Mahkamah Tinggi Semak Keputusan Kes Remaja Curi Tabung Masjid Isnin Ini




Bernama -January 15, 2022 Peguam Muhammad Hariz Md Yusoff yang mewakili Daniel Iskandar berkata, permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Abd Halim Aman, jam 9 pagi. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi akan menyemak keputusan kes seorang remaja lelaki yang dijatuhi hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 kerana cuba mencuri tabung masjid, baru-baru ini.
Pendengaran semakan terhadap keputusan Mahkamah Majistret Selayang yang menjatuhkan hukuman itu ke atas Daniel Iskandar, 19, ditetapkan pada 17 Jan ini, di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Zainul Rijal Abu Bakar, berkata prosiding semakan itu ditetapkan mengikut peruntukan di bawah Bab 31 Kanun Tatacara Jenayah.
“Tetuan Hariz Syakinah & Co telah dilantik oleh Daniel Iskandar untuk mewakilinya dengan bantuan PPMM. Maka PPMM melalui Tetuan Hariz Syakinah & Co akan hadir di Mahkamah Tinggi pada hari tersebut,” menurutnya dalam kenyataan.
Bab 31, antara lain, adalah berkaitan kuasa Hakim untuk memanggil rekod Mahkamah Rendah dan kuasa Hakim untuk semakan.
Semalam, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, dalam sidang akhbar berkata hukuman diputuskan Mahkamah Rendah boleh disemak oleh Mahkamah Tinggi, jika didapati berlebihan atau kurang sesuai mengikut undang-undang sedia ada.
Peguam Muhammad Hariz Md Yusoff, ketika dihubungi, pula berkata permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Abd Halim Aman, pada 9 pagi.
Beliau berkata, anak guamnya kini berada di Penjara Kajang dan pihaknya tidak dapat bersemuka dengan remaja itu berikutan prosedur operasi standard yang memerlukan ujian RT-PCR dibuat terlebih dahulu.
“Saya telah pergi ke Penjara Kajang dan hanya berhubung melalui surat bertulis dengan pegawai penjara yang kemudian disampaikan kepada Daniel.
“Berdasarkan rekod penjara, anak guam kami sepatutnya bebas pada Isnin ini, namun apabila ada prosiding semakan, dia akan dibawa terlebih dahulu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam,” katanya.
Khamis lalu, Mahkamah Majistret Selayang menjatuhi hukuman itu ke atas Daniel selepas remaja tersebut mengaku cuba mencuri tabung masjid, pada 8 Jan.
Media sebelum ini melaporkan tular di media sosial video berdurasi satu minit 25 saat, memaparkan tindakan jemaah sebuah masjid memandikan remaja itu seperti jenazah serta melumurkannya dengan kapur barus kerana mencuri tabung masjid.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/mahkamah-tinggi-semak-keputusan-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Remaja Curi Tabung Masjid Tonjol Kebijaksanaan Mahkamah

Kes Remaja Curi Tabung Masjid Tonjol Kebijaksanaan Mahkamah

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 184 hits
Syor masjid pusat zakat diperkasa santuni golongan miskin bermasalah BANGI Polemik kes remaja yang tular dimandikan ala jenazah kerana cuba mencuri tabung Masjid Al Islahiah pada 13 Januari lalu kini berakhir selepas mahkamah menggantikan h...
Orang Kampung Dedah Remaja Cuba Curi Duit Tabung Masjid Sebenarnya Banyak Kes Jenayah

Orang Kampung Dedah Remaja Cuba Curi Duit Tabung Masjid Sebenarnya Banyak Kes Jenayah

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 277 hits
Sebelum ini laporan berita menyatakan bahawa alasan Daniel mencuri adalah kerana mahu membeli ubat buat atuknya Namun dakwaan itu disangkal oleh pihak polis dan menyatakan Daniel sebenarnya mencuri untuk membeli dadah Menerusi laporan Sinar...
Dah Comfirm Remaja Yang Curi Tabung Masjid Ada Kes Dadah Jadi Adakah Boleh Kita Belasah Dan Aibkan Dia

Dah Comfirm Remaja Yang Curi Tabung Masjid Ada Kes Dadah Jadi Adakah Boleh Kita Belasah Dan Aibkan Dia

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 288 hits
January 15 2022Petang tadi ramai sahabat kalangan bani PAS komen seakan merayakan penemuan yang curi Tabung Masjid tu ada kes dadah Pada depa padanlah dia boleh diaib dan dimalukan atau diperlakukan Aku pun antara yang membenci kaki dadah y...
Ppmm Jadi Pengantara Proses Saranan Kes Remaja Curi Tabung Masjid

Ppmm Jadi Pengantara Proses Saranan Kes Remaja Curi Tabung Masjid

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 191 hits
Ambil langkah semampu mungkin bantu Mahkamah Tinggi Shah Alam BANGI Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia membantu Mahkamah Tinggi Shah Alam menjadi pengantara proses saranan dalam kes jenayah remaja yang tular di media sosial berhubung c...
Imam Mandikan Remaja Curi Tabung Masjid Dah Letak Jawatan Kata Exco Selangor

Imam Mandikan Remaja Curi Tabung Masjid Dah Letak Jawatan Kata Exco Selangor

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 335 hits
January 14 2022 Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor Zawawi Ahmad Mughni berkata peletakan jawatan iman itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Mohd Shahzihan Ahmad PETALING JAYA Imam terbabit dalam kontroversi memandikan remaj...
Hukuman Penjara Diketepikan Remaja Curi Tabung Masjid Diperintah Khidmat Sosial 120 Jam

Hukuman Penjara Diketepikan Remaja Curi Tabung Masjid Diperintah Khidmat Sosial 120 Jam

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 189 hits
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini dilapor ketepikan hukuman penjara dan denda terhadap remaja yang didakwa cuba curi tabung masjid baru baru ini Menerusi perkongsian ciapan di akaun Twitter rasmi Bernama Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini ...
Aadk Sedia Bantu Remaja Dimandi Jenazah Curi Tabung Masjid

Aadk Sedia Bantu Remaja Dimandi Jenazah Curi Tabung Masjid

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 212 hits
Oleh Agensi Antidadah Kebangsaan sedia membantu remaja yang didakwa kerana cuba mencuri tabung masjid GAMBAR Ihsan AADK AGENSI Antidadah Kebangsaan sedia menghulurkan bantuan kepada seorang remaja yang tular selepas dimandikan seperti mana ...
Daniel Tak Pernah Berparang Ugut Keluarga Kata Ibu Remaja Curi Tabung Masjid

Daniel Tak Pernah Berparang Ugut Keluarga Kata Ibu Remaja Curi Tabung Masjid

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 226 hits
January 15 2022 Ibu kepada Daniel Iskandar Mohd Nasir yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Jas berkata anak sulungnya itu baik tenang dan tidak melawan apabila dimarahi atau ditegur KUANG Ibu kepada remaja yang dimandikan seperti jenazah me...
Remaja Cuba Curi Tabung Masjid Dipenjara 10 Hari Denda Rm4 000

Remaja Cuba Curi Tabung Masjid Dipenjara 10 Hari Denda Rm4 000

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR 13 Jan Seorang remaja yang videonya tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti jenazah akibat cuba mencuri tabung masjid hari ini dipenjara 10 hari dan didenda RM4 000 oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini Majistret ...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco