Mahkamah Tetap 15 Februari Sebagai Pengurusan Kes Saman Fitnah Azam Baki


 azrulhakimie
Saman terhadap Lalitha Kunaratnam atas dakwaan terbit artikel memfitnah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki KUALA LUMPUR– Mahkamah Tinggi menetapkan 15 Februari depan sebagai pengurusan kes bagi saman yang difailkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki terhadap penyelidik kanan Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4) Lalitha Kunaratnam atas dakwaan menerbitkan artikel memfitnah berkaitan pembelian saham yang disiarkan oleh portal agensi berita Independent News Service (INS).
Berdasarkan semakan sistem mahkamah, kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noordura Mohamed Din secara dalam talian (e-Review) pada 9 pagi.
Azam, 59, selaku plaintif memfailkan saman itu semalam melalui Tetuan Zain Megat & Murad dengan menamakan Lalitha, 39, sebagai defendan tunggal.
Pernyataan tuntutan Azam mendakwa defendan telah mengarang dua artikel bertajuk Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go? (Bahagian 1) dan Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go? (Bahagian Dua) yang pertama kali diterbitkan oleh Lalitha dalam INS pada 26 Okt sebelum kedua-dua artikel diterbitkan semula pada 15 Dis tahun lepas.
Dakwa plaintif, defendan turut berkongsi pautan artikel itu di laman Twitternya atas nama @LalithaVelvet untuk disebarkan kepada umum dan pautan kepada kedua-dua artikel masih boleh diakses sehingga kini.
Azam mendakwa tajuk artikel itu adalah sensasi, bersifat skandal dan menjengkelkan kerana ia dikarang dan diterbitkan semula dengan niat jahat bagi memberi kesan serta gambaran yang amat buruk kepada pembaca bahawa plaintif seorang penjawat awam yang korup atau menyalahgunakan kedudukannya sebagai seorang pegawai tinggi SPRM untuk kepentingan sendiri atau adik-beradiknya.
Dakwa plaintif, selain kedua-dua artikel dan ciapan menerusi Twitter, defendan pada 9 Jan lepas turut membuat ciapan dengan menerbitkan semula kenyataan media peguamnya, Manjeet Singh Dhillon.
Azam mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud beliau memiliki saham dan waran bernilai jutaan ringgit dengan wang pembelian saham dan waran diperoleh secara salah serta plaintif membuat pelaburan bernilai jutaan ringgit dalam tempoh yang singkat selain tidak mengisytiharkan pembelian saham dan waran terbabit semasa beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Siasatan SPRM.
Selain itu, plaintif mendakwa kenyataan tersebut membawa maksud beliau dan adiknya melalui syarikat RI Intelligence Sdn Bhd terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti rahsia yang bercanggah di sisi undang-undang.
Dakwanya, kenyataan itu turut memfitnah SPRM secara keseluruhan dan defendan juga seolah-olah menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah melantik plaintif sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM selaras dengan undang-undang sedia ada.
Azam juga mendakwa defendan telah menyalahgunakan peranan beliau sebagai seorang wartawan penyiasat untuk memanipulasi dan mengelirukan orang awam bahawa kenyataan fitnah itu adalah benar walaupun hakikatnya ia adalah tidak benar serta bersifat spekulatif.
Plaintif berkata surat tuntutan telah dikeluarkan supaya defendan memadam kenyataan fitnah itu dan memohon maaf namun Lalitha, melalui peguamnya, telah mengeluarkan kenyataan di akaun Twitter yang menyatakan beliau berpegang teguh dengan artikel tersebut yang jelas tidak menunjukkan sebarang penyesalan.
Dakwa Azam, penerbitan fitnah itu menyebabkan nama dan reputasinya tercemar dan oleh itu, beliau menuntut perintah bagi menghalang Lalitha atau ejennya daripada membuat, menerbitkan atau menyebabkan kenyataan berbaur fitnah tersebut diterbitkan semula selain memohon defendan memadam artikel dan ciapan dalam tempoh tiga hari penghakiman dibuat serta permohonan maaf dalam akhbar atau media sosial pilihan plaintif.
Turut dituntut ganti rugi am sebanyak RM10 juta dan ganti rugi teruk, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/mahkamah-tetap-15-februari-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saham Dakwaan Terbit Artikel Fitnah Azam Baki Saman Lalitha Pengurusan Kes 15 Feb

