG mencapai 1,500 ke 2,000.
Jika dilakukan sebelum waktu atau tahap itu, walaupun ujian kehamilan menunjukkan positif, kemungkinan besar tidak akan ada kantung yang dapat dilihat semasa scan bayi dilakukan.
Tempoh masa yang salah adalah antara sebab paling biasa mengapa kantung bayi tersebut tidak dapat dilihat. Apabila melibatkan keadaan sebegini, ujian ultrabunyi susulan akan disyorkan.
Pun begitu, jika tempoh mengandung sudah melebihi 5 minggu atau capaian tahap hCG lebih 2,000, ketiadaan kantung kehamilan mungkin petanda kewujudan masalah tertentu.
Kehamilan ektopik
Apabila kantung tidak kelihatan di dalam rahim, ia berkemungkinan besar menandakan masalah kehamilan, iaitu kehamilan ektopik.
Ia keadaan yang boleh menimbulkan kebimbangan. Tetapi perlu diingatkan bahawa ketiadaan kantung mungkin berkaitan dengan waktu scan bayi yang salah.
Walau bagaimanapun, masalah kehamilan ektopik atau mengandung luar rahim akan dapat diatasi jika dapat dikesan pada peringkat awal.
Situasi ini boleh terjadi walaupun anda tidak mengalami sebarang simptom yang menjurus kehamilan ektopik.
Seorang doktor mungkin dapat mendiagnosis masalah kehamilan luar rahim dan akan menyarankan rawatan tanpa perlu melakukan ujian scan bayi susulan jika tahap hCG cukup tinggi.
Masalah kehamilan ini selalunya tidak dianggap kecemasan perubatan sekiranya dikesan lebih awal. Bahkan pilihan rawatan juga tidak semestinya melibatkan pembedahan.

Keguguran 
Jika anda mengalami pendarahan pada awal kehamilan atau gejala keguguran lain, ketiadaan kantung kehamilan mungkin bermakna anda mengalami keguguran yang sangat awal.
Keadaan ini turut dikenali sebagai kehamilan kimia atau tisu kehamilan telah disingkirkan rahim.
Sekiranya berlaku penurunan kadar hCG dengan tiada penemuan kantung, diagnosis paling hampir adalah keguguran.
Seperti kehamilan ektopik, terdapat pelbagai pilihan rawatan tersedia jika anda kehilangan kandungan.
Pemeriksaan lanjut Ketiadaan kantung kehamilan semasa scan bayi boleh jadi keadaan yang sukar untuk pakar menentukan dengan segera dan tepat akan puncanya.
Jadi adalah sesuatu yang wajar untuk anda berasa bimbang dan cemas, malahan mungkin kecewa.
Terdapat kemungkinan besar untuk anda diminta melakukan ujian scan bayi atau ultrabunyi susulan dan menjalani pemantauan tahap hCG bagi mendapatkan jawapan yang lebih jelas.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Dah Scan Bayi, Tapi Tak Nampak Apa-apa? Ini Mungkin Petanda 3 Masalah Hamil appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dah-scan-bayi-tapi-tak-nampak-apa-apa-ini-mungkin-petanda-3-masalah-hamil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Bercakap Tapi Tunjuk Jari Bila Nak Sesuatu Awas Bimbang Anak Ada Masalah Pendengaran

Tak Bercakap Tapi Tunjuk Jari Bila Nak Sesuatu Awas Bimbang Anak Ada Masalah Pendengaran

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 297 hits
Tangisan adalah cara anak anak kecil kita berkomunikasi Pun begitu jika inilah cara yang digunakan oleh anak pada usia tiga tahun mak ayah perlu lakukan sesuatu Anak pada usia tiga tahun sudah boleh meminta diambilkan barang Jika hanya menu...
Kalau Nak Anak Bijak Ibu Hamil Kena Suka Membaca Bercakap Dengan Bayi Dalam Kandungan

