Amboi Ambrosia Rasa Enak Epal Luv Ya Dari New Zealand Cara Malaysia


AMBOI AMBROSIA : RASA ENAK EPAL LUV’YA DARI NEW ZEALAND | Assalamualaikum semua.. Dalam banyak-banyak buah, buah yang selalu aku beli adalah epal sebab rasanya yang manis dan juicy. Lagipun bila makan buah epal ni dah cukup mengenyangkan tanpa perlu makan makanan berat. Ha, kata diet kan. Tapi kan dalam banyak-banyak buah epal, aku suka epal Luv'ya dari New Zealand keluaran Heartland Group


Heartland Group terdiri daripada pomolog (penanam epal) di Nelson, New Zealand. Mereka menghasilkan pelbagai epal yang dipanggil epal Luv'ya™ melalui struktur bersepadu mereka yang unik kerana ia merangkumi kebun sendiri, pusat pembungkusan dan syarikat pemasaran yang membolehkan syarikat itu mempunyai kawalan penuh ke atas setiap hasil proses epal. Antara variasi pilihan epal Luv'ya adalah seperti Royal Gala, Fuji, Braeburn dan juga Ambrosia


Bila sebut pasal epal Ambrosia, ha ni nak cerita sikit yang sekarang ada promosi Amboi Ambrosia sempena musim perayaan ni. Kempen ni adalah untuk memberi peluang kepada penggemar epal untuk memperluaskan aspek kulinari mereka dengan mempelbagai cara untuk makan Epal Ambrosia melalui masakan klasik Malaysia. Ya, epal yang rangup dan manis dijadikan bahan dalam masakan kita. Nampak pelik kan tapi rupanya ternyata sedap tauuu.


Bagi merealisasikan kempen Amboi Ambrosia, Hertland Group telah bergabung dengan GCH Retail Malaysia dan pelancaran telah dibuat di Giant Kota Damansara. Menurut Brendon Osborn, Pengurus Besar Heartland Fruit, Malaysia telah dipilih kerana di sini merupakan salah satu pasaran terbesar. Selain itu, penggemar dengan berkongsi pelbagai cara untuk menggunakan Epal Ambrosia dalam masakan kegemaran tempatan yang akan menjadikannya lebih menarik


Lebih menarik, pelancaran Amboi Ambrosia turut diserikan dengan kehadiran Chef yang terkenal di seluruh dunia iaitu Datuk Chef Wan. Wah, aku memang peminat Datuk Chef Wan. Selalu tengok rancangan masak dia kat TV. Tapi masa hari pelancaran tu dapat la aku merasa air tangan Datuk Chef Wan sebab beliau telah memasak tiga hidangan tradisional Malaysia menggunakan Epal Ambrosia sebagai bahan dalam masakan iaitu :
🍴 Kerabu Sotong Panggang Ambrosia (Ambrosia Grilled Calamari Salad)


🍴 Sup Tom Yam Labu dan Ambrosia (Tom Yum Pumpkin Soup with Ambrosia)


🍴 Acar Ambrosia Berempah (Ambrosia Apple Chutney)

Bila dah siap masak, kami pun apa lagi, cuba la rasa. Memang sedap weiiii.. terserlah rasa epal Ambrosia yang enak dalam setiap masakan. Perkara ni pun diakui oleh Datuk Chef Wan sendiri.
"Saya selalu menikmati rasa enak dari Epal Ambrosia dan saya teruja dengan peluang ini kerana dapat menyediakan beberapa hidangan tempatan kita mengunakan epal yang lazat ini. Saya sememangnya gembira untuk mengatakan bahawa ia amat berbaloi! Epal Ambrosia menjadikan hidangan terasa luar biasa. Pastinya membuat saya berkata – Amboi! " - Datuk Chef Wan -


Dek kerana terpengaruh dengan hidangan enak Datuk Chef Wan, aku pun terjebak dengan epal Ambrosia ni. Ha, korang nak tau kenapa epal ni dapat nama Ambrosia? Sebenarnya macam ni, Menurut Brendon, Ambrosia ni adalah bahasa Yunani yang membawa maksud "makanan dan minuman para dewa" kerana epal Ambrosia ni merupakan hasil kerja ajaib daripada lebah ketika musim bunga semasa proses pendebungaan yang menjadikan varian ini gabungan semulajadi antara dua jenis yang tidak diketahui dan dianggap hadiah dari langit


Epal yang lazat ini ditanam di bahagian Pulau Selatan New Zealand yang indah iaitu di Nelson, sepanjang pantai timur Tasman Bay. Nelson merupakan pusat untuk penanaman epal di New Zealand sejak tahun 1913 dengan lebih daripada 40% epal ditanam di kawasan itu. Ia kerana iklim di kawasan ini bersesuaian untuk penanam epal dan juga sentiasa didedahkan dengan cahaya matahari lebih dari 2,000 jam. Bila digabungkan pula dengan hujan dan suhu waktu malam yang rendah. Tambahan pula, angin laut yang kencang mewujudkan persekitaran yang ideal untuk epal segar, lazat, cantik dan sihat