Saham Dakwaan Terbit Artikel Fitnah Azam Baki Saman Lalitha Pengurusan Kes 15 Feb

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 205 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi menetapkan 15 Feb ini untuk pengurusan kes saman Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki terhadap penyelidik kanan Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi Lalitha Kunaratnam atas dakwaan ...
Hiburan Azam Baki Fail Saman Fitnah 10 Juta Terhadap Lalitha Berikutan Kes Rasuah

Hiburan Azam Baki Fail Saman Fitnah 10 Juta Terhadap Lalitha Berikutan Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 215 hits
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki telah mengemukakan tuntutan saman fitnah terhadap bekas penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi Lalitha Kunaratnam berikutan penerbitan sebuah artikel di por...
Kes Azam Baki Bukan Peribadi Tetapi Kerosakan Sistem

Kes Azam Baki Bukan Peribadi Tetapi Kerosakan Sistem

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 298 hits
Kes yang berlingkar di sekitar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki bukanlah isu peribadi tetapi berpotensi memberi kesan buruk kepada seluruh sistem pentadbiran Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrah...
Kes Azam Baki Mampukah Sprm Bertindak Tanpa Berat Sebelah

Kes Azam Baki Mampukah Sprm Bertindak Tanpa Berat Sebelah

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 241 hits
MALAYSIA POST SURUHANJAYA Pencegah Rasuah Malaysia harus bersifat berkecuali dan menyakinkan semua pihak bahawa tindakan akan diambil terhadap individu yang didapati bertentangan undang udang sama ada pegawai kanan atau tidak Ahli Parlimen ...
Kes Azam Baki Beri Peluang Siasatan Dijalankan Tidak Wajar Hukum Melalui Perang Media Faizal

Kes Azam Baki Beri Peluang Siasatan Dijalankan Tidak Wajar Hukum Melalui Perang Media Faizal

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 243 hits
Oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki GAMBAR Abd Razak Aid SEMUA pihak perlu menegakkan kedaulatan undang undang atau rule of law di dalam kes yang melibatkan penjawat awam dan tidak sewenang wenang...
Fail Inkuiri Ditutup Azam Baki Akan Teruskan Tugas Sebagai Kp Sprm

Fail Inkuiri Ditutup Azam Baki Akan Teruskan Tugas Sebagai Kp Sprm

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 173 hits
Tan Sri Azam Baki akan meneruskan tugasnya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selepas Suruhanjaya Sekuriti tidak dapat memuktamadkan kesalahan Azam Baki dalam isu pemilikan dua juta unit saham Menerusi kenyataa...
Azalina Persoal Muhyiddin Lantik Azam Baki Sebagai Pengarah Sprm

Azalina Persoal Muhyiddin Lantik Azam Baki Sebagai Pengarah Sprm

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 238 hits
January 10 2022 Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said membangkitkan soalan sama ada pemeriksaan menyeluruh sudah dibuat terhadap Tan Sri Azam Baki sebelum dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Mal...
Hiburan Kes Kafirkan Ebit Lew Ustaz Abu Syafiq Menang Saman Fitnah

Hiburan Kes Kafirkan Ebit Lew Ustaz Abu Syafiq Menang Saman Fitnah

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 312 hits
Pendakwah kontroversi Ustaz Abu Syafiq tampil meluahkan rasa syukur apabila dia dilaporkan telah memenangi kes saman fitnah terhadapnya setelah dua tahun perbicaraan berlangsung Berita gembira tersebut turut dikongsikan Abu Syafiq menerusi ...
Kes Azam Baki Pengerusi Lppr Salahkan Media Kerana Salah Lapor

Kes Azam Baki Pengerusi Lppr Salahkan Media Kerana Salah Lapor

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 195 hits
Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Abu Zahar Ujang mempersalahkan media berhubung kontroversi yang timbul daripada sidang medianya pada 5 Januari lalu ketika dia mengisytiharkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki tidak melakukan se...
How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kaya Sebab Duit Banyak

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Doa Sebelum Bekerja Agar Dimudahkan Dan Diberkahi

Raya Rumah Mak Tam Belah Abah

Email Lists 100 Valid Any Country In The World

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

2 Jam Baru Dari Urwerk Hamilton Yang Akan Naikkan Gaya Wrist Game Kamu