Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Mais Kekalkan Keputusan Kes Penukaran Agama Anak


MALAYSIANOW
Keputusan hakim Mahkamah Persekutuan selari dengan keputusan yang pernah dibuat dalam kes M Indira Gandhi.
Istana Kehakiman di Putrajaya yang menempatkan Mahkamah Persekutuan. Gambar: AFP
Penukaran agama lima beradik oleh bapa mereka yang memeluk Islam pada 2018 tanpa persetujuan ibu bukan Muslim kekal tidak sah selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan pendaftar muallaf Selangor untuk mengembalikan status penukaran agama mereka kepada Islam.
Sehubungan itu, keputusan dibuat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi yang membatalkan penukaran agama kanak-kanak itu kepada Islam kekal.
Keputusan tersebut dicapai secara sebulat suara oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.
Beliau berkata isu dibangkitkan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili Mais dan pendaftar muallaf Selangor telah diselesaikan melalui keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes M Indira Gandhi.
“Oleh itu, keputusan mahkamah adalah betul berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi,” kata Maimun yang mengetuai panel hakim bersama Vernon Ong Lam Kiat dan Hasnah Mohammed Hashim.
Dalam kes Indira pada 2018, Mahkamah Persekutuan memutuskan persetujuan ibu dan bapa menjadi syarat bagi penukaran agama anak.
Maimun berkata peruntukan Seksyen 117 Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Enakmen 2003 jelas menyatakan seseorang yang bukan Muslim boleh menukar agama kepada Islam jika seseorang itu sempurna akal, mencapai umur 18 tahun; dan jika belum mencapai umur tersebut, ibu dan bapa atau penjaganya mengizinkan penukaran agamanya kepada Islam.
“Permohonan (Mais dan pendaftar muallaf) tidak menepati syarat yang dikenakan Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 bagi mendapat kebenaran pelepasan tersebut,” tambahnya.
Beliau turut memerintahkan Mais dan pendaftar muallaf membayar kos sebanyak RM30,000.
Mais dan pendaftar muallaf Selangor memohon pelepasan rayuan selepas ibu berusia 33 tahun itu memfailkan permohonan semakan kehakiman yang antara lain memohon perintah mahkamah untuk membatalkan pendaftaran dan pengisytiharan penukaran agama anak-anaknya kepada Islam.
Dia turut menamakan bekas suami, pengerusi Mais, pendaftar muallaf, ketua pengarah kementerian pendidikan dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Pada 1 November 2018, suami dan bapa kepada anaknya memeluk Islam dan menukar agama lima anak mereka kepada Islam tanpa persetujuan pihak ibu.
Anak sulungnya berumur 10 tahun, manakala anaknya yang lain berumur sembilan, enam, lima dan tiga tahun ketika hari agama mereka ditukar oleh suaminya.
Wanita itu hanya mengetahui anak-anaknya memeluk Islam selepas menerima surat dari Mais pada 2019 yang mengesahkan pendaftaran anak-anaknya sebagai penganut Islam.
Ketika membenarkan semakan kehakiman wanita tersebut, hakim Mahkamah Tinggi Abd Majid Hamzah memutuskan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira mengikat Mahkamah Rendah selain enakmen Selangor sendiri dengan jelas menyatakan bahawa kedua-dua ibu dan bapa mesti memberikan persetujuan dalam isu penukaran agama si anak.
Mahkamah Rayuan juga turut mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada tahun lepas.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/mahkamah-persekutuan-tolak-permohonan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Tukar Agama Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Mais

Kes Tukar Agama Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Mais

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 146 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Majlis Agama Islam Selangor untuk mengembalikan status penukaran agama lima kanak kanak kepada Islam yang dilakukan secara sepihak oleh bapa mereka Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat ...
Mahkamah Benar Permohonan Halang Akses Dokumen Kes Pulau Batu Puteh

Mahkamah Benar Permohonan Halang Akses Dokumen Kes Pulau Batu Puteh

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 192 hits
Mahkamah benar permohonan halang akses dokumen kes Pulau Batu Puteh Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan kerajaan untuk mendapatkan perintah perlindungan bagi menghalang akses orang awam kepada dokumen saman berhubung kes kedaulat...
Mahkamah Tolak Saman Ibu Berhubung Kematian Anak Dilempar Kerusi

Mahkamah Tolak Saman Ibu Berhubung Kematian Anak Dilempar Kerusi

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 191 hits
Majlis Bandaraya Kuala Lumpur dan dua pihak yang lain berjaya dalam permohonan mereka untuk membatalkan saman seorang ibu berhubung kematian anak lelaki remajanya
Mahkamah Tinggi Semak Keputusan Kes Remaja Curi Tabung Masjid Isnin Ini

Mahkamah Tinggi Semak Keputusan Kes Remaja Curi Tabung Masjid Isnin Ini

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 224 hits
January 15 2022 Peguam Muhammad Hariz Md Yusoff yang mewakili Daniel Iskandar berkata permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Abd Halim Aman jam 9 pagi KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi akan menyemak keputusan kes seorang remaja lelaki yan...
Kes Remaja Curi Tabung Masjid Tonjol Kebijaksanaan Mahkamah

Kes Remaja Curi Tabung Masjid Tonjol Kebijaksanaan Mahkamah

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 174 hits
Syor masjid pusat zakat diperkasa santuni golongan miskin bermasalah BANGI Polemik kes remaja yang tular dimandikan ala jenazah kerana cuba mencuri tabung Masjid Al Islahiah pada 13 Januari lalu kini berakhir selepas mahkamah menggantikan h...
Mahkamah Tetap 15 Februari Sebagai Pengurusan Kes Saman Fitnah Azam Baki

Mahkamah Tetap 15 Februari Sebagai Pengurusan Kes Saman Fitnah Azam Baki

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 173 hits
Saman terhadap Lalitha Kunaratnam atas dakwaan terbit artikel memfitnah Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi menetapkan 15 Februari depan sebagai pengurusan kes bagi saman yang difailkan oleh Ketua Pesuru...
Tayar Motor Pancit Ketika Cari Kerja Bapa Terpaksa Tolak Motosikal Sejauh 10km Sambil Anak Duduk Depan

Tayar Motor Pancit Ketika Cari Kerja Bapa Terpaksa Tolak Motosikal Sejauh 10km Sambil Anak Duduk Depan

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 292 hits
Demi Cari Kerja Bapa Sanggup Tolak Motor Pancit 10km Sambil Anak Duduk Depan Perkongsian daripada seorang netizen yang menceritakan seorang bapa gigih mencari kerja sambil membawa anak namun berdepan masalah tayar motosikal pancit dalam per...
Mungkin Anak Akan Tolak Makanan Buat Pertama Kali Mama Jangan Down

Mungkin Anak Akan Tolak Makanan Buat Pertama Kali Mama Jangan Down

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 187 hits
Memberi anak makanan pejal adalah salah satu pencapaian penting dalam perkembangan anak anda Dalam artikel ini kami akan membincangkan mengenai tips untuk memulakan makanan pejal pada anak anda Pilih masa yang tepat untuk mula beri makanan ...
Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Bagi Yang Tak Faham Matematik Pengiraan Perjalanan Pmx

Lokman Adam Jawab Hilman Berhubung Pembiayaan Swasta Semasa Lawatan Pm Ke Luar Negara

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu