Anwar Bidas Zafrul Kaitkan Gaji Penjawat Awam Dengan Sokongan Belanjawan



Kenyataan menteri kewangan bahawa kerajaan tak dapat membayar gaji penjawat awam dan menjejaskan petugas barisan hadapan sekiranya belanjawan tidak diluluskan, disifatkan ketua pembangkang Anwar Ibrahim sebagai “berbaur ugutan”.

“Menteri Kewangan membayangkan sekiranya Belanjawan 2021 yang dibentang kerajaan Perikatan Nasional tidak diluluskan, maka ia tidak akan dapat membayar segala komitmen termasuk pembayaran gaji penjawat awam dan akan mengesankan para petugas barisan hadapan yang berjuang memerangi Covid-19.

“Saya fikir ini satu kenyataan yang bersifat hambar dan berbaur ugutan serta sebahagian dari rencana untuk mengenepikan suara majoriti ahli parlimen.

“Saya yakin bahawa kita mampu mengemukakan belanjawan atau pindaan yang lebih baik untuk kepentingan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dia merujuk kenyataan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz itu yang dikeluarkannya semalam apabila disoal mengenai kemungkinan Dewan Rakyat tidak meluluskan Belanjawan 2021.

Bagaimanapun Tengku Zafrul turut menyatakan dia optimis belanjawan yang disifatkannya sebagai “dapat menolong negara” itu akan diluluskan, memandangkan tiada sebab untuk ia ditolak.

Ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di parlimen minggu lalu, Anwar berkata belanjawan itu belum pasti diluluskan dengan “cara mudah” dan hanya akan mendapat sokongan penuh sekiranya pindaan dibuat untuk “kebajikan rakyat”.

Kata ahli parlimen Port Dickson itu, belanjawan itu tidak menepati tuntutan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH), selain mempunyai unjuran tidak realistik dan tidak munasabah, seperti pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan perkembangan domestik yang disifatkan terlalu tinggi.

Anwar turut menyatakan peruntukan Belanjawan 2021 tidak sejajar dengan langkah kerajaan untuk menangani Covid-19, seperti dana peruntukan RM3 bilion bagi membeli vaksin Covid-19 yang menurutnya tidak jelas dalam belanjawan.

“Kita (pembangkang) hanya akan sokong belanjawan berhubung Covid-19 dan bukan hal lain,” tegas Anwar dalam sesi perbahasannya.

Dalam kenyataannya hari ini, Anwar menegaskan sekali lagi bahawa soal emolumen penjawat awam, perbelanjaan mengurus terutamanya perbelanjaan untuk barisan hadapan serta kelengkapan perubatan dan kesihatan tetap dipertahankan.

Cuma, katanya, pembangkang menggesa agar belanjawan itu diteliti semula dan hanya akan menyokongnya sekiranya ia benar-benar untuk memerangi Covid-19.

“Saya ulangi gesaan untuk kerajaan teliti semula Belanjawan 2021. Pembangkang hanya mendukung sekiranya ia benar-benar belanjawan untuk memerangi Covid-19,” katanya lagi.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/11/anwar-bidas-zafrul-kaitkan-gaji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gaji Penjawat Awam Barisan Hadapan Tidak Boleh Dibayar Jika Belanjawan 2021 Tidak Lulus

Gaji Penjawat Awam Barisan Hadapan Tidak Boleh Dibayar Jika Belanjawan 2021 Tidak Lulus

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 434 hits
BernamaNovember 14 2020 22 20 MYTPada 6 Nov lalu Tengku Zafrul membentangkan Belanjawan 2021 dengan peruntukan terbesar dalam sejarah negara iaitu sebanyak RM322 5 bilion Gambar failKUALA LUMPUR Kerajaan tidak akan dapat membayar segala kom...
Bonus Penjawat Awam 1 Bulan Gaji Sebabnya

Bonus Penjawat Awam 1 Bulan Gaji Sebabnya

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 425 hits
Belanjawan 2021 akan dibentang di Parlimen pada 6 November Apabila belanjawan diumumkan apa yang ditunggu tunggu bonus penjawat awam Mereka akan mencongak berapakah bonus yang akan diperolehi kakitangan awam kali ini The post appeared first...
Belanjawan 2021 Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Rm600 Pesara Rm300

Belanjawan 2021 Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Rm600 Pesara Rm300

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 554 hits
Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM600 kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah pada awal 2021 Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bantuan itu sebagai menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmat...
Kenyataan Tengku Zafrul Tak Dapat Bayar Gaji Jika Belanjawan 2021 Gagal Berbaur Ugutan

Kenyataan Tengku Zafrul Tak Dapat Bayar Gaji Jika Belanjawan 2021 Gagal Berbaur Ugutan

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 426 hits
nbsp KUALA LUMPUR Kenyataan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz bahawa Putrajaya tidak dapat membayar gaji penjawat awam jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan adalah hambar dan berbaur ugutan kata Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua P...
Anwar Beri Bayangan Belanjawan 2021 Tidak Mendapat Sokongan Majoriti Di Dewan Rakyat

Anwar Beri Bayangan Belanjawan 2021 Tidak Mendapat Sokongan Majoriti Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 282 hits
nbsp KUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim awal awal lagi sudah memberi bayangan Belanjawan 2021 yang telah dibenatngkan Jumaat lepas tidak akan mendapat sokongan majoriti di Parlimen Beliau beberapa kali menyifatkan bajet...
Belanjawan 2021 Rm600 Bantuan Khas Penjawat Awam

Belanjawan 2021 Rm600 Bantuan Khas Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 424 hits
Oleh Muhammad Yusri MuzamirNovember 6 2020 6 45pmOrang ramai menonton pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang disiarkan secara langsung dari Parlimen ketika tinjauan di Seng Heng Sh...
Anwar Kritik Lagi Belanjawan 2021 Katanya Pula Belanjawan Ini Tiada Gambaran Cara Pulih Ekonomi

Anwar Kritik Lagi Belanjawan 2021 Katanya Pula Belanjawan Ini Tiada Gambaran Cara Pulih Ekonomi

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 374 hits
Kelemahan paling ketara dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan petang tadi adalah tidak memberi gambaran tentang bagaimana untuk memacu pertumbuhan ekonomi menurut Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim Anwar berkata demikian dalam reaksi segera ...
Kekecohan Bersatu Tunjuk Ada Yang Tak Beres Antara Muhyiddin Hamzah

Pelawak Terkenal Indonesia Sule Dilaporkan Sakit

Kita Bertanggungjawab Dengan Apa Yang Kita Kata

Cara Kaifiyat Solat Sunat Gerhana Bulan

Solat Sunat Gerhana Bulan Panduan Jakim Jabatan Mufti

Kisah Tukang Kayu 40 Hari Di Alam Kubur Antara Cerita Dan Hakikat

Marjinal Negri Ngeri Chord

Juara Pertandingan Dekorasi Ruang Merdeka 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nora Danish Jadi Perhatian Dakwaan Temui Pengganti Tapi Nafi Akan Bernikah

Buasir Otak Tv Budak Jumpa Duit Dalam Longkang Be Like

Ketenangan Hati Adalah Kekayaan Sebenar

Long Weekend Ii Proudmommoment Maulidur Rasul And In Between

Sunflower Di Castle Farm Pada 31 Ogos 2025

Tips Sebelum Mengisi Borang Upu