Madu Asli Di Pasaran Malaysia


Disebabkan khasiat madu lebah yang sangat tinggi dan juga menjadi antara makanan sunnah terbaik, ia menjadi pilihan masyarakat sebagai makanan tambahan untuk kesihatan kerana umum tahu bahan pemanis yang terhasil dalam madu lebah banyak dijual dipasaran Malaysia dan sangat mudah didapati di mana-mana sahaja.


Namun begitu, ramai yang tidak menyedari bahawa kebanyakan madu yang dijual dalam pasaran adalah madu tiruan yang boleh membahayakan kesihatan dan agak sukar untuk dibezakan dengan madu asli.

Madu tiruan berbahaya kerana mengandungi gula berlebihan dan kandungan hidroksimetilfurfural (HMF) yang tinggi.

Kesan daripada pengambilan gula dan HMF berlebihan boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan manusia dengan risiko pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Bukan itu sahaja, dengan adanya madu tiruan dalam pasaran yang tidak terkawal disebabkan tiada penguatkuasaan, tindakan atau akta yang melindungi madu asli serta menghalang pembuatan madu tiruan, ia juga boleh merosakkan industri madu asli.

Melihat kesan negatif akibat penjualan madu tiruan yang berleluasa, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), telah menjalankan kajian mengesan ketulenan madu.

Usaha yang dijalankan oleh agensi itu merupakan salah satu platform untuk memulihkan kembali industri madu selain membuka peluang untuk menghasilkan teknologi yang dapat mengesan ketulenan dan kualiti madu di Malaysia.

Madu yang dihasilkan dari perut lebah adalah berasal dari sumber nektar atau air sap tumbuhan yang menjadi makanan lebah tersebut dan disimpan di dalam sarang sehingga ia matang.

Disebabkan proses penghasilan madu asli agak lambat selain memerlukan teknik khusus dan modal yang besar, ramai pengusaha madu mengambil jalan mudah meningkatkan bekalan madu mereka dengan mencampurkan madu asli bersama sirap sukrosa dan beberapa campuran lain.

Pelbagai kaedah tradisional juga telah digunakan untuk membezakan madu asli dan madu tiruan misalnya dengan menggunakan semut, telur dan sudu besi.

Walau bagaimanapun, kesemua kaedah tradisional itu bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu.

Mengenali Madu Asli

Sehingga kini, hanya ujian makmal sahaja yang boleh memberikan ketepatan sehingga 99 peratus apabila ketulenan sesuatu jenis madu diukur dengan kehadiran enzim dalam madu tersebut.

Teknik yang dibangunkan ini adalah dengan mencampurkan madu herba terpilih dan dibiarkan dalam tempoh masa tertentu.

Madu seterusnya dianalisis menggunakan alat HPLC MS MS (high performance liquid chromatography mass spectrometry).

Jika madu tersebut tulen, ia boleh memecahkan bahan berkhasiat tertentu dalam herba terpilih dengan membentuk struktur yang lebih kecil kerana madu tulen mengandungi enzim.

Kehadiran bahan antioksidan seperti bahan fenolik dalam madu juga boleh dijadikan sebagai kayu pengukur ketulenan madu, kerana bahan ini hadir dalam bunga dan buah yang menjadi makanan utama lebah.

Jika madu ditambah dengan sumber gula lain, biasanya bahan fenolik ini akan diikat dengan gula yang ditambah dan ia akan berkurang atau tidak dapat dikesan lagi apabila diuji menggunakan HPLC MS MS tersebut.

MARDI juga sedang dalam usaha untuk membangunkan kaedah biasa yang lebih mudah dan murah untuk menentukan keaslian madu dan diharap dapat membantu pengusaha madu dan juga pengguna untuk membezakan madu asli dan juga tiruan.

Pihak berwajib juga perlu mewujudkan pensijilan khas atau hologram yang hanya dapat diperoleh daripada jabatan tertentu seperti MARDI sebelum meluluskan sesuatu jenama madu itu boleh dipasarkan.

Dalam pada itu, biasanya madu tulen berbau sedikit wangi dan kelat disebabkan kehadiran flavanoid dan asid fenolik.

Madu asli biasanya tidak dikerumuni semut jika masih segar selepas dituai, walau bagaimanapun, semut boleh datang jika bau wangi hilang tetapi cara ini belum dapat dibuktikan secara saintifik sebaliknya perlu diuji di makmal.