Kalau Nak Anak Bijak Ibu Hamil Kena Suka Membaca Bercakap Dengan Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 440 hits
Benarkah ibu mengandung yang mempunyai tabiat membaca buku menjadikan anak lebih bijak Ikuti kupasan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut Tabiat membaca buku oleh ibu mengandung Ibu hamil sering dihujani maklumat yang boleh menimbulkan ...
Mainan Gantung Bayi Tak Dapat Bantu Si Manja Cepat Tidur Tapi Ada Manfaat Lain

Mainan Gantung Bayi Tak Dapat Bantu Si Manja Cepat Tidur Tapi Ada Manfaat Lain

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 259 hits
Geramnya apabila si manja asyik merengek dan susah hendak tidur waktu malam Sudah pelbagai cara menidurkan bayi dicuba tapi hasilnya mengecewakan Zaman kini ramai pula ibu bapa yang melaburkan duit untuk mainan gantung di katil bayi Ramai y...
Ibu Hamil Elak Ambil Kopi Kafein Air Berkabonat Berlebihan Kalau Sayang Bayi Tak Nak Keguguran

Ibu Hamil Elak Ambil Kopi Kafein Air Berkabonat Berlebihan Kalau Sayang Bayi Tak Nak Keguguran

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 349 hits
Keguguran berlaku bila semua atau sebahagian dari kandungan terkeluar atau dikeluarkan dari rahim pada usia kandungan kurang dari 22 minggu Kandungan yang tidak menunjukkan perkembangan atau tidak lagi menunjukkan tanda tanda hidup juga dir...
Merengek Tarik Telinga Kurang Menyusu Itu Mungkin Petanda Anak Kena Jangkitan Telinga Ini Yang Mak Ayah Kena Tahu

Merengek Tarik Telinga Kurang Menyusu Itu Mungkin Petanda Anak Kena Jangkitan Telinga Ini Yang Mak Ayah Kena Tahu

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 424 hits
Jangkitan pada telinga merupakan kondisi yang kerap didiagnosis pada bayi Kajian menunjukkan kebanyakan kanak kanak akan mengalami infeksi ini sekurang kurangnya sekali sebelum mereka mencecah umur tiga tahun APAKAH SIMPTOM JANGKITAN TELING...
Penawar Bayi Menangis Tengah Malam Kembung Perut Dan Susah Tidur Ibu Hamil Pun Elok Amalkan

Penawar Bayi Menangis Tengah Malam Kembung Perut Dan Susah Tidur Ibu Hamil Pun Elok Amalkan

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 588 hits
Bayi menangis tengah malam tanpa tahu apa sebabnya sangat sukar difahami lagi lagi untuk ibu bapa baru yang masih tiada pengalaman Bukan itu sahaja tidur malam pun akan terganggu sehingga ibu bapa pula yang rasa risau dan stres menghadapi s...
Menyusu Bayi Boleh Buat Mama Kurus Tapi Kalau Silap Cara Makin Bertambah Berat Badan

Menyusu Bayi Boleh Buat Mama Kurus Tapi Kalau Silap Cara Makin Bertambah Berat Badan

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 292 hits
Penyusuan susu ibu adalah peringkat yang sangat penting untuk bayi anda jadi anda harus makan makanan yang sihat dan berkhasiat Dengan disiplin dan amalan pemakanan yang betul anda boleh mengurangkan berat badan anda Malah pemakanan yang si...
Kepala Luka Perut Bayi Koyak Sampai Nampak Usus Angkara Kera Liar

Kepala Luka Perut Bayi Koyak Sampai Nampak Usus Angkara Kera Liar

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 232 hits
Kepala luka perut bayi koyak sampai nampak usus angkara kera liarSeorang bayi lelaki berusia dua bulan cedera parah akibat digigit dan diseret kera dalam kejadian yang berlaku di kediamannya semalam lapor Ketua Polis Daerah Seberang Perai U...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep