Pembangkang Menang Belanjawan 2021 Kerajaan Pn Menang Diiktiraf

Undian Belanjawan 2021 berakhir dengan kesudahan yang tidak dijangka.
Arahan ketua pembangkang Anwar Ibrahim di saat-saat akhir mengubah  keputusan belanjawan yang mana sebelum ini ahli-ahli Parlimen Pakatan  Harapan (PH) cuba mengucar-ngacirkan menjadikan medan undi di Dewan  Rakyat untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Tindakan itu sebelum ini cukup penting bagi para penyokong  pembangkang yang menanti sejak 23 September, ketika Anwar mengumumkan  kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tumbang kerana beliau  telah memperoleh majoriti “kukuh dan meyakinkan”.
  Sejak  pengumuman itu, Anwar dilihat berjaya mengucar-ngacirkan kerajaan PN,  terutamanya apabila muncul sepucuk surat sokongan daripada Presiden Umno  Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak untuk  menjadikan dirinya sebagai perdana menteri ke-9 diserahkan kepada Yang  di Pertuan Agong.
Bukan itu sahaja, Anwar terus dilihat mengucar-ngacirkan kerajaan PN  apabila serangan beliau terhadap belanjawan kebetulan disambut secara  senada oleh beberapa pimpinan Umno.
Semua ini menimbulkan persepsi bahawa kerajaan PN bakal jatuh pada  hari pengundian belanjawan kerana Anwar akan membuktikan majoriti “kukuh  dan meyakinkan” yang diuar-uarkan ke seluruh dunia pada 23 September  lalu.
Meskipun begitu, pada hari penentuan tanggal 26 November yang lalu,  Anwar tidak mengambil kesempatan ini untuk membuktikan majoriti beliau.
Lebih membingungkan rakan-rakan seperjuangannya dalam PH, termasuk  beberapa ahli Parlimen PKR sendiri, ialah arahan beliau di saat akhir  untuk tidak meminta undi belah bahagi Rang Undang-undang Perbekalan 2021  di Dewan Rakyat.
Arahan Anwar itu bukan sahaja menyebabkan peluang beliau untuk  membukti majoriti “kukuh dan meyakinkan” terbazir, malah ia menyebabkan  hubungan di antara parti-parti komponen PH tercemar teruk.
Dalam media sosial, ahli-ahli parti DAP dan Amanah bertalu-talu  menyerang Anwar dan PKR selepas masing-masing disindir dan dimarahi  penyokong mereka kerana tidak menolak belanjawan.
  Tiba-tiba pula timbul khabar bahawa Anwar akan meletak jawatan sekiranya gagal menumbangkan kerajaan PN dalam tempoh tujuh hari.
Benar kata Anwar, pembangkang adalah pemenang terbesar apabila Belanjawan 2021 diluluskan.Meskipun pelbagai sumber di PH meledakkan khabar ini kepada media dan media sosial, tetapi pejabat Anwar tampil menafikannya.
Walaupun berdepan dengan pelbagai tohmahan dan desakan, Anwar tetap  mempertahankan keputusannya untuk mengeluarkan arahan di saat akhir  kepada PH untuk tidak meminta undi belah bahagi.
Beliau bertegas bahawa tiada alasan untuk menolak belanjawan jika  dilihat kepada kompromi dibuat Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.
Malah katanya, ia adalah satu kemenangan kepada pembangkang dan  rakyat apabila kerajaan menambah baik had pengeluaran akaun 1 KWSP  kepada RM10,000, serta moratorium pinjaman bank secara automatik  diberikan kepada golongan B40 dan perusahaan kecil dan sederhana.
Benar kata Anwar, pembangkang adalah pemenang terbesar apabila Belanjawan 2021 diluluskan.
Kalau begitu, tiada sebab Amanah dan DAP perlu marah.
Nampaknya kompromi Tengku Zafrul menggembirakan Anwar dan pembangkang  lalu memberikan kemenangan kepada pihak kerajaan apabila usaha beliau  menambah baik belanjawan menyebabkan kerajaan PN diiktiraf pembangkang  sebagai kerajaan yang pintu depan yang sah.
  Mungkin inilah yang dipanggil situasi menang-menang.
Pembangkang menang kekal pembangkang, kerajaan PN menang kekal kerajaan.
Ada yang tertanya, apakah semua sandiwara politik ini hanyalah drama yang dirancang?
Ia susah dijawab, tapi kalau betul pembangkang bersedia menolak Belanjawan 2021 dan menjadi kerajaan semula selepas undian.
Oh ya, ada sesiapa nampak belanjawan alternatif pembangkang di mana-mana?
TIMMY SAY
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/11/pembangkang-menang-belanjawan-2021.html