Ha, bukan mudah ye nak tanam epal ni maka epal Ambrosia telah dipatenkan oleh Heartland Group, Applecraft™ bagi memastikan proses dan hasil berkualiti. Ini adalah amat penting bagi syarikat untuk menghasilkan epal terbaik di dunia diberi kepada pelanggan setiap masa. So, sape nak rasa keenakan epal Luv’Ya termasuk Ambrosia boleh didapati di pelbagai cawangan GCH Retail Malaysia termasuk Pasar Raya Besar Giant, Cold Storage dan Jason’s Food Hall serta peruncit utama lain





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dikbee.com/2019/06/amboi-ambrosia-rasa-enak-epal-luvya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Epal Amboi Ambrosia Dari New Zealand Inovasi Baharu Hidangan Musim Perayaan

Epal Amboi Ambrosia Dari New Zealand Inovasi Baharu Hidangan Musim Perayaan

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 483 hits
Amboi Ambrosia Lama tak jumpa Kemain Hehe Macam bersembang pula kita kan Hehehe Nama pun sedap dipanggil Siang tadi Ruby berksempatan ke acara pelancaran Amboi Ambrosia di Giant Kota Damansara
Kempen Amboi Ambrosia Bersama Datuk Chef Wan Menggunakan Buah Epal Dalam Masakan

Kempen Amboi Ambrosia Bersama Datuk Chef Wan Menggunakan Buah Epal Dalam Masakan

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 648 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Korang pernah dengar pepatah orang puteh ada menyebut An Apple A Day Keeps The Doctor Away Maksudnya lebih kurang dengan mengambil satu biji buah e...
Lelaki New Zealand Dipenjara 21 Bulan Kerana Kongsi Video Pembunuhan Di Masjid Secara Atas Talian

Lelaki New Zealand Dipenjara 21 Bulan Kerana Kongsi Video Pembunuhan Di Masjid Secara Atas Talian

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 249 hits
Masjid Al Noor Christchurch diserang seorang lelaki bersenjata pada 15 lalu dan mengorbankan lebih 50 nyawa Foto ReutersWELLINGTON 18 Jun Seorang lelaki rakyat New Zealand yang mengaku mengedar semula video penstriman langsung serangan gana...
10 Cara Mendekorasi Dapur Sempit Supaya Nampak Menarik Dan Rasa Luas

10 Cara Mendekorasi Dapur Sempit Supaya Nampak Menarik Dan Rasa Luas

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 294 hits
Kalau anda membeli properti jenis teres atau pangsapuri biasanya ruang dapur yang tersedia adalah sangat terhad dan sempit Namun siapa kata ruang dapur sempit tak mampu tampil mempersona dan menarik Dapur dengan keluasan yang terhad ini jik...
Letak Jawatan Kerana Skandal Seks Bukan Cara Malaysia Pm

Letak Jawatan Kerana Skandal Seks Bukan Cara Malaysia Pm

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 372 hits
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali yang didakwa terlibat dalam skandal video seks terus mendapat sokongan daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Mahathir berkata tidak ada keperluan untuk Azmin meletakkan jawatan kerana skandal video...
Lelaki New Zealand Dipenjara 21 Bulan Kerana Kongsi Video Pembunuhan Di Masjid

Lelaki New Zealand Dipenjara 21 Bulan Kerana Kongsi Video Pembunuhan Di Masjid

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 227 hits
Lelaki New Zealand dipenjara 21 bulan kerana kongsi video pembunuhan di masjid nbsp Dikemas kini 17 minit yang lalu Diterbit
Usai Dari New Zealand Syahrini Lanjutkan Bulan Madu Di Pulau Bora Bora Perancis

Usai Dari New Zealand Syahrini Lanjutkan Bulan Madu Di Pulau Bora Bora Perancis

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 224 hits
Syahrini merupakan salah satu artis yang gemar berpergian ke luar negeri Berbagai negara di dunia pernah dia kunjungi mulai dari Asia Eropa hingga Amerika
Resepi Tomyam Labu Epal Ambrosia Dato Cef Wan

Resepi Tomyam Labu Epal Ambrosia Dato Cef Wan

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 355 hits
Anda sudahpun melihat dan harap harapnya mencuba resepi cutni epal ala Datuk Chef Wan yang kami kongsi sebelum ini Kalau belum lekas lekas mencubanya Rugi kalau tak ambil kesempatan ini Bukan selalu dapat resepi masakan daripada cef terkemu...
5027 Terpedaya Dengan Perwatakan Ustaz Utusan Malaysia 27 06 2019

5027 Terpedaya Dengan Perwatakan Ustaz Utusan Malaysia 27 06 2019

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 293 hits
KUALA LUMPUR Seramai 6 000 mangsa terpaksa berputih mata apabila keuntungan bernilai RM8 juta yang dijanjikan daripada projek pelaburan hanya ibarat menanam tebu di tepi bibir Itu nasib yang terpaksa dihadapi oleh kebanyakan mangsa yang ber...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik