Mahathir Bidas Wakil Pembangkang Sokong Belanjawan Kerajaan Korup

Dr Mahathir Mohamad mengkritik anggota parlimen bukan kerajaan yang  tidak bangun menyokong undi belah bahagi untuk pengundian Belanjawan  2021 petang ini.
“Kerajaan yang didirikan melalui rasuah dan  sogokan pada ahli parlimen, dan kerajaan yang korup boleh pula disokong  oleh ahli parlimen pembangkang tanpa sedikitpun berasa bersalah kerana  mungkir janji kepada rakyat.
“Inilah apa yang telah berlaku di Dewan Rakyat hari ini,” katanya.
Belanjawan 2021 yang menarik perhatian ramai akhirnya diluluskan secara dasar melalui undian suara di Dewan Rakyat.
Cubaan  Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) supaya pengundian dibuat secara belah  bahagi tidak berjaya selepas hanya mendapat 13 sokongan anggota parlimen  (senarai di bawah), kurang dua seperti disyaratkan.

Sokongan  itu diperoleh daripada kesemua empat anggota parlimen Pejuang, enam  daripada Amanah dan masing-masing satu daripada PKR, DAP dan Parti  Sarawak Bersatu (PSB).
Belanjawan 2021 selepas ini ia akan dibawa  ke peringkat jawatankuasa untuk dibahaskan sebelum sekali lagi diundi  sebelum diluluskan.
Sebelum itu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul  Abdul Aziz dalam penggulungan di parlimen mengumumkan pelbagai  peruntukan tambahan termasuk kebenaran mengeluarkan wang Akaun 1  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dituntut pelbagai pihak.

Menulis  di blognya, Mahathir berkata semua anggota parlimen yang bangun,  termasuk semua daripada Pejuang, tetap berpegang kepada janji.
“Apabila  kami mengambil pendirian, kami tidak berganjak atas dasar amanah dan  tanggungjawab kami sebagai wakil kepada rakyat,” katanya.
Dia menegaskan pendiriannya yang tidak berganjang menolak Belanjawan 2021.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/11/mahathir-kritik-mp-pembangkang-yang-tak.html