Persepsi salah orang ramai mengenai ketulenan madu:
Madu asli dikatakan mempunyai warna, rasa dan bau tertentu.Madu yang asli tidak dihurungi semut.Madu asli tidak beku dalam peti sejuk.
Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Pembekal Dan Pemborong Madu Kelulut Asli Di MalaysiaMerawat Gastrik Dengan Madu Terbukti Cara Penyembuhan Paling Ampuh
sumber: utusan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/07/madu-asli-di-pasaran-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Coocaa Memasuki Pasaran Malaysia Melalui E Dagang Eksklusif Bersama Lazada

Coocaa Memasuki Pasaran Malaysia Melalui E Dagang Eksklusif Bersama Lazada

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 367 hits
TV Mampu Milik yang Memenuhi Gaya Hidup Anda Dilancarkan di Indonesia Thailand dan Vietnam pada tahun 2018 coocaa muncul sebagai jenama perkakasan rumah nombor 1 terlaris bagi Lazada Asia Tenggara dalam tempoh lapan bulan pelancarannya Ini ...
Acer Predator Triton 900 Kini Di Pasaran Malaysia Komputer Riba Gaming Gergasi Pada Harga Rm15999

Acer Predator Triton 900 Kini Di Pasaran Malaysia Komputer Riba Gaming Gergasi Pada Harga Rm15999

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 302 hits
Diperkenalkan sewaktu acara IFA di Berlin pada tahun lepas Acer Predator Triton 900 boleh dikatakan diantara komputer riba gaming yang paling berkuasa oleh Acer setakat ini Ia dilengkapi dengan paparan skrin bersaiz 17 3 inci dengan resolus...
Lenovo Thinkbook 13s Diperkenalkan Untuk Pasaran Malaysia Bermula Dari Rm4369

Lenovo Thinkbook 13s Diperkenalkan Untuk Pasaran Malaysia Bermula Dari Rm4369

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 247 hits
Dua bulan yang lalu Lenovo memperkenalkan siri komputer riba terbaru mereka iaitu Lenovo ThinkBook khusus untuk pekerja pejabat yang memerlukan sebuah komputer riba yang bukan sahaja padat dan ringan tetapi hadir dengan spesifikasi yang ber...
Siri Kad Grafik Amd Radeon 5700 Akan Tiba Di Pasaran Malaysia Esok Bermula Pada Harga Rm1659

Siri Kad Grafik Amd Radeon 5700 Akan Tiba Di Pasaran Malaysia Esok Bermula Pada Harga Rm1659

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 264 hits
Siri kad grafik terbaru daripada AMD iaitu AMD Radeon 5700 yang terdiri daripada kad grafik AMD Radeon 5700 dan AMD Radeon 5700 XT nampaknya akan mula dijual di pasaran tempatan seawal hari esok selari dengan tarikh pelancaran global mereka...
Acer Swift 7 Dengan Kemaskini Terbaru Kini Di Pasaran Malaysia Bermula Dari Rm5999

Acer Swift 7 Dengan Kemaskini Terbaru Kini Di Pasaran Malaysia Bermula Dari Rm5999

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 228 hits
Komputer riba Acer Swift 7 boleh dikatakan salah satu daripada komputer riba 14 inci yang paling nipis yang dikeluarkan oleh Acer Ia adalah sebuah komputer riba premium yang bukan sahaja mempunyai rekaan yang menawan tetapi juga mempunyai s...
Mulai Kini Facebook Akan Semak Fakta Berita Malaysia

Mulai Kini Facebook Akan Semak Fakta Berita Malaysia

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 275 hits
Mulai sekarang penerbit berita di Malaysia perlu berhati hati apabila menyiarkan artikel dalam Facebook susulan pelancaran program semakan fakta pihak ketiga baru baru ini oleh platform sosial itu dengan kerjasama Agence France Presse Progr...
Amboi Ambrosia Rasa Enak Epal Luv Ya Dari New Zealand Cara Malaysia

Amboi Ambrosia Rasa Enak Epal Luv Ya Dari New Zealand Cara Malaysia

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 428 hits
AMBOI AMBROSIA RASA ENAK EPAL LUV YA DARI NEW ZEALAND Assalamualaikum semua Dalam banyak banyak buah buah yang selalu aku beli adalah epal sebab rasanya yang manis dan juicy Lagipun bila makan buah epal ni dah cukup mengenyangkan tanpa perl...
Pernah Dua Kali Lolos Mulyono Nekat Selundupkan Sabu Dari Malaysia Lagi

Pernah Dua Kali Lolos Mulyono Nekat Selundupkan Sabu Dari Malaysia Lagi

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 238 hits
Namun aksi ketiganya ini digagalkan petugas Customs Narcotics Team KPPBC Tipe Madya Pabean Juanda dibantu petugas BNN dan Pomal Juanda Sebab barang terlarang di dalam salah satu tas jinjing terdeteksi oleh mesin pemindai
Ranking Baru Bola Sepak Dunia Malaysia Kini Atasi Indonesia Dan Singapura

Ranking Baru Bola Sepak Dunia Malaysia Kini Atasi Indonesia Dan Singapura

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 676 hits
Berdasarkan kemas kini terbaharu pada 14 Jun yang dibuat oleh badan FIFA Malaysia telah berjaya melonjak ke tangga ke 159 dunia Ranking itu menunjukkan Malaysia berada pada tangga ke 159 mengatasi kedudukan negara jiran Indonesia yang berad...